TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 16 December 2013

Kek minyak

Assalamualaikum w.b.t


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung  gandum
1sudu teh baking powder
5biji telur
1sudu teh ovalet
1/2 cawan gula
1cawan susu pekat
1cawan minyak
sedikit vanila esen
pelbagai warna masakan.

1-Panaskan pengukus terlebih dahulu.
2- Ayak tepung+ baking powder (ketepikan)
3- dlm mangkuk lain pukul telur+gula+ovalet sampai betul-betul kembang.
4-kemudian masukkan susu dan minyak masak. pastu letak esen vanila sikit dalam setitik dua gitu. kacau sebati guna senduk.
5- kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

bahagi kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna. Kemudian tuang kedalam mangkuk atau loyang selapis demi selapis. Dah siap tu lorek la ikut suka hati kemudian baru kukus. Kukus dalam 1jam menggunakan api sederhana supaya kek tak merekah. Patikan alas dengan kain sebelum ditutup untuk elakkan air menitis atas kek iteww yang boleh menyebabkan kek jadi berlubang...



 Yang ni aku guna mangkuk tau foo faa..

 Hat ni plak guna loyang

 Hasil lepas kukus

Bentuk rupa paras lepas dipotong

Bagi aku ni kek paling senang dalam hidup aku pernah buat. Rasa dia sedap. Tak berapa manis. ada rasa-rasa susu dan yang paling best sekali kek ni lembut,lembab dan gebu..Tak caya korang try ok..??


Wassalam, EnaMokhtar

4th Anniversary

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..lamanye tak update blog..

Ok..ok..

12.12.09 - 12.12.13. cukup 4 tahun perkahwinan kami. Baru 4 tahun dik oiii...fasa pertama perkahwinan pun tak lepas lagi. Kami sambut anniversary kat Genting Permai Resort. Apartment MAB je.. 1 malam rm50. Kami stay 2 malam je. So baru Rm100. Jimat banyak. Haha. Tapi tak boleh stay lama-lama nanti Hani Nadira dapat adik baru pulak..hahaha..sapa tak faham sila abaikan yee..ekekeke

 suasana petang hari. Tenang. Sejuk dan sangat mendamaikan


 Suasana pagi hari. waktu ni pukul 7.00pagi. Sejuk sesahngat..!!


 Owh..nak habaq mai kek minyak versi kukus yang sempat aku buat pagi2 sebelum bertolak. Rajin tak kak ton..ahaks..nanti kak ton share resipi yee...


 lepak-lepak waktu malam on the 1st day we all kat sana. Restoran Pelangi. Nasi goreng kampung superb sedap..!!

2nd Day baru naik atas. Mendaki ke puncak Genting Highland resort. Berkabus giteww..By the way aku tak naik kereta kabel sebab hubby kata nanti kena jalan jauh nak tolak stroller dari stesen kabel tu ke indoor game. Saya yang menurut perintah sebab last aku naik Genting masa darjah 5 ke 6 kot..hahahahaa...so tak berapa nak arif sangat tempat strategik.


Posing jap...


 Sebelum nak main ape-ape kena ukur dulu ketinggian anak. Hana dok ralit tengok cho cho train kat atas nun..haha


 Hana yang tak duduk diam. Sebab terlalu banyak mainan yang dia nak main..owh lupa nak bagitau, tiket untuk dewasa untuk permainan indoor adalah rm30. untuk kanak-kanak adalah rm20. Walau bagaimana pun kami tak beli pun tiket tu memandangkan macam semua permainan pun tak sesuai nak main. Sebabnye dengan bawak stroller lagik. Nak beli tiket sorang rm30. pastu setakat temankan Hana naik 3 4 jenis permainan yang dia boleh naik rasa macam tak berbaloi. 

Pastu pulak kengkonon nak masuk snow world sekali sign board kat depan tu mention tak boleh bawak masuk stroller dan tidak boleh masuk dengan memakai selipar. Dah la Hana pakai selipar bata dia tu. Nak masuk guane?? haha. owh..Hana sangat sayang selipar bata dia tuuu...

Last2 hubby decide kite bawak Hana main game yang guna Coin tu jelar..tapi kena beli smartkad min rm20. Ala-ala macam tempat mainan kat Tesco Nilai. Aku siap cakap dengan hubby kalau gini baik kita bawak Hana main kat Tesco Nilai je..Jimat..!! hahaha.. hape punye kedekut la ibu niii..hahaha..last2 situ jugak la yang dia syok main. Gambar lupa nak ambil laaa...huhu


 Adik menten baik..duduk elok sopan santun dalam stroller..hehe


 Apartment yang aku duduk ni complete la dengan perkakasan masak semua. tinggal rajin ngan malas je nak sinsing lengan. Bubur si Hani wajib kena buat yeee..

 3rd day kita jenjalan kat Taman Setoberi..

 Singgah Genting Sports Centre jap. Sebenarnye tumpang toilet sebab nak tukar pampers Hani..haha

 Tanda-tanda mengantuk si Hani adalah garu mengaru..haha

 Duduk-duduk lepak sambil minum setoberi milk shake rm10.90 satu tu yeee...huhu


 Pompan-pompan kesayangan En.Saiful..heh.

Nak jugak naik stroller..!!

Percutian kali ni lebih santai dan tak terlalu pack dengan aktiviti merayap. Lebih pada nak menghabiskan masa dengan keluarga. Berbanding menghabiskan duit berbelanja..kehkehekeh..Pergi pun tak lama sebab cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je uolss..3hari 2malam. First time pergi apartment ni so hubby kate pasni dia nak datang lagi dan lagi dan lagi. Kalau boleh tiap-tiap bulan nak duduk kat atas ni.. Motip?? hahaha..layankan jelar..

Sempena dengan ulang tahun ni aku takde la mintak apa-apa dengan hubby. Rasenye dah cukup dengan ape yang ada. Cuma target untuk tahun hadapan adalah nak beli rumah sendiri. Insya'Allah semoga Allah permudahkan segala urusan. 

Yang lain-lain semua tu masih ditahap belajar dan belajar. Tak kira suami atau isteri masing-masing ada kekurangan. Yang penting kena selalu sabar dan bertolak ansur. Mana-mana yang terkurang tu toksah nak komplen sangat. Sebabnya masing-masing pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.




Wassalam, EnaMokhtar

Tuesday 29 October 2013

Bubur untuk Hani

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah Hani dah start makan solid food sejak umur 6 bulan. Dan perkara yang paling sedih untuk Hani adalah Hani dah stop bf. Sekarang Hani bergantung sepenuhnya dengan susu tepung. Tak tau kat mana silapnye tapi serius aku salahkan diri sendiri je sebab tak dapat nak bf dia. Maybe sebab aku sakit. Dah try makan supplement dan pump tapi sedih juga sebab takda hasil. Teringat aku masa Hana dulu memang susu meriah sangat. Terpancut-pancut. Memang malam sumbat je susu ibu dia. Tapi tular orang kata rezeki anak lain-lain kan. Yang ni memang aku terkilan sangat dan aku salahkan diri sendiri je dalam hal susuan ni..ok setop.

Ok,

Berbalik pada cerita bubur tadi. Mula-mula sekali aku bagi Hani bubur nasi campur dengan carrot,kentang dan sedikit ayam. Bagi dalam 3 sudu makan gitu. Ulang-ulang bubur yang sama selama 3 hari untuk tengok samada Hani ade ape-ape alergik atau tidak. Alhamdulillah takde dan proses buangan juga lancar. Tak sembelit. Aku cukup takut kalau anak-anak kena sembelit. Tak membuang sehari pun aku dah ghisau. Tapi Alhamdulillah anak-anak aku tak gitu. kalau jadi pun semalam tak membuang harini dia yak la gituuu.  Cume adalah sekali time Hana umur 2tahun lebih. Dia tak membuang selama 3 hari. So, kitorang bawak gi klinik dan doktor bagi enema. Ubat masuk punggung. Tak sampai 5 minit Hana menjerit nak membuang. Tengok dia masa tu macam sakit la nak membuang tapi lepas tu legaaaaa...bayangkan 3 hari punya hasil..haha..Ooppsssss...Ok ...Ok...tak payah bayang errrr...haha..

So bila Hani takda ape-ape alergik dengan ayam, aku tukar la pulak dengan ikan bilis. Ikan bilis tu aku beli yang dah siap belah. Basuh bersih-bersih dah buang tulang semua pastu sangan atas kuali tanpa minyak sampai garing. Lepas tu kisar sampai halus pakai pengkisar kering tu. Buat banyak-banyak simpan dalam tupperware. Bila nak makan letak la dua ke tiga sudu kecil dalam bubur. Sedap tau..kadang aku pun curik-curik makan bubur Hani..heheee..Dan Alhamdulilah juga Hani takda ape-ape alahan dengan ikan bilis. Kadang aku tukar-tukar je dengan protein yang lain. Sayur pun aku pelbagaikan lah. Alhamdulillah makin semangat Hani Nadira.


