TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 31 May 2013

Hospital Columbia

Assalamualaikum w.b.t


Pekabar semua..lamanya tak hupdate yekkk...hehehe..biasalah kalau time rajin datang kemain berderet-deret entry. Kalau time malas, habuk je la yang ada..kuikuiiii


Anyway,


Lately aku banyak terima email bertanya mengenai kos rawatan bersalin di Hospital Columbia. Ada juga yang bertanya pasal kos rawatan bersalin kat Klinik Sariah Nilai.


Ok,


Untuk pencerahan semua, aku bersalin di Hospital Columbia menggunakan panel Hubby. Jadi semua kos ditanggung oleh Malaysia Airports. Kepada yang berminat nak tahu apa-apa maklumat mengenai bersalin di Hospital Columbia Seremban boleh hubungi no ni. 06-603 3988. So korang boleh la nak tanya pasal Doktor ke, pasal kos ke, sebab aku pun aritu banyak no hal nak kena settle dengan hospital tu yang tak menyempat nak tanya berapa kos bersalin normal and etc..etc..Harap korang call sendiri dan tanya baru puas hati kannnn..


Ok,


Untuk Klinik Sariah pulak, aku hanya buat check up je kat sana. Klinik tu bukan Klinik bersalin yeeee...Klinik Sariah tu hanya klinik biasa je...theheheheteheee..


Tu jelar kot. Insya'Allah kalau ada masa terluang nanti aku up entry kaw-kaw pasal Hospital Columbia ye..Korang pulak janganlah assume Hospital tu hebat sesangat pulak kan. Aku pilih Hospital tu sebab PERTAMA Hospital tu panel, jadi semua bil syarikat tanggung. KEDUA sebab ada doktor perempuan islam (Doktor Intan). Untuk rawatan pesakit lain aku tak tau la. Untuk bilik wad pulak yang aku stay tu single room rm200. Bagi aku cukup selesa la. Sebab privasi kan.

Insya'Allah kalau ada masa aku akan buat review secara details pasal kos bersalin Hospital Columbia yee. Nak kena pergi Hospital jugak nih...hahaha



Wassalam,
EnaMokhtar

Friday 17 May 2013

#Camera 360...akakakaaa...

Assalamualaikum w.b.t


Uiks, sekali upated 3 entry terus..Ko ada? hahaha...

Edit guna camera 360 so boleh la perasan cantik jap...agagagagaaaa..




.Dasyat la sekarang ni. Macam-macam apps ada kat dalam hp. Yang ni Senior Engineer aku tolong buatkan guna note dia. Saje masa ni tengah boring-boring. Dari muka toye terus jadi licin gila kulit. Freckle pun boleh hilang. Hahaha..

Saje aku tunjuk gambar ni kat En.Hubby abes dia bantai gelak kat aku. Cisssss...hahahaa...

Hilang stress mak kejap bila tengok gambar ni..aakakakaaa....

Layan jelar yee..


Wassalam,
EnaMokhtar

BreastPUMP??

Assalamualaikum w.b.t

Aku guna pump ape?

Ni hah....


  Medela Swing..beli tahun 2010.. harga dalam rm600++ ke rm700. Aku lupe..kikiki..


 Sekali pump dapatlah 4oz-5oz. Biasa aku pump tengahri sekali dan petang sekali.


 Yang ni botol besar sikit dalam 5oz.


 Tempat kejadian biasanya aku pump kat surau atau dalam bilik opish En.Hubby. kikikii...

Demand semakin tinggi. Jadi kena selalu pump. Sekian bagi yang bertanya aku pakai breast pump brand ape. Testimoni dari aku. Ok je. Sangat berjasa. User friendly. Takde button yang pelik-pelik ko kena tekan. Semudah 1,2,3 je ko nak guna. Kalau takde pump ni mau aku nangis siang malam...hahaha...Alhamdulillah sangat berpuas hati. Lagipun spare parts dia skang ni dah senang sangat nak cari. Kat kedai-kedai baby biasa pun ada jual. Setakat yang aku pakai ni belum ada apa-apa masalah pun.

Cuma shield die je terkoyak aritu. Tapi shield tu memang patut koyak sebab dah lama sangat pakai. Dan spare parts sheild memang ada bagi free 1. So, aku belum pernah lagi la nak keluar duit untuk ganti spare parts dia....hehe...

Pada siapa-siapa yang first mommy to be dan tak tau nak beli breast pump jenama apa. Ni tips aku nak kasik tauk :

1-Tentukan budget dulu yee..
2-Tanya diri sendiri dulu nak yang jenis double atau single. Electric atau manual.
3- User friendly. Means tak berat dan tak besar sangat. Dan bunyi pump yang tak kuat.
4- Brand yang senang ko nak cari spare parts.
5-Pilih jenama yang dipercayai
6-Survey la dalam google dah banyak sekarang brand yang murah-murah dan berkualiti. Kalau branded je lebih tapi tak berkualiti pun tak guna jugak kan.....kikiki

Pilihan di tangan anda..


Wassalam,
EnaMokhtar

Saya perlukan percutian

Assalamualaikum w.b.t

Dalam negeri je. Yang dekat-dekat sudah. Nak sangat pergi sinik!!

Gold Cost Morib







 Picture-Terima kasih En.google...


Wassalam,
EnaMokhtar

Hani Nadira 3month

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..20hb ni bersamaan hari isnin genaplah Hani Nadira 3bulan. Malam tadi tak boleh tido. Kesian Hani asik terjaga je sebab selsema. Pagi tadi lepas aku mandikan Hani, masa nak pakaikan baju Hani asik bersin je. Meleleh hingusnya. Selsema tu maybe jangkit dari Kakak Hana kot sebab dia pun baru je baik dari selsema. Sampai sengau suara. Now kakak getting better la. Cuma batuk je belum hilang lagi.

Antara gambar yang ada. Banyak sebenarnya gambar dia tapi dalam lappy kat rumah. So,layan jelar yang ni dulu yee..


 Ni masa on the way balik kg. Alor Setar seminggu sebelum aku naik keje. Sedap je Hani tido.


 Kat rumah Mak tok..


 Ni on the way balik Nilai pulak. Kebetulan sehari sebelum aku nak balik Nilai tu aku beli la stroller and car seat baru untuk si Hani. Murah je. Ni kira rasmi car seat baru la ni. Sepanjang jalan tido elok je dalam car seat tu. Guddd anak ibu...eheheee..


 Tutup sikit mulut tu adik oiiii...

Setakat ni Hani ok je. Tak banyak ragam la. Kalau lepas minum susu tu aku letak je depan tv elok je dia diam. Kadang-kadang sampai tertidur sendiri. Tak payah nak dodoi ke hapa. Magic la pulak. Kalau time Hana dulu. Memang takdelah dia nak tido sendiri. Kalau didodoi pun tido dalam 15minit pastu bangun balik. Dah aku kena sua nenen kat dia sampai dia tido balik. Penat jugak. Sampai sakit pinggang kadang tu. Tak cukup belah kanan, tukar pulak belah kiri. Sangat mencabar !!.

Tapi,

Alhamdulillah si adik ni memang lain perangainya. Tak banyak ragam. Senang nak jaga. Time tido pun senang je. Kalau lepas dia kenyang tu memang dia dah tak merenggek atau meragam la. Kadang kalau lama takde orang kat sebelah dia, dia akan bising jugak laa..masa tu aku suruh la Hana main dengan adik. Nanti cecepat dia pegi kat adik. Cakap-cakap dengan adik ajak main. Kadang dicium dipeluk adiknya. Sweet sangat. Kadang siap cakap "Adik jangan nangis ibu tengah masak tuuu". Bijak bercakap si kakak tu. Sayang dua-dua anak ibu..

Cepat je masa berlalu. Macam tak caya aku ibu ber-anak 2.heh....


Wassalam,
EnaMokhtar

Thursday 9 May 2013

RINDU !!

Assalamualaikum w.b.t


Kenangan betul....masa ni dah 38weeks pun still boleh pakai peplum gituu...motip?? haha Tengok perut macam kecik kan? masa ni pun scan baby dah 3.5kgs. Nak berjalan memang penat dan lambat. Dan agak sentap juga bila orang tanya "dah bape bulan?" bila aku jawab dah 8 bulan lebih. Otomatik orang tu balas  "ehh..perut kecik je yee..."..oiii...sentap abes la masa tuu...kecik ko kate....hahahaa...lawaks je..emosi melampau betul..aggagagaaa...



 Masa ni tengah tunggu nak masuk bilik Training sebab ada KSS untuk Emass. Gagahkan jugak laaa menunggu.

Bawak Hana mandi manda dengan cousin dia kat presint 11 (kot)

Rasanya BUKAN dalam masa yang terdekat ni laaa...maybe 2 or 3 years later. Nak bagi badan betul-betul mantap dan sihat dulu baru fikir next baby ehhh??? haha..

Layan je...kikiki...


Wassalam,
EnaMokhtar

Rejab 1434hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Waa..kejap je masa berlalu kan. Dah masuk bulan rejab. Puasa ada 6 hari kena ganti. Almaklumla masa aku mengandung ritu jatuh bulan Ramadhan. Tengah mabuk teruk terpaksa la ponteng sampai 6 hari. Itu pun dah dekat 10 ramadhan terakhir baru ponteng. Ingat dapatlah puasa penuh tahun lepas. Tapi bila masuk je 10 ramadhan terakhir mabuk makin menjadi-jadi. Sahur memang hari-hari aku bangun. Tapi bila masuk je pukul 10 ke 11 pagi macam tu terusla muntah macam nak rak samapi lembik. Tu yang nak tak nak terpaksa buka sebab takut dehidrated.

So tahun ni bermula la program untuk menggantikan puasa yang tertinggal. Enam hari tak banyak la. Sama macam aku ganti time uzur je dalam 6 ke 7 hari gitu. Selebihnya kita puasa sunat la banyak-banyak Insya'Allah.

Bulan 1 Rejab tahun ni bermula pada 11 MEI 2013 BERSAMAAN HARI SABTU. Insya'Allah aku ingat nak puasa la hari sabtu tu. Insya'Allah...

Kat bawah sebagai rujukan takwim 2013. Boleh la kalau korang nak print.



Selamat berpuasa sunat semua !!



Wassalam,
EnaMokhtar

Friday 3 May 2013

Jom mengundi!!

Assalamualaikum w.b.t

 Jom tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Undi untuk perubahan !!


Nasib dekat je kat Klang jee..hehe Korang undi kat mana??


Wassalam,
EnaMokhtar