TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 18 October 2012

Keinginan ketika mengandung

Assalamualaikum w.b.t

So far, takdela yang mengarut-ngarut. Kalau mengidam makanan pun yang biasa-biasa je.Cuma kan keinginan aku sekarang ni adalah nak pergi holiday!!. Takpun kalau dapat pergi spa secara tajaan. Haha.

Pergi rehat-rehat sambil badan dibelai manja. Dapat urut-urut kaki yang kejung ni haaa.. Yelar aku kan preggy, takan nak mintak urut satu badan. Bahaya!! Jadi sebab sedar diri awak tu membawa perut. Jadi aku terbayang la kalau dapat buat facial ke, buat medicure ke, pedicure ke. Alahai syok nyer!!

Walaupun tukang urut sejati iaitu En.Saiful sedia memberi khidmat, ekekekee...Tapi kalau dapat dari yang memang pakar dalam bab urut-urut ni kan lagi best. Tadah je body. Pandai-pandai la dorang buat kerja.

Tapi kat area Nilai@Sepang ni ada ke tempat macam tu yea..Yang sediakan kemudahan untuk ibu-ibu mengandung. Maksud aku bukan la Bidan. Tapi khidmat kat spa laaa...sape tau sila roger aku yeee..hehehe..

Kalau dapat mandi kat pantai ni mesti best kan. Aku plan bulan 11 ni masa balik kampung kenduri adik ipar aku tu nanti. On the way balik Nilai tu nak la singgah mana-mana tempat percutian tapi bila memikirkan yang time tu adalah time cuti sekolah, aku terpaksalah melupakan hasrat nak holiday. Confirm semua tempat percutian pilihan akan penuh dan sesak punyer...huhu..Paling tidak pun sampai ujung tahun ni laa... Paling cun nak pergi holiday adalah bulan 1 2013. Larat lagi nak berjalan time tu sebelum bersalin kahkah. Time tu budak dah start sekolah jadi mana-mana tempat percutian tak la crowded kan. Bijak tak aku..hahaha..

Banyak no angan-angan. Dalam masa terdekat ni memang tak boleh nak holiday sangat sebab cuti tahun aku tinggal ciput. Kang nak amik cuti balik kampung bulan depan. Paling koman pun amik cuti 3 hari...huhuu...belen tinggal laagi 3 hari..tensen je aku tengok cuti aku ni taww..huhu

Ehhhh...macam dah melalut jerk. Ok. layan la yeee...babai...agagagaaa...



Wassalam, EnaMokhtar

Potty Training untuk Hana

Assalamualaikum w.b.t

Semalam jalan-jalan kat blog kak aini . Baca pasal kisah dia potty training kan anak dia. Terus aku teringat yang Hana pun sekarang ni kalau nak kencing mesti cakap "ibu..Hana cinggg..." pastu dia bukak seluar sendiri. Padahal memang tengah pakai pampers tu. Lagi satu, sekarang ni Hana kalau nak uuk uuk macam dia suka berdiri then kepit kaki sambil teran. Jadi stool susah nak keluar. Pernah sekali sampai menangis berpeluh teran. Tapi sebab dia suka kepit tu yang stool susah nak keluar. Sekarang ni Ayah die pulak rajin bawak ke toilet. Means bukan uuk uukk kat pampers la. Uuk uuk kat toilet lagi cepat prosesnye.

Macam petang semalam aku amik Hana kat Taska, tengok dia macam baru lepas menangis. Pastu teacher kat situ cakap "Kesian Hana nak uuk uuk tapi keras. Sampai nangis-nangis peluh-peluh nak meneran. Kesian sangat". Macam seksa sangat nak berak. Pastu balik rumah terus Ayahnya bawak masuk toilet. Cangkuk je terus keluar stool dia tanpa perlu teran...senang dan tak menyakitkan....Hahaha..sory la ye cite kotor sikit.

so,

Bertitik tolak dari situ. Aku rasa memang dah patut start train dia kalau nak kencing bawak ke toilet. Kalau nak uuk uuk pun kena bawak pi toilet. Cume tular nak mulakan secara serius tu bila la agaknye yee...Bukan ape, aku ni bab-bab nak kena monitor secara berkala ni memang fail...hehe..yelar kalau kata nak train Hana kencing kat toilet mesti sejam sekali kena ajar dia kencing kat toilet walaupun budak tu tak rasa nak kencing kan..huhu..paling tidak pun setengah jam sekali..sebab aku ni kadang-kadang pelupa orang nye..

Tapi...

Sebab aku dah baca entry kat blog kak aini terus rasa macam. Kena start juga la.. Sebab tips yang dia bagi pun macam revelen jee..so, aku share tips tu kat sini k..selamat mencuba!!


1. Bilakah masa yang sesuai untuk bermula? Ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. - Dalam umur 2-3 tahun

2. Jangan memaksa kerana si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak.

3. Gunakan pendekatan psikologi - contohnya puji si kecil bila dia berjaya membuang air di bilik air.

4. Perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. - Agak-agak tengok dia kaku semacam ke, dah mencangkung ke.. angkatlah terus ke toilet. hehe.

5. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. - Sentiasa bertanya perlu ke toilet ke? - setiap 10 minit (contoh)

6. Janganlah terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan - Betul. ada yang ambil masa tak sampai seminggu, ada yang berbulan-bulan. Yang penting kena banyak bersabar!

7. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula. - Seronok la budak tu. hehe

8. Tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. - Haha.. ini memang susah nak dielakkan.

9. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.

10. Elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin.

11. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda.

Apa-apa pun aku ingat nak start tak pakaikan Hana pampers weekend ni la. Nak tengok dia boleh terima ke tidak. Balik ni kang ingat nak cari panty untuk dia. Cari yang corak comel-comel gitu biar die teruja..haha..jadi ke? tawakal jelaaa...agagagaaa...

Kepada ibu bapa yang sedang mempotty Trainingkan anak tu boleh la share pengalaman korang mana tau ada tips atau petua yang berkesan untuk dikongsi...:)


Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday 17 October 2012

Membizi lagi

Assalamualaikum w.b.t

Gud morning all!!

Hamboi...lama tak hapdet belog..sory yee..lately bizi sikit..nanti kita cite pasal majlis 2yrs Hana Humaira ye..Gambar pun banyak. Celebrate sampai 2 kali. Satu kat rumah sekali lagi kat taska. So, cerita pasal tu kite postpone dulu. Nnati kalau dah free sikit kita upload pic banyak-banyak ye..

Ok.....

Kalau sapa yang baca entry aku sebelum ni, aku ada mention aku gi training Khamis dan Jumaat. Sambung cuti sampai hari Isnin. Selasa baru masuk kerja. Jadi dah 5 hari aku tinggalkan kerja. Sila imagine bape banyak kerja aku pending start dari hari khami ritu..huaaaaaa...nangis ko bila aku masuk kerja semalam tengok atas meja..banyaakkkk nyeeee kertas....bermakna, banyaknyeee kerja aku...huhu

Tapi...

Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan tekun (ehem)..aku kena juga siapkan sebelum jumaat ni. Maknanya by Friday semua dah settle.

So,

Belog kesayangan mungkin akan terbiar sehingga minggu depan melainkan aku curi-curi masa upadate entry okeh (ni pun kira curi-curi juga nih ekekeke). Baiklah, mari la kita sambung buat kerja. Nanti kalau ada free time kita update entry lagi k..daaaaaa


Wassalam,EnaMokhtar

Thursday 11 October 2012

siaran langsung....

Assalamualaikum w.b.t Ngantukkkk....aku bersiaran langsung dari Matc klia.. harini dan esok ada training basic airport operation.. Sabtu dan confirm aku membizi nak siapkan apa yang perlu Untuk majlis Hana ahad ni.. Kalau dah nama nya training, makan 4 kali sehari yee..untung2 ...haha.. Makan sedap2 pulak tu..ekekeke... Ni pun aku update pakai hp jerk..nanti kalau free aku buat entry lain plak yee... Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday 10 October 2012

Wordless Wednesday#02

Assalamualaikum w.b.t
 
Shoot by: Sony Experia
Time : 7.50am
When : On the Way to office

No edit..100% original scenery...Subhanallah!!







Amazing huh??


Wassalam, EnaMokhtar

Tuesday 9 October 2012

Tanjung Dawai, Kedah..

Assalamualaikum w.b.t


Dah lama sebenarnye kesini. Bila pun aku dah tak ingat. Rasenya awal tahun haritu kot. Haha. Gila lama. Tapi aku macam berminat nak buat entry pasal Tanjung Dawai ni sebab tempat dia best. Tempat penjualan setempat ikan-ikan masin dan semua hasil laut kering. Ape yang korang nak pasal hasil laut semua ada kat sini. Ikan masin, sotong kering, keropok-keropok, Udang fresh pun ada jual taw. Beso-beso. Murah pulak tu. Memang memborong habis la aku...kehkeh..bawak balik jual kat opish. Berebut wei budak-budak opish beli. Sekelip mata dah abes. Macam magic plak. Paling banyak aku beli borong sotong kering yang kecik-kecik tu. Kalau masak sambal memang terangkat. Takde untung mana pun lebey kepada suka-suka je.

 Arked 2 tingkat. Juling biji mata tengok hasil laut yang bermacam-macam. Jakun jap..haha.

 Keropok-keropok kering yang bermacam jenis.


 Encik Hubby yang tetiba bertukar rupa memborong ikut suka hati dia. Kalau boleh semua dia nak beli...kehkeh


 Hana dengan Mak Tok. Mak Mentua aku ni taw..sayang dia..

 Kat bawah arked adalah laut yeee...Siap ada jeti dan kedai makan. Sempoi je. Sambil makan sambil angin laut bertiup..syokkk..!!



Yang pakai kopiah tu Bapa Mentua aku..Dua-dua pun ikut sekali. Memborong pun tak ingat dunia juga..haha

 Sebelum balik pekena mee udang dulu. Korang tengok udang die besarrr betul. Banyak pulak tu. 1mangkuk ni RM15. Ada dalam 6 ke 7 ekor 1 mangkuk. Tapi berbaloi sangat. Puas hati. Lagi sedap dari Mee udang mak jah yang kat kuala sepetang tu haa..Kalau ikut tekak aku la kan..hehehe. Makan sampai tapaw bawak balik udang tu. Adalah dekat 10ekor sebab mak ayah pun order mee udang juga. Bawak balik, basuh bersih-bersih. Malam tu aku buat butter prawn makan dengan nasi goreng. Ratah macam tu jek. Udang laut kan maniss... emmm.. dapp..

 Hasil borongan. Ini baru sikit. Dalam bonet tak keluarkan lagi nih..huhu..

 Haaaa...untuk Hana Humaira pun tetap ada. Kipas tu Tok Wan dia yang belikan. Janji kena beli something untuk dia. Buat leka-leka dalam kereta otw balik Mergong.

Perjalanan masa nak pergi tu aku rasa macam alahai jauhnyeeee...asal tak samapi-sampai lagi ni. Sekali masa perjalanan balik Mergong tu aku rasa macam...aik..kejap je dah nak sampai rumah mak mentua. Adalah dalam setengah jamm kot. Takdela jauh mana. Tu yang aku cakap dengan Hubby. Lepas ni kita boleh pergi lagi la kannnn..senyum je diaa..

Aku suggestkan sesapa yang nak kesini sila pergi awal pagi. Sebab kalau pergi dalam pukul 10 macam tu pun panas boleh tahan laaa..Alang-alang korang nak pergi, pergi waktu petang la sejuk sikit..sambil-sambil tu boleh lepak kat pantai area situ syok jugak..bentang tikar pastu main layang-layang ke kannn...takpe next time kita gi lagi ye Yanggg...



Wassalam, EnaMokhtar

Legaaaaa....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Audit SIRIM harini semua berjalan lancar. Takde yang sangkut. Semua ok kot. sebab takde apa-apa isu yang dibangkitkan oleh si pengaudit...haha. Tapi tak juga, kena tunggu closing audit dulu baru tau ada NCR ke tak...haha.

Anyway,

Aku ada bad news la. Orang yang aku order makanan tu tak dapat nak buatkan order aku untuk kenduri kesyukuran Hana ahad ni. Sebab dia ada perlawanan bola. Iye,abang tu budak opish sebelah aku ni jee..Dia memang pengadil/coach area kawasan selangor ni. Jadi tak dapat nak hantar order aku tu sebab ahad tu dia ada game. Yang tukang masak tu bini dia. Bini dia pulak tak reti drive. Kalau aku nak pi amik sendiri order aku tu memang tak la sebab dah sah-sah aku sibuk nak prepare apa yang patut kat rumah kann..huhu

Nampaknya terpaksa la aku masak juga.....agaggagagaaa..

Menu pun nak kena revise balik. Maksudnya menu utama laa..mungkin nasi ayam kot. Tak pun nasi ayam penyet. Tu jela yang terlintas buat masa sekarang ni.

Fuhh..

Esok pulak ada audit DCA pulak...adui seksa nak tunggu audit ni habis taw..Khamis and Jumaat aku kena gi training pulak kat area KLIA ni juga. Jadi minggu ni adalah minggu yang agak bizi la yee. Tapi tetap eksited nak tunggu hari ahad...hahaha..



Wassalam, EnaMokhtar

Monday 8 October 2012

Teringin nak tukar rupa belog....

