TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 19 June 2012

Segmen Cik Purple Tambah Follower Blog

Assalamualaikum w.b.t

Atas kesedaran diri yang tak berapa nak ada follower. Jom le kita reramai join...hehe



Sila terjah ke belog Cik Purple...lagi ramai lagi bagus kan...:)
Opss..jangan lupa tinggalkan komen korang HERE ....Penting supaya cik purple dapat blogwalking belog korang nanti  ;)


 Wassalam, EnaMokhtar

Cik Puan Coach..

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu wishlist saya untuk tahun ini : BEG COACH!!

 


 Kalau pakai abaya padankan dengan beg ni..mesti canteeeekkk 
Pada pandangan aku la..haha

 Jom jalan-jalan window shopping!!
sling ke kat bahu..Sempoii !!

 Kalau pergi ofis pakai beg ni pulak. Padan dengan baju kurung.

Besar beg ni. Boleh simpan botol susu,pampers dan etc..
kira macam 2 in 1 punye beg la..


 Gold..boleh gadai ke??errr...

 
 Plain diluar...Berbelang didalam..


 Wristlet ni kecil..senang nak pegang. Dapat yang macam ni pun ok la..
 

 Yang ini aku sukaaaaaa...


 Yang ini pun saya sukaaaa...


 Sayang...kita nak yang ni boleh?? *kelip-kelip mata*


Coach...coach..coach...

 
Iye saya tau..saya bukan orang kaya nak pakai beg mahal-mahal. Tapi saya naaakkk sangaaattt... Teriiingginnn sangat nak beli..Cuma tular kan harga macam tak berapa nak mampu..Abes kalau sebiji beg dah sampai Rm500-rm600 boleh beli baanyaaakk beg Guess tu kan..haha..


Tapi tak salah pun nak buat wishlist macam ni kan..perempuan biasalah..semua nak yang cantik jee..Kalau ada sesuatu benda yang kita nak beli tapi macam mahal je kann kumpul la setiap bulan sampai cukup jumlah nye. Lain la kalau korang dapat duit terpijak. Boleh la aku tumpang sekali kan,kan,kan..heh.

 Apapun sebelum kita nak mengikut orang baik kita ukur baju dibadan sendiri. Kang sebab mengikut kata hati sangat habis pulak duit gaji.

Bak kata orang la kan..bukan saya kata...Shopping tu treatment terbaik stress bagi orang perempuan. Entry ni keluar pun sebab aku tengah stress la ni haa...Saya nak cuti..Kalau dapat mandi manda dalam private pool kat Grand Lexis Pd kan bessttttt...lalalallaaaa....

Eh..macam dah melalut je nih...takpela layan je yeaaaa...haha



Wassalam, EnaMokhtar

Dinner Malaysia Airport Sepang

Assalamualaikum w.b.t

Bertempat di Nilai Spring Golf dan Club. Peristiwa berlaku Jumaat yang lepas tema Hitam+Putih. Hadir atas undangan dari contractor/bisnes partner dari unit masing-masing. Dinner ni pun untuk meraikan Kontraktor yang banyak memberi sumbangan dan sokongan kepada Malaysia Airports Sepang. Unit aku cuma dapat Dua Table je. Satu Table untuk kontraktor satu table lagi untuk staff. Takda artis undangan. Cuma artis jemputan dari Malaysia Airports Idol je..Nyanyi pun ala-ala je pun. Harap baju je seksi. Hahah..

Makanan memang superb sedap. Ada Lamb Kuzi...terbaeekk!! . Untuk makluman aku duduk satu meja dengan lelaki. Cuma aku sorang je perempuan. Jadi sila bayangkan kalau duduk dengan lelaki time makan. Pergghhh...gila pelahap. Aku rasa meja aku la yang paling cepat habes lauk kot. Hahahah. Tapi takpe sebab tengahari aku dah makan jadi macam tak berapa nak lahap sangat la kan..Hahaha..

Cabutan bertuah memenang banyak. Tapi satu pun tak lekat kat meja kami. Hadiah paling grand, Tv Lcd samsung 46". Kau ada? hahah..Yang itu pun tak sangkut kat meja kami juga. Masing-masing cemas bila time nombor cabutan bertuah dipanggil. Tapiiiiii...lepas tu memasing gigit jari sebab nombor cuma sipi-sipi...haha

Overall ok la.. takde la boring sangat. Cuma terkilan sebab tak dapat tv..haha.




Wassalam, EnaMokhtar

Hectic Life

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua pembaca blog enamokhtar.blogspot.com. Iye,saya tau saya tak ramai reader. Tapi sejak ahad lepas saya perasan ramai yang terjah blog saya untuk review pasal The Cabin Langkawi. Itu pun gara-gara masuk rancangan Safiyya tv9. Well, Saya hanya kongsikan apa yang patut. Lepas ni sila jangan email saya pasal The Cabin lagi yee.. Boleh terus ke laman web mereka disini. 

Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk*sila percaya*. Sampai saya takda masa nak beramah mesra dengan suami tercinta. 

Isnin:
Biasala. Isnin hari yang malap. Kenapa nama isnin? *tepuk dahi* 

Selasa: 
Haaa..yang ini memang la lupa diri jap. Sebenar nya masa ni ada jualan khas untuk staff-staff mab. Jualan barang-barang dari hotel Pan Pac KLIA. Memandangkan dorang nak clearkan semua barang-barang lama dan nak upgrade interior design hotel dorang, maka semua barang-barang dalam hotel nak dilupuskan. 

Dari sekecil-kecil bakul sampah, sampai la sebesar-besar sofa mewah. Yelah kalau standard kerani cabukk macam aku ni nak beli perabot kayu jati yang baru memang tak mampu. Tapi jualan macam ni tetiba aku jadi mampu walaupun dah tengah-tengah bulan ni kan. Mana tak mampu, cuba korang bayangkan set kerusi sofa kayu jati yang padu dan jitu tu (3+2+1) baru je rm30-40. Kalau kat luar punyer rege memang mampu jeling dari jauh je. Hahah. Masih elok dan cantik. Kalau rajin, balik rumah boleh varnishkan balik Kasi lagi vogue gitu. Tu belum kira Foot Massage rm12, Towel rack rm1.20, Ottoman rm2.40. Juling bijik mata aku kejap. Murah sangat2. Kondisi perabot dan barang masih baik dan cantik. Almaklum la barang Hotel, mana jejas sangat kalau nak bandingkan dengan barangan kat rumah kan. Bukan selalu guna pun.

Sebab tular ramai staff mab serbu ke sana. Jangan tak tau, Senior Engineer, Manager pun serbu sekali hahaa. Punye la berebut. Nasib la dapat yang mana elok. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia nangis..hahahaha..

Aku malas nak berebut benda yang dah abes orang rebutkan. Jadi aku ambil benda yang orang tak berapa nak berebut. Total damage cuma RM20.40 je*saja besarkan huruf*. Aku dapat 2 benda je.. iaitu..jeng...jeng..*gambar aku upload nanti-nanti la yee...kuikui*

Rabu:
Aku EL sebab urusan aku untuk angku barang-barang hotel yang aku beli hari selasa tu tak setel lagi. On the way balik dari ambil barang-barang tu semua singgah jap kat mcD. Lapo tahab gaban sebab aku dengan En.Saiful breakfast kuih karipap je dua biji. Sampai rumah dekat pukul 3. Dah siap punggah barang-barang kecik. En.Saiful singgah la pulak rumah opismate kami. Angkut pulak writing table yang kitorang beli tu sebab kereta kami tak muat daa..Kenari muat pulak sebab seat belakang boleh diturunkan. Lepas dah siap semua tu. En.Saiful pulak gi uruskan pasal bisnes kecil-kecilan dia tu haa..*berapa banyak lepas tu daaa*haha

Balik rumah dah petang, badan penat macam tak tidur dua hari. hahaha. Lepas En.Saiful selesai urusan dia kat Seremban, ambil pulak budak kecik tu kat Taska. Malam tu pulak En.Saiful turn kerja malam. Sebab tula takda masa nak bermanja dengan suami tercinta..T_T
 
Khamis :
Masuk balik ofis kerjakan pulak kerja yang pending semalam tuuu..*padan muka siapa suruh EL*. Kerja sampai pukul LIMA. Balik rumah kembali dengan rutin asal..amik Hana, balik rumah masak, kemas rumah apa yang patut supaya tak nampak semak sangat.

Jumaat:
Rutin macam biasa juga pergi ofis dengan badan yang longlai. Dalam hati meronta-ronta nak minta cuti. Kalau dapat mandi pantai kan best. Haaa..tak pun ajak husband shopping handbeg guess baru kat Sacc *mimpi jap*.  


Malam ni ada dinner dengan Kontraktor Malaysia Airports Sepang. Pasal tu nanti update entry lain pulak.


Pasal story aku ni. Aku tau ada orang lagi hectic dari aku..tapi saje nak share kan. Macam ni la selagi kita bernafas. Masa berlalu dengan pantas kan? cuma kita je kena pandai bahagi masa antara urusan duniawi ataupun urusan akhirat..


Hecti ke tak Hectic ke..kau ada?
hahaha..




Wassalam, EnaMokhtar