TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday 4 April 2012

Naset engagement

Assalamualaikum w.b.t

Amaran!! ini entry teperam lama la sangat..Harap tak mengganggu..huuuu

Naset ni adik ipar aku. Adik lelaki Hubby aku yang paling bongsu dalam 4 beradik. Majlis berlangsung pada 25 Dec 2011. Rombongan hantaran lelaki bertolak pukul 9.30pagi dari Alor Star ke Kulim. Seumur hidup aku tak pernah jejak kaki kat Kulim. Macam bandar-bandar yg lain juga. Kulim lengkap dengan segala prasarana. Cuma tak lah macam kat KL ni ha. Tersangatla jauh berbeza.

Dari Alor Star ke Kulim ambil masa 1jam 30minit. Yang ni campur berhenti rehat kat RNR Gurun. Beli roti dengan air milo kotak sebab kat rumah tak sempat nak sarapan. Kalau orang Kedah sarapan tu adalah menyorok. Kemudian berhenti lagi kat Plaza Tol Sungai Dua. Sebab tunggu konvoi kereta yang keciciran kat belakang. Ada 5 biji kereta yang ikut. Lepak kat situ lebih kurang 30minit jugalah.

Sampai rumah pihak perempuan lebih kurang pukul 11pagi gitu. Cuaca masa tu pun ok, cerah dan sedikit panas. Kalau hujan susah pula kan. Nak angkut 5 dulang hantaran lagi. Kira ok la cuaca masa tu. Lepas je sesi bincang-bincang adalah sesi makan time pula. Nasi campur dengan lauk yang superb sedap*Gambar lupa nak ambil sebab masing-masing sibuk makan*. Ada lauk ikan masin masak sambal. Sangat sedap menjilat jari. Dessert pula dihidangkan dengan tapai pulut yang sangat heaven. Adalah 3 ke 4 bungkus aku makan haha.

Hana Humaira macam biasalah bila jumpa dengan budak-budak dia pun naik daun sama. Nak suap nasi pun payah. Padahal lapar*aku tau sebab time makan dia waktu tu*. Bila start je tantrum dia aku pun bertukar la kan jadi satria baja hitam haha. Hubby aku kasi dukung sama itu budak tecik, togel semua baju bajan dia. Mintak izin tuan rumah tumpang toilet. Lepas mandikan Hana salin pampers semua terus family kami mintak izin nak balik ke Alor Star.

Masuk je dalam kereta. Terus aku bagi susu sebotol kat Hana*tu pun tak habis*. Tapi tetap merengek nak ngempeng dengan aku. Tak sampai 10minit nenen terus lelap sampai la ke destinasi seterusnya iaitu Penang. Iye aku,hubby+kirah (anak buah hubby) singgah ke Penang. Sebab dari Kulim nak ke Alor Star akan tempuh Penang. Jadi sesambil menyelam minum air la kami 1 kereta. Lain-lain kereta tak join sama sebab bawak balasan hantaran belah perempuan.

Let's picture talks!!

Budak yang tengah melasak. Dalam kereta dah tak boleh duduk diam..huhu


 Sambil menunggu tu kita bergambaran dulu yehhh..


 Dah sampai jom masuk...


 Ramiai juga jemputan nya. Siap pasang khemah..Time aku tunang dulu takde khemah tapi ramai juga. Padat la juga bilik aku tu dengan member sekolah..*eh tetiba* haha


 Baju oren tu tengah buat ape..??

Cerita pasal Penang akan bersambung kemudian ok...:)

Wassalam, EnaMokhtar

Hana Humaira is 1years+5m

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah keje-keje banyak yang dah settle boleh la layan perasaan jap. Tetiba je teringat kat anak dara tu. Ntah tengah buat apa la agaknya kat nursery tu. Rindu kat Hana!!

Jom layan gambar Hana.

 Gigit jangan tak gigit!!

 Hello!! aaaaaa..

 Suka sgt tengok tv dekat-dekat

 Time demam-mintak la ape je ibu bagi janji sihat cepat.



 On the way to Alamanda-suara die sorg je dlm kereta nyanyi..

 latest pic-mkn spegeti!!

 Jangan muntah ye..!!

Wassalam, EnaMokhtar

EnaMokhtar 1st giveaway

Assalamualaikum w.b.t

Wah..EnaMokhtar nak buat giveaway ke? tak pela, saya tak kisah orang lain nak cakap apa. Muka blog tembok ke,blog syok sendiri ke. Ada akak kisah? yang penting akak nak tambahkan kawan-kawan blogger. Dan sebagai seorang blogger baru, ini salah satu saluran untuk meluaskan lagi rangkaian sahabat-sahabat saya especially silent readers*ada ke?. Ok insya'Allah hadiah menarik menanti pemenang bertuah yang berjaya menambat hati saya.

Camne nak join contest, nanti saya akan umumkan. Almaklum la first time buat contest. Akak blur sikit. Nanti dah agak-agak confident akak tepek kat sini ye kawan-kawan. :)

Wassalam, EnaMokhtar

Blueberry cheese tart

Assalamualaikum w.b.t

 First time buat cheese tart rupe memang takde. Tapi bila dah 2 3 kali buat Alhamdulillah makin ada peninggkatan. Jom layan gambar cheese tart.