Assalamualaikum w.b.t


Tadi jalan-jalan jap kat belog Jia. Kreatif betul budak tu design belog orang. Kalau la aku pun pandai macam dia dah lama aku BERTUKAR!!!... hahahaaa..bukan aku la..belog aku ni haaa..

Tapi......

Sebab aku tak pandai. Jadi duduk la ko kat situ diam-diam ye ena. Akak nak edit-edit ni tak pandai. Lagi la kena guna fotoshop ke hapa ntah nama nye tu. Memang akak buta dik. Tapi kalau ada yang baik hati nak tolong edit secara free, akak sukaaaa...kehkeh..*kelip-kelip mata.*


Lagipun aku ni jenis yang suka simple-simple je. Kalau kata nak guna application yang sedia ada dalam blogger ni akak reti laa..haha..yelar nak update sehari sekali pun payah inikan pula nak suruh aku ngadap PC sehari suntuk buat edit-edit ni. Memang juling mata akak..agagagaaa...

Uikss...jap lagi sambung balik..nak gi makan jap..daaaa...:)



 Wassalam, EnaMokhtar

Pagi isnin yang indah..

Assalamualaikum w.b.t

Good morning semua!!

Fuh, pagi-pagi isnin ni rasa semangat lain macam nak keje laa. Esok ada audit SIRIM. Rabu pulak ada audit dari DCA. Jadi harini semangat nak settlekan semua kerja-kerja yang pending dari last week. Termasuk kerja budak-budak shift ari sabtu and ahad. Iye, mana kerja-kerja budak-budak shift pada waktu weekend memang aku kena buat setiap hari isnin. Nasib la tengok kalau dorang rajin turun site buat maintenance, isnin tu memang banyak la work order aku kena buat..huhu.. aku duduk jaga bahagian system SAP. Sapa kerja kat GLC tau la menatang apa SAP tu. Tapi rasanya gov pun ada pakai kot. agaknya laaa...aku tak pasti....kehkeh

Sepanjang pagi ni hujan je kat Nilai ni...sejuuukkkkk..tapi sebab semangat punyer pasal. Pagi-pagi lagi aku dah bangun..Solat subuh. Then siapkan ape yang patut. Sempat lagi basuh baju..hehe..alah bukan susah punnn..campak-campak je masuk dalam mesin. Tit tot tit tot...tekan button mesin. Letak sabun..pastu tinggal. Kebetulan harini hubby kerja petang jadi tinggal kat dia la yang sidai nanti agagagaaa...

Ok.

Perut dah kenyang. Harini breakfast nasi goreng+mihun goreng. Tapaw kat kantin jeee. Pasni nak sambung buat kerja pulak. Nanti kalau dah settle semua kerja kita update cerita lain pulak yeee...

Selamat bekerja semua. Nah amik pic Hana ni main masak-masak dalam kereta. Gegirl sungguh la budak nih!!



Wassalam, EnaMokhtar

Friday 5 October 2012

Ciskek

Assalamualaikum w.b.t


Dah banyak kali juga aku buat ciskek ni sebeno nyee..Siap dapat tempahan lagi. Tadi pun ada akak kat opish aku ni nak order lagi ciskek untuk besday husband dia tapi aku terpaksa tolak. Sebelum ni dia ada order untuk makan saja-saja. Balik rumah berebut makan dengan anak and husband dia. Tu yang nak order lagi tuuu..

Aku tolak baik-baik pasal oven dah kena sorok dengan hubby sebab baking membaking adalah dilarang keras sehingga la lepas abes pantang nanti. Tapi kalau baking untuk makan sendiri takpe katenyee..huhu..sebagai isteri yang taat (ehem) aku menurut perintah jela..Karang kalau aku mengadu sakit kaki gara-gara nak siapkan tempahan orang kang paling tidak hubby la yang kena jadi tukang urut. Tu yang dia malas kot..nak urut bini...hahaha...

Tapi siyes hubby kalau urut memang sedap weii..terasa urat-urat aku ni lega yang amat bila lepas kena urut dengan dia. Mula-mula tu memang la keras kejung tangan dia. Tapi bila dah selalu sangat bini mintak urut, last-last makin terer plak teknik urutan dia tu..akakakaa..korang jangan pikir yang bukan-bukan pulak. Tapi ok ape dah halal kan..lagi Syok..kahkahkah..

Ok. Setop..ekekekeeee...

