TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 15 December 2011

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba nak bercerita pasal entri ni. Bukan sebab birthday Abah ataupun Hari Bapa, tapi tak tau la kenapa hati ni sayu setiap kali teringat kat Abah. Bila tengok pakcik guard yang jaga postguard kat Office saya ni, teringat kat Abah. Bila pergi ke Bank nampak ada pakcik guard kat situ, teringat juga kat Abah. Mungkin umur pakcik-pakcik Guard tu lebih kurang sama dengan umur Abah saya.

Sejak dah mendirikan rumah tangga ni, saya jarang pulang ke kampung. Tetapi setiap dua hari akan telefon. Tuntutan urusan seharian mengatasi saya untuk berbuat begitu. Begitu juga dengan komitmen untuk suami dan anak. Lagi-lagi dapat suami yang kerja shift. Weekend kalau jatuh shift kerja pagi atau petang tak dapat lah saya nak berjalan tengok dunia luar. Setakat radius 15km je saya boleh jelajah. Lebih dari tu, saya tak sampai hati nak ajak suami. Sebab kerja shift ni penat dia dua kali ganda kerja orang office hours. Bukan saya tak boleh drive sendiri, tapi suami belum bagi sepenuh kepercayaan untuk saya berbuat begitu.

Berbalik pada Abah saya ni. Umur dah cecah 62tahun. Tapi masih lagi kuat bekerja, tak suka duduk rumah goyang kaki katanya. Sekarang ni pun masih lagi bekerja siang malam. Kesian tengok Abah saya. Tapi tulah orang tua memang begitu. Tak suka duduk depan televisyen layan cerita korea macam anak dia sorang ni ha. Lebih suka kalau buat kerja-kerja luar rumah. Dapat keluarkan peluh.

Siapa yang tak sayang dengan lelaki yang bergelar Ayah, Abah, Bapak ni kan. Tiada. Tapi saya masih kabur apa yang saya harus buat untuk tunjukkan kasih sayang terhadap Abah saya. Sejak kecil saya memang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang terhadap Abah macam peluk ke, cium pipi ke. Tidak Pernah. Kecuali salam dan cium tangan. Iye,saya tidak pandai. Pelik kan?

Tapi saya tak pernah lupa untuk ucap selamat pada Abah setiap kali Hari Jadi atau Hari Bapa. Tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat. Tidak pernah berkata tidak kalau dia perlukan bantuan mengikut kemampuan saya. Tidak pernah berkata tidak kalau dia minta sesuatu. Saya cuba untuk bahagiakan dia. Cuba untuk menjadi anak yang mendengar kata. Dan tidak sampai hati untuk berkata tak boleh kepadanya melainkan kalau saya betul-betul tak boleh. Cukup kah begitu? Bahagiakah Abah saya sekarang ni? adakah ayah saya bangga dapat anak macam saya ni? *nangis.

Semoga saya terus berbakti kepada Abah sehingga akhir hayat saya. Saya sayang Abah saya. Hargailah Ayah kamu sekalian selagi hayatnya masih ada. Iye, dah nama pun lelaki kadang-kadang kita terlepas pandang dengan keperluan dia, perasaan dia sebab kita lebih utamakan ibu kan. Sebab ibu lebih pandai tunjukkan emosi. Itu situasi saya sekarang. Kadang-kadang saya terfikir, ada tak Abah terasa hati dengan sikap saya? sebab bila pandang riak mukanya yang selamba, macam tak kisah apa-apa. Janji anak-anak telefon atau jenguk dia. Erm takpe, lepas ni saya cuba untuk tunjukkan kasih sayang saya pada Abah. Insya'allah.

Jom kita layan lirik lagu ni. Khas untuk Ayah dan Ibu kita.



Abah, Terima kasih diatas segala pengorbananmu. Terima kasih kerana menjadi wali untuk pernikahanku. Terima kasih diatas segala-galanya. Maafkanlah anakmu yang sentiasa khilaf ini. Akanku cuba untuk menjadi anak yang solehah buatmu. Abah, i love u so much

Ya, Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku. Selamatkan mereka dari panas api nerakaMU. Jadikan mereka hambaMu yang soleh dan solehah. Amin.

maaf entri kali ini agak suram sebab saya tengah layan perasaan. Jangan lupa telefon Abah korang ye!!


Wassalam,
EnaMokhtar

Wednesday 14 December 2011

Menyesal+terkilan

Assalamualaikum w.b.t

Semasa on the way ke office pagi tadi saya seperti biasa melalui jalan yang sama untuk ke office. Perlu jalan ikut short cut untuk ke jalan besar. Dari jauh saya dah nampak seorang wanita berbaju uniform hitam dan bertudung kuning sedang berjalan kaki dengan anak perempuannya*anggapan saya. Umur dalam lingkungan 2 ke 3 tahun macam tu. Masa tu baru pukul 7.25 pagi. Jalan yang saya lalu tu agak sunyi . Kiri dan kanan dipenuhi dengan semak samun dan belukar kecil. Sebelah tangan menjinjing beg dan sebelah tangan lagi memimpin tangan anaknya. Dalam hati terdetik "eh, dari mana pulak akak ni datang, tak pernah nampak pulak ada orang jalan kaki guna jalan ni. Lagi-lagi perempuan". Dan-dan tu juga saya terdetik nak tumpangkan mereka sampai ke jalan besar*sekurang-kurangnya. Jarak nak ke jalan besar lebih kurang 1.5km.

Tapi, bila je saya lalu sebelah mereka, kaki saya kaku dan tidak terasa hendak tekan brek. Dalam hati meronta-ronta nak tolong tumpangkan mereka, memandangkan keadaan jalan yang begitu. Tetapi tidak tahu kenapa saya tidak berhenti. Bila saya tengok cermin pandang belakang anak perempuannya itu sedang menangis tidak mahu dipimpin dan nampak macam dah penat berjalan kaki. Kesian sangat.

Tapi saya tidak tahu kenapa saya serba salah nak berenti, dan kaki terus je tekan pedal minyak perlahan berlalu macam tu sahaja. Macam-macam yang terlintas dalam fikiran saya masa tu. Sebab sepanjang 3tahun saya guna jalan tu pergi dan balik kerja, tidak pernah pula saya nampak kelibat wanita itu. Dan sepanjang jalan itu cuma ada 1 buah rumah je. Di tengah-tengah belukar kecil. Geram dengan diri sendiri kenapa la saya tak nak tumpangkan mereka sebab dari jauh saya dah niat nak berhenti. Tapi tak tahu kenapa kaki tak nak tekan brek. Korang faham tak?

Lepas je saya keluar dari jalan besar saya asik teringat kat wanita tu. Kenapa la saya tak berhenti tumpangkan je mereka tu kan. Adui serba salah saya. Sampai ke saat ini saya teringatkan mereka. Nampak macam wanita tu hendak hantar anaknya ke rumah pengasuh sebab bawa beg baju, dan budak perempuan tu pula nampak macam baru bangun tidur je sebab pakai baju tidur lagi. Rambut nampak serabai*wah detail gitu. Alahai kenapa la saya melintas sebelah mereka begitu sahaja. Kan bagus saya tumpangkan mereka. Mintak-mintak saya jumpa mereka lagi pagi esok, boleh la saya balas perasaan terkilan ni.

Tapi dalam hati tu terbit rasa bersyukur sebab saya dapat pandu kereta yang selesa. Ada pendingin hawa. Dapat berteduh dari hujan dan panas. Berbanding dengan orang yang terpaksa menunngu bas untuk kemana-mana. Kadang kalau saya lalu depan bus stop rasa kesian dengan mereka yang tengah menunggu bas tu sebab saya pun pernah melalui zaman itu.

Alhamdulillah ada hikmah juga kenapa saya terserempak dengan wanita itu pagi tadi. Harap-harap lepas ni kalau nak tolong, saya mesti teruskan saja niat tu. Jangan teragak-agak. Tapi tengok la keadaan jugakan. Kalau nak tolong, tolong wanita atau kanak-kanak sahaja. Kalau nampak macam  mencurigakan, tak payah la offer diri. Zaman sekanag ni yang bukan-bukan je boleh berlaku kan?



