TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday 8 January 2014

Hana and her first movie

Assalamualaikum w.b.t

Awal bulan 12 punya cerita. Lama dah kot nak bawak Hana tengok wayang.

So,plan dengan hubby nak bawak Hana tengok cite Frozen. Cerita tu kan ala-ala Princess sikit. So, memang sesuai la dengan si Hana tu haaa. Jadinya aku ambil cuti siap-siap sebab bawak time weekday sebab nak elak orang ramai. Hani kitorang hantar Nursery. Takkanlah nak bawak masuk panggung pulak kan.

So, sampai Alamanda terus ke kaunter nak beli tiket sekali tengok que sikit punya panjang daaaaa. Pelik aku, waktu kerja pun ramai gak orang bawak anak-anak pegi tengok wayang. Rasanya dorang pun amik kesempatan time cuti sekolah kot.

So, siap semua beli tiket, kitorang pusing-pusing dulu sementara nak masuk wayang tiket pukul 12pm. Makan kat foodcourt bla..bla..bla...sampailah masuk dalam wayang. Gelap gelita kate kooo takut anak aku tu. Tengok je muka ganas tapi hati penakut..hahaha..Alaaa, gambo tak ambil plak dalam wayang.

So, mula-mula duduk terus mata macam wowwww...besarnya Tv...gituuu...haha... Seronok tengok Hana layan cerita Frozen tu sampai abes. Erk tak urk pun tak..Elok duduk diam. Tapi jajan jangan cakaplah. Dengan keropoknye dengan meatballnye dengan hot dognye..Eh...hotdog tu aku dengan hubby punye wakakaka...

Sampai sekarang la dia punya minat kat cerita Frozen tu samapi dalam kereta hari-hari dengar lagu tema Frozen-Let it go...hehhehe


 
 Naik benda alah ni dekat 2 3 kali round la jugak sementara nak tunggu tiket pukul 12pm..huuuuu

 Dah besar anak dara aku..huhuuu



Wassalam, EnaMokhtar

Sukaneka Nursery Hana

Assalamualaikum w.b.t


Walaupun aku hanya hantar Hana daily, tetapi tetap boleh join sukaneka. Owner Nursery tu pun dah anggap Hana dan anak-anak Taska macam anak sendiri jadi takde berkira sangat.

Ok, lah jom la layan gambo yee...




 Sebelum sukan breakfast ringan doluu..

 Ok bawak bola pakai gelung


Go Hana Gooo!!

 
Lumba lari. Pakai selipar je anak aku...kesiannnn...haha

Masa ni masing-masing pun berebut dok celup tangan dalam air. 


 Isi air dalam botol guna sponge

Ready semua...

Cari gula-gula dalam tepung. Elok je semua behave

  Guddd semua elok ikut cakap cikgu..

Kali ni dah tak tertahan lagi semua pun main baling-baling tepung. Dengan cikgu-cikgu sekali join hahaha

 Owh yang ini diluar kawalan dah..Gasak situ..!!haha


 Ok kemas-kemas jom balik..!!

 Anak-anak Taska

 First time join sukaneka anak kot ibu pulak terlebih excited. Seronok tengok budak-budak ni main sepuas hati. Tongang terbalik takda siapa nak marah sebab ni last day punya aktiviti untuk tahun 2013.

Terima kasih kepada cikgu Husna dan Cikgu Suhada. Dorang berdua ni praktikal kat Nursery selama 3 bulan. Student dari UPSI amik jurusan Pendidikan awal kanak-kanak. Semoga cikgu-cikgu berdua berjaya di masa hadapan...!!



 
Wassalam, EnaMokhtar

Al-Kisah Tadika Hana

Assalamualaikum w.b.t


Start tengah tahun 2013 hingga bulan November 2013 aku dah survey beberapa Tadika Islam area Salak Tinggi dan Nilai. Ciri-ciri utama yang aku nak untuk sekolahkan Hana adalah

1- Tadika Islam
2- Tadika Islam+English Learning
3- Ada disediakan day care

Dan antara tadika tersebut adalah:

Tadika Pasti : Area Usim, Nilai. Sangat suka dengan tadika ni sebab memang dia utamakan pelajaran islam untuk anak-anak kecil. Bayaran yuran bulanan pun murah. Registration fee pun murah. Tapi sayang takda day care. So, aku nak kena fikir pulak nak carri transportation untuk Hana. Kena pulak kira-kira budget kat situ.

Tadika Islam Mifthaul Ulum : Area Nilai. Tadika ni ok, ada day care, Registration fee tak berapa mahal sgt tapi almost rm1k la jugak. Teacher pun ada yang dari cikgu KAFA. Teacher ada 6 orang. Untuk bahasa English ada sorang cikgu India mengajar. Dekat jugak dengan area rumah aku. Monthly Rm310 termasuk day care dengan kelas mengaji petang. Ok sangat.

Tadika Little Caliphs Enstek : Pun Ok jugak. Teacher semua dari UIA dan USIM. Fully speaking in English bila dalam class. Ada arabic class, Siap dengan day care sekali. Monthly pun ok la Rm350. still in budget. One way jugak aku nak ke office so sangat strategik la.



Antara ketiga-tiga Tadika ni yang paling aku suka adalah Little Caliphs Enstek sebab ciri-ciri yang dah aku nyatakan tu. So, dengan senang hati aku pun siap-siap la call teacher kat situ kate kompom nak daftarkan Hana by end of Dec and etc etc lah...

Tapi nak dijadikan cerita, aku dengan hubby pun memang dah plan nak registerkan Hana hujung-hujung bulan 12 gitu. Sebab pada fikiran kami setakat budak umur 4 tahun je rasa takda masalah kot nak daftar lambat-lambat. Bukannya nak sekolahkan asrama. gituuuuu..

So, dengan penuh keyakinan yang jitu dan excited-nye maka tibalah hari kami nak pergi register. Tapiiii...sebelum register call lagik sekali sebab takot nanti takda orang pulak nak layan bila kami datang. Sekali call cakap nak datang register bla..bla...bla...Teacher yang angkat call tu jawab yang class untuk 4 tahun dah full. Huaaaaa.....siap merayu cakap selit sorang je lagi student tak boleh ke teacher...dengan lemah lembutnya teacher tu cakap yang dia memang dah banyak tolak permohonan sebelum ni sebab takut nanti kalau ramai sangat student, teacher tak boleh handle.

Jadi dengan hati yang remuk rendam aku redha jela. Takda rezeki katenye. Insya'Allah next year kita cuba lagi yee..So disebabkan masa pun dah suntuk aku pilih la Tadika Islam Mifthaul Ulum. Cecepat call tanya ada tempat kosong lagi tak. Alhamdulillah ada..fuhh legaaa...hehe

 Alhamdulillah Hana pun dah 4hari sekolah kat situ. Serasi nampaknya. Hari pertama pergi sekolah siaplah teacher amik jemput dekat kereta siap bawakan beg bagai. Teacher India tu speaking London dengan Hana. Nganga jela anak aku tu. Macam blurr.. Padahal kalau kat rumah siap ber-dad-dad ber-mom-mom bagai. Tu semua penangan cite katun channel 613. hahaha..

Setiap kali aku amik memang aku akan tanya dia macam-macam. Pasal cikgu,pasal kawan-kawan,pasal belajar ape harini, seronok ke tak. Alhamdulillah ok. Walaupun kadang-kadang ada cerita kawan cubit pipi lah, kawan rebut buku lah, cikgu garang lah tapi bila lama-lama aku tanya lagi sekali Hana suka sekolah ke tak. kompiden jawab Hana sayang sekolah. Hana sayang buku. Ok la tu.

Pasal cikgu garang tu aku agak yang maybe cikgu dia tegur something kot. Tu yang dia merajuk tu. Sebabnya kalau kat rumah bila aku tegur dia jangan tarik tangan adik kuat-kuat nanti adik sakit pun habis dia bentaknya aku balik" Hana taknak kawan dengan ibu, Ibu marah Hana"!! Guane????

Budak tengah nak membesar gitulah gaya dia nak ekspresikan emosi dia. Jadi aku takdelah marah balik. Biasanya bila dia gitu, aku akan buat tak tahu je. Biar dia lepaskan perasaan. Bila dah cool down baru datang balik dekat dia peluk,cium, cakap ulang-ulang " Ibu sayang kakak Hana, Ibu tak marah Hana, Nanti adik sakit kalau Hana tarik tangan adik kuat-kuat. Kesian adik kecik lagi, Hana sayang adik tak??. Haaaa gituuu lepas tu nanti dia cakaplah sayaannnggg... siap peluk cium adik..huuuuu

Bila difikir-fikirkan kadang perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran. Ada satu ketika aku lepuk jugak kaki tangan dia tu sebagai peringatan. Tapi takde la kuat mana. Lepuk-lepuk manja gituuuu...hahaha Itu belum lagi kira bawak berjalan kat shopping komplek. Perghhh urut dada kate koooo...Dengan perangai tak takot orangnye..huuuuuuu...

Ehhh...dah melalut pulak..oklah..enjoy la gambo-gambo Hana pakai uniform sekolah ni haaa...
Semoga Hana jadi anak solehah berjaya dunia akhirat.. Amiiinn..!!









Wassalam, EnaMokhtar