 Aku try buat ni pagi tadi. Puree  Avokado. Tengok result dia petang kang cemana. Kalau habis boleh la buat lagi..pic kdt to google


 Pasni aku nak try buat puree labu pulak. Buat sikit dulu la kan tengok penerimaan budak kecik tu cemana...pic kdt to google


Memang aku setiap pagi sediakan bubur untuk dia. Fresh. Masak pagi tu dan mesti habes waktu petang. Aku jenis tak suka simpan-simpan dalam freezer. Nak makan baru masak....hehehe..Kalau puree pun camtu. Tapi kalau barang kering takpelah. Selalunya aku buat puree apple untuk Hani. Sebiji untuk 1 hari. seminggu aku buat dalam 2 kali jee..selebihnye makan bubur. Kalau terlebih rajin aku buat seminggu 4 atau 5 kali...(kalau)..kadang-kadang tukar-tukar la buah pisang ke betik ke kan...


Seronok sebenarnye bila anak-anak selera nak makan. Kita yang masak ni pun happy bila anak-anak makan masakan kita. Berkat air tangan ibu kan. Jadi lepas ni aku kenalah rajin-rajin lagi korek resipi-resipi puree dan bubur yang sedap untuk Hani...Bukan ape, walaupun sebelum ni pernah buat perkara yang sama masa Hana kecik dulu. Tapi rasenye aku macam dah lupe banyak benda. Nak kena study balik ape yang sesuai dan tak sesuai dengan bayi ni..huhu...

Harap-harap Hani membesar dengan sihat dan kuat bila makan masakan ibu yeee...:)


Ok,lah till then....bye bye ;)



Wassalam, EnaMokhtar

Monday 28 October 2013

Matlamat

Assalamualaikum w.b.t

Setiap orang punya matlamat dalam hidup kan? macam tu jugak aku. Aku tak kan selamanye bekerja sampai ke tua (kes luahan hati aku kat pesbuk la nehhh...haha). Maybe mungkin ada orang akan kate aku bodoh dan gila sebab nak berenti kerja. Memang aku selesa dengan kerja sekarang. Setaraf dengan kelayakan yang aku ada. Bos pun sangat baik dan sporting. Rakan sekerja sangat cool dan best. Walaupun kadang-kadang ada yang menyakitkan hati tapi kalau dah nama bekerja dengan manusia terimalah dengan hati yang terbuka dan aku sentiasa positif dengan setiap kritikan dan cabaran dalam alam pekerjaan. KERJA ITU IBADAH. Itu point aku setiap kali rasa stress dengan kerja.

Setimpal dengan kerja yang aku buat. Gaji yang aku dapat pun setimpal (buat masa sekarang)
 tapi selaras dengan budget 2014 (tiba-tiba), rasanya makin tinggilah sara hidup lepas ni. Memang lah bantuan sara diri dari kerajaan tu ada peruntukkan tapi aku dan hubby tak termasuk dalam bantuan tu. Dengan kadar dan kos sara diri yang tinggi rasanye gaji 5k (bukan gaji aku dan bukan gaji hubby aku errr....) pun belum tentu ko dapat survive. Tu baru ada 2 anak. Perancangan aku Insya'Allah paling sikit nak 4 orang. Guane?? haha..nak kena revise balik plan ni dengan Hubby..(Ehhh..haha)

Berbalik dengan matlamat hidup aku ni. Aku agak aku akan berenti kerja jugak suatu hari nanti. Insya'Allah mungkin dalam 4 ke 5 tahun lagi kot? Allah Maha Merancang kan..Aku ada alasan sendiri kenapa nak berenti kerja dan jangan ditanya kenapa. Lantak ape orang nak kata. Plan aku, so sukati aku..boleh gitu? hamboiii ayat kasaq nooooo....haha..Maksud aku setiap orang ada alasan kenapa perlu begitu dan begini. Nak buat itu kena ada perancangan. Kalau A tak jadi kita standby dengan Plan B. Kalau tak menjadi plan B backup dengan plan C pulak. Kalau gagal jugak, masuk bilik nangis la 2 3 hari buat-buat kecewa sebab plan semua tak menjadi..huhu..TAWAKAL...aku pegang teguh pada yang satu itu.