Wassalam,
EnaMokhtar

Tuesday 13 December 2011

10 Tips menjadi pasangan yang baik

Assalamualaikum w.b.t

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka. Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan. Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Jom kita amalkan 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan. Tips ini saya copy paste dari sebuah majalah. Tapi dah lupa majalah apa sebab tersimpan dalam dalam folder.

Baca, hayati dan amalkan. Semoga dapat memberi pedoman dan kebaikan buat pembaca sekalian.


1)Terima seadanya:  
 Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: 
 Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.


3)Aktiviti bersama: 
 Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: 
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: 
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu:  
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: 
 Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: 
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: 
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: 
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak



Wassalam,
EnaMokhtar

2nd Anniversary

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur ke hadrat mu Ya Rab. 12.12.11 genap 2 tahun perkahwinan ini. Walaupun dalam tempoh yang singkat, pelbagai kesusahan, kesenangan, suka dan duka yang telah dilalui memberi aku 1 pedoman untuk mendidik diri menjadi isteri yang solehah atau sekurang-kurangnya tidak membebankan suami.

Semoga ikatan suci ini menjadi 1 landasan untuk aku melipat gandakan lagi amal ibadatku kerana sesungguhnya setiap insan yang berkahwin itu Allah gandakan ganjaran untuknya. Masya'Allah begitu Allah itu Maha Pemurah. Syukur Allah memberi kesempatan kepadaku untuk mengecapi nikmat perkahwinan.

Masih panjang lagi perjalanan hidup ini. Semoga Engkau beri kekuatan kepadaku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Permudahkanlah segala urusan rumahtanggaku. Kepada suamiku yang tercinta, Saiful Azlee Ali, Love u so much. Tahun depan kita tambah ahli keluarga ye heh. Insya'Allah.


Wassalam, EnaMokhtar

Friday 9 December 2011

Doa 12 pintu jom amalkan!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Berjumpa lagi dengan hari jumaat yang penuh barokah. Bagaimana prestasi kita sepanjang minggu ini? adakah cukup solat lima waktunya dan amalan-amalan lain? bagaimana pula hubungan kita dengan suami dan anak? Adakah suami puas hati dengan layanan kita terhadap dia? pernah tak anda tanya? heee..

Bagaimana pula dengan rakan sekerja dan juga penyelia? Adakah sepanjang minggu ini kita ada buat sesuatu yang kurang senang dihati mereka? Manalah tahu tanpa kita sedar kita ada mengguris hati dan perasaan mereka kan? Moga-moga semua urusan kita sepanjang minggu ini dipenuhi dengan keberkatan Allah s.w.t. Harap-harap buku amalan kita penuh dengan catatan yang baik-baik sahaja. Insya'Allah.

Pagi semalam, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, saya buka siaran radio Sinar Fm. Kebetulan ketika itu slot DMFK. Slot tu memang ada setiap pagi khamis khas untuk DMFK berceramah mengenai pelbagai masalah isu-isu semasa. Siapa pendengar setia sinar fm mesti tahu.

Baiklah saya kongsikan pagi yang penuh barokah ini dengan Doa 12 pintu yang saya copy dari website rasmi DMFK . Boleh la kalau nak print dan tampal di rumah, di meja kerja ataupun partition anda.


Moga kita beroleh kebaikan dari ayat ini. Insya'allah...:)


Wassalam,
EnaMokhtar

Wednesday 7 December 2011

Saya belum ada rumah sendiri

Assalamualaikum w.b.t

Berkira-kira untuk ada rumah sendiri tahun hadapan. Insya'Allah. Bercakap pasal rumah ni, masing-masing ada rumah impian kan? bagi saya sebuah rumah itu bukan terletak pada keluasan dan reka bentuk semata-mata. Kalau diberi pilihan, antara rumah 2 tingkat area masyarakat 1 malaysia dengan rumah setingkat depan surau atau berhampiran masjid dan majoriti melayu, saya akan pilih yang depan surau atau masjid dan majoriti melayu. Tapi sekarang sangat susah mahu cari kawasan rumah begitu di area rumah saya ni. Sebab rata-rata masyarakat disini adalah dari gologan Cina dan India. Bukanlah saya bersikap perkauman tapi saya ni jenis yang selalu fikir kalau nak buat kenduri senang jemput jiran islam kan? ataupun begini; kalau ada jiran melayu islam boleh la saya buat kawan kan. Saya lebih selesa begitu.

Situasi saya sekarang ni, saya sangat susah nak dengar azan secara live. Tak sama la dengan yang dalam tv. Tidak sama sekali. Saya tak kisah kalau dikategorikan sebagai kolot. Tapi itu lah saya. Kawasan perumahan saya ni tidak ada surau. Tapaknya memang ada disediakan pemaju. Tapi jemaah islamnya terlalu sedikit. Sebelah kiri saya cina, sebelah kanan pula India. Depan rumah juga India. Dalam lorong rumah saya tu hanya saya dan sebuah lagi keluarga melayu.

Ok sudah. Stop.

Saya suka rumah semi-D ataupun corner lot setingkat. Bukan saya tak minat 2 tingkat tapi mengambil cerita dari kakak-kakak saya yang berkediaman sebegini, saya rasa saya tak serajin mereka. Perlu bersih dan kemaskan tingkat bawah dulu, kemudian naik tingkat atas, kerjakan pulak bilik dan tandas di tingkat atas. Rumah sewa saya sekarang, teres setingkat pun hanya weekend sahaja saya larat nak kemas, inikan pulak rumah 2 tingkat oh saya tidak serajin dan segagah itu nak kerjakan bilik dan tandas atas bawah. Tu belum kira segala habuk-habuk yang melekat di perabot. Hah, tangga lagi nak mop. Kalau dapat kat saya mau nangis haha. Tapi orang kata kalau kita benci sesuatu, itulah yang kita dapat kan? haha.

Design rumah sekarang ni cantik-cantik sungguh la. Harganya pun cantik sampai tercekik.

Cantik kan. Enstek Sepang rm450k. Design moden dan dinamik. *pic go gurl


Saya suka semi-d yang ada laman luas macam ni. Nanti boleh cucuk tanam macam-macam kat depan, belakang dan sebelah rumah. Anak-anak nak main pun selamat. Main kat laman rumah je kihkih.

kredit to go gurl


kredit to go gurl

Tak salah ada impiankan? Tapi haruslah selarikan impian dengan usaha dan doa secara istiqamah. Ini ialah saya. Apa yang saya mahu dalam hidup saya. Macam juga awak, awak dan awak tu. Semoga Allah makbulkan doa saya. Semoga saya bertemu dengan rumah idaman. Insya'Allah. Dan saya selalu ingat begini;
 

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216. 



Dari cerita rumah membawa kepada  maksud ayat Al-Quran diatas. Iye saya suka kaitkan begitu supaya saya tidak terlalu cintakan dunia. Rumah kat syurga lagi cantik sehingga tidak terjangkau akal fikiran. Dan saya selalu ingat begini;


Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.


Usaha tangga kejayaan!!





Wassalam,
EnaMokhtar

Layankan aje !!

Assalamualaikum w.b.t

Kalau dah namanya anak dara. Ciri-ciri mengemas tu memang terserlah. Pantang ibu masuk dapur. Habis semua periuk belang nak dipunggahnya. Pantang Ibu pegang penyapu, dia pun nak juga. Nak tak nak ibu layankan aje.

Beria betul



 Steady lagi ni


 Ok ibu, Hana surrender. Menyapu sambil duduk boleh?

Sayang la anak ibu sorang ni...*cium banyak-banyak.


Wassalam, EnaMokhtar

The Cabin Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama sebenarnya ke Langkawi. Sementara tengah ingat ni saya nak kongsi la. Ewah, Orang lain pergi oversea tak heran pun haha. Baiklah,The Cabin Langkawi terletak di Pantai Cenang, The Cabin baru je dibuka sekitar 3 tahun lepas kalau saya tak silap la. Rate Rm150 semalam. Ada mini frigde, kettle, hot shower, astro, sejadah, 32' lcd tv*nak juga. Berbaloi-baloi. Sangat selesa.

Fasiliti kat sini pun banyak. The Cabin ni terletak betul-betul depan jalan besar kat Pantai Cenang tu. Lebih kurang 40minit perjalanan dari Jeti Kuah dan 10minit dari Airport. Memandangkan saya bertolak dari rumah mertua kat Alor Setar, jadi naik feri je la. Jimat sikit. Kata percutian mengejut. Jadi amik mana yang mudah sudah.

Ikutkan kalau dari Alor Setar nak ke Jeti Kuala Muda Kedah cuma 10minit. Tapi kami pilih untuk naik feri dari Jeti Kuala Perlis. Jauh sikit dalam 30minit perjalanan dari Alor Setar ke Jeti Kuala Perlis. Tapi di Jeti Kuala Perlis lebih selesa dan tak terlalu crowded. Feri disana pun space antara seat agak luas berbanding Feri di Kuala Muda Kedah. Keselesaan si kecil perlu diutamakan. Rate untuk letak kereta di Jeti Kuala Perlis hanya RM10 per day. Parking berbumbung.


1 shot depan registration room. Iye, sila kenyit mata kalau berada didepan bilik ini.


Depan pintu tu adalah toilet. Bersih. Puas hati.


Hana paling syok landing atas tilam empuk jenama king koil. 
Almaklum kat rumah kami pakai king kong je.

Saya suka dengan interior designnya. Cantik dan moden. Bilik pun sederhana besar. Sesuai la untuk 2 dewasa + 1 anak. Kalau 2 dewasa + 5 anak, kena pasang khemah kat luar. Tapi yang bestnya The Cabin is connecting room. Kat tengah tu ada pintu yang boleh sambung ke bilik sebelah. Boleh la kalau nak sewa dua bilik sebelah menyebelah. Masuk bilik sebelah kanan, keluar bilik sebelah kiri.eh?

Keluar bilik, jalan kaki sikit akan nampak berderet kedai jualan. Baju, beg, kasut, spa, restauran. Pendek kata, dekat dengan kemudahan. Sebelah kanan ada Underwater world yang ala-ala tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas. Sebelah kiri pulak bersusun chalet dan resort. Pilih je mana nak. Yang penting ongkosnya.

Kalau nak ke Pantai Cenang tu, nak jalan kaki pun boleh, tapi sebab kami ni agak-agak pelancong yang takut sesat padalah dalam negara sendiri, kami naik kereta je. Takde la lengguh kaki menapak walaupun jarak tak sampai 50meter. Sambil-sambil dalam kereta tu, sebelah tangan pegang karipap lebihan dari sarapan pagi. Tengah sedap mengunyah, sedar-sedar dah sampai Pantai. Terus cakap kat Saiful, Eh dekat je Pantai ye ingat jauh la td kuikui.


 First time hana pijak pasir pantai. Ibu pulak yang over.


Mak budak yang terlebih excited.


Bye bye Langkawi.

Boleh la klik sini untuk keterangan lanjut mengenai The Cabin ye.


Wassalam, EnaMokhtar

Monday 5 December 2011

AirAsia vs MAHB

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua. Maaf la ye lama tak ada entri baru. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri baru saya. Macam la saya ni ramai follower or reader ye. Iye anggap jelar saya syok sendiri ye. Ini kan belog saya hehe. Lama betul tak jenguk blog. Sibuk mengalahkan menteri je saya ni.

ok.

Entri diatas macam gempak je ye. Kan saya pernah cerita yang saya bekerja di syarikat GLC kan? Ok saya memang kerja di Malaysia Airports Sepang. Kira salah satu dari entiti MAHB la. Tapi kitorang yang dok kat sepang ni kira penjana utama pendapatan MAHB sebab ada KLIA/LCCT/SEPANG CIRCUIT(SIC). Korang faham kan? kihkih

Tak tahu la ye korang aware atau tau pasal isu ni. Tapi sejak dua menjak ni, memang hangat la isu ni kat opis kitorang. Kecewa juga dengan kenyataan bos besar AA di tweeter/fb. Oppss.. Tapi ada cerita disebalik cerita sebenar yang memang orang luar tak tahu.

Kami wargakerja Malaysia Airports menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Bashir. I really hope thing will get smooth soon. Hope too Tan Sri will settle down this matter carefully. Make it win-win situation. Thanks Tan Sri for the new CA. Its a new year present for us. May Allah bless you.*macam la Tan Sri baca blog aku..hukhuk.

Apa pun korang jangan la tak naik AA pulak lepas tax naik ye..ok aku paste kat sini mana-mana Lapangan terbang yang terlibat dengan kenaikan cukai penerbangan ni ye..


Terserah pada korang untuk menilai nya..





Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 24 November 2011

mudah !! 7 tips berjimat cermat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara. Maaf  kepada yang menunggu, saya terlalu sibuk minggu ini. Dengan audit yang tak habis-habis. Dengan complaint dari bos besar yang tahu hanya nak mencari kekurangan. Tapi bagus juga begitu, kalau tak kita terlepas pandang perkara kecil sehingga menyebabkan flight tak boleh landing*hah.

Ok stop di situ.





Berbalik kita pada tajuk entri kali ini. Entri ini saya tujukan khas buat cik puan nani dan juga pembaca blog ini.

Memang tak dinafikan ada antara rakan-rakan kita hadapi masalah begini ;
  • Tak sampai 10 hari lepas gaji, duit dalam bank tinggal 15% (lepas tolak semua expenses)
  • Tengah bulan terpaksa ikat perut.
  • Ujung bulan adalah masa yang sangat perit. sampaikan terpaksa tak datang kerja sebab duit kat poket tinggal rm2/3 (ini pernah terjadi pada sahabat bujang saya beberapa tahun lepas) 

Ok sekarang saya bagi 7 tips jimat belanja:

1- Gunakan sistem sampul:



Mungkin ada yang sudah tahu mengenai sistem ini. Kalau yang belum tahu, meh saya tunjukkan.

Pertama setelah semua bil (air, api, telefon, astro, broadband), ansuran rumah, kereta, potongan asb, nursery anak dan sebagainya telah dijelaskan, kira berapa banyak duit bersih yang anda ada. Sebab kebanyakkan bil2 begini boleh dibayar secara online jadi selesaikan dulu apa yang patut. Dan jangan lupa transfer siap-siap duit tabugan anda. Jangan bertangguh !!

cth kiraan:
Bersih = rm1000
kemudian sediakan sampul untuk perbelanjaan harian anda cth:
  1. Sampul pampers+susu = rm150
  2. Sampul duit minyak kereta = rm150
  3. Sampul kecemasan = rm100
  4. Sampul pelbagai (shopping2+makan luar+jalan-jalan+duit belanja ke office) = rm400
  5. Sampul belanja dapur basah+kering= rm200
  6. Total perbelanjaan rm1000
Kesemua perbelanjaan diatas adalah contoh sahaja, ia berdasarkan kepada pendapatan bersih masing-masing. Anda juga boleh jadi kreatif jika nak tambah apa-apa sampul yang anda suka contohnya macam sampul duit kutu.

Setiap kali anda hendak belanjakan sesuatu keluarkan duit dari sampul kategori yang berkenaan dengan jumlah yang sepatutnya. Tapi ada sesetengah yang suka membeli secara banyak untuk dibuat stok contohnya seperti pampers dan susu. Ataupun belanja barang dapur kering. Barang kering biasanya tahan sampai 1 atau 2 bulan kan. Terpulang pada anda untuk belanja bagaimana. Yang penting jangan sampai anda kosongkan sampul tersebut sebelum pusingan gaji seterusnya.

