TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 8 October 2012

Teringin nak tukar rupa belog....

Assalamualaikum w.b.t


Tadi jalan-jalan jap kat belog Jia. Kreatif betul budak tu design belog orang. Kalau la aku pun pandai macam dia dah lama aku BERTUKAR!!!... hahahaaa..bukan aku la..belog aku ni haaa..

Tapi......

Sebab aku tak pandai. Jadi duduk la ko kat situ diam-diam ye ena. Akak nak edit-edit ni tak pandai. Lagi la kena guna fotoshop ke hapa ntah nama nye tu. Memang akak buta dik. Tapi kalau ada yang baik hati nak tolong edit secara free, akak sukaaaa...kehkeh..*kelip-kelip mata.*


Lagipun aku ni jenis yang suka simple-simple je. Kalau kata nak guna application yang sedia ada dalam blogger ni akak reti laa..haha..yelar nak update sehari sekali pun payah inikan pula nak suruh aku ngadap PC sehari suntuk buat edit-edit ni. Memang juling mata akak..agagagaaa...

Uikss...jap lagi sambung balik..nak gi makan jap..daaaa...:)



 Wassalam, EnaMokhtar

Pagi isnin yang indah..

Assalamualaikum w.b.t

Good morning semua!!

Fuh, pagi-pagi isnin ni rasa semangat lain macam nak keje laa. Esok ada audit SIRIM. Rabu pulak ada audit dari DCA. Jadi harini semangat nak settlekan semua kerja-kerja yang pending dari last week. Termasuk kerja budak-budak shift ari sabtu and ahad. Iye, mana kerja-kerja budak-budak shift pada waktu weekend memang aku kena buat setiap hari isnin. Nasib la tengok kalau dorang rajin turun site buat maintenance, isnin tu memang banyak la work order aku kena buat..huhu.. aku duduk jaga bahagian system SAP. Sapa kerja kat GLC tau la menatang apa SAP tu. Tapi rasanya gov pun ada pakai kot. agaknya laaa...aku tak pasti....kehkeh

Sepanjang pagi ni hujan je kat Nilai ni...sejuuukkkkk..tapi sebab semangat punyer pasal. Pagi-pagi lagi aku dah bangun..Solat subuh. Then siapkan ape yang patut. Sempat lagi basuh baju..hehe..alah bukan susah punnn..campak-campak je masuk dalam mesin. Tit tot tit tot...tekan button mesin. Letak sabun..pastu tinggal. Kebetulan harini hubby kerja petang jadi tinggal kat dia la yang sidai nanti agagagaaa...

Ok.

Perut dah kenyang. Harini breakfast nasi goreng+mihun goreng. Tapaw kat kantin jeee. Pasni nak sambung buat kerja pulak. Nanti kalau dah settle semua kerja kita update cerita lain pulak yeee...

Selamat bekerja semua. Nah amik pic Hana ni main masak-masak dalam kereta. Gegirl sungguh la budak nih!!



Wassalam, EnaMokhtar