TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 27 February 2012

kembali bersiaran...

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak menulis dalam belog nih. Sangat rindu. Tapi apakan daya, waktu membataskan segalanya..cewah..haha. Ok,la Insya'Allah lepas ni saya akan cuba update sekerap yang mungkin.

Sepanjang tak update belog ni, banyak peristiwa berlaku. Kalau tulis dalam diari dah boleh buat novel. Tapi takpe semua tu dugaan hidup yang sementara. Yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan tauladan sama-sama kita baiki diri.

Apa-apa pun, banyak cerita nak dikongsi. Nantikan updated terkini dari saya k. Take Care..

Wassalam, EnaMokhtar

Holiday at Sarawak Part III

Assalamualaikum w.b.t

Ok, kali ni cerita pasal jalan-jalan pula. Destinasi pertama yang kitorang tuju adalah kek lapis la apa lagi. Hajat nak naik sampan ke seberang tapi bila aku tengok Sungai Sarawak yang warna teh tarik tu. Hati jadi kecut. Dalam kepala ni terbayang la dalam sungai tu ada buaya ribu-ribu ekor. Sungai dia lebaaarrr sangat. And for sure dalammm sangaattt. Saiful pula racun aku cakap dalam tu ada buaya la, tu la. Lagi kecut perut aku yang boroi ni. haha.

Jadi setelah usrah antara suami isteri, Saiful decide pergi ke seberang naik kereta sudah. Selamat sikit katanya. Lagipun naik sampan tu memang takda pakai life jacket. Keselamatan orang tersayang perlu diutamakan. Memang lah aku tak pernah dengar lagi pasal kejadian buruk sampan kat sungai Sarawak tu tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Takpe lah tak naik pun aku tak rasa ralat. Jadi bagi yang fobia dengan air. Sila la fikir banyak banyak kali nak naik sampan ni ye.

Perjalanan nak ke kedai kek lapis ni tak jauh sangat. Dalam 10km dari coffee o corner. Sebab lepas makan kami terus berdesup ke sana. Dan sepanjang perjalanan tu tersergam indah pemandangan yang cantik. Ada satu jalan ni, sepanjang jalan dia ada pokok yang rimbun. Hijau je. Memang sejuk mata tengok. Jalan pun tak jem.

 Tu haa Sungai Sarawak..lebar kan.


 Pemandangan yang menghijau. Cantik.


Dah nak sampai ke Kampung Boyan tu ada pulak orang jual durian. Ajak Saiful berhenti singgah. Katanya mana-mana durian pun sama je rasanya. Spoil betul !! haha.


Dah sampai dah seberang. Kat seberang sana tu la Waterfront. Bangunan yang tinggi tu Hotel apa ntah. Tak ingat. Cuba korang tengok Sungai tu seram kan..


 Jalan nak masuk ke Kampung Boyan. Bersih dan cantik.


 Yang ni pula Mahkamah Kuching. Jauh dari bandar. Kawasan persekitarannya tenang je. Aku suka.


Tak tahu bangunan apa ni. Tapi tengok live tersangat la cantik pemandangannya. dengan tasik dia yang besar tu. Serious aku kagum. Cantik sangat.


Ok,dah sampai kawasan yang jual kek lapis nih, Saiful tanya aku nak pergi kedai yang mana satu. Ada banyak kedainya. Yang paling ketara sekali mula-mula jumpa dengan Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. The Famos Amos kek lapis. Lepas tu baru jumpa hut banyak berderet macam Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Afifi. Aku cuma lalu saja. Tak singgah pun. Snap gambar pun dari dalam kereta je sebab masa tu aku tengah pangku Hana. Sedap budak tu tidur. Tidur dalam kekenyangan la tu.

 Adalah dalam 6 ke 7 buah kedai kek lapis yang bentuk macam hut ni haa..


 Yang ni la kedai Kek Lapis Mira. Aku tak turun pun. tengok dari dalam kereta je.


 Yang ni Kedai Kek Lapis Afifi kot. Tak perasan sangat la. Masa ni tengah lenggang. Takda orang pun.


Haa..yang ni la Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Tapi rasa rugi pula aku tak singgah kedai kek lapis mira. Ramai yang cakap Mira punya kek lapis sedap.


