TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 10 July 2012

Hana dan Berus Gigi

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya Hana start gosok gigi masa usia dia 1yrs lagi. Kebetulan masa bersalin dulu kakak aku ada bagi hamper. Dalam tu ada sekali berus gigi dan ubat gigi budak. Kelas kakak aku bagi hamper keperluan untuk baby samapi la budak umur 1 tahun..haha.

So,masa tu gigi tak berapa nak banyak. Tapi gigi depan atas bawah memang dan penuh. Jadi aku bagi pengenalan dulu la berus gigi tu apa kan...walaupun berus gigi tu dibuat main godek-godek air dalam cawan ala-ala sudu..Tapi aku redha..haha..Pastu berus gigi tu juga bertindak sebagai bahan penguat gigi yang sangat efektif. Setiap hari akan digigit2 nye berus gigi tu sampai lunyai

Tapi bila macam dah besar sikit ni. Dia dah paham fungsi berus gigi tu macam mana. Setiap kali mandi akan cakap..Nak gigi..means nak berus gigi la tuuu..Aku pulak beli berus gigi yang ada gambar barbie. Lagi la kemain sayang berus gigi die tu. Mula-mula pergi tesco, bagi dia pilih antara bentuk spongebob atau barbie..last-last dia campak kan je gambo sponge bob tu..siap cakap "nanak cebob" means taknak spongebob..hamboiiii kemaiinn memilih..ate nama pun girl kan..paham2 sudahhhh..haha



Untuk Tooth paste pula...kita belikan dia kodomo lion perisa starwberry..ok la janji ada tanda halal dan sesuai untuk gigi susu..pilihan terbaik!!



Tooth Brush pula lebih kurang cenggini la..colgate extra soft...


Senyum dengan gigi yang menawan !!


Wassalam, EnaMokhtar

Next Year??

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bulan 3 tahun depan..(Insya'Allah) Hana Humaira akan dapat adik. Due date dijangka 3/3/13..cantik juga angka tu..masa Hana dulu..aku macam budget nak tarikh 10/10/10..tapi bersalin pada 14/10/10..4 hari terbabas dari tarikh yang aku aim tu....Tapi itu pun sebenarnya aku bersalin awal 1 weeks dari due date. Ada hati nak bersalin 10/10/10..kehkeh..

Masa mula-mula tu,memang badan dah rasa lain macam tapi macam iye tak iye jelar walaupun cik P dah lewat 4 hari..So, hari Ahad 1july minta En.Saiful belikan pregnancy test kit..mula-mula En.Saiful tak nak sebab malu kononnnn...lepas kena ceramah pastu last-last kena pulak ayat membawa diri aku macam ni "Takpela biar la ibu beli sendiri esok"..terus cair hati mamat tu..terus cakap "alaaaa...buat ayat sedey la pulak ibu kau Hana oii"..haha..Petang tu En.Saiful keluar beli..Pastu kemain excited suruh test cecepat..Lepas solat maghrib aku pun mulakan la operasi..Tak tunggu lama pun..Lepas je titiskan urine terus naik 2 line..tapi line no 2 tu macam kabur sikit la..Dalam hati kemain suka sangat. Lepas tu tunjuk la test kit tu kat En.Saiful dia pulak buat-buat tanya kat aku "hah ada ke?" macam nak merajuk la jugak kan..(ntah hapehape) tapi cecepat la En.Saiful pujuk esok kite gi klinik ye....

2hb Isnin, pergi buat pengesahan kat Klinik Sariah di Nilai. Doktor Sariah ada pulak pagi tu..Tiga-tiga masuk bilik Doktor sebab nak check dada Hana sekali. Batuk kahak kat dalam. Lepas check kasi Neb sedas..Meraung la budak kecik tu..Aku tukang peluk,En.Saiful tukang pegang Neb,Sorang staff kat situ tolong borak2 dengan Hana. Itu pun kemain kuat kudrat buat kecik tu nak lepaskan diri. Endup sedut neb sambil airmata meleleh sambil mata pun lalok nak tidur..haha.

