TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 17 December 2012

Set bersalin Tanamera

Assalamualaikum w.b.t

Mula-mula aku plan nak amik je set bersalin yang aku pakai sebelum ni iaitu Salindah. Tapi sebab bila fikir-fikir balik set bersalin tu aku tak habis pun pakai. Pakai sekerat jalan je. Sebab die jenis pil berunsur hemeopati. Kena telan sekian-sekian biji. Takde jamu-jamu.

Nak dijadikan cerita aku blogwalking la belog the famos amos kak Moon terus terbaca entri pasal set bersalin Tanamera. Baca Punya baca aku terus macam ehh....syok la tengok set dia tu ala-ala treatment kat spa. Total set dia ada 11 item. Kesemua item aku suka la sangat. Sebab set dia totally memang untuk treatment luar dan dalam badan. Dan paling best dia 100% semulajadi. Takde campuran bahan kimia. Dan bukan terdiri dari ubat-ubat komersial. kesemua item dia dapat kelulusan dari kementerian kesihatan dan Halal dari JAKIM. Best kan?

Jom tengok apa yang ada dalam set Tanamera nih..yang ni aku kopipes dari TANAMERA...

TANAMERA postnatal care set

Our skin is alive and is the largest organ of our body. Anything that we apply on our skin is absorbed and processed by the various systems within our body. This is the foundation how our natural products help to strengthen and fortify new mother’s healing in a shorter time.
TANAMERA postnatal care set contains 11 products that :
  • Are formulated based on traditional Malay, Chinese and Ayurvedic postnatal treatments to provide a natural solution for new mother’s body to heal from the inside-out in a balanced manner, hormonally and physically.
  • Are made from plant-based 100% natural ingredients with emphasis on the use of tropical herbs and essential oils, with no artificial coloring, fragrance, preservative, toxic chemical nor ‘jamu’ which are harmful to babies.
  • Are designed to provide care during pregnancy to help prepare for smoother delivery, and care during confinement to help new mothers rest, recover and rejuvenate to prepregnancy body and shape, in the shortest time possible.
  • Are breastfeeding friendly and with aromatherapy effect to calm and soothe new mothers to faster recovery.

TANAMERA postnatal care set is retailed at RM360 in West Malaysia and RM370 in East Malaysia, including postage.
 

Each Tanamera Postnatal Care Set has 11 products to help new mothers recover and rejuvenate, in the shortest time possible
 

 1 : Cold Pressed Virgin Coconut Oil
 
  2 : Feminine Herbal Wash
  3 : Herbal Bath
 
  4 : Herbal Massage Oil
  5 : Firming Herbal Blend Paste
 
  6 : Abdominal Wrap
  7 : Herbal Tea
 
  8 : Calming Herbal Blend Paste
  9 : Boreh Body Scrub
 
  10 : Brown Formulation Soap

  11 : Lavender Floral Water



Untuk details maklumat setiap satu item boleh je ke TANAMERA dan klik setiap satu gambar. Kat situ korang boleh baca maklumat penggunaan dan bahan-bahan yang digunakan.
 
Bila aku baca satu-satu. Rupa-rupanya tak syak lagi yang Set bersalin Tanamera ni dihasilkan dari sumber asli tumbuh tumbuhan herba yang memang selalu nenek-nenek kita gunakan masa berpantang. Macam kunyit hidup,lengkuas, manjakani etc..etc..cumanya dia dizahirkan dalam bentuk komersial je..kotak pun nampak exclusive kan. Tapi yang penting isi dalam dia tu Insya'Allah dapat beri manfaat pada tubuh badan. Dalam banyak-banyak item, aku paling suka VCO dan Brown Soap. Kalau lepas bersalin pun boleh je nak pakai..untuk tanggalkan daki-daki dan kerak-kerak kat badan...haha...VCO tu pulak elok untuk sapu kat kulit. Budak-budak pun boleh pakai. Sebab dia terhasil dari minyak kelapa dara. Selamat dan suci.

Lagi 1 dalam set ni xde jamu. Itu pun aku suka sebab aku memang tak suka minum jamu. Cukuplah masa pantang ritu mak aku paksa minum jamu yang dia buat sendiri. Pahit melekat. ekekekeke...

Setakat ni aku memang dah target nak beli ni je..Harga pun lebih kurang je dengan set-set bersalin yang lain. Harapnya aku dapatla berpantang dengan baik kali ni. Walaupun anak kedua tapi excited macam nak dapat anak pertama je...hehe..sapa dah lalui mesti faham punye la maksud aku nih..Hopely semua berjalan lancar la ye..Harap-harap masa bersalin nanti pun semuanya ok. Bersalin normal la kan..Insya'Allah hanya kepada Allah la tempat aku bergantung....ameenn...