Ada yang bertanya selamat atau tidak sistem ini ? Berjaya atau tidak sistem ini? Jawapan saya adalah selamat dan insya'allah berjaya. Tak selamat kalau anda yang tidak pandai menyimpan dan tidak berjaya kalau anda keluarkan duit dari sampul secara boros. Gunakan sampul surat yang tebal supaya tidak mudah koyak. Dan simpanlah ditempat yang selamat.

2- Jangan bawa duit tunai yang banyak dalam dompet anda.

Kalau anda ke tempat kerja berapa banyak duit tunai yang anda bawa? contohnya kalau dalam sehari anda belanja makan dan minum di tempat kerja purata dalam rm10. Takkan nak bawa sampai rm100 kan? jadi pandai-pandai budget. Kalau anda gunakan sistem sampul ambil rm50-rm60 sahaja untuk belanja selama seminggu. Bagi saya itu sudah cukup. Dari situ anda boleh lihat duit dalam sampul anda mengalir ke mana kan?

3- Rajin-rajin bawa bekal ke office

Ini satu benda yang agak berat untuk dilakukan. Tapi hasilnya sangat menguntungkan anda. Tak salah kalau anda bangun awal pagi untuk sediakan bekal kan? Kalau tak dapat hari-hari seminggu 2 kali pun dah ok. Anda boleh siapkan bahan-bahan pada malam sebelumnya. Jadi pagi keesokkannya anda cuma tinggal masak sahaja. Jimat masa, jimat duit.

4- Sediakan senarai barangan sebelum membeli.

Yang ini rasa-rasanya ramai yang tidak berjaya termasuklah saya sebab kadang-kadang terambil mana yang tidak perlu. Erm, begini. Ok, katakanlah saya nak membeli tepung, saya perlu lalu dahulu rak-rak yang menjual bihun kering. Saya ambil mihun itu masuk dalam troli. Lepas tu baru saya ambil tepung dan sebagainya. Padahal mihun tiada dalam senarai haha. Sampai kaunter baru sedar eh banyaknya barang yang aku ambil. Dah terambil tak boleh nak buat apa dah. Terus bayar.

Penyelesaiannya adalah anda jangan gunakan troli. Guna bakul je senang. Agak-agak berat, anda dah tak larat ambil barang lain yang tiada dalam senarai. Psikologi sikit. Tandakan senarai yang anda bawa tu. Pegang kat tangan. Tandakan dengan pen. Selepas itu ikut turutan berikutnya. Begitu.

5- Jauhkan diri anda dari kad kredit.

Jangan beli barang dapur guna kad kredit. Jangan isi minyak guna kad kredit. Jangan beli perkakasan rumah dengan kad kredit. Sila gunakan tunai. Dari situ anda dapat track aliran tunai anda sekiranya anda ikut sistem sampul dengan penuh displin.

6- Rancang aktiviti mingguan anda.

Pendek kata sebelum nak rancang apa-apa aktiviti mingguan anda, sila jenguk dulu sampul hiburan anda. Kira berapa budget anda untuk keluar pada hari itu. Nak shopping apa, nak makan apa, nak makan kat restoran mana. Semua yang anda naklah untuk aktiviti bersama keluarga.

Sila elakkan dari menggeluarkan duit dari mesin atm. Sebab dah tentu anda akan berbelanja berdasarkan  jumlah duit yang anda keluarkan itu kan? lagipun anda mesti akan keluarkan duit lebih dari biasa almaklum la nak keluar jalan-jalan,

7- Hadkan shopping online.

Kalau anda ikut sistem sampul anda akan dapati aliran tunai anda dapat dikesan ke mana anda belanjakan. Jika anda gunakan sistem, "nak guna baru cucuk atm" atau "ala shopping online lagi mudah,cepat dan menjimatkan". Kebarangkalian untuk anda terjebak dalam masalah "ujung bulan poket kering" adalah besar.

Kalau kata anda nak shopping secara online sekali pun, hadkan pembelian tersebut. Paling kurang 1 atau 2 kali sebulan. Tidak kisah la nak shopping untuk suami mahupun anak.


Nak berjimat senang sebenarnya. Sebab anda yang menentukan sendiri apa yang akan anda belanjakan. Belanja secara berhemah. Jangan boros. Jangan ikut orang. Kita ikut cara kita sendiri. Kalau ada, buat cara ada. kalau tak ada, buat la cara tak ada. Berdisplin lah sedikit dalam usaha untuk berjimat.

Selain dari itu perbanyakkan la bersedekah. Insya'Allah rezeki anda akan bertambah dari sumber yang tidak disangka-sangka. Bersederhanalah dalam setiap perkara insya'Allah mudah segalanya.



 

    Wassalam, EnaMokhtar

    Thursday 17 November 2011

    Aku Anak Jawa

    Assalamualaikum w.b.t

    Siapa anak jawa angkat tangan !!

    Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Tahun 1984. Umur kira sendiri. Iye saya anak jawa. Tapi saya menyesal sebab tak fasih cakap jawa. Setakat nak dengar boleh. Kalau suruh balas balik memang gagap. Kalau time rewang kenduri kendara kat klang, saya hanya akan diam sambil senyum simpul bila ada makcik-makcik ajak berborak speaking jawa. Waduh..kaget kok jadinye haha.

    Antara perkataan yang saya tau maknanya:

    Mangan  = makan
    Wes = sudah
    Iki = ini
    Lanang = lelaki
    Wedok = perempuan
    Ngombek = minum
    Turu = tidur
    Kelalen = Lupa
    Opo = apa
    Ngomong = cakap
    Orak = tidak/tak
    en' tek = habis
    Ka ie = Bagi/kasi
    May lu = pergi

    Eh, banyak juga yang aku tahu ye. Saya bangga jadi anak jawa !!


    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Wednesday 16 November 2011

    Kenangan Itu Part II

    Assalamualaikum w.b.t

    Keluar je dari Labour Room, ibu terus naik ke wad. Badan rasa penat sangat-sangat. Mengantuk pun iye jugak. Bayangkan dari pukul 5.00petang hari rabu 13.10.2010 membawa ke hari Jumaat pukul 12malam ibu langsung tak tidur ye.

    Ibu susukan Hana buat pertama kali masa di LR tapi susu ibu keluar sikit sangat. Bila ibu cuba susukan Hana kali ke 2 kat atas katil wad, susu masih keluar sedikit. Kesian ibu tengok Hana. Lapar anak ibu. Ibu tak tau nak buat apa. Kejap-kejap Hana nangis, mungkin sebab lapar. Ibu keseorangan masa tu. Yelah dah tengah malam kan, Ayah pun tak boleh naik teman ibu lama-lama. Naik sekejap je hantar barang, Pastu turun balik. Last-last ibu panggil Nurse. Nurse ambil Hana tolak masuk nursery. Lama Hana dalam tu. Mungkin Nurse bagi susu formula kat Hana. Ibu pasrah jelah asalkan anak ibu kenyang dan dapat tidur.

    Malam tu dapatlah ibu tidur sekejap. Tidur-tidur ayam je pun. Sepanjang malam ibu tidur dengan Hana. Tengok muka anak ibu ni, hati rasa tenang dan sayu. Macam tak percaya ibu dah ada anak.


    15.10.2010

    Selepas sembahyang jumaat, baru ibu dapat kebenaran untuk keluar wad. Lama juga prosesnya. Orang yang paling sibuk tentulah Ayah. Kehulur kehilir nak settle benda. Kejap turun bawah bahagian pendaftaran, kejap naik atas balik jenguk ibu dengan Hana.

    Walau apa pun ibu tetap bersyukur semua dah selesai. Selesai je prosedur semua tu, ibu terus berdesup balik rumah nenek Lela. Ramai juga yang follow kita masa tu. Pak ngah, Mak ngah, abg heykal, kakak tasha, Atuk pun sama...Terima kasih semua yang sudi melawat. Selepas tu bermula pula episod berpantang. 

    Sepanjang setahun sebulan yang singkat ni, macam-macam dah kerenah Hana, dari tak tahu merangkak, sekarang dah pandai jalan. Berlagak pulak tu ajak ibu ayah main kejar-kejar ye. Dari tak tau apa-apa, dah pandai merajuk, protes, dah pandai sebut nak, nah, Ayah, Ibu, que (tq), kalau ibu tanya "siapa Hana Humaira anak ibu?" laju je angkat tangan. Bijak anak ibu.

    Ibu doakan Hana Humaira jadi anak yang solehah, sejahtera hidupmu dunia dan akhirat. Jangan sekali-kali lupa jasa orang tuamu sayang. Andai kata umurmu panjang. Jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

    5 bulan-baru nak belajar merangkak

    11bulan-dah pandai buat muka ye
    11bulan-protes !!
    11bulan-cubit pipi tu kang

    10bulan-dah pandai tengok kamera tu

     
    10bulan-with ibu


    Ibu Ayah sayang Hana..*cium pipi



    Wassalam, 
    EnaMokhtar

    Tuesday 15 November 2011

    Kenangan itu

    Assalamualaikum w.b.t

    Amaran: Entri ini agak panjang, jadi sila sediakan Popcorn.

    Semalam genap Hana Humaira 1tahun 1bulan. Tarikh 14.10.2010 itu ibu tak kan lupa sama sekali. Anak yang ibu kandung selama 9 bulan (38minggu)*eh tak sampai 9 bulan telah selamat ibu lahirkan. Alhamdulillah. Walaupun bertarung nyawa selama hampir 24jam untuk melahirkanmu, ibu anggap segala kesakitan itu adalah penghapus segala dosa-dosa ibu yang lalu.

    Rabu , 13.10.2010 pukul 5.00ptg.

    Ibu ingat lagi masa air ketuban pecah, ibu baru je nak langkah kaki masuk kereta. Tiba-tiba rasa popping kt "situ" terus rasa basah seluar. Iye masa tu ibu baru je lepas punch kad nak balik rumah. Betul-betul depan lobi office. Nasib baik tak beranak kat situ. Kalau tak, boleh le ibu letak nama Hana Lobi-rah*eh. Nasib baik juga masa tu balik dengan ayah. Terus ayah rushing balik rumah. Ambil segala harta benda nak bawak ke Hospital. Ibu mandi manda dulu kat rumah sementara tunggu ayah pergi isi minyak kereta. Tapi pelik, ibu langsung tak rasa sakit. Dah siap semua, terus berdesup ke Hospital. Eh, tak singgah dulu kat Petronas beli air kotak Milo*heh.

    Sampai Hospital Putrajaya lebih kurang nak maghrib, ibu terus register. Nasib ada katil kosong. Doktor check bukaan rahim ibu baru je 1cm jadi Doktor tahan ibu kat wad. Siap semua prosedur, Ayah angkat beg ibu and Hana. Ibu naik atas katil rehat-rehat sambil borak dengan ayah. Tapi ayah tak dapat nak teman ibu lama-lama. Ayah terpaksa balik sebab nurse kat wad tu tak kasi ayah tidur dengan ibu. Katil sempit katanye*heh.

    Malam tu bermula la episod duka lara ibu bila terpaksa menahan sakit contraction. Sekejap ada sekejap hilang. Sepanjang malam ibu tak dapat tidur. Bila sakit contraction datang ibu zikir banyak banyak banyak.  Sebanyak yang ibu mampu. Tak sakit pun ibu zikir juga. Kejap-kejap ibu call ayah. Iye Ayah tunggu ibu kat tingkat bawah. Ayah tidur dalam kereta je malam tu sebab takut ibu terbersalin. Lebih kurang pukul 1pagi Doktor lelaki nak check bukaan rahim ibu. Ibu malu sangat-sangat. Tapi ibu tahan. Ibu relakan je. Nasib Doktor tu hensem*eh. Bukaan masih 1cm walaupun masa tu ibu dah rasa sakit sangat. Iye sayang sakit sangat.

    Khamis, 14.10.2010.

    Pukul 6 lebih ibu dah siap-siap mandi sebab doktor nak datang check bukaan pukul 10pagi. Ayah naik atas sekejap hantar kat ibu milo kosong dengan roti. Tapi ibu tak lalu nak makan sebab sakit semakin berganda. Tapi jamah la juga roti sikit.

    Pukul 10, Doktor perempuan pulak check ibu. Bukaan baru 2cm. Masa tu contraction dah menggila. setiap 7minit sekali. Ibu ingat lagi Doktor tu cakap "Contraction awak ni makin cepat tapi bukaan baru 2cm. takpe kita tengok dulu heartbeat baby macam mana ok". Ibu hanya mampu berserah diri bila Doktor cakap macam tu. Doa banyak banyak supaya Hana selamat.

    Kemudian Doktor tanya Ibu nak epidural tak. Ibu jawap nak sebab ibu dah tak tahan sangat sakit. Nenek lela dengan Pakcu datang melawat pun ibu dah tak heran sebab sakit yang teramat sangat. Bila contraction datang, Ibu genggam besi katil kat sisi ibu tu. Genggam sambil tahan sakit sampai menitik air mata ibu ni.

    1300hrs

    Akhirnya ibu masuk juga Labour Room, tunggu doktor bius untuk epidural. Tak sakit pun. Langsung tak rasa sebab sakit contraction lagi hebat! Doktor yang cucuk tu sangat baik dan lemah lembut. 10minit lepas amik epidural, Ibu rase kurang dah sakit tu, lama-lama terus tak sakit.

    Sepanjang dalam LR Doktor bersilih ganti masuk. Tengok ibu. Tanya ibu sakit ke tak. Check bukaan je berapa kali. Kejap-kejap seluk. Sampai naik lenguh kaki ibu. Kemudian nak dijadikan cerita, Ibu siap jumpa balik dengan Nurse yang keje shift petang masa layan ibu register hari rabu tu. Siap tanya, "tak bersalin lagi ke" Maknanya ibu tanggung semua tu hampir 24jam Hana. Ingat tu nak.

    1700hrs
     Bukaan sudah pun 10cm. Doktor bergegas masuk untuk persedian ibu nak meneran. Ramai Nurse dan Doktor keliling ibu. Adalah 10 orang. Ibu malu. Nasib ayah ada sama nak bagi sorakan kat ibu. Bayangkan 10orang punya suara dalam labour room tu. Sorak ramai-ramai. Push Puan, push..Bayaaangkaan.....

    Sampaikan ada sorang nurse ni duduk atas katil tolong tolak perut ibu supaya Hana cepat keluar. Sambil tolak sambil baca surah Nabi Nuh kuat-kuat. Semangat sungguh nurse tu.

    1800hrs
     Alhamdulillah ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg. Dengan bantuan vakuum sebab ibu dah tak larat sangat nak teran..


     fresh from womb

    first kiss from ibu


    Tapi azab ibu tak abis lagi bila lepas beberapa jam selepas selesai je jahit menjahit, ada pulak Doktor yang tukang jahit cakap "alamak awak punye jahitan tetas larrrr.." Waaa..nangis ibu. Rasa nak kick je sama itu Doktor. Tapi ibu cekalkan hati untuk lalui semua itu. Iye ibu kena jahit-jahit lagi untuk kali ke 2. Tanpa bius. Cume sedut ubat bius dalam-dalam samapi lalok.

    Selesai semua tu ibu keluar Labour Room pukul 12tengah malam. Sila bayangkan berapa jam ibu duduk dalam itu LB. Arghh kalau diingat balik memang ngeri. Tapi bila difikir-fikir, ibu boleh tempuh semua tu. Ibu mampu untuk tempuh segala kesakitan itu. Benar la janji Allah.

    “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

    Ibu insaf, ibu redha jika segala kesakitan melahirkanmu telah menghapuskan segala dosa-dosa ibu.



    To be continue...

    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Sarapan Pagi Ini

    Assalamualaikum w.b.t

    Ok briefing dah habis !!

