TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 15 November 2011

Kenangan itu

Assalamualaikum w.b.t

Amaran: Entri ini agak panjang, jadi sila sediakan Popcorn.

Semalam genap Hana Humaira 1tahun 1bulan. Tarikh 14.10.2010 itu ibu tak kan lupa sama sekali. Anak yang ibu kandung selama 9 bulan (38minggu)*eh tak sampai 9 bulan telah selamat ibu lahirkan. Alhamdulillah. Walaupun bertarung nyawa selama hampir 24jam untuk melahirkanmu, ibu anggap segala kesakitan itu adalah penghapus segala dosa-dosa ibu yang lalu.

Rabu , 13.10.2010 pukul 5.00ptg.

Ibu ingat lagi masa air ketuban pecah, ibu baru je nak langkah kaki masuk kereta. Tiba-tiba rasa popping kt "situ" terus rasa basah seluar. Iye masa tu ibu baru je lepas punch kad nak balik rumah. Betul-betul depan lobi office. Nasib baik tak beranak kat situ. Kalau tak, boleh le ibu letak nama Hana Lobi-rah*eh. Nasib baik juga masa tu balik dengan ayah. Terus ayah rushing balik rumah. Ambil segala harta benda nak bawak ke Hospital. Ibu mandi manda dulu kat rumah sementara tunggu ayah pergi isi minyak kereta. Tapi pelik, ibu langsung tak rasa sakit. Dah siap semua, terus berdesup ke Hospital. Eh, tak singgah dulu kat Petronas beli air kotak Milo*heh.

Sampai Hospital Putrajaya lebih kurang nak maghrib, ibu terus register. Nasib ada katil kosong. Doktor check bukaan rahim ibu baru je 1cm jadi Doktor tahan ibu kat wad. Siap semua prosedur, Ayah angkat beg ibu and Hana. Ibu naik atas katil rehat-rehat sambil borak dengan ayah. Tapi ayah tak dapat nak teman ibu lama-lama. Ayah terpaksa balik sebab nurse kat wad tu tak kasi ayah tidur dengan ibu. Katil sempit katanye*heh.

Malam tu bermula la episod duka lara ibu bila terpaksa menahan sakit contraction. Sekejap ada sekejap hilang. Sepanjang malam ibu tak dapat tidur. Bila sakit contraction datang ibu zikir banyak banyak banyak.  Sebanyak yang ibu mampu. Tak sakit pun ibu zikir juga. Kejap-kejap ibu call ayah. Iye Ayah tunggu ibu kat tingkat bawah. Ayah tidur dalam kereta je malam tu sebab takut ibu terbersalin. Lebih kurang pukul 1pagi Doktor lelaki nak check bukaan rahim ibu. Ibu malu sangat-sangat. Tapi ibu tahan. Ibu relakan je. Nasib Doktor tu hensem*eh. Bukaan masih 1cm walaupun masa tu ibu dah rasa sakit sangat. Iye sayang sakit sangat.

Khamis, 14.10.2010.

Pukul 6 lebih ibu dah siap-siap mandi sebab doktor nak datang check bukaan pukul 10pagi. Ayah naik atas sekejap hantar kat ibu milo kosong dengan roti. Tapi ibu tak lalu nak makan sebab sakit semakin berganda. Tapi jamah la juga roti sikit.

Pukul 10, Doktor perempuan pulak check ibu. Bukaan baru 2cm. Masa tu contraction dah menggila. setiap 7minit sekali. Ibu ingat lagi Doktor tu cakap "Contraction awak ni makin cepat tapi bukaan baru 2cm. takpe kita tengok dulu heartbeat baby macam mana ok". Ibu hanya mampu berserah diri bila Doktor cakap macam tu. Doa banyak banyak supaya Hana selamat.

Kemudian Doktor tanya Ibu nak epidural tak. Ibu jawap nak sebab ibu dah tak tahan sangat sakit. Nenek lela dengan Pakcu datang melawat pun ibu dah tak heran sebab sakit yang teramat sangat. Bila contraction datang, Ibu genggam besi katil kat sisi ibu tu. Genggam sambil tahan sakit sampai menitik air mata ibu ni.

1300hrs

Akhirnya ibu masuk juga Labour Room, tunggu doktor bius untuk epidural. Tak sakit pun. Langsung tak rasa sebab sakit contraction lagi hebat! Doktor yang cucuk tu sangat baik dan lemah lembut. 10minit lepas amik epidural, Ibu rase kurang dah sakit tu, lama-lama terus tak sakit.

Sepanjang dalam LR Doktor bersilih ganti masuk. Tengok ibu. Tanya ibu sakit ke tak. Check bukaan je berapa kali. Kejap-kejap seluk. Sampai naik lenguh kaki ibu. Kemudian nak dijadikan cerita, Ibu siap jumpa balik dengan Nurse yang keje shift petang masa layan ibu register hari rabu tu. Siap tanya, "tak bersalin lagi ke" Maknanya ibu tanggung semua tu hampir 24jam Hana. Ingat tu nak.

1700hrs
 Bukaan sudah pun 10cm. Doktor bergegas masuk untuk persedian ibu nak meneran. Ramai Nurse dan Doktor keliling ibu. Adalah 10 orang. Ibu malu. Nasib ayah ada sama nak bagi sorakan kat ibu. Bayangkan 10orang punya suara dalam labour room tu. Sorak ramai-ramai. Push Puan, push..Bayaaangkaan.....

Sampaikan ada sorang nurse ni duduk atas katil tolong tolak perut ibu supaya Hana cepat keluar. Sambil tolak sambil baca surah Nabi Nuh kuat-kuat. Semangat sungguh nurse tu.

1800hrs
 Alhamdulillah ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg. Dengan bantuan vakuum sebab ibu dah tak larat sangat nak teran..


 fresh from womb

first kiss from ibu


Tapi azab ibu tak abis lagi bila lepas beberapa jam selepas selesai je jahit menjahit, ada pulak Doktor yang tukang jahit cakap "alamak awak punye jahitan tetas larrrr.." Waaa..nangis ibu. Rasa nak kick je sama itu Doktor. Tapi ibu cekalkan hati untuk lalui semua itu. Iye ibu kena jahit-jahit lagi untuk kali ke 2. Tanpa bius. Cume sedut ubat bius dalam-dalam samapi lalok.

Selesai semua tu ibu keluar Labour Room pukul 12tengah malam. Sila bayangkan berapa jam ibu duduk dalam itu LB. Arghh kalau diingat balik memang ngeri. Tapi bila difikir-fikir, ibu boleh tempuh semua tu. Ibu mampu untuk tempuh segala kesakitan itu. Benar la janji Allah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

Ibu insaf, ibu redha jika segala kesakitan melahirkanmu telah menghapuskan segala dosa-dosa ibu.



To be continue...

Wassalam,
EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment