TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 29 July 2013

KEINSAFAN DIRI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berpuasa. Dapat menghirup udara. Dapat bernafas. Dapat nikmat merasa makanan. Dapat menatap wajah anak-anak dan suami. Dapat melaksanakan ibadah sebagaimana yang dituntut. Dan segala kenikmatan yang Allah telah beri kepadaku sepanjang umurku 29tahun ni...Alhamdulillah...Allahuakbar!!

Semoga Allah beri aku kekuatan untuk teruskan hidup berpanduan syariat. Semoga aku terus dapat meningkatkan kualiti ibadah aku supaya dapat menjadikan aku insan yang tak riak, tak sombong, tak kedekut, tak zalim, tak menunjuk-nunjuk, tidak berlebih-lebih kerana sesungguhnya semua nikmat yang Allah bagi tu hanyalah sekadar pinjaman semata-mata. Allah....

Pagi tadi dengar SINAR FM. Stesen radio kegemaran aku. Memang setiap kali nak ke office aku akan dengar Sinar FM ataupun IKIM FM. Kebetulan pagi ni Ustaz Dato' hassan Mahmod Al-Hafiz berceramah mengenai ibadah di malam sepuluh Ramadhan yang terakhir. Allahurobbi.....terasa sangat diri ini kerdil,hina,daif,lemah,dan yang sewaktu dengannya sebab bila aku audit diri sepanjang 20 Ramadhan yang lepas aku macam terfikir...banyak mana amalan yang aku dah  buat? kalau setakat tadarus Qur'an,solat terawih,solat sunat tu semua tak cukup..lebih dari itu sebenarnya ibadah yang kita buat adalah dari segi kualiti bukannya kuantiti.!! iye..kita semua dah besar dan tahu tentang itu. Tapi benar ke kita utamakan kualiti?? maksudnya kat sini kalau ibadah yang kita buat tu berkualiti maka akan terzahir lah pada fizikal dan batin kita. Tapi aku rasa aku macam tak terzahir lagi kualiti dari ibadah yang aku buat tu. Iyee....aku masih lagi belum menjaga aurat dengan sepatutnya. Masih lagi suka bergosip. Masih lagi suka tarik muka dengan hubby bila merajuk. Masih lagi suka melawan cakap suami walaupun dalam gurauan. Masih lagi suka merungut. Banyak lagi...banyak sangat dosa aku!!

Semoga Allah ampunkan segala dosa aku.....

Semakin bertambahnya usia semakin dekat kita dengan ajal kan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Diberikan ruang untuk hambanya bertaubat sehingga dihujung talkum. Diberikan keistimewaan sepanjang bulan Ramadhan ni untuk hamba-hambanya perbaiki diri. Dilipat gandakan pahala bagi setiap amalan. Insya'Allah di hujung 10 malam terakhir ini akan aku manfaatkan sebaiknya. Semoga aku menjadi hamba yang lebih baik. Anak yang lebih baik. Ibu yang lebih penyayang dan sabar. Isteri yang lebih redha. Semoga Allah beri aku kekuatan, kesabaran dan nikmat dalam beribadah supaya dapat menjadikan aku insan yang tawaduk dan sentiasa bersyukur. Ameennn...

Rasa insaf kejap bila aku dengar ceramah Ustaz tu pagi tadi. Terima kasih Allah sebab bagi aku asbab dengar ceramah tu. Rasa macam terbangun dari tidur je aku. Sebab selama 20 Ramadhan lepas aku macam blur jeee..macam takde matlamat ape yang aku nak capai dalam Ramadhan kalini mungkin sebab rutin harian aku dan berubah. Sibuk dengan anak dan suami. Sibuk konon nak buat persiapan raya. Nak pilih baju raya sendiri. Baju raya anak...buat kuih raya la bagai...konon la semua tuuu..Iye..tu semua alasan semata-mata untuk menutup kelalaian diri sendiri.

Aku menyeru semua sahabat-sahabat yang baca blog aku ni. Marilah kita sama-sama menginsafi diri. Jangan tipu diri sendiri. Jangan rasa diri tu dah cukup amal kebaikkan. Sebab bila kita rasa yang kita ni dah cukup buat amalan tu sebenarnya tipu daya je. Sebab ironinya adalah bila semakin kita buat semakin kita rasa tak cukup. Jadi 10 malam terakhir inilah yang kita kena kejar. Bukan kejar jualan murah sempena nak raya ni. Bukan kejar kuih raya 4 seratus. Bukan. Bukan. Bukan. Tapi realiti dan mentaliti kita memang itu kan? Jomlah kita mulakan dari sekarang masih belum terlambat lagi...


 Jom kejar  Lailatul Qadar!!


Hujan dalam hati...:)


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Terima kasih Allah atas izinMU..


Wassalam, EnaMokhtar