Kalau nak diikutkan banyak sangat matlamat hidup aku nak capai..Nak sambung study, nak beli rumah, nak beli tanah, nak beli Estima (eh??), nak beli handbeg MK (ehh lagi...??), nak pegi bercuti kat London,Paris,New york (gitewww...), clearkan hutang piutang keliling pingang. Kasik setel semua urusan dunia yang pada aku memang tak akan habes selagi nadi berdenyut. Jadi pada aku matlamat yang paling penting adalah tumpuan aku untuk besarkan anak-anak. Sebagai seorang ibu yang beranak 2 (baru 2 so jangan bongkak bak kate kakak aku yg ada 5 orang anak,1girl 4boys..huahua)..

Iyelah aku tau orang lain pun ada anak tak kecoh pun macam kau . Tapi ape yang aku lalui sekarang ni buat aku terfikir takan lah selamanye aku nak bagi orang lain besarkan anak-anak aku? Pagi-pagi buta seawal pukul 5.30 aku dah kena bangun. Siapkan ape yang patot. Bubur si Hani, mandikan dia. Tu belum lagi berperang nak ajak si Kakak mandi. Siap berdrama korea okeh..!! huahuaaaa..tiap-tiap pagi aku akan kelam kelibut siapkan budak-budak. Kalau time Hubby ada memang syukur Alhamdulillah dia banyak bantu dan aku pulak banyak komplen (bila hormon pompan datang..haha) maaf ye hubby I lap U..haha terima kasih sebab banyak sangat tolong buat kerja rumah. Setiap hari kena hantar Hani ke nursery. Pukul 7.30 dah pacak kat depan pagar nursery...(mungkin ada orang yang lebih awal dari itu)

Tiap kali nak pas Hani kat teacher dia aku ada rasa bersalah, sebab start Hani 3 bulan dah hantar dia nursery. Memang ini perkara yang sama kot bagi setiap ibu yang bekerja. Setiap hari hantar anak ke pengasuh atau nursery. Tu belum yang anak demam tapi kita terpaksa jugak hantar anak ke nursery sebab cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Setiap kali bila Hani demam ke selsema ke batuk ke aku akan blame diri sendiri sebab dah tau kan bila kita hantar anak ke Nursery memang mudah dapat jangkitan lagi-lagi bila Hani ada medical history yang agak kurang masa dia lahir. So, Hani agak sentitif dan memang mudah kena jangkitan kalau terdedah dengan penyakit atau cuaca sejuk. So, isunya maybe sebab HANI....Sedey kadang bila fikir. Ape yang anak aku makan kat nursery, ada tak teacher buat tak elok dengan anak aku. Walaupun hakikatnya teacher kat nursery tu ok dan baik. Tapi biasalah mak-mak selalu fikir bukan-bukan (ke aku sorang je fikir macam ni??)...huhuhuhuuu TAWAKAL..masih pegangan aku dalam perkara ni. Setiap kali lepas solat tak culas aku doa untuk anak-anak. Dilindungi dari keburukan dunia. Dilindungi dari kejahatan dan kezaliman makhluk samada nyata atau tersembunyi...Sebak rasa bila fikir pasal anak-anak.

Disebabkan aku dah target nak berenti kerje kesekian-sekian tahun. Jadinya aku dah ada beberapa perancangan yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kebergantungan aku 200% hanya pada Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Niat aku cuma satu. Nak besarkan anak-anak dengan cara aku sendiri. Nak carik seberapa banyak pahala dan keredhaan Illahi. Bukanlah sekarang ni tak boleh nak dapat pahala dan ganjaran tapi sebenarnya lebih kepada kepuasan diri. Insya'Allah yang lain-lain Allah akan beri ganjaran dan bukakan jalan. Dan sekiranya aku ditakdirkan berenti kerja nanti, tentang keperluan diri sendiri tu aku masih boleh nak beli apa-apa yang aku rasa berkenan dan pada dasarnya pembelian itu bukan satu pembaziran (sebab aku dah ada plan B,C,D,E and so on..hehe). Bak kata sorang ustaz ni lebih kurang gini la ayat dia.


 " Setiap barang yang awak beli itu kat akhirat nanti Allah akan tanya setiap kegunaannya nanti. Jadi jangan membazir. Selagi boleh pakai. pakai. Rasulullah pun kalau baju koyak dia jahit sendiri dan takda nak beli baru. Sebab itu kita kena ikut contoh Nabi S.A.W. JANGAN MEMBAZIR......"