    Wah semangat buat entry pagi-pagi ni ye..tekak dah start sakit,hidung dah mula sok sek. Jangan demam sudah la ye.

    Baiklah pagi ni just nak share la cerita pasal sarapan pagi tadi. Saya "cuma" ambil nasi goreng+mihun goreng. Kat opis ni kalau portion begitu kami panggil set combo ye..haha..sebab campur 2 jenis hidangan dalam 1 pinggan. Adalah kan ciri-ciri combo meal macam kat fast food tu. Layankan aje.


    kredit to En.go gurl

    Saya masuk keje pukul 8.00pg balik pukul 5.00ptg. Biasenya pukul 7.50pg dah sampai office. Keluar rumah pukul 7.30pg. Iye rumah saya nak ke office dekat je. Lepas hantar Hana Humaira ke nursery,saya pecut ke office. Kadang-kadang kalau datang tebiat rajin, Pukul 7.10pg dah keluar rumah hantar Hana dulu lepas tu drive dengan tenang ke office. Itu kalau datang tebiat rajin+bangun awal la haha. 

    Setiap pagi memang saya akan ambil heavy breakfast*eceh. Tengah hari saya jarang makan. Kebiasaannya kalau dalam pukul 2@3 ptg saya akan makan kuih muih macam Karipap, Cucur Udang, Goreng Pisang etc etc. atau pun buah-buahan. Yang ini biasa saya bawak dari rumah je. Macam buah Pear,Lai ataupun Epal Merah*yang ranggup berderap tu.

    Sarapan pagi sangat penting untuk menjana tenaga. Oleh itu makan la makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi supaya dapat membekalkan tenaga untuk memulakan tugas. Tapi awas! jangan sampai berlebihan pulak, takut nanti mengantuk, terjejas pulak produktiviti jabatan.

    Awas sekali lagi, makan tu jangan lupe baca Bissmilah !! : )

     

    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Monday 14 November 2011

    Flat Shoes

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya peminat setia kasut jenis ni. Tak reti la pakai high heel. Boleh sakit kaki la. Tak tau kenapa saya sangat alergic kalau pakai high heel. Pernah la juga beli dan cuba pakai high heel sebab design yang sangat cantik. End up saya sedekah kasut tu kat kakak saya. Pakai pun ada la sekali dua je.

      

     Macam yang ini merah menyala. Cantik kan.




     

    Design dari Gucci






     Ala-ala puteri Arab

    Tapi paling saya tension kalau pergi mana-mana kedai kasut lepas tu dah habis berkenan dengan 1 1 jenis kasut ni bila tanya ada saiz ke tak mesti akan dapat jawapan ini = kasut saiz 8 dah takda stock la kak". Adui frust betul la. Iye saya pakai kasut saiz 8/9 ye..sebab tapak kaki saya jenis lebar.*tengok kaki.


    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Macam kena langgar Garuda

    Assalamualaikum w.b.t

    Boring la, kat opis ni la senyap sunyi je..semua pergi jawab ujian. Aku sorang-sorang je kat opis ni sebab aku punyer sesi pagi tadi. Alhamdulillah boleh la jawab. Tapi tak tau la betul ke taknye. Harap-harap lulus la..huhu

    Nak share cerita weekend tapi malas pula nak upload gambar. Nanti-nanti la saya upload ye. Server pun tak berapa nak laju. 

    Entry pendek je kali nie*senyum manis




    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Friday 11 November 2011

    Competency Exam

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya sokong!!

    Sebelum ni tak pernah wujud pun ujian macam ni kat office aku ni. Iye tak pernah. Ujung tahun semua staff akan dinilai melalui sistem KPI/PMS. Jadi redha je kalau dapat markah sikit walaupun kerja bagai nak rak. Tetapi sekarang ni akan ada Ujian Kopentasi untuk menguji sejauh mana tahap pengetahuan setiap pekerja. Kalau kata 12 tahun bekerja, apa je yang dah kau belajar dan explore gitu. Tapi kalau kau keje 12 tahun lepas tu hanya tau buat kerja-kerja admin, sila kerja keras dari sekarang sebab ujung tahun nak kira Bonus. Kalau Lulus, Bonus banyak, kalau tak lulus, Bonus tak dapat. haha.

    Kat Office sekarang ni semua tengah sibuk study Annex 14,buku rujukan penting untuk kami. Alhamdulillah saya dah study ape yang patut, harap-harap dapat jawap dengan tenang dalam dewan periksa tu nanti*macam nak final exam pulak.

    Semoga dipermudahkan Amin..




    Wassalam,
    EnaMokhtar

    11.11.11

    Assalamualaikum w.b.t

    Tarikh yang cantik. Tapi ada apa pada tarikh? ramai pasangan pengantin yang pilih tarikh 11.11.11 untuk melangsungkan hari bahagia mereka. Nombor yang senang nak ingat.

    kalau saya tak kawin lagi mungkin saya akan pilih tarikh tu hikss...

    Tapi kebetulan pulak kan tarikh dah cantik, hari pun cantik juga tu. Hari Jumaat penuh barokah.

    Entry kali ni bukan lah nak cerita pasal tarikh 11.11.11 tu sangat. Tapi bila dengar kebanyakkan stesen radio kupas isu tarikh 11.11.11, rata-rata pemanggil yang share cerita semuanya adalah berkisar tentang tarikh perkahwinan. Iaitu samada menyambut ulang tahun perkahwinan mahupun yang bakal menikah selepas sembahyang Jumaat nanti.

    Semua kisah tu mengingatkan saya pasal kisah perkahwinan saya. Iye,saya baru je mendirikan rumah tangga. 12.12.2009 tarikh saya akad nikah. Pilih tarikh tu bukan sebab apa-apa tapi sebab majlis saya terpaksa ditunda atas sebab yang tak dapat dielakkan. Lebih kurang macam masalah teknikal gitu.

    Saya dan suami bercinta tak lama. 1 tahun je. Tapi kenal sebagai kawan 3 tahun. Kemudian kami bertunang pada 22.12.2008 setahun lepas tu nikah. Mudah dan cepat. Campur tolak kami dah kenal lebih kurang 6 tahun. Kiranya semua hari bersejarah saya diabadikan pada bulan 12. Sebab cuti sekolah*senyum kambing. Senang orang tua nak menjemput tetamu.

    Saya kini masih dalam proses mengenali suami saya. Perangai dan tingkah lakunya jauh berbeza dengan saya. Saya jenis yang cepat marah*dalam proses muhasabah diri tapi cepat pulak sejuk. Suami saya sangat cool. Kadang-kadang saya pelik, suami saya ni normal atau tak HAHA. Yelar kita tengah panas hati dia boleh je gelak kat kita. Lagi la hot kan.

    Belum pernah sekali dia marah*yang betul-betul marah la. Contoh kalau saya ajak makan, 10 kali panggil pun buat tak tau je*sebab leka tengok Running Man. Sedepa la muncung saya ni jadinya. Terus bertukar mood nak makan secara berkasih sayang jadi makan sambil pinggan melayang*imiginasi sahaja. Tapi lepas tu menyesal dan insaf bila suami tanya, "Ibu ajak abg makan sebab nak kenyang je ke atau sebab nak dapat pahala. Senyap. End up makan sambil menangis sebab sakit hati dengan diri sendiri yang terlalu emosi. Lebih-lebih lagi kalau tengah bendera merah. Sindrom PMS.

    Tapi itulah yang menyebabkan saya semakin hormat dan sayang suami*walaupun adakala terlepas nada tinggi*menyesal. Saya hanya seorang perempuan yang selalu kalah dengan emosi diri sendiri. Kadang kala suami pun tak paham kenapa saya begitu begini. Perkara mudah nak disusahkan. Perkara yang lurus nak dibelit-belitkan. Syaitan memang suka kan kalau tengok suami isteri bergaduh. Biasa kalau saya tengah marah memang suami akan buat lawak sampai la saya ketawa berdekah-dekah walaupun masa tu tengah menangis bagai nak rak sebab beria-ia ajak pergi Tesco suami tak nak HAHA.

