TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 16 December 2013

Kek minyak

Assalamualaikum w.b.t


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung  gandum
1sudu teh baking powder
5biji telur
1sudu teh ovalet
1/2 cawan gula
1cawan susu pekat
1cawan minyak
sedikit vanila esen
pelbagai warna masakan.

1-Panaskan pengukus terlebih dahulu.
2- Ayak tepung+ baking powder (ketepikan)
3- dlm mangkuk lain pukul telur+gula+ovalet sampai betul-betul kembang.
4-kemudian masukkan susu dan minyak masak. pastu letak esen vanila sikit dalam setitik dua gitu. kacau sebati guna senduk.
5- kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

bahagi kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna. Kemudian tuang kedalam mangkuk atau loyang selapis demi selapis. Dah siap tu lorek la ikut suka hati kemudian baru kukus. Kukus dalam 1jam menggunakan api sederhana supaya kek tak merekah. Patikan alas dengan kain sebelum ditutup untuk elakkan air menitis atas kek iteww yang boleh menyebabkan kek jadi berlubang...



 Yang ni aku guna mangkuk tau foo faa..

 Hat ni plak guna loyang

 Hasil lepas kukus

Bentuk rupa paras lepas dipotong

Bagi aku ni kek paling senang dalam hidup aku pernah buat. Rasa dia sedap. Tak berapa manis. ada rasa-rasa susu dan yang paling best sekali kek ni lembut,lembab dan gebu..Tak caya korang try ok..??


Wassalam, EnaMokhtar

4th Anniversary

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..lamanye tak update blog..

Ok..ok..

12.12.09 - 12.12.13. cukup 4 tahun perkahwinan kami. Baru 4 tahun dik oiii...fasa pertama perkahwinan pun tak lepas lagi. Kami sambut anniversary kat Genting Permai Resort. Apartment MAB je.. 1 malam rm50. Kami stay 2 malam je. So baru Rm100. Jimat banyak. Haha. Tapi tak boleh stay lama-lama nanti Hani Nadira dapat adik baru pulak..hahaha..sapa tak faham sila abaikan yee..ekekeke

 suasana petang hari. Tenang. Sejuk dan sangat mendamaikan


 Suasana pagi hari. waktu ni pukul 7.00pagi. Sejuk sesahngat..!!


 Owh..nak habaq mai kek minyak versi kukus yang sempat aku buat pagi2 sebelum bertolak. Rajin tak kak ton..ahaks..nanti kak ton share resipi yee...


 lepak-lepak waktu malam on the 1st day we all kat sana. Restoran Pelangi. Nasi goreng kampung superb sedap..!!

2nd Day baru naik atas. Mendaki ke puncak Genting Highland resort. Berkabus giteww..By the way aku tak naik kereta kabel sebab hubby kata nanti kena jalan jauh nak tolak stroller dari stesen kabel tu ke indoor game. Saya yang menurut perintah sebab last aku naik Genting masa darjah 5 ke 6 kot..hahahahaa...so tak berapa nak arif sangat tempat strategik.


Posing jap...


 Sebelum nak main ape-ape kena ukur dulu ketinggian anak. Hana dok ralit tengok cho cho train kat atas nun..haha


 Hana yang tak duduk diam. Sebab terlalu banyak mainan yang dia nak main..owh lupa nak bagitau, tiket untuk dewasa untuk permainan indoor adalah rm30. untuk kanak-kanak adalah rm20. Walau bagaimana pun kami tak beli pun tiket tu memandangkan macam semua permainan pun tak sesuai nak main. Sebabnye dengan bawak stroller lagik. Nak beli tiket sorang rm30. pastu setakat temankan Hana naik 3 4 jenis permainan yang dia boleh naik rasa macam tak berbaloi. 

Pastu pulak kengkonon nak masuk snow world sekali sign board kat depan tu mention tak boleh bawak masuk stroller dan tidak boleh masuk dengan memakai selipar. Dah la Hana pakai selipar bata dia tu. Nak masuk guane?? haha. owh..Hana sangat sayang selipar bata dia tuuu...

Last2 hubby decide kite bawak Hana main game yang guna Coin tu jelar..tapi kena beli smartkad min rm20. Ala-ala macam tempat mainan kat Tesco Nilai. Aku siap cakap dengan hubby kalau gini baik kita bawak Hana main kat Tesco Nilai je..Jimat..!! hahaha.. hape punye kedekut la ibu niii..hahaha..last2 situ jugak la yang dia syok main. Gambar lupa nak ambil laaa...huhu


 Adik menten baik..duduk elok sopan santun dalam stroller..hehe


 Apartment yang aku duduk ni complete la dengan perkakasan masak semua. tinggal rajin ngan malas je nak sinsing lengan. Bubur si Hani wajib kena buat yeee..

 3rd day kita jenjalan kat Taman Setoberi..

 Singgah Genting Sports Centre jap. Sebenarnye tumpang toilet sebab nak tukar pampers Hani..haha

 Tanda-tanda mengantuk si Hani adalah garu mengaru..haha

 Duduk-duduk lepak sambil minum setoberi milk shake rm10.90 satu tu yeee...huhu


 Pompan-pompan kesayangan En.Saiful..heh.

Nak jugak naik stroller..!!

Percutian kali ni lebih santai dan tak terlalu pack dengan aktiviti merayap. Lebih pada nak menghabiskan masa dengan keluarga. Berbanding menghabiskan duit berbelanja..kehkehekeh..Pergi pun tak lama sebab cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je uolss..3hari 2malam. First time pergi apartment ni so hubby kate pasni dia nak datang lagi dan lagi dan lagi. Kalau boleh tiap-tiap bulan nak duduk kat atas ni.. Motip?? hahaha..layankan jelar..

Sempena dengan ulang tahun ni aku takde la mintak apa-apa dengan hubby. Rasenye dah cukup dengan ape yang ada. Cuma target untuk tahun hadapan adalah nak beli rumah sendiri. Insya'Allah semoga Allah permudahkan segala urusan. 

Yang lain-lain semua tu masih ditahap belajar dan belajar. Tak kira suami atau isteri masing-masing ada kekurangan. Yang penting kena selalu sabar dan bertolak ansur. Mana-mana yang terkurang tu toksah nak komplen sangat. Sebabnya masing-masing pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.




Wassalam, EnaMokhtar