Boleh gitewwww .............??


Dan secara otomatiknye aku terus cancel nak beli Estima (tunggu anak 5 baru beli..sebab itu keperluan kahkah), dan say bye-bye tu handbeg MK and ofkos terminate London,Paris,New York...terus tukar Mekah dan Madinah...(nangis...)..Rumah dan tanah masih dalam list sebab itu keperluan..(boleh..??)

Oh My.....

Panjangnye aku tulis yeee....harap korang tak bosan. But, yes it is...dalam 4 ke 5 ke 6 tahun (ehh..??) aku plan nak resign dari kerja sekarang...Insya'Allah kalau tertulis nyawa aku panjang..thats what i plan..kalau umur tak panjang semoga Allah permudahkan urusan aku yang sekarang ni...May Allah bless me and my family..


Pada ibu-ibu berkerjaya tu janganlah nak hentam aku pulak lepas baca entri ini. Sebab aku ada alasan aku sendiri kenapa. Kalau korang rasa kita orang perempuan perlu bekerja sebagai jaminan kalau jadi apa-apa. Silakan. takda sapa nak marah aihhh..(sebenarnye aku pun fikir macam tu dulu...huhu)...but, as for me..segala-galanye kita serah pada Allah. Yang penting kena ada usaha. Maksud aku kalau nak berenti kerja please do something yang boleh jana income atleast kita tak bebankan suami disamping itu bila kita buat something takdelah kita boring kan duduk rumah (itu plan B..haha) dan ofkos anak-anak sentiasa ada depan mata..makan,tido,mandi anak-anak kita jaga..gituwwww...

Memang kalau nak difikirkan duduk rumah ko lagi penat dan kerja rumah tak kan pernah abes...!! well,thats true..agreed with that..tapi aku rasakan (my opinion)..masa aku pantang ritukan aku rasa macam bahagianya la duduk rumah..memang kerja rumah takan pernah abes tapi kita as a mother kena pandai lah bagi masa..yang paling heaven sebab dapat berkepit dengan anak..spend time dengan anak-anak. Dua bulan cuti bersalin rasa macam terlalu sekejap..!! tu yang bila nak hantar Hani for the first time ke nursery, air mata jangan cakaplah...sedey sangat..!!



Ok...Thats it....


Terpulang masing-masing punya pandangan. Ini matlamat hidup aku..Agak carca marba sikit kan..pening korang baca..haha...but In the end..Allah je Maha mengetahui isi hati aku..Sekian.





Take care semua !! :) :) :)

DianaHabib

Assalamualaikum w.b.t


Tahniah Diana Amir & Habib semoga kekal bahagia dan berpanjangan jodoh hingga akhir hayat. Dan semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin...Aminnnn..

Suka sangat tengok Diana Amir. Sebabnya penghijrahan yang dia lakukan menepati syarak. Kalau nak tengok artis-artis lain yang berhijrah aku rasa penghijrahan dorang belum sempurna. Dah tutup rambut tu cantik tapi kalau lah betul-betul tutup lagi nampak cantik dan manis. Macam aku sekarang ni pun still belajar lain dan lagi dan lagi selain dari istiqamah untuk kekal menutup aurat dengan sempurna. Maksudnya pakaian mesti longgar dan tak menampakkan bentuk badan. Tudung mesti labuh menutupi dada. Kaki mesti tutup. Paling senang pakai saja stokin. Baju mesti lengan panjang dan cerut supaya tak menampakkan aurat lebih dari pergelangan tangan.

Maaf kalau ada yang terasa hati tapi aku pun masih lagi belajar untuk tutup aurat dengan sempurna. sesempurna sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Kalau kita dah tutup aurat dengan sempurna Insya'Allah ibadah dan akhlak kita pun sama terpelihara.

Ok. layan la pic kat bawah ni yee...pic kredit dari Oh Bulan...cantik sangat gambar dorang. Baju Diana pun sangat cantik...i like !!


 








 Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 3 October 2013

Trending tertinggi

Assalamualaikum w.b.t


Cube tengok kat bawah ni..