 First time buat cheese tart masa besday anak buah Saiful. Abaikan lah rupa tu ye Selebetnye. Tapi kesedapan tidak dapat diungkap dengan kata-kata bila tak sampai lima minit tiup lilin habis licin.haha..tak tipu punya!! ekekeke
 
 Kali kedua pun selebet juga. Tapi ok la dah pandai buat coret2 tu haa..


 Ok la tu kan..heheh


Nyum!! nyum....letak filing banyak-banyak baru sedap!!


Wassalam, EnaMokhtar

my new hobby

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada hobi terbaru sekarang nih. Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni rajin sangat nak try resepi cake. Google punyer google jumpa la dengan 1 blogger ni. Resepi Kek Coklat Kukus Super Moist Tanpa Telur. Tersangat la sedap resepi nyer. Simple sangat!! first time buat terus jadi. Bile jadi, apa lagi upload la dalam fb kan..Tup-tup ada pula orang nak order. Jadi dengan rasminya saya start la amik order dari kawan-kawan. Thanks my friend sudi order kek dari ena's kitchen&cake. Kalau agak-agak malas nak kukus sendiri boleh order kat saya ye..ekekekee..

Nak resepi ke? boleh je. Ilmu yang bermanfaat tak salah dikongsikan bersama.Lagipun saya dapat dari orang kan. Panjang-panjang kan la dengan kawan-kawan moga beroleh manfaat bersama..ekekeke..

Kalau korang malas nak kukus. Order je kat aku. Senang. Tak kecah dapur. Tinggal makan je..ekekekeee..
Sebelum tu jom layan gambo kek coklat eggless kukus super moist.

 First attempt untuk first customer-Kak Erin staff Public Bank kat putrajaya presint berapa,aku tak ingat sebab mase hantar kek just jumpa dia kat depan Masjid Putrajaya..thanks kak Erin..


 2biji kek untuk kak Erin..Lain kali order lagi yee..


 Yang ni pulak order dari Kak Sikin. Budak ofis aku, nak celebrate besday anak kata nya..siap cakap hubby dia cakap sedap!! kalau sedap tu lain kali boleh order la yee...


 Yang ni Order dari Kak Liza. Pun untuk besday anak. Tapi yang lawak nya aku pi salah tulis umur die kat atas kek tu haha..jgn marah kak...



Dua kek kat atas nun order dari kawan sekolah aku kat Kg. Melayu Subang. Staff Public Bank jugak..Order sekali 3 biji. Ribut jap dapur aku nak siapkan order si Ana ni. Lepas siap kemas dapur, rasa legaaaa sangat sebab dapat juga siapkan tempahan orang. Thanks Ana 4 ur order. Lain kali order lagi ye..

Banyak juga aku dapat tempahan. Alhamdulillah..rezeki dari Allah kan. Dapatlah juga back up duit belanja setiap bulan. Syukur.

Resepi Kek kukus super moist eggless:
Bahan A-ayak :
125g tepung gandum
1sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2sudu kecil serbuk penaik

Bahan B:
Masak atas api guna api kecil ye. Kacau rata2 jgn samapi mendidih...
2 Cawan susu segar
1 Cawan serbuk koko
1 Cawan gula perang
1/2 Cawan minyak jagung
1/2 Cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Bahan c:
1 sudu besar cuka makan

Kaedah:
Sebelum nk mulakan kerja sediakan pengukus dulu ye..pastikan air mendidih. Sapu loyang tin saiz 6/7inci dengan butter.

Bila bahan B dah siap dikacau rata. Tunggu suam dulu baru tuang dalam adunan bahan A. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Kacau rata2 jangan sampai berketul. Bila dah rata tu masukkan 1 sudu besar cuka makan then terus kacau dengan serta merta.

Tuang dalam loyang tin. Dan masukan dalam pengukus. Kukus selama 45min/1jam.

Dah siap!! senang kan...selamat mencuba!!



Wassalam, EnaMokhtar

pagi yang dingin

Assalamualaikum w.b.t

 Good morning semua..sejuuk betul pagi ni. Tadi masa on the way ke office saya lalu satu kawasan bengkel sebelah dengan Sungai Batang Labu dekat Bandar Baru Nilai. Banjir!! tak pernah-pernah kat situ banjir. Habis kereta-kereta yang kat bengkel tu di pindahkan ke tepi jalan. Jadi nya slow la sikit lalu lintas kat situ. Nasib baik harini saya semangat keluar rumah awal. Jadi tak la jem.Tu kang kejap lagi jem la tu.haha. Apela yang haku merepek ni yee..sah dah tak tau nak story ape..kihkih.

Dalam draft berderet cerita mintak disiar tapi tulah nak siarkan kena letak gambar baru best nak baca kan..Masalah nya nak upload gambar tu yang bercinta. Tengoklah harini kalau saya rajin. Saya upload ye kawan-kawan.*Iye saya tau takde orang baca belog saya nih..haha..

OK,dah habis merepek kita start la buat keje yee...kerja dengan ikhlas insya'Allah pendapatan berkat..Selamat bekerja semua!!

Wassalam, EnaMokhtar