TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday 26 June 2013

Kena Tinggal

Assalamualaikum w.b.t

Ingat lepas kena tinggal 3 hari pergi mencandat sotong, takda dah la aku kena tinggal lagi dengan en hubby. Ngupe-ngupenye kena tinggal jugak..huhuu..


Masuk harini dah 4 hari hubby kat Penang. Kursus kat sana sampai hari Jumaat ni. Nak tak nak aku kena la import mak aku. Buat teman kat rumah. Sebab sejak mak aku cerita yang jiran dia kena rompak aritu terus aku macam fobia gile kalau tiba waktu nak tido. So, kalau mak aku ada tu macam jadi berani la sikit nak tido malam huhu. Selain jadi peneman mak aku boleh la tengok-tengokkan Hana sekali. Kalau ikutkan hati memang aku nak hantar Hana ke nursery tapi mak aku tak bagi la pulak sebab dia nak jaga katenyeee..buat teman main masak-masak kat rumah katenyeee. Mak aku akan stay kat rumah aku sampai hari sabtu la kot. Hari ahad tu baru aku hantor balik rumah...kehkekhekhe...Tenkiu mak..jasamu amatku kenang. Nanti owang belanja kasut kat carlo rino alamanda yeee..kasut raya katenyeee...huhuhuu..ni kes sebab mak aku berkenan dengan kasut kerja aku..beli kat carlo rino alamanda....


Anyway,


Sepanjang ketiadaan hubby ni macam boring la jugak sebab takda aktiviti jenjalan kan. Tapi bagus jugak sebab sekarang musim jerebu. So, lepak kat rumah jelar. Tengok tv sambil makan cengkodok pisang...hehehhe..


Sepanjang minggu ni pun aku tengah busy yang amat. Ni pun curik-curik la masa update blog kejap. Tadi baru je lepas present projek wcm. Projek ni memang wajib kena buat setiap tahun. So dalam group aku cuma ada 4 orang je team member. So, tadi berjaya la jugak present dengan jayanya. Ada jugak kena betulkan sikit-sikit slide mana yang lobang-lobang tu. Sempat lagi la nak betulkan sampai final presentation yang sebenar...huhuhu...selagi terdaya aku buatlah semua-semua amanah dan tanggungjawab baru ni. Nampak macam senang je. Tapi sebenarnya memang mencabar. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat.


Lately kalau balik kerja tu memang la rasa macam nak fengsan. Balik kerja pukul 5 sampai rumah dalam 5.30 gitu. Jenggah je pintu rumah dah ada tugas yang menanti. Nak masak, layan anak, kemas baju-baju kotor dari nursery Hani. Pastu pikior plak nak masak ape. Biasa yang ni sebelum keluar opish aku dah set nak masak ape. Kadang kalau macam keluar opish lambat tu aku tapow jelar. Kang balik dah lewat kelam kabut pulak nak masak. Tu belum lagi time masak si Hani merenggek nak nenen...Haaaa...time tu jugak la si Hana mintak susu pulak. Memang kelam kabut jadinya. Biasa jarang la berlaku sebab aku memang dah set time siap-siap sebelum keluar opish. Solat siap-siap kat opish nanti senang balik rumah tinggal nak menghadap kerja-kerja suri rumahtangga jek.


Sejak ketiadaan Hubby juga aku mula la megenal erti rindu sebenar seorang isteri terhadap suami yang jauh dari pandangan mata. Walaupun terpisah bukan secara hakiki tapi rasa macam jauhnye la laki aku..hahaha. Tak boleh bayangankan kalau isteri yang kematian suami kan. Isk mintak dijauhkan. Aku cuma boleh berdoa supaya dilindungi imam aku tu dari segala kejahatan dan musibah dan dapat balik dengan sempurna kepada pangkuan kami 3beranak ni haaa..cehhhh...tu baru berpisah seminggu orang lain yang laki dia kerja offshore tu camne la ye kena tinggal berbulan-bulan...fuhhh...respect sama dorang laaa..


Aik, kejapnye dah pukul 1 lebih..k,la nak gi solat dulu nanti kalau ada free aku up entry lain yee..take care ye korang semua..




Wassalam, EnaMokhtar