 Total view "Pilihan Tempat Bersalin" start dari Jan-Oktober 2013

Aku suspek yang tengok ni semua mesti tengah blur kan tak tau nak bersalin kat mana. Dan sebab entri ni jugak la salah seorang budak opishmate aku tau yang aku ada blog...haaaaa...kantoi lagi. Sebabnya dia pun konpius nak bersalin Hospital mana. Google punye goole boleh plak jumpa blog aku...kikikikii. Sebenarnya tak ramai kawan-kawan aku tau yang aku ada blog. Bila dah kantoi tu kan rasa macam...alamak..maluuuuunyee...wakakakaa...

Tapi,

Gasaklah situuu...aku bukak blog pun sebab saje suka-suka. So, ikut suka hati aku la nak tulis ape kan. Dan disebabkan entri ni jugak la aku banyak dapat email tanya pasal hal-hal bersalin ni. Dah macam kaunter pertanyaan la pulak. Tapi takpe aku faham perasaan orang-orang yang nak bersalin ni. Jadi, aku akan jawab segala persoalan korang mengikut kefahaman dan pengetahuan ape yang aku tau la kan..hehehee...

Anyway,

Semoga mereka-mereka yang sedang dalam dilema nak bersalin kat mana tu akhirnya nanti dapatlah berjumpa dengan tempat bersalin yang sesuai. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua..Aminnn..



Wassalam, EnaMokhtar

Friday 27 September 2013

Ceramah Ustaz Don Danial at AMC

Assalamualaikum w.b.t

Wahhh semangat betul bila dapat email pasal brader Don ni nak buat ceramah. Dua minggu awal dah dapat email dan Alhamdulillah Allah beri kelapangan nak pegi dengor ceramah dia.

Sesambil dengor ceramah sesambil la menyoping kat AMC nun. Macam-macam ada jual...kuikui..Pegi bertiga je dari opish kitorang. Bangunan AMC ni bersebelahan dengan bangunan MAS kat KLIA nun.

Tajuk ceramah "Bertaqwa, beretika dan berakhlak mulia dalam pekerjaan" . Aku rasa banyak gelak je pun dengo ceramah brader Don ni.

Anyway, layan jelar gambo ni yeee...



 Don dah mai dahhhh...

 Tu diaaaaaa...ramaiiii....


 Mula-mula dengar live tu kan macam...alahai lomantiknye sora brader Don neh...


 Makan hati bebudak opish yang tak dapat pegi bila tengok gambo neh...wakakaka


 Nak panggil Abg Don macamm errrrrr...sebaya je kite ni Don oitttt.....Salute la sama you....


 Lepas ceramah tu dapat la otograp dia...


Beli buku ni masa ceramah dia haritu RM30. Isi menarik. Kulit dalam pun tak macam kertas biasa. Kertas mahal tak senang koyak. Aku suka. Pandai nooo hang Don..sambil ceramah sampai meniaga..gud !! salute sama you lagi..



Wassalam, EnaMokhtar

24 September 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah masuk 29tahun dah. Syukur atas segala nikmat yang Allah beri. Ada suami yang penyayang, ada anak-anak sebagai peyejuk dan penghibur hati. Syukur..Semoga aku akan terus menjadi hamba Allah yang tawaduk. Dah jauhkan dari sifat buruk macam kes isteri pemain bola sepak tu kan...uiksss...kecoh satu Malaysia..last-last yang malu diri sendiri dan suami jugak kan..

Anyway,

Nothing special celebration. For me is good enough with all the wishes. Lebih penting lagi kalau kita dapat wish dari orang tersayang terutama sekali hubby kan. Entahlah, sejajar dengan peningkatan usia ni kan rasanya tak celebrate pun takpe. It's ok. Kalau celebrate with a slice of cake pun ok jugak. Yang penting anak-anak ada depan mata. Suami sihat, mak ayah n mentua sihat. Ada kaitan ke semua tu? memang Adaaaaa...Bila semua yang kita sayang dalam keadaan sihat dan bahagia dah tentunya kita pun happy kan. Lebih-lebih lagi anak-anak aku baru je baik dari demam so, celebration is nothing for me. Tapi hubby kata nak jugak buat celebration kat rumah mak aku. Memandangkan besday mak aku jatuh pada 30sept ni which this Sun. Insya'Allah esok aku balik rumah mak celebrate besday mak aku sekali.

Harap-harapnya bila dah nak masuk 3 series ni kan aku akan jadi lebih matang dalam membuat keputusan. Angan-angan dan cita-cita memang tinggi harap-harap semuanya tercapai. Usaha tangga kejayaan...Insya'Allah...semoga Allah permudahkan segala urusanku..