    Saya selalu tanya diri sendiri apa yang saya nak dalam perkahwinan ini. Kena buat ulangkaji balik. Refresh balik dalam kepala. Selalu saya akan buat begitu bila suami keje malam dan saya berdua dengan Hana. Bila tengok Hana tido, hati akan jadi sayu sebab terkenang perbuatan mungkar saya terhadap suami. Bermasam muka dengan suami kira berdosa tau*Istighfar.

    Kini saya redha dengan apa yang ada. Bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah bagi. Suami dan anak adalah rezeki Allah yang maha indah. Setiap hari saya muhasabah diri. Selalu jugak saya tengok gambar-gambar yang menyayat hati macam mangsa kebuluran kat somalia tu supaya saya dapat mendidik hati untuk bersederhana dalam setiap perbuatan dan percakapan.

    Nak jadi isteri solehah bukan senang kan. Mohon supaya diberi kekuatan untuk taat kepada suami.

    Eh,panjangnya saya melalut ye. Rase macam dah lari tajuk je. hahaha. Entry diatas bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi cuma sekitar apa yang saya alami selama perkahwinan saya yang baru setahun jagung ni. Berdoa supaya saya jadi isteri yang baik dan beroleh keredhaan Allah di akhirat kelak.




    Wassalam,
    EnaMokhtar

    Thursday 10 November 2011

    Try and Error

    Assalamualaikum w.b.t

    Iye, saya budak baru. Harap dapat komen positif dari blogger senior yang lain. Saya tak tau nak masukkan nuffnang macam mana. Perlu ke? Harap dapat bantuan.

    Ini entry ke 4 saya harini..apasal date tak sama dengan harini ye? lambat 1 hari. Tolong saya lagi sekali haha. Macam-macam yang saya nak cuba jadi jangan pening kalau blog ni asik bertukar rupa ye..harap maklum.






    wassalam,
    EnaMokhtar

    ABAYA DUBAI

     Assalamualaikum w.b.t

    Wah, Semangat harini buat 3 entry terus...2 entry dibawah tu sebenarnya dah simpan lama dalam draft. kira aci la ye..

    Ok, siapa suka pakai Abaya angkat kening !!

    Aku dari dulu, kini dan selamanya adalah peminat Abaya Dubai. Its quite pricey, but worth it. SAYA SANGAT SUKA DIA. Malu nak cakap tapi aku cuma ada 2 je koleksi Abaya Dubai. Harga tak la mahal sangat sesuai dengan pendapatan yang sederhana. Dan sekarang ni aku makin galak kumpul Abaya. Insya'Allah...

    Macam yang ni cantik kan.....Abaya Cheogsam, sebab potongan bahagian dada ala cheogsam cina. Sesuai la untuk aku yang masih menyusukan anak.

    Abaya sangat sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai ketinggian 155cm keatas. Nampak elegent, ayu dan tinggi longlai ala-ala model. Bagi aku apa pun fesyen yang kita pakai jangan sampai pakaian itu menelanjangkan maruah kita sebagai seorang muslimah. Pakaian adalah penunjuk aras kita sebagai seorang muslimah sejati.

    Macam sekarang ni aku tengok ramai yang pakai seluar jeans ketat, tapi bertudung*sendiri pikir. Trend yang tengah in sekarang adalah pakai lengging dan bertudung. Sangat tidak sesuai untuk seorang muslimah berpakaian begitu. Biar la lepas ni ada yang komen "eleh ko tu baru je bukak blog dah pandai nak ceramah.macam bagus je ko ye". Ade akak kisah?. Yang penting kita sesama muslimah berpesan perkara yang baik walaupun aku tak berapa nak perfect*senyum kambing.

    Abaya ni kalau tinggi macam aku pun boleh je nak pakai. Iye walaupun aku hanya 150cm tapi totap nak juga pakai Abaya ye..sekarang ni dah ada saiz untuk orang-orang yang setinggi aku. Kalau dulu akak terpaksa kena adjust labuh sebab labuh terlebih kini tidak lagi.*macam iklan krim muka pulak. So korang boleh la google blogshop yang jual abaya dubai original. Range harga dalam MYR180-MYR350. Ikut budget korang juga la. Makin tinggi kualiti kain makin mahal la MYR nye ye..heee..

    Pemakaian Abaya juga tidak terhad pada hari Jumaat, hari kematian, hari perayaan dan sebagai nya. Ababaya boleh juga digayakan ke pejabat, pasaraya, aktiviti sosial, da sebagainya. Tepuk dada tanya iman.

    Pantun empat kerat.........

    Petik rambutan guna galah,
    Galah dipinjam dari Pak karma,
    Berfesyen biar ala muslimah,
    Terjunjung maruah terpelihara agama.


    *senyum arnab

    Wassalam,
    enamokhtar

    PRECIOUS PRINCESS

    Assalamualaikum w.b.t

    Entry kali nak memperkenalkan anak dara aku.Yela dah ada anak mesti la nak show off kan haha*bukan riak tapi bersyukur. Mula-mula memang tak terfikir yang aku akan dikurniakan anak seawal 2 bulan usia perkahwinan. Aku disahkan mengandung pun dah masuk 5 minggu masa tu mmg tak terfikir langsung yang aku pregnant sebab period cume lewat 3hari je. Pergi Klinik pun sbb demam+selsema+batuk jadi pergi bukan sebab nak buat pregnancy test. Bila doktor tanya period ok ke tak terus cakap lewat 3 hari dan Doktor tu pun cakap kite buat test je. Aku yang tengah blur angguk jela kepala.

    After a few minute, Doktor tengok kat prenancy test pastu terus cakap "ok mengandung" sambil senyum-senyum kambing. Actually, Doktor yang aku selalu pergi tu Doktor peribadi aku so, She knows  every single things about my medical record. Jadi bila Doktor cakap macam tu,saya BETUL-BETUL terperanjat+blur+pening+nak muntah+tangan rase kebas+kaki tak jejak tanah*yang ni tipu sebab boleh jalan macam biasa hee.

    Banyak kali tanye betol ke Doktor. "Iye ina" jawab Doktor buat-buat macam takde pape yang berlaku. Rasa macam nak tanya lagi betul ke tak saya pregnant ni. Tapi hajat dibatalkan when She ask me "Awak nak bersalin kat mana nanti" ?. Blur lagi. Bersalin? Kebas kat tangan tak hilang lagi terus Jantung berdegup laju macam baru lepas sprint 100m heh.

    After a few advice about pregnancy, terus Doctor tu sign in buku merah. Siap je proses Buku Merah terus keluar bilik and duduk sebelah En.Saiful. Bisik kat dia "I'm Pregnant" dalam bahasa melayu "saya mengandung". En.Saiful buat muka confuse "biar betul ni yang"tapi tetap senyum meleret. Masuk je dalam kereta, En.Saiful pandang aku balik. Tanye lagi "betul ke ni yang?" . "Iye betul la yang". "Alhamdulillah" jawabnya, terus balik rumah dengan muka ceria.

    Nampak tak betapa aku dan suami sangat-sangat tak menjangkakan hal itu. Tetapi syukur kepada Yang Maha Esa diberi kepada kami rezeki anak yang sangat cepat.

    ok presenting My Precious Little Princess.......................


    dalam kereta on the way nak balik Kedah


    Tak sangka sekarang Hana Humaira dah setahun 26hari*tepat dan jitu. Walaupun sepanjang setahun tu macam-macam kerenah.Batuk,selsema,batuk,selsema. Demam campak dalam setahun je dah 2 kali. Pasrah kat situ sebab fikir anak nak bina imun supaya badan jadi kuat dan dapat menepis juga menangkis serangan virus secara bermusim. Harap-harap anak ibu membesar dengan sihat la lepas ni ye. Tak mau sakit-sakit. Setakat demam sikit-sikit tu biasa la kan. Semoga Hana Humaira menjadi anak yang solehah dan taat. Ibu Ayah sayang Hana sangat-sangat*kecikan mata.
                                                                        



    Wassalam, EnaMokhtar

    AIDILADHA KAMI

    Assalamualaikum w.b.t

    BEST!!