 Wassalam, EnaMokhtar

Pilihan Tempat bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Gud morning all......uiks lama sungguh tak hupdate blog. Kali ni takde alasan apa-apa cuma...cuma....cuma...kemalasan tahap gaban tak boleh blah nak menaip..iye..penyakit malas tu kalau dah hinggap susah kan nak suruh dia pergi...kikikii....

Well, anyway..

Saya telah kembali berblogging. Bukan ape, kalau aku senyap je tu maknanya aku sangat bizi dengan kerja sampai takde masa nak menulis apa-apa entri. Tapi kalau ada la entri seketui dua harini maknanya aku dah free la sikit dari kerja-kerja yang melambak menimbun ni haaa...fuuuhhhh..

Ok.

Berbalik pada tajuk diatas, aku sebenarnya dah start kena check up kat Hospital bulan ni (dec) tapi belum buat keputusan nak bersalin kat Hospital mana lagipun. Ok aku bagi review sikit pasal Hospital yang dalam senarai aku sekarang ni yee...

1st Hospital Putrajaya - Ok yang ni sebenarnya dalam list yang first sekali. Putrajaya antara Hospital Kerajaan yang paling selesa dengan kemudahan bertaraf 4 bintang. (bagi aku laaa..) walaupun pengalaman masa bersalin yang lepas agak ngeri (baca sini dan sini ) tapi aku tetap suka Hospital Putrajaya sebab banyak nurse yang otai-otai kat sini. Doktor pakar pun ramai. Fasilitis cukup. Peralatan pun lengkap. Ini aku cerita pasal kes BERSALIN yeee..Kes penyakit berat ke hape aku tak tau la pulak. Labour room pulak selesa. 1bilik 1 pesakit. Layanan memang superb baik dan mesra alam dari Doktor dan juga nurse.

Kalau ko dalam Labour room pun memang akan diberi sepenuh perhatian walaupun ko bersalin normal. Maksudnya kalau ko ada problem ke, takde problem ke ko tetap akan dipantau dengan rapi walaupun yang masuk labour room tu doktor lelaki pompan yang attend ko bersilih ganti...(ni kes aku masa bersalin Hana)..Cumanya bila dah namanya Hospital KERAJAAN ko tak payah la nak mengada nak pilih bersalin dengan Doktor lelaki atau perempuan. Melainkan ko amik program FPP. Apa itu FPP? sila klik SINI. Tapi sebab masa tu aku pun tak tau pasal kewujudan program ni aku pun takdela nak apply kennn..haha.

So, berbalik kepada review aku. Hospital Putrajaya ok cumanye aku tak selesa la bila time nak meneran tu bukan main ramai yang menengok. Doktor pun tak boleh nak pilih kan. Lagi satu kalau nak daftar bawah program FPP tu kena standby rm3k sebagai deposit. So, aku dah bincang dengan Hubby pasal ni. Dia kata nak bagi aku bersalin Hospital swasta je guna panel die boleh cover up to no limit. Maknanya takpayah kuar duit sesen pun kalau nak bersalin kat swasta. Tak kira la ko bersalin normal ke atau c-ser (mintak jauh). Jadi Hospital Putrajaya aku pangkah la awal-awal...hehe..

2nd Hospital An-nur Bangi - Memandangkan aku tinggal dekat Nilai. Jadi aku mark la Bangi sebagai kawasan yang patut dekat aku pergi bila nak bersalin nanti...kehkeh...Patutnya masa bersalin yang first aku memang nak bersalin kat sini sebab tempat dia ala-ala islamik sikit. Ada 2 3 orang akak-akak kat opish aku ni bersalin kat situ. Jadi dah ada la review sikit pasal An-nur. Jadi masa pregnantkan Hana aku pun bercita-cita nak bersalin kat An-nur jugak la. Katenya dalam labour room siap pasang ayat-ayat suci Al-Quran. Jadi masa bersalin kita hanya dengan kalimah-kalimah Allah je. Doktor pun kita boleh pilih nak lelaki atau perempuan.

