TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 18 October 2012

Keinginan ketika mengandung

Assalamualaikum w.b.t

So far, takdela yang mengarut-ngarut. Kalau mengidam makanan pun yang biasa-biasa je.Cuma kan keinginan aku sekarang ni adalah nak pergi holiday!!. Takpun kalau dapat pergi spa secara tajaan. Haha.

Pergi rehat-rehat sambil badan dibelai manja. Dapat urut-urut kaki yang kejung ni haaa.. Yelar aku kan preggy, takan nak mintak urut satu badan. Bahaya!! Jadi sebab sedar diri awak tu membawa perut. Jadi aku terbayang la kalau dapat buat facial ke, buat medicure ke, pedicure ke. Alahai syok nyer!!

Walaupun tukang urut sejati iaitu En.Saiful sedia memberi khidmat, ekekekee...Tapi kalau dapat dari yang memang pakar dalam bab urut-urut ni kan lagi best. Tadah je body. Pandai-pandai la dorang buat kerja.

Tapi kat area Nilai@Sepang ni ada ke tempat macam tu yea..Yang sediakan kemudahan untuk ibu-ibu mengandung. Maksud aku bukan la Bidan. Tapi khidmat kat spa laaa...sape tau sila roger aku yeee..hehehe..

Kalau dapat mandi kat pantai ni mesti best kan. Aku plan bulan 11 ni masa balik kampung kenduri adik ipar aku tu nanti. On the way balik Nilai tu nak la singgah mana-mana tempat percutian tapi bila memikirkan yang time tu adalah time cuti sekolah, aku terpaksalah melupakan hasrat nak holiday. Confirm semua tempat percutian pilihan akan penuh dan sesak punyer...huhu..Paling tidak pun sampai ujung tahun ni laa... Paling cun nak pergi holiday adalah bulan 1 2013. Larat lagi nak berjalan time tu sebelum bersalin kahkah. Time tu budak dah start sekolah jadi mana-mana tempat percutian tak la crowded kan. Bijak tak aku..hahaha..

Banyak no angan-angan. Dalam masa terdekat ni memang tak boleh nak holiday sangat sebab cuti tahun aku tinggal ciput. Kang nak amik cuti balik kampung bulan depan. Paling koman pun amik cuti 3 hari...huhuu...belen tinggal laagi 3 hari..tensen je aku tengok cuti aku ni taww..huhu

Ehhhh...macam dah melalut jerk. Ok. layan la yeee...babai...agagagaaa...



Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment