TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 24 November 2011

mudah !! 7 tips berjimat cermat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara. Maaf  kepada yang menunggu, saya terlalu sibuk minggu ini. Dengan audit yang tak habis-habis. Dengan complaint dari bos besar yang tahu hanya nak mencari kekurangan. Tapi bagus juga begitu, kalau tak kita terlepas pandang perkara kecil sehingga menyebabkan flight tak boleh landing*hah.

Ok stop di situ.





Berbalik kita pada tajuk entri kali ini. Entri ini saya tujukan khas buat cik puan nani dan juga pembaca blog ini.

Memang tak dinafikan ada antara rakan-rakan kita hadapi masalah begini ;
  • Tak sampai 10 hari lepas gaji, duit dalam bank tinggal 15% (lepas tolak semua expenses)
  • Tengah bulan terpaksa ikat perut.
  • Ujung bulan adalah masa yang sangat perit. sampaikan terpaksa tak datang kerja sebab duit kat poket tinggal rm2/3 (ini pernah terjadi pada sahabat bujang saya beberapa tahun lepas) 

Ok sekarang saya bagi 7 tips jimat belanja:

1- Gunakan sistem sampul:



Mungkin ada yang sudah tahu mengenai sistem ini. Kalau yang belum tahu, meh saya tunjukkan.

Pertama setelah semua bil (air, api, telefon, astro, broadband), ansuran rumah, kereta, potongan asb, nursery anak dan sebagainya telah dijelaskan, kira berapa banyak duit bersih yang anda ada. Sebab kebanyakkan bil2 begini boleh dibayar secara online jadi selesaikan dulu apa yang patut. Dan jangan lupa transfer siap-siap duit tabugan anda. Jangan bertangguh !!

cth kiraan:
Bersih = rm1000
kemudian sediakan sampul untuk perbelanjaan harian anda cth:
  1. Sampul pampers+susu = rm150
  2. Sampul duit minyak kereta = rm150
  3. Sampul kecemasan = rm100
  4. Sampul pelbagai (shopping2+makan luar+jalan-jalan+duit belanja ke office) = rm400
  5. Sampul belanja dapur basah+kering= rm200
  6. Total perbelanjaan rm1000
Kesemua perbelanjaan diatas adalah contoh sahaja, ia berdasarkan kepada pendapatan bersih masing-masing. Anda juga boleh jadi kreatif jika nak tambah apa-apa sampul yang anda suka contohnya macam sampul duit kutu.

Setiap kali anda hendak belanjakan sesuatu keluarkan duit dari sampul kategori yang berkenaan dengan jumlah yang sepatutnya. Tapi ada sesetengah yang suka membeli secara banyak untuk dibuat stok contohnya seperti pampers dan susu. Ataupun belanja barang dapur kering. Barang kering biasanya tahan sampai 1 atau 2 bulan kan. Terpulang pada anda untuk belanja bagaimana. Yang penting jangan sampai anda kosongkan sampul tersebut sebelum pusingan gaji seterusnya.

Ada yang bertanya selamat atau tidak sistem ini ? Berjaya atau tidak sistem ini? Jawapan saya adalah selamat dan insya'allah berjaya. Tak selamat kalau anda yang tidak pandai menyimpan dan tidak berjaya kalau anda keluarkan duit dari sampul secara boros. Gunakan sampul surat yang tebal supaya tidak mudah koyak. Dan simpanlah ditempat yang selamat.

2- Jangan bawa duit tunai yang banyak dalam dompet anda.

Kalau anda ke tempat kerja berapa banyak duit tunai yang anda bawa? contohnya kalau dalam sehari anda belanja makan dan minum di tempat kerja purata dalam rm10. Takkan nak bawa sampai rm100 kan? jadi pandai-pandai budget. Kalau anda gunakan sistem sampul ambil rm50-rm60 sahaja untuk belanja selama seminggu. Bagi saya itu sudah cukup. Dari situ anda boleh lihat duit dalam sampul anda mengalir ke mana kan?