Aminnnnn!!



Wassalam, EnaMokhtar

Open house NJ Donut @ Kak Normah

Assalamualaikum w.b.t

Haaa...ni kira cerita basi la ye..layan jelaaaa..

Kejadian berlaku lebih kurang seminggu sebelum syawal berakhir. Konvoi dua biji kereta dengan bebudak opish kat tempat aku ni haa..Semuanya girl ok. Almaklum majlis buat hari Jumaat. So, kitorang pegi time lunch so rileks la sikit laki tak ramai. Boleh la nak mengukur rumah tanpa segan silu gituuuuu ekekeke..

Gambar masa makan takde sorang pun yang amik sebab memasing dari pagi memang dah kosongkan perut sebab nak melantak sakan kat rumah Kak Normah ni haaa...

Oh, Anyway..

Lupa plak nak introduce. Kak Normah a.k.a NJ Donut ni se-department dengan aku la. Cuma beza unit je. duduk satu bangunan. Akak ni kalau nak tau dia Makeup artist plus bakers la jugak. Multi tasking betul. Kalau ko tengok pelamin-pelamin yang dia buat, memang cencantik. Feeling macam aku nak kawin lagi sekali jerk. Almaklum la pelamin zaman sekarang ni kan cecanggih sangat. Eh...Korang layan jela gambo kat bawah ni malas plak aku nak taip pepangjang..


 Kak dijah, Kak Liza and Kak zurie
Bajet anak dara la konon kan..padahal anak dah berderet tapi tetap menten gitew..


 Kak Liza, aku, Kak su and kak Syekin..
masa mula-mula masuk keje dulu aku suspek akak-akak ni syombong, sekali dah kenal haaa berasap weiiii...kahkahkah..best kawan dengan dorang neh..


Pakat semua pergi..maka bangunan opish kitorang kosong...kosong...kosong...ekekekee

 Dah kenyang sambung posing...menyempat lagi korang ehhhh...gasak situuuu!!


 Eh...eh...sape neh?? kikikiiiii..


 Ada cerita disebalik jubah yang aku pakai tuu...kan kak liza kan...kahkahkah...

Engineering wonder women. Semangatnye perut Kak Aja..

Overall memang puashati. Alhamdulillah kenyang. Siap ada yang tapow lagi. Dasat akak-akak ku ini Haha. Kak Normah lain kali jangan serik jemput kitorang yee...

Terima Kasih Kak Normah..



Wassalam, EnaMokhtar

Pemanas Blog

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat semua..alahai  lamanya tak update blog. Busy sesangat la wei..kalau time tak berapa nak bizi tu malas la kemain nak update blog. Banyak je nak cerita tapi nak menaip tu kemain malas.

Korang semua sihat ke? aku sihat. Tapi anak-anak la tak berapa sihat. Lepas balik dari cuti raya kat Kedah aritu dua beradik tu on off demam. Mula-mula Hani kena selesema pastu batuk, demam dekat seminggu on off. Last-last nak kena demam campak rupenye. Elok Hani demam si kakak pun start selesema batuk and demam. But, now Alhamdulillah both girls sihat wal'afiat. Bertambah gebu si Hani. Lagi-lagi dan start makan bubur ni kan kemain lasak. Sampai sangkut bawah meja. Haha. entry tu nanti aku update la ye.

Sepanjang Syawal aritu pun aku ada terima undangan open house dari kengkawan tapi semua tak dapat dipenuhi sebab anak-anak tak sihat. Ngam-ngam lepas raya barulah anak-anak kembali sihat dan cergas gitu.

Ok lah,

Ni kira entry pemanas blog je. Insya'Allah pasni adalah story-story basi aku nak updated stay tuned yaa..!!


Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 15 August 2013

Eid Mubarak 1434Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..dah selamat kita menyambut syawal kan. Meriah dan seronok. Tapi sayang sebab tak banyak bergambar untuk raya kalini sebab anak dah dua kan. Jadi dok sibuk mengejar anak dari mengejar kamera.Haha.

Aku bersiaran langung dari Kg. Ujung Mergong Alor Setar Kedah. Alhamdulillah selamat sampai 5 syawal yang lalu. Traffic menghala ke KL memang jem. Mengenang pengalaman balik ke KL raya ke dua tahun lepas memang super ohsem la. 10 jam dari alor setar sampai ke Sungai Buloh. Dah penat sangat singgah rumah mak kejap then sambung perjalanan lagi ke Nilai sebab esoknya tu Hubby kena keje. Fuhh...