Masa aku masuk dengan Saiful Takda orang sangat. Adalah 2 3 orang tengah merasa sample dalam bekas tu. Tak sampai 10minit, berduyun-duyun orang masuk. Sesak jadinya dalam rumah tu. Kedai dia macam rumah la. Aku rasa tingkat atas rumah dia. Bahagian bawah dia buat kedai..macam tu la.


Gambir sarawak. Masa jalan nak masuk dah perasaan dah budak ni jual apa. Tapi aku tak singgah pun. Time balik si Saiful stop kat gerai adik ni pulak. Terbelilah 1 paket.Banyak khasiat gambir sarawak ni. Tapi berkesan ke tak wallah'ualam..kihkih.


 Pandai adik ni meniaga. Mulut ramah.



Dah banyak memborong, tapi takde lah banyak sangat. Tolong belikan kiriman kawan-kawan je yang banyak. Aku punya cuma ambil 7 biji kek je. Balik dari Sarawak potong kecil-kecil sebab nak bagi kat saudara mara. Merasalah sorang sikit. Aku tak beli yang harga rm10 seketul tu *gila berlagak. Last-last menyesal tak sudah sebab aku langsung tak rasa sample kek-kek yang harga rm10 tu. Konon semua rasa sama jelar. Tapi memang betul pun. Cuma warna je colourfull tapi rasa sama je. Apa yang aku cuba sampaikan ni? huuuu..

Tapi betul la..adalah dekat 5bekas besar aku bagi kat sanak saudara. Ada lagi baki dalam peti ais tu haa. Nak kata tak sedap. Memang sedap-sedap semua aku ambil. Dah tu kata kek harga rm20 ke rm25 gitu tak kan nak kata tak sedap. Kang kena setepek pulak dengan Saiful. Beli tapi tak makan. Apa kes kan? Takpa esok aku tapau kasi budak-budak comel kat ofis ni. Gerenti licin punya.hahaha.

Ok.dah siap setel semua urusan jual beli kek, gerak balik la kita ke hotel semula. Penat. Walaupun aku tak drive,tapi penat dia lain macam la. haha.

Balik hotel sembahyang jamak terus. Pastu rehat-rehat jap. Lepas maghrib baru kami keluar cari makan malam la pula. Kat mana? haa..kena tunggu ya entri yang seterusnya ok?



Wassalam, EnaMokhtar

Holiday at Sarawak Part II

Assalamualaikum w.b.t

Berkat pencarian aku melalui En.Google pasal Kuching. Berjaya juga aku cari tempat makan ni haa.. Dekat sangat dengan hotel. Dalam 10Minit dah sampai. Satu perkara yang aku perasan pasal Kuching ni, susah benau nak jumpa SignBoard. Kecuali kat highway je. Kalau jalan-jalan bandaran ni memang kurang la. Kalau ada pun sesetengah jalan je ada. Tapi memandangkan Saiful pakai En.gps so takda masalah sangat lah cuma kalau ada signboard tu aku macam konpiden la sikit.

Ok, kat sini lah tempat makan pertama kami 3 beranak kat Kuching ni. Coffee O Corner. Senang sangat nak cari. Taip je kat gps tu nama kedai ni Insya'Allah jumpa.


Aku order Nasi Ayam Penyet Bakar. Kat Kuching ni memang bersepah kedai jual Nasi Ayam Penyet ni. Tapi kena pandai cari yang sedap. Memang tidak syak lagi pilihan aku. Nasi Ayam Penyet kat sini memang sedap. Thumbs up!!. Disebabkan aku dah biasa sangat makan Nasi Ayam Penyet goreng rempah tu. Jadi aku order la ayam bakar pula. Ayam bakar dia memang sedap banget. Aku bagi markah 4.5 dari 5. Rempah dia lain dari yang lain. Terasa manisnya,masam,pedas, dengan rempah ratus dia. Teringat-ingat tekak ni sampai sekarang. Insya'Allah kalau ada rezeki datang Kuching lagi. Aku lepak makan kat sini je la.


Saiful order nasi Beriyani Ayam. Sedap juga. Laju je Hana makan. Banyak juga dia makan masa ni. Seronok Ibu tengok Hana makan banyak. Tapi tula, si Hana ni makan sesudu, minum air 2 3 sedut. Camne? Layankan je ini budak janji dia nak makan.


 Dah kekenyangan. Kita bergambaran la pula ye. Pantang nampak Cat la ini budak.


 Eh....tu nak pegang Cat la tu.


Wassalam, EnaMokhtar