3- Rajin-rajin bawa bekal ke office

Ini satu benda yang agak berat untuk dilakukan. Tapi hasilnya sangat menguntungkan anda. Tak salah kalau anda bangun awal pagi untuk sediakan bekal kan? Kalau tak dapat hari-hari seminggu 2 kali pun dah ok. Anda boleh siapkan bahan-bahan pada malam sebelumnya. Jadi pagi keesokkannya anda cuma tinggal masak sahaja. Jimat masa, jimat duit.

4- Sediakan senarai barangan sebelum membeli.

Yang ini rasa-rasanya ramai yang tidak berjaya termasuklah saya sebab kadang-kadang terambil mana yang tidak perlu. Erm, begini. Ok, katakanlah saya nak membeli tepung, saya perlu lalu dahulu rak-rak yang menjual bihun kering. Saya ambil mihun itu masuk dalam troli. Lepas tu baru saya ambil tepung dan sebagainya. Padahal mihun tiada dalam senarai haha. Sampai kaunter baru sedar eh banyaknya barang yang aku ambil. Dah terambil tak boleh nak buat apa dah. Terus bayar.

Penyelesaiannya adalah anda jangan gunakan troli. Guna bakul je senang. Agak-agak berat, anda dah tak larat ambil barang lain yang tiada dalam senarai. Psikologi sikit. Tandakan senarai yang anda bawa tu. Pegang kat tangan. Tandakan dengan pen. Selepas itu ikut turutan berikutnya. Begitu.

5- Jauhkan diri anda dari kad kredit.

Jangan beli barang dapur guna kad kredit. Jangan isi minyak guna kad kredit. Jangan beli perkakasan rumah dengan kad kredit. Sila gunakan tunai. Dari situ anda dapat track aliran tunai anda sekiranya anda ikut sistem sampul dengan penuh displin.

6- Rancang aktiviti mingguan anda.

Pendek kata sebelum nak rancang apa-apa aktiviti mingguan anda, sila jenguk dulu sampul hiburan anda. Kira berapa budget anda untuk keluar pada hari itu. Nak shopping apa, nak makan apa, nak makan kat restoran mana. Semua yang anda naklah untuk aktiviti bersama keluarga.

Sila elakkan dari menggeluarkan duit dari mesin atm. Sebab dah tentu anda akan berbelanja berdasarkan  jumlah duit yang anda keluarkan itu kan? lagipun anda mesti akan keluarkan duit lebih dari biasa almaklum la nak keluar jalan-jalan,

7- Hadkan shopping online.

Kalau anda ikut sistem sampul anda akan dapati aliran tunai anda dapat dikesan ke mana anda belanjakan. Jika anda gunakan sistem, "nak guna baru cucuk atm" atau "ala shopping online lagi mudah,cepat dan menjimatkan". Kebarangkalian untuk anda terjebak dalam masalah "ujung bulan poket kering" adalah besar.

Kalau kata anda nak shopping secara online sekali pun, hadkan pembelian tersebut. Paling kurang 1 atau 2 kali sebulan. Tidak kisah la nak shopping untuk suami mahupun anak.


Nak berjimat senang sebenarnya. Sebab anda yang menentukan sendiri apa yang akan anda belanjakan. Belanja secara berhemah. Jangan boros. Jangan ikut orang. Kita ikut cara kita sendiri. Kalau ada, buat cara ada. kalau tak ada, buat la cara tak ada. Berdisplin lah sedikit dalam usaha untuk berjimat.

Selain dari itu perbanyakkan la bersedekah. Insya'Allah rezeki anda akan bertambah dari sumber yang tidak disangka-sangka. Bersederhanalah dalam setiap perkara insya'Allah mudah segalanya.



 

    Wassalam, EnaMokhtar