TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 4 October 2012

Supplement untuk Hana

Assalamualaikum w.b.t

Sejak Hana umur setahun lagi aku dah bagi makan supplement. Tapi on off la. Almaklum la bila hantar anak ke nursery ni. Risiko mendapat penyakit jangkitan macam selsema dan batuk memang senang nak dapat. Jadi supplement perlu untuk membantu sistem pertahanan badan kanak-kanak.

Walaupun masa tu Hana masih menyusu badan, tapi bagi aku tak salah kalau nak bagi supplement asalkan sesuai dengan usia dia. So,masa first time tu aku start bagi scott's dulu la. Bagi dalam 15ml sehari. Means aku bagi 5ml setiap 3 kali setiap hari. Mula-mula tu dia bluek bluek kan juga la. Sebab bagi macam makan ubat. Dalam picagari gitu. Tapi lama-lama dia ok. Siap mintak lagi ada la.


Bagus anak ibu..tak melawan..kehkeh..



 Scott's perisa oren..sedap!! **pic kdt to google


Baru-baru ni ayah dia ada belikan pulak scott's tapi dalam bentuk gula-gula jely. Halal ye. Jangan risau..hehe Sehari hanya boleh bagi 2 biji je. Tapi kadang aku terlebih bagi jugak. Ni kes bila dia buat perangai nak pujuk punya pasal. Kita bagi la umpan sikit.....agagagaaa...

Sedap juga..yang ni pun aku tumpang makan jugak..haha


 Tak sempat balik rumah dah dibukanyaa..hai la anak..


 Haaa...yang ni pun aku bagi juga start umur dia dalam setahun lebey la gitu..PATI DELIMA GULSAN DARI TURKI...**pic kdt to google


 Banyak khasiatnya nih..tinggi dengan antioksidan dan vitamin c semulajadi. takde campuran dengan pengawet..100% dari perahan delima.

Pati delima tu cara makan dia boleh kalau nak campur dengan air macam kordial tu haaa...tapi biasa aku amik sesudu terus telan pekat-pekat macam tu lepas tu baru minum air. Mula-mula memang akan rasa masam menyegat. Tapi bila dah masuk tekak je kan rasa sedap sangat. Masam-masam yang sedap la. 

Haritu masa aku selsema aku makan pati delima ni 3 sudu dalam 1 hari. Terus hilang selsema aku. Kira pati delima ni bagus la Kaya dengan vitamin C tau..Ibu-ibu mengandung pun elok makan ni. Yelar delima kan makanan sunnah. Masa nak telan tu jangan lupa baca Bissmillah and selawat 3 kali. Niat nak sihat tubuh badan sebab nak beribadah laa kan..

Hana pun masa first time aku bagi, berkeriat keriut muka dia. Tapi dah lama-lama dah jadi sedap la pulak. Siap cakap "Ibu..nak lagi!!"..ekekekek...Mula-mula tu aku try bagi sehari 3ml je nak tengok badan dia boleh tahan ke tak. Takut juga kalau masam sangat kena cirit birit pulak kan. Tapi Alhamdulillah takde. Start dari situ baru aku tambah sikit..3ml jadi 2 kali sehari. Pun dia ok. Takde tindak balas yang negatif means badan dia rasi la dengan pati delima tu. Sampai sekarang pun aku still bagi die. 

Cuma....

Lately ni die macam kurang selera makan. Semua supplement diatas dia tak nak. Tak tau kenapa. Maybe sebab nak beralih tahun kot. Tu yang macam kurang selera makan...sian anak ibu.. Takpe balik ni ibu buat bihun singapore la yeee..harap-harap anak ibu makan la banyak sikit. Sebab susu pun minum tak habis. Selalu kalau aku buat 240ml tu laju je dia sedut. Tapi sejak dua menjak ni, nak habeskan 180ml pun susah. Suap nasi pun dia tak nak. Semalam aku buat spegeti kegemaran dia pun dimuntahkan balik..kenapala anak ibu nii...

Harap takde pape la..anak ibu strong girl kannnn...sayang diaaaa...


Wassalam, EnaMokhtar

Excited+Nebesss

Assalamualaikum w.b.t

14/10/12....iye Hana Humaira kesayangan ibu dan ayah nak masuk 2 tahun dahhhh...cepat nye besar anak ibu yee..huhu...

Plan asal ingat nak buat makan-makan la sikit untuk sambut besday dia nanti. Tapi aku lebey suka kalau mention kenduri kesyukuran Hana sempena 2 tahun. Bunyi macam islamik la sikit kan...Lagipun aku memang buat sekali dengan kenduri tahlil arwah atok and nenek yang dah meninggal. Sebab lately aku selalu mimpi pasal dorang. Mimpi yang elok. Alhamdulillah. Dah alang-alang aku nak buat makan-makan Hana. Sekalikan la hadiah untuk mereka-mereka yang telah tiada. Rindu nye dengan arwah atuk belah mak aku sebab dia baik. Walaupun garang...hmmmm

Ada lagi lebey kurang 9 hari je lagi. Eksited sangat tapi dalam masa yang sama nebes takut ada yang terkurang sana sini. So far persediaan dah hampir 60%. Takdela deko-deko bagai buat simple-simple je. Jajan semua dah siap beli. Beli yang biasa-biasa je pun nyeeee...akakakaa..

Bab makanan aku order je sebab memang tak la aku nak masak-masak ni kan. Kalau ikut hati memang aku nak masak. Tapi kalau ikut badan aku pikir lapanploh kali dulu laaaa baru masak...ekekeke...tak larat nak masak sensorg kat dapur nun haaa...dapur dah la cinonet jek. Mak aku memang dah offer diri nak masak-masak ni kan. Tapi aku taknak la menyusahkan sesiapa. Sendiri punya majlis, sendiri kena settle.

Abah aku pulak offer nak sponsor sate..wahhhh...Alhamdulillah..murah rezeki abah aku..kehkeh..pucut dicita ulam mendatang. Jemputan pun tak la ramai mana. Maximum aku budget dalam 50org je. Tetamu untuk orang-orang terdekat je. Kang kalau jemput yang jauh-jauh kalau tak dapat datang buat rugi je kann..Jadi kita rapatkan yang mana terdekat la..senang...Lagipun buat kecik-kecik je..nak panggil ramai-ramai rumah aku kecikkkk..maluuuu nanti ada yang tak dapat tempat duduk..kehkehkeh..

Adik badik aku semua aku jemput sebab nak buat kenduri tahlil sekali kaannn..

Ermmm..pastu makanan pulak aku tak yah nak pikir dah sebab semua dah siap order tinggal nak tunggu hari majlis berlangsung tu je nanti. Harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku..Ameeennnnn...

Goodies pun dah siap beli. Takde nak tempah-tempah bagai beli yang dah siap je pun. Ala beli pun tak banyak. Untuk kanak-kanak je pun. Dalam 25 beg je punn. Orang tua tak perlu. Kalau nak jugak tunggu aku buat kenduri kawin Hana pulak nanti yeee...ekekekekeee...

Okeh.

Semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Tapi biasa la kan kalau fisrt time nak buat majlis "besar" ni. Mesti ada terkurang sana sini. So, aku redha jela...Yang paling penting masa majlis tu nanti Hana sihat dan cergas. Biar la die happy sikit sebab ramai orang datang nak raikan dia nanti..


Menung ape tu sayang ibu...
   

 Wassalam, EnaMokhtar