TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 29 June 2012

Kisah En.Abil dan Fauziah

Assalamualaikum w.b.t

Dapat informasi pun daripada belog Moon. Terima kasih kat moon share pasal ni kat blog dia. Moga ramai yang dapat memberi kata-kata semangat kat En.Abil. Start baca belog moon ni pun sebenarnya sebab kisah pasal Talib dan Normah (blog moon best!!). Loving Husband and Wife untill last breath. Story pasal Talib dan Normah ni pun sangat popular. Ramai blogger-blogger yang share pasal story mereka ni. Sehingga la Normah meninggal baru-baru ni, ramai yang masih bertanyakan pasal keadaan Talib dan Rafiq (anak lelaki normah yang baru berusia sethn ++). Semoga Normah tenang dan ditempatkan dikalangan para kekasih Allah. Al-Fatihah.

Ok.

Berbalik pada kisah En.Abil dan Kak fauziah ni pulak. Kak Fauziah ni mula-mula kena athma pada june 2011 lepas tu oksigen tak sampai ke otak. Jadi kak Fauziah telah megalami kerosan saraf pada otak. Dalam bahasa perubatan "Brain Damage". Jadi Kak Fauziah lumpuh dan tak dapat nak uruskan diri sediri melainkan dengan bantuan En.Abil semata-mata. Betapa kasih dan sayang nya En.Abil terhadap kak Fauziah. Terharu sangat. Masih lagi ada suami-suami yg begini zaman sekarang ni. Sama seperti Talib. Seorang suami yan sanggup berkorban masa,tenaga,jiwa,wang dan segala-galanya demi untuk menjaga seorang isteri yang sakit. Kalau la tidak diberi kekuatan kepada mereka, mungkin dah lama suami-suami begini cabut lari. Saya sangat respek mereka.

kisah lanjut kepada kisah En.Abil dan Fauziah boleh klik Warkah Buat Isteri. 

Segala catatan dan tulisan ditujukan buat isteri kesayangan seolah-olah si isteri sihat dan boleh baca segala luahan hatinya dibelog tersebut. Hanya dengan cara tu En.Abil dapat melepaskan kerinduan buat Kak Fauziah. Segala catitan dan luahan kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga suatu hari nanti bila kak Fauziah dah sihat, kak Fauziah dapat baca dan fahami apa yang terbuku dalam hati En.Abil.

Ni antara catatan En.Abil tanggal 22 june lalu : 


" Assalamualaikum dear..


22 Jun.....Tarikh yang mungkin payah I nak lupakan. Tarikh serangan asma u yg kritikal. Tarikh I kehilangan belaian kasih seorang isteri. 22 jun bermulanya tarikh I mengharapkan u sembuh sepenuhnya. Bermulanya tarikh I menjaga u sepenuh masa. Tarikh yang menduga hati seorang suami....


Today genap setahun u terlantar sakit akibat brain damage. Dah setahun dear u bersama I dengan keadaan begini. Dalam setahun ni I menjaga u dengan penuh kasih sayang, kesabaran berusaha to bring u back.. U masih terlantar lagi. Sometimes I terfikir, berjaya tak nanti segala usaha I?. Adakah u berpuas hati dengan penjagaan I? Cukup ke curahan kasih suami ni pada isterinya? Allah beri ke kelulusan dugaan Nya pada kita? Semua jawapan tu I sendiri tak boleh jawap hanya Allah saja yang tau dear..


Selepas subuh n beri ur susu, I dok sebelah u memerhatikan wajah isteri saya ni yg sedang tidur. Memerhatikan seorang insan yang di pilih untuk menjadi isteri kesayangan saya. Setiap kali bila I perhatikan u dengan perasaan kasih yg teramat sangat pasti airmata menitis. Pada I, itu airmata kerinduan. Betapa rindunya saya pada awak ni. Kasih dan rindu ni makin menebal setiap hari walaupun keadaan n rupa paras u sudah jauh berbeza di bandingkan waktu u sihat dahulu. Pada I perubahan tu tidak dapat mengubah pangkat u sebagai isteri I. Selagi u masih di sisi I dan selagi u masih isteri I, selagi itu la I akan teruskan tanggungjawab I sebagai suami..Nothing can change that...InsyAllah....Hanya I nak memberitau u betapa I sayang n betapa I rindukan belaian u sebagai isteri I.. Ye la dear, baru 2 tahun kita dok syok jadi suami isteri, u pun sakit terlantar dah. Rasa belum puas n tak kan lupus kepuasan tu bila bersama u. Kadang kala hiba rasa di hati tenguk u yang masih terlantar dan tak tau apa pun yg berlaku. U kehilangan nikmat dunia. Seekor nyamuk yg menghisap darah u, pun u tak mampu menghalaunya..cmana tak sedih rasa hati I ni. Tapi nyamuk u tak kan terlepas dari I la, jangan kata nyamuk sekor tu jea, keluarga, sedara mara, sahabat handai nyamuk tu pun tak kan terlepas dari I!! Sapa suruh ganggu isteri saya, berani dia isap darah isteri saya aa!


Dear, walaupun sudah setahun usaha I belum berjaya lagi, jangan u marah I yea dan bersabar dear, InsyAllah Tuhan tu lebih mengetahui perancangan Nya. Dan I tak kan tinggalkan u keseorangan n akan terus berusaha dan tetap menyayangi u setiap masa. My love will be with u always..always. "




Sebak.Terharu.Tersentuh.

Bukan senang seorang lelaki nak meluahkan kata-kata begini. Seorang lelaki yang dalam dirinya ada ego sebagai seorang suami,yang dalam dirinya ada ketegasan. Tetapi bila kekasih hati sakit. Sanggup berkorban siang dan malam. Sangat respek. Semoga Allah beri kekuatan kepada En.Abil dan kesembuhan kepada Kak Fauziah.

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada:

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258


Semoga dengan sumbangan dari kalian dapat meringan beban yang ditanggung En.Abil sekeluarga. Mari kita sama-sama doakan semoga Yang Maha Esa mempermudahkan perjalanan En.Abil dan Kak Fauziah...Ameennn..
*lap idung*






Wassalam, EnaMokhtar