TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 8 May 2012

Pameran Dinosur-Pusat Sains Negara

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama teringin sangaaattt nak pergi Pusat Sains. Masa sekolah dulu tak pernah pulak buat rombongan ke sini.

Mula-mula rasa macam taknak pergi sebenarnya sebab pagi tu En.Saiful baru je balik dari keje malam. Macam kesian pulak nak ajak dia. Tapi bila aku tanya "Abg nak pergi ke tak Pusat Sains?. Die balas balik "Ikut awak la..Abg boleh jee yang penting awak support tol dengan minyak. Terus rasa macam kagum kejap. Hahaha.

Disebabkan dah dapat green light apa lagi. Prepared barang Hana mana yang patut. Pampers,susu,etc etc..mandi-mandi,siap-siap,kemas rumah sikit-sikit. Siap!! gerak dari rumah lebih kurang pukul 10.40am gitu. Singgah pulak rumah Kakak ipar aku amik anak-anak buah Saiful. Sebab petang sebelum tu aku ada cakap dengan budak-budak tu nak pergi Pusat Sains. Budak-budak kan, seronok la kalau bawak ke tempat-tempat macam tu.






Muka budak happy nak pergi tengok En.Dino...

Harga Tiket. Macam mahal laa..sebab tahun lepas rm10 jee..huhu

 En.Hubby yang makin semangat!! haha

 Dedulu tak pernah main benda ni.Jadi join la sekali yee...

 Interprem jap..

 Tinggal tulang je..tahun lepas ada T-rex besar+dua ekor Dino yang leher panjang tu haa..Agaknya Dino tu dah patah leher kot...huhu

 Hana kusyuk tengok budak-budak...

 Kalau kat rumah ada macam ni kan best...boleh ibu tumpang sekaki..haha

 Budak boleh main sampai muntah kat sini..

 Sila lompat atas key board....

 Dah start la tuu..lintuk-lintuk badan makna nya nak main lari-lari la tu..

Sila bayar rm 3 ringgit kalau nak berposing dengan saya...huh!!

 Terbaru!! Model ubat gigi..haha

 Bunyi je lebih...

 Rilek je makcik ni tengok Dino..Budak-budak baya die yang masuk semua takut..merengek2..
bagus anak ibu!!

 Hana pandang sini!!

 T-rex ni ada bunyi roaaarrr!!.. Si Hana tu roaaaarrr kan balik T-rex tu..langung tak takut..

 Bird!! Tu tunjuk atas sebab ada burumg besar gantung kat siling

 Berebut 2 beradik ni nak naik benda alah ni..Bukan nye best pun..
(tak best sebab aku tak boleh naik...haha)

 Nak main jugak..layankan aje..

 Pandangan atas

Hana jeles la tu..Ibu ayah huggg..

Aku bagi rate 5/6 untuk bawak anak-anak datang ke pusat sains nih..macam-macam benda ada. Sangat interaktif. Berinformasi dan boleh belajar benda-benda baru. Kompom anak-anak korang akan suka. Sampai tak tau nak main yang mana 1.

Kat kawasan luar Pusat sains tu ada kolam mandi. Kot-kot lepas lawatan korang nak mandi manda boleh la gi situ. Besar juga. Taman dia luas. Aku tak pergi sebab dah penat tahap gaban. Dengan Hana dah start cranky sebab time tido die mase tu. So keluar dari Pusat Sains lebih kurang pukul 3 gitu. Sampai rumah 2 2 beranak tu fengsan sampai ke petang. Aku pulak tak boleh tido. Kena masak untuk makan malam. Nak makan kat luar dah tak lalu !!

Pameran Dinosur ni last sampai 31 julai. Lama lagi....Jadi tick la kat kalendar memasing yer...




Wassalam, EnaMokhtar