Tapi kan Hana pun dah pandai mintak urut dengan hubby tawww. Siap tunjuk lagi anggota mana yang sakit. Kengkonon laaaa...padahal die jeles tengok aku kena urut dengan ayahnya tu haaa...agaggaaaa...


 ciskek blueberry..keliling agak garing sikit tu yang kekuningan. Tapi takpela sebab nak makan sendiri kan..jadi dimaafkan..kehkeh...


1 slice untuk aku..
 
 1 slice untuk hubby

Lepas tu aku tanya hubby sedap ke tak ciskek yang aku buat ni.. Sebab sebelum-sebelum ni aku guna resipi lain tapi yang ni aku ada olah sikit laaa...

Masa tu hubby baru lepas makan 1 slice dia kata "Abg belum dapat absorb la rase tu dalam mulut. So tak boleh nak bagi komen. Tapi balance dalam peti ais tu abg dah chop semua taw jangan makan pulak.." sambil sengih-sengih..hahaha..

Hamboi dieee....

So, aku faham la yang hubby aku suka sangat sampai tak bagi aku makan balance ciskek tu haa. Aku lagi suka sebab ada orang yang nak makan kan. Lagipun ape-ape yang kita masak kalau hubby suka kita pun senang hati kannnnn..betul takkk...??

Resipi mudah le sesangat. Nah amik. Nanti buat tawww...pastu bagi kat aku sikit yeaa....ekekeke

Resipi krdt to kak ana suzana..thanks kak..

Mula-mula sekali panaskan oven yee..180c..

Loyang aku pakai spring foam saiz 7' . Ngam2 la cantik tak tebal and tak nipis sangat. Tapi kalau takde korang belasah jelar loyang 8' ke 9' pun boleh..kata nak makan sendiri kaaannn...kalau takde spring foam jangan pulak meroyan mintak laki belikan. Boleh je nak pakai loyang biasa. Janji korang sapu butter dulu. Takpun lapik dengan bake paper. Kalau takde jugak lapik dengan kertas A4 pun bolehhh...tu paling miskin laa..kehkehkeh..

Bahan2 Base:

1 paket oreo..(buang krim..kalau tak buang pun xpe..tapi aku letak lebih sebab nak bagi oreo tu nampak tebal sikit..ikut suka korang k..)
1/4 butter yang telah dicairkan 
*gaul dua2 bahan ni pastu masukkan dlm spring foam (sapu butter dekat keliling dan base loyang tu dulu yee..)..lepas tu rata-ratakan la sampai mampat. Aku pakai gelas je. Henyak kasi mampat betul-betul. Dah siap simpan dalam peti sejuk jap.

Bahan2 Cheese:

1- 2 cwn/500g cream cheese..(aku letak lebih sikit dlm 600g gitu) 
2-1/2 cwn gula halus/kastor (janji gula..jangan korang letak gula merah pulak!!)
3-1/2 sudu esen vanila
4- 1/2 cw sour cream (aku ganti dengan yogurt asli..kat giant melambak...hehe)
5- 2 biji telor...(aku belasah je saiznyee.)
6- Filling Blueberry..(beli kat kedai bakery..1 bekas tu dalam rm4.50 jee..)

**Pastikan cheese cream tu dalam suhu bilik ye sebab senang korang nk pukul nanti.

Cara2:
1- Pukul cream cheese kasi hancur dulu..pastu masukkn gula+esen. Pukul dengan kelajuan sederhana je..sampai sebati ok..

2- Masukan sour cream/ yogurt asli..pukul sebati.

3- Masuk pulak telur sebiji demi pukul jap..pastu masuk lagi sebiji..pukul lagi sampai sebati..

4- Masukan pulak filling blueberry dalam 2 3 sudu makan mcm tu..ikut suka korang nak letak banyak mana..pastu gaul dengan sudu je kasi sebati gitu..

5- Bila dah siap masukan adunan cheese ni ke dalam base oreo tadi..

6-Bakar dalam oven suhu 170c-150c selama 45-50min bergantung jenis oven korang la..Pandai-pandai adjust yee..

Tips nak dapatkn ciskek yang cantik:

1- Jangan pukul terlalu lama. Pukul biar sampai sebati je cukup. Nanti tekstur ciskek tu bila dipotong nampak cantik jeee..takde lobang2..tapi aku kadang2 overbeat juga..kahkah..pandai2 korang la yee..
 
2- Bakar cara steam bake taw..caranya korang letak spring foam tadi tu dalam satu loyang besar yang dah diisi dengan air panas...Kalau nak selamat balut la loyang spring foam tu dengan aluminium foil..jadi air takan masuk dalam adunan cheese cake tuu..tak paham? pi google yeaaa...