Selesai je hal Hana. Aku pula Doktor nak scan. Alhamdulillah sarung dah nampak tapi kecik sangat dan tak berapa clear sebab air kencing takde. Tapi everything was ok. Means that i'am officially declared as a preggy mommy..Subhana'Allah!! Alhamdulillah !! Happy!! . Cuma nak tunggu next week la kot baru buat buku merah.

Alhamdulillah..usia kandungan sekarang baru je masuk 7 weeks. Sorry la pada yang kata aku over..tapi macam excited la nak share dengan kengkawan. cuma FIL je belum diberitahu. Tunggu la nak masuk 3bulan nanti baru bagitau..Motif?? sebab nak bagi surperis kat FIL sebab lately dorang macam stress sket nak uruskan wedding BIL aku Nov ni..macam-macam nak kena handle. Almaklum anak bongsu lelaki (kesayangan). Jadi plan tu macam kaw-kaw nak all out masa kenduri tu nanti. ceh..(overpulakakuni)..haha

Anyway tolong doakan saya selamat menjalani proses kehamilan kali kedua ni dengan baik..Dan dapat melahirkan dengan baik juga. Doakan juga saya tak perlu melalui proses melahirkan yang ngeri tu seperti sebelum ini. Boleh baca pada tajuk Kenangan itu dan Kenangan itu part II ... 

Pada yang sedang berusaha untuk mendapatkan atau menambahkan zuriat, jangan putus asa. Cuba , cuba dan terus cuba ok? Insya'Allah setiap kepahitan itu Allah akan gantikan dengan kemanisan yang kita sendiri tidak terjangka. Tidak semestinya apa yang kita inginkan itu akan kita dapat dalam jangka waktu yang kita minta kan? terus la berusaha kerana setaip usaha itu jika berjaya kita mendapatkan hasilnya..tidak terperi dan tergambar dengan kata-kata kemanisannya nanti. Jadi yang paling penting dalam setiap apa yang kita inginkan kat dunia ni kecil mahupun besar.. perlu ada.. D.U.I.T..

D= DOA
U=Usaha
I= Ikhtiar
T-Tawakal

Jangan lupa doakan saya yeee....peace!!


Wassalam, EnaMokhtar

IKEA Sale

Assalamualaikum w.b.t





Ada sapa-sapa yang dah terjah ke? aduiii...tak tahan la tengok barang-barang ikea ni..kalau ada sale lagi la harga macam mampu milik. Biasa nya kalau aku terjah ikea tanpa ada perancangan nak beli apa. Ala-ala window shopping gitu memang la alamatnya abes juga la serat dua rat..huhu. Ni pun kalau En.Saiful yang tolong shorting barang-barang dalam troli sebelum beratur kat kaunter bayaran. Shorting mana yang perlu je. Kalau ikut hati aku ni mmg semua aku nak borong hahaha. Tapi sebab duit dia,dia yang nak bayar tu yang kena extra shorting menyorting tu...???? kehkeh..

Tapi biasanya aku beli benda yang kecik-kecik je..macam barang-barang budak untuk Hana. Lapik meja..kotak-kotak yang kecik-kecik tu..erm...pastu lampu tidur yang gojes-gojes tu..kalau perabot aku tak minat sangat kat IKEA ni..sebab mahal walaupun rege dah sale..pastu kualiti tak macam kat luar la..baik beli kat kedai perabot Ah Keong..paling tidak dapat la juga diskaun rm100++ kan..itu kalau beli cash la..so far aku tak pernah beli perabot hutang. Yelar rumah sendiri pun tak beli lagi. Macam takde mood nak shopping perabot gabak nk letak kat rumah sewa sekarang ni. Tengok lah kalau dah ada rumah sendiri nanti comfirm macam-macam aku nak make-up rumah cantik-cantik. Konsep paling aku suka moden tapi minimalis la. Supaya rumah nampak lapang dan senang aku nak mengemop lantai. Kalau ada rezeki lebih pasang pulak lantai kayu yang cun-cun sikit....Ehhhhh...macam dah lari jauh je nii..

Sapa yang dah pergi IKEA Sale angkat tangan!!


Wassalam, EnaMokhtar