Ok.

Cerita raya tahun nie memang seronok sangat sebab dapat raya 3 tempat sekali gus. Raya pertama beraya dengan mak kat Kg.Subang. Pastu terus ke Klang pulak beraya dengan Abah aku sebab mak and abah aku dah berpisah. Abah aku kawin lain. Tapi mak aku tak kawin-kawin sampai la ni sebab seronok hidup sorang katanye..sebenarnya ada je orang datang masuk meminang tapi mentah-mentah mak aku tolak sebab selesa hidup sorang katanyee. Maybe belum sampai seru kot?? eh?? hahaha. Tetiba macam lari tajuk pulaknye ekekekeee...

Ok2..

Lepas raya rumah abah aku ingat nak la beraya rumah makcik-makcik aku pulak tapi apakan daya. Abah aku ni kira abang no.3 yang masih hidup so rumah abah aku jadi tempat serbu makcik and pakcik aku yang seramai 6 orang tu haaa..So,bila rumah abah aku dah kena serbu aku pun kenala singsing lengan membantu apa yang patut.

So,raya pertama memang tak jalan mana2. Raya kedua baru pulun beraya ke rumah abang mak aku dekat Melaka. Syok dapat raya sana. Dari pagi membawa ke malam. Penat sesangat walaupun bukan aku yang drive..wakakkaa.


Settel raya kedua. Raya ketiga aku dah balik Nilai sebab raya ke empat hubby keje plus raya ke lima dah kena balik kg hubby kat kedah. So,balik tu kemas rumah basuh baju bajan semua. Dah setel, kakak aku pulak call nak datang. Cantik la tu kan. Beraya awal rumah aku. Kuih raya pun baru je aku salin masuk balang. Dorang sampai pas maghrib kelam kabut jugak la masak. Aku goreng bihun je sebab pergi tesco banyak barang basah dah habis. Jadi kita masak jela ape yang ada.

Settel raya ke empat. Pagi raya kelima tu aku dah siap-siap mandikan buadak-budak. Packing baju segala. Sementara nak tunggu hubby balik keje tu kan aku kemas-kemas la rumah lagi kasik bersih sebab nak tinggal rumah lama kan..jadi kita kasih clear mana saki baki lauk pauk yang tinggal dalam peti asi tu haaa..

Bertolak dari Nilai dalam pukul 9 pagi gitu pastu hantar mak aku balik subang dulu sebab balik dari Melaka tu mak aku singgah tido rumah aku. Jadi lepas hantar mak balik rumah kami pun teruskan perjalanan balik Kedah.

So,layan jelar pic raya tahun ni yeee...hehehe

 
Kakak Hana yang baik dipagi raya

 
 Adik layan katun.


 Time ni tengah sayang dipeluk cium. Cuba time tengah geram habis dipicit-picit kepala adiknye...


Hani Nadira

 
 Bergambar mana yang ada dulu jee..hehe



Mak

 Nak juga menyelit budak kecik ni taw 

 Asal masuk kereta je tido


 Pertandingan pakai sampin 


 Power puff girl


 Tido lagiiii


 Pak long aku tuuuu


 Hani Nadira dah macam boy pulak nyeee..

Berenti jap kat Petronas Ayer keroh


Tu jelar dulu aku upload nanti senang-senang aku upload lagi yee.

last but not least..Aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir batin kepada semua reader blog aku. (You know who you are) mohon maaf zahir batin kalau aku ada salah silap yee..almaklumlah aku hanya insan biasa yang lemah dari segala segi. Pendek kata I'm not perfect k. Pada yang hantar email tanya macam-macam kat aku tu aku ucapkan terima kasih la ye. Mintak maaf juga kalau aku balas pendek je. Mana yang aku balas lambat tu pun mintak maaf la juga ye. Bukan apa, banyak soklan pun sama je. Tu yang macam alahai korang takde soklan lain ke nak tanye? wakakkakaaa...mintak maaf la yee..aku balas tetap balas cuma lambat ato cepat jela..Jangan mare yeee..Jangan pernah serik hantar email kat aku k...

Selamat Hari Raya semua !! Jemput datang ke rumah yee..

Take care semua...:) Ehhhh jap..Ni picture raya tahun ni? Cantik kan baju raya kitorang? Hijau campur-campur...gasaknya situuuu....wakakakaka..






Wassalam, EnaMokhtar