3- Letak rak paling bawah sekali

4- 45min pertama guna api atas bawah..

5- lepas tu baru guna api bawah je. Sebab taknak bagi permukaan kek hangus..

6- Jangan gatal tangan buka pintu oven tu banyak kali ye..biar je dia buat kerja sampai kek korang masak..yang penting suhu kena betul. Kalau tak smpi 45min pertama permukaan kek tu macam dah kuning sikit..slowkan la sikit suhu..sebab panas sangat..tu yang permukaan jadi kuning padahal dalam belum masak..hati2 k...

7-Lepas masak, buka pintu oven sikit. Jangan keluarkan dari oven lagi. Tunggu la dalm 1 atau 2 jam baru keluarkan..Kang kalau korang keluarkan masa panas2 tu kompom kek korang akan turun mendadak punye laaa sebab aku dah pernah kena..kes tak menyabar la ni kan...hahaa

8-Agak-agak bila dah sejuk tu baru keluarkn dari oven then sapulah filling blueberry tu atas kek. Simpan dalam peti sejuk dulu dalam 2 3 jam supaya tekstur kek padat dan bila makan sejuk2 tu kan terasa cairrrrr dalam mulut. Tapi kalau korang jenis tak menyabor nak mencekik boleh je nak makan terus. Takde sapa nak mrah pun nyeeee...ekekeke..

9-Masa nak potong tu, celup pisau dalam air panas lepas tu lap dengan kain. Then baru potong hasilnya nanti kek tu potongnya cantik tak melekat-lekat la..

Ok selamat mencuba yee..kalau ada sebarang pertanyaan boleh la korang pergi ke kaunter pertanyaan ok?? agaagagaa....:P


Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 4 October 2012

Supplement untuk Hana

Assalamualaikum w.b.t

Sejak Hana umur setahun lagi aku dah bagi makan supplement. Tapi on off la. Almaklum la bila hantar anak ke nursery ni. Risiko mendapat penyakit jangkitan macam selsema dan batuk memang senang nak dapat. Jadi supplement perlu untuk membantu sistem pertahanan badan kanak-kanak.

Walaupun masa tu Hana masih menyusu badan, tapi bagi aku tak salah kalau nak bagi supplement asalkan sesuai dengan usia dia. So,masa first time tu aku start bagi scott's dulu la. Bagi dalam 15ml sehari. Means aku bagi 5ml setiap 3 kali setiap hari. Mula-mula tu dia bluek bluek kan juga la. Sebab bagi macam makan ubat. Dalam picagari gitu. Tapi lama-lama dia ok. Siap mintak lagi ada la.


Bagus anak ibu..tak melawan..kehkeh..



 Scott's perisa oren..sedap!! **pic kdt to google


Baru-baru ni ayah dia ada belikan pulak scott's tapi dalam bentuk gula-gula jely. Halal ye. Jangan risau..hehe Sehari hanya boleh bagi 2 biji je. Tapi kadang aku terlebih bagi jugak. Ni kes bila dia buat perangai nak pujuk punya pasal. Kita bagi la umpan sikit.....agagagaaa...

Sedap juga..yang ni pun aku tumpang makan jugak..haha


 Tak sempat balik rumah dah dibukanyaa..hai la anak..


 Haaa...yang ni pun aku bagi juga start umur dia dalam setahun lebey la gitu..PATI DELIMA GULSAN DARI TURKI...**pic kdt to google


 Banyak khasiatnya nih..tinggi dengan antioksidan dan vitamin c semulajadi. takde campuran dengan pengawet..100% dari perahan delima.

Pati delima tu cara makan dia boleh kalau nak campur dengan air macam kordial tu haaa...tapi biasa aku amik sesudu terus telan pekat-pekat macam tu lepas tu baru minum air. Mula-mula memang akan rasa masam menyegat. Tapi bila dah masuk tekak je kan rasa sedap sangat. Masam-masam yang sedap la. 

Haritu masa aku selsema aku makan pati delima ni 3 sudu dalam 1 hari. Terus hilang selsema aku. Kira pati delima ni bagus la Kaya dengan vitamin C tau..Ibu-ibu mengandung pun elok makan ni. Yelar delima kan makanan sunnah. Masa nak telan tu jangan lupa baca Bissmillah and selawat 3 kali. Niat nak sihat tubuh badan sebab nak beribadah laa kan..