    Sebab mak aku datang tidur rumah untuk sambut Aidiladha dengan Anak Menantu Cucu bertuah. Iye, Suami kesayangan aku keje abes nak buat macam mana, En.Saiful keje shift jadi sebagai seorang isteri yang memahami tugas suaminya harus la aku redha sebab tak dapat balik beraya dengan Family sendiri. Sebenarnya boleh nak balik kg. tapi En.Saiful keje petang hari Ahad dan Isnin jadi rasa ralat pulak nak suruh En.Saiful ulang alik pergi keje Sg.Buloh-KLIA 2 jam pergi balik atas jalan (kalau drive 90km/j yee) kesian kat En.Saiful. Lagipun adik beradik aku sume sibuk kat rumah mertua masing-masing tu yang aku ajak Mak beraya kat rumah je hehe.

    Tahun nie mmg tak dapat daging korban ye, memandangkan kawasan perumahan aku ni majoriti kaum bukan Islam jadi redha sekali lagi disitu. Itu tak penting sangat, yang penting Mak datang rumah aku dengan bekalan makanan yang sangat awesome. Nasi impit, rendang daging, paru sambal, masak lodeh memang terbaeek.  Aku cuma masak Mee Kari je tu pun mendapat sambutan yang menggalakkan dari isi rumah Alhamdullilah.

    Malam pulak kakak aku datang dengan family nya. Meriah rumah kecil aku tu walaupun sakit kepala sebab terlebih makan haha tapi aku seronok sebab ada ahli keluarga yang sudi datang ziarah. Bukan senang nak jumpa kan walaupun radius kawasan rumah adik beradik aku dalam lingkugan 80km++ tapi kesibukan aktiviti harian memang membataskan masa untuk berkumpul sesama sendiri.

    Sorry ye takda gambar pada hari kejadian memandangkan aku sibuk makan-makan dan berjalan rumah kakak ipar yang jarak cuma sepelaung je dari rumah aku ni haa. Pape pun sempena AidilAdha ni sama-sama la kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sepanjang umur kite ape pengorbanan yang telah kite lakukan untuk diri sendiri, anak, suami dan ibu bapa? fikir-fikirkan. Semoga semua amalan kite diterima Allah. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran kepada hambaNYA.



     wassalam, enamokhtar

    Friday 4 November 2011

    Bissmillah..Salam Perkenalan

    Assalamualaikum w.b.t

    Harini secara rasmi nye saya terjebak dalam dunia penulisan secara berkala. Blog ini jugak akan jadi macam jurnal tetap bercerita segala kegiatan harian saya,anak dan suami. Semua yang bakal terkandung dalam blog ini nanti akan menjadi catatan sejarah saya untuk anak2 saya (Insya'Allah) keluarga,sahabat handai,dan buat insan yang saya cintai sepenuh jiwa iaitu suami saya. Iye saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 1tahun 21hari.

    Boleh jadi blog in juga tempat untuk saya meluahkan perasaan marah, sedih, gembira, dan sebagai nya. Maaf sekiranya terdapat kesilapan tatabahasa almaklumlah saya budak sektor kejuruteraan bukan dari aliran bahasa jadi setiap kali saya tekan keyboard, tanpa perasaan bersalah tertekan mana yang tak patut.

    Saya suka menulis sebenarnya, dulu masa zaman sekolah rendah pernah juga saya masuk pertandingan menulis novel tapi masa tu share dengan kawan-kawan. Si A 20 mukasurat, Si B 20 mukasurat saya 20 mukasurat. Total mesti lebih dari 1000 perkataan atau sekian sekian*dah lupa haha. Tp tetap tak dapat hadiah well, kami masih dapat sokongan cikgu tau walaupun kalah haha. Malang nya itu la kali pertama dan terakhir saya masuk pertandingan menulis novel haha selebih nya ada la sikit sikit pertandingan melukis, mewarna etc etc*dah lupe oh saya ni memang pelupa ye haha..

    Semua orang ada kisah kan masa kecik-kecik. Dari Tadika ke Sek.Ren*oh masa ni ingat lagi pagi Sek Rendah ptg pukul 2 Sekolah Agama pulak..kalau beratur masa perhimpunan saya adalah org paling depan sekali sebab saya paling rendah haha kenangan sungguh lar.

    Sekolah Menengah masa saya From 1 tumpang Sekolah lain sebab Sekolah asal saya dalam pembinaan. Merasa la jugak pergi Sekolah naik Bas Sekolah colour kuning 20km dari rumah. Dan merasa la jugak kena tinggal dengan Bas Sekolah. Saya sesi petang, jadi lepas makan tengahari dan solat zohor kadang-kadang terlelap tu yang terlepas Bas.  Masuk From 3 Sekolah asal saya dah siap jadi pindah la ke sekolah tu yang jaraknya kira kira 6km dari rumah saya. Hari-hari saya jalan kaki ulang alik ke Sekolah TETAPI badan saya tetap maintain 60kg dengan ketinggian 150cm*boleh imagine tak HAHA.

    Lepas habis Spm saya tolong mak saya berniaga di kedai makan sementara nak tunggu result. Mak saya tauke kedai makan jadi boleh bayangankan limpahan makanan yang saya kena hadap hari-hari haha. Jadi jangan ditanya kenapa berat saya begitu dan begini haha. Lepas dapat result je kawan-kawan baik terus isi borang permohanan nak masuk U. Saya buat dek je agak-agak esok tarikh tutup permohonan harini baru saya ajak abah saya pergi BSN dan etc etc..prosedur biasa nak apply masuk U tu la*oh saya lupa lagi hee.

    Bila kawan-kawan lain dah masuk U atau Politeknik saya tertanya kenapa saya tak dapat. Frust bukan main lagi sebab result saya OK maksudnya tidak gagal ye haha. Jadi Mak buat keputusan drastik suruh saya tolong je dia kat kedai makan. "Nanti mak bayar la ko gaji sehari rm40". Saya tak terus setuju*jual mahal disitu ye heee. Kakak saya jadi penyelamat bila dia offer saya keje kat tempat dia bekerja tapi jadi sales girl la tak kisah disitu janji dapat keje best duduk dalam aircond walaupun terpaksa berdiri sepanjang hari sampai bengkak-bengkak kaki dan bila balik rumah Mak la juga tempat saya menagih simpati tolong urut kaki maka hilang la segala kejung urat. Genap dapat gaji bulan ke 3 saya berhenti keje dan fulltime tolong Mak kat kedai saya cuba kembali menjadi anak yang solehah taat perintah mak abah.

    Bulan 12 2002 saya dapat tawaran ke Politeknik. Gembira bukan kepalang kalau masa tu ada FB la kan agak agak boleh imagine tak macam mana haha. Tung Tang Tung Tang saya grad tahun 2004. Iye saya hanya budak Sijil lulusan Politeknik dan selepas itu adalah 2 ke 3 kali saya tukar keje untuk cari pengalaman. Kini saya bekerja dengan syarikat GLC. Alhamdulillah pencapaian setakat saya yang baru bekerja 6 tahun ni agak membanggakan la. Walaupun budak sijil tapi saya bersyukur dengan ape yang saya ada sekarang ni walaupun tak semegah org lain yang ada Diploma, Degree, Master dan Phd. Sebab saya ada anak perempuan yang comel mata bolat,suami yang rajin,baik,penyayang,bertolak ansur etc etc*sayang hubby

    Kan saya dah bilang saya suka menulis tengok..tengok..haha baru 1st entry dah berapa perenggan. Tu belum 2nd 3rd dan seterusnya HAHA. Ok ok saya stop kat sini dulu ye..next entry akan ada macam macam cerita siapa la yang nak baca blog hingusan saya ni kan.*lap hidung

    Wassalam,
    enamokhtar