Jadi aku pun pergi la nak check up kat situ masa 7bulan. Sebab syarat utama kata kena buat 3 kali check up baru boleh bersalin kat situ. Bila dah sampai sana aku tengok kemain ramainye orang Masya'allah. Dahla parking sentiasa penuh. Nak jumpa doktor pulak kena ikut no. maknanye walaupun ko dah buat appointment tapi tetap kena ikut angka giliran. first come first serve kate kooo..huhu..dengan klinik kecik. Jadi aku balik macam tu je tanpa buat apa-apa appointment atau check up dengan doktor. Cuma amik pamplet pasal prosuder bersalin je pun..Ini kes masa aku tengah survey tempat bersalin Hana a past 2 years ago. Tapi tak tau keadaan sekarang macam mana. Mungkin dah ada penambahbaikan.

Jadi untuk bersalin kali ni, nak dipendekkan cerita. Aku pun pi la check kat orang HR tanya An-nur Bangi cover atau tak untuk bersalin. Jawapan yang aku terima agak mengecewakan sebab agen yang dilantik untuk uruskan pasal medical semua staff MAB ada problem. Banyak klinik dan Hospital swasta yang tak dapat payment. Jadi terpaksala aku pangkah juga An-nur Bangi atas kredit STATUS PANEL TERGANTUNG SEHINGGA DIBERITAHU KELAK....camner? sampai bila nak tunggu kan? aku 28hb ni patut dah kena check up lagi...ok kalau macam tu kita survey Hospital lain plak...heheh

3rd Hospital Kpj Seremban -  Yang ni pun ok sesangat. Fasiliti cukup. Doktor pakar pun ada. Jarak perjalanan dari rumah pun kurang 30min. Wad selesa. Nurse pun ok. Tapi sebab takde Doktor perempuan islam. Aku reject...haha

4th Hospital Columbia Asia Seremban - Alhamdulillah, hasil kerja keras aku google pasal Gynea perempuan islam, akhirnya aku jumpa juga review pasal Dr Intan di Columbia Asia Seremban. Lokasi terletak berhampiran dengan Tesco seremban 2. Aku belum pernah sampai sana lagi jadi tak boleh nak komen apa-apa. Insya'Allah 28hb ni aku dah buat appointment dengan dia. Jadi nanti aku share la kat sini apa-apa pasal Dr. Intan k...Lagipun Dr.Intan ni salah seorang dari Doktor panel dalam majalah Pa&Ma. Dan kebanyakkan komen pasal Dr.Intan ni semuanya ok. Maknanye belum lagi jumpa komen yang tak ok. Aku pun dah tanya HR yang Columbia Asia ni Memang MAB cover with no limit....best kan? hehehe...

Budget untuk Hospital dah clear kat situ. Cumanya sekarang kena standby untuk bidan, keperluan baby dan juga set bersalin. Bab-bab perubantan tu Insya'Allah kami tak perlu nak keluar duit sebab 100% ditanggung oleh syarikat. Alhamdulillah. Untuk bidan dan set bersalin je aku standby rm1k. Masa Hana dulu pun lebih kurang gini jugakla budget nye..iyela kalau bidan je urut 1 hari dalam rm50-60. Kalau amik 5hari dah berapa kan? tu pakej dia siapkan ibu dan anak la..urut sekali..mandikan baby sekali. jadi kita pun dapatla rehat secukupnya....baru la sedap badan kan..Kate badan nak pakai lamaaaa..kenala keluar belanja sikit..huhu..

Ok pasal set bersalin nanti aku up entri lain plak ye...Review pasal kesemua Hospital diatas adalah hasil dari carian google internet aku beserta dengan pengalaman sendiri dan pengalaman orang-orang disekeliling aku. Jadi pada yang nak bersalin anak pertama tu seelok-eloknye tanya pendapat orang atau kakak2 yang dah pernah bersalin kat Hospital sekian-sekian. Kalau tak kompiden buatla solat ishtikarah...mintak petunjuk moga-moga dapat yang terbaik. Sebab Allah itu Maha Mengetahui...

Review ini bukan nak cari keburukan sesiapa ye. Cuma sekadar pengkongsian pengalaman saje. Terpulang la kat korang nak bersalin kat mana. Sakit bersalin tetap sama. Cuma kita berhak memilih tempat yang selesa mengikut kemampuan masing-masing. Iye, memang tak dinafikan rezeki masing-masing waktu bersalin ada yang senang dan ada yang susah. Menanggung sakit berjam-jam. Ada yang kata kalau bayar mahal tapi layanan menghampakan baik bersalin Hospital kerajaan. Ok. lain orang lain caranya. Bagi aku, sebab pengalamn bersalin anak pertama agak horror jadi anak kedua ni aku nak lebih memilih supaya pengalaman tu berbeza sikit la kan...

Apa-apa pun paling utama tempat pergantungan kita hanyalah pada Allah s.w.t.....:)




Wassalam, EnaMokhtar