Hana pun masa first time aku bagi, berkeriat keriut muka dia. Tapi dah lama-lama dah jadi sedap la pulak. Siap cakap "Ibu..nak lagi!!"..ekekekek...Mula-mula tu aku try bagi sehari 3ml je nak tengok badan dia boleh tahan ke tak. Takut juga kalau masam sangat kena cirit birit pulak kan. Tapi Alhamdulillah takde. Start dari situ baru aku tambah sikit..3ml jadi 2 kali sehari. Pun dia ok. Takde tindak balas yang negatif means badan dia rasi la dengan pati delima tu. Sampai sekarang pun aku still bagi die. 

Cuma....

Lately ni die macam kurang selera makan. Semua supplement diatas dia tak nak. Tak tau kenapa. Maybe sebab nak beralih tahun kot. Tu yang macam kurang selera makan...sian anak ibu.. Takpe balik ni ibu buat bihun singapore la yeee..harap-harap anak ibu makan la banyak sikit. Sebab susu pun minum tak habis. Selalu kalau aku buat 240ml tu laju je dia sedut. Tapi sejak dua menjak ni, nak habeskan 180ml pun susah. Suap nasi pun dia tak nak. Semalam aku buat spegeti kegemaran dia pun dimuntahkan balik..kenapala anak ibu nii...

Harap takde pape la..anak ibu strong girl kannnn...sayang diaaaa...


Wassalam, EnaMokhtar

Excited+Nebesss

Assalamualaikum w.b.t

14/10/12....iye Hana Humaira kesayangan ibu dan ayah nak masuk 2 tahun dahhhh...cepat nye besar anak ibu yee..huhu...

Plan asal ingat nak buat makan-makan la sikit untuk sambut besday dia nanti. Tapi aku lebey suka kalau mention kenduri kesyukuran Hana sempena 2 tahun. Bunyi macam islamik la sikit kan...Lagipun aku memang buat sekali dengan kenduri tahlil arwah atok and nenek yang dah meninggal. Sebab lately aku selalu mimpi pasal dorang. Mimpi yang elok. Alhamdulillah. Dah alang-alang aku nak buat makan-makan Hana. Sekalikan la hadiah untuk mereka-mereka yang telah tiada. Rindu nye dengan arwah atuk belah mak aku sebab dia baik. Walaupun garang...hmmmm

Ada lagi lebey kurang 9 hari je lagi. Eksited sangat tapi dalam masa yang sama nebes takut ada yang terkurang sana sini. So far persediaan dah hampir 60%. Takdela deko-deko bagai buat simple-simple je. Jajan semua dah siap beli. Beli yang biasa-biasa je pun nyeeee...akakakaa..

Bab makanan aku order je sebab memang tak la aku nak masak-masak ni kan. Kalau ikut hati memang aku nak masak. Tapi kalau ikut badan aku pikir lapanploh kali dulu laaaa baru masak...ekekeke...tak larat nak masak sensorg kat dapur nun haaa...dapur dah la cinonet jek. Mak aku memang dah offer diri nak masak-masak ni kan. Tapi aku taknak la menyusahkan sesiapa. Sendiri punya majlis, sendiri kena settle.

Abah aku pulak offer nak sponsor sate..wahhhh...Alhamdulillah..murah rezeki abah aku..kehkeh..pucut dicita ulam mendatang. Jemputan pun tak la ramai mana. Maximum aku budget dalam 50org je. Tetamu untuk orang-orang terdekat je. Kang kalau jemput yang jauh-jauh kalau tak dapat datang buat rugi je kann..Jadi kita rapatkan yang mana terdekat la..senang...Lagipun buat kecik-kecik je..nak panggil ramai-ramai rumah aku kecikkkk..maluuuu nanti ada yang tak dapat tempat duduk..kehkehkeh..

Adik badik aku semua aku jemput sebab nak buat kenduri tahlil sekali kaannn..

Ermmm..pastu makanan pulak aku tak yah nak pikir dah sebab semua dah siap order tinggal nak tunggu hari majlis berlangsung tu je nanti. Harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku..Ameeennnnn...

Goodies pun dah siap beli. Takde nak tempah-tempah bagai beli yang dah siap je pun. Ala beli pun tak banyak. Untuk kanak-kanak je pun. Dalam 25 beg je punn. Orang tua tak perlu. Kalau nak jugak tunggu aku buat kenduri kawin Hana pulak nanti yeee...ekekekekeee...

Okeh.

Semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Tapi biasa la kan kalau fisrt time nak buat majlis "besar" ni. Mesti ada terkurang sana sini. So, aku redha jela...Yang paling penting masa majlis tu nanti Hana sihat dan cergas. Biar la die happy sikit sebab ramai orang datang nak raikan dia nanti..


Menung ape tu sayang ibu...
   

 Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday 3 October 2012

Check up 18 weeks.....

Assalamualaikum w.b.t

Sebeno nye..patut check up pada 26/9 tapi extend sebab terlupa daaa...aku gi 28hb..nasib tak kena marah dengan doktor...huhu..

Setakat ni semua nya ok..normal...tekanan darah 100/70..sihat la tu maknanya...berat naik ye...54.7kg...last month 53kg..macam banyak je naik nya tu...dalam tak sihat pun berat boleh naik yee...hehehheee..

Lain-lain perkembangan semua ok..masa scan tu gender belum boleh nampak..kecik lagi kata doktor...bukan apa akak excited la nak tau gender baby dalam perut nih..berdebar rasa masa doktor scan tu taww...last-last doktor kata belum boleh nampak...akakakka..kiciwa akak...

Kaki dan tangan pun dah boleh nampak...siap bergerak- gerak lagi...macam tau-tau je ibu datang nak tengok die yee...bagus anak ibu...tak sabar nak tunggu awak lahir..nanti boleh main dengan kak Long..kesian Kak Long main bebear sensorang siap main suap-suap makan lagi..ekekekeke..

Ok...

Next check up  28hb Oct....nanti aku update lagi pasal perkembangan adik baby yee...:)


Wassalam, EnaMokhtar

Al-kisahnya......

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...kesihatan dan masa semakin mengizinkan untuk update blog harini.. sepanjang belog terbiar ni banyak yang berlaku..almaklum la mak buyong tengah mabuk2..kesihatan pun onn off jelar..mc je memanjang..bila nak masuk keje balik memang mood jauh nun kat seberang nak ngadap PC...apetah lagi nak menaip berjela-jela..

Ok.

Masa besday aku aritu pun memang takde sambut apa-apa pun..Mula-mula tu memang Hubby kata nak kuar dinner special la sket..TAPIIIII...balik je dari keje petang 24/9 tu aku memang terlantar depan Tv...tertidur...mood nak keluar pun terbang melayang-layang...sakit kepala plus bersin non stop...sekali bersin adalah 5 6 kali kot..huhu...idung ni kalau boleh ditanggal pastu buat overhaul memang aku dah buat dah tapi memang tak la kannn..ekekeke...

Oleh itu dinner special ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan..lepas aku dah sihat, si Hana pulak batuk-batuk+selsema...sebeno nya dia yang selsema dulu...tapi macam onn off  la kan..pastu baru aku pulak yang kena selsema..minah tu batuk+selsema pun aktif kemain lagi..tak larat aku nak layan...huhu...tapi lepas aku sihat jeeee...dia pulak kena batuk-batuk+selsema teruk...jadi...tangguh lagi dinner special sampai la sekarang memang takde celebrate pape pun...kek pun tak beli..sebab aku macam tak lalu nak makan sangat laa..

Cuma...

Dapatla ciuman besday malam 24/9 tu lepas tu adalah sepanjang minggu tu banyak kali wish besday dari Hubby tercinta...hehe..tengah baring depan tv hubby wish...tengah bancuh milo kat dapur pun hubby wish lagi..bestttt....macam tu pun dah cukup..bila usia dah meningkat ni aku macam tak kisah sangat la nak sambut besday sendiri ni...kalau dulu sebelum kawin kira zaman cintan cintun dulu la kann....sebulan sebelum besday aku hubby dah tanye nak hadiah ape...kakakaka...lepas tu plan la nak dinner kat tempat special...haha..coklat dengan bunga memang dah selalu dapat la kannn....:)

Tapi..

Sekarang ni macam tak penting sangat la semua tu..dapat wish dari Hubby pun dah suka sangat..sangat..sangat..mungkin ginilah perasaan bila orang dah kawin dan dah ada anak..kepentingan diri sendiri tolak tepi..yang penting anak dan suami duduk carta tertinggi...keperluan dorang paling diutamakan...

Ok...

Untuk menghilangkan rindu korang kat tuan punyer belog..ekekke...meh la aku tempek pic raya aritu ye...ekekekek...jangan mare haaa...cerita raya pun aku hutang lagi ni..mungkin dah takde kot cerita pasal raya...ekeke..lagi sekali jangan mare haaaa...

Nah !!


 Amacam? hilang dah rindu tu??? lariikkkkk...ekekekeee...


Wassalam, EnaMokhtar

wordless wednesday#01

Assalamualaikum w.b.t

First time nak buat wordless wednesday neh...layan jelar gambo budak bambam ni ehh...heeee..




Wassalam, EnaMokhtar