TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 29 June 2012

Kisah En.Abil dan Fauziah

Assalamualaikum w.b.t

Dapat informasi pun daripada belog Moon. Terima kasih kat moon share pasal ni kat blog dia. Moga ramai yang dapat memberi kata-kata semangat kat En.Abil. Start baca belog moon ni pun sebenarnya sebab kisah pasal Talib dan Normah (blog moon best!!). Loving Husband and Wife untill last breath. Story pasal Talib dan Normah ni pun sangat popular. Ramai blogger-blogger yang share pasal story mereka ni. Sehingga la Normah meninggal baru-baru ni, ramai yang masih bertanyakan pasal keadaan Talib dan Rafiq (anak lelaki normah yang baru berusia sethn ++). Semoga Normah tenang dan ditempatkan dikalangan para kekasih Allah. Al-Fatihah.

Ok.

Berbalik pada kisah En.Abil dan Kak fauziah ni pulak. Kak Fauziah ni mula-mula kena athma pada june 2011 lepas tu oksigen tak sampai ke otak. Jadi kak Fauziah telah megalami kerosan saraf pada otak. Dalam bahasa perubatan "Brain Damage". Jadi Kak Fauziah lumpuh dan tak dapat nak uruskan diri sediri melainkan dengan bantuan En.Abil semata-mata. Betapa kasih dan sayang nya En.Abil terhadap kak Fauziah. Terharu sangat. Masih lagi ada suami-suami yg begini zaman sekarang ni. Sama seperti Talib. Seorang suami yan sanggup berkorban masa,tenaga,jiwa,wang dan segala-galanya demi untuk menjaga seorang isteri yang sakit. Kalau la tidak diberi kekuatan kepada mereka, mungkin dah lama suami-suami begini cabut lari. Saya sangat respek mereka.

kisah lanjut kepada kisah En.Abil dan Fauziah boleh klik Warkah Buat Isteri. 

Segala catatan dan tulisan ditujukan buat isteri kesayangan seolah-olah si isteri sihat dan boleh baca segala luahan hatinya dibelog tersebut. Hanya dengan cara tu En.Abil dapat melepaskan kerinduan buat Kak Fauziah. Segala catitan dan luahan kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga suatu hari nanti bila kak Fauziah dah sihat, kak Fauziah dapat baca dan fahami apa yang terbuku dalam hati En.Abil.

Ni antara catatan En.Abil tanggal 22 june lalu : 


" Assalamualaikum dear..


22 Jun.....Tarikh yang mungkin payah I nak lupakan. Tarikh serangan asma u yg kritikal. Tarikh I kehilangan belaian kasih seorang isteri. 22 jun bermulanya tarikh I mengharapkan u sembuh sepenuhnya. Bermulanya tarikh I menjaga u sepenuh masa. Tarikh yang menduga hati seorang suami....


Today genap setahun u terlantar sakit akibat brain damage. Dah setahun dear u bersama I dengan keadaan begini. Dalam setahun ni I menjaga u dengan penuh kasih sayang, kesabaran berusaha to bring u back.. U masih terlantar lagi. Sometimes I terfikir, berjaya tak nanti segala usaha I?. Adakah u berpuas hati dengan penjagaan I? Cukup ke curahan kasih suami ni pada isterinya? Allah beri ke kelulusan dugaan Nya pada kita? Semua jawapan tu I sendiri tak boleh jawap hanya Allah saja yang tau dear..


Selepas subuh n beri ur susu, I dok sebelah u memerhatikan wajah isteri saya ni yg sedang tidur. Memerhatikan seorang insan yang di pilih untuk menjadi isteri kesayangan saya. Setiap kali bila I perhatikan u dengan perasaan kasih yg teramat sangat pasti airmata menitis. Pada I, itu airmata kerinduan. Betapa rindunya saya pada awak ni. Kasih dan rindu ni makin menebal setiap hari walaupun keadaan n rupa paras u sudah jauh berbeza di bandingkan waktu u sihat dahulu. Pada I perubahan tu tidak dapat mengubah pangkat u sebagai isteri I. Selagi u masih di sisi I dan selagi u masih isteri I, selagi itu la I akan teruskan tanggungjawab I sebagai suami..Nothing can change that...InsyAllah....Hanya I nak memberitau u betapa I sayang n betapa I rindukan belaian u sebagai isteri I.. Ye la dear, baru 2 tahun kita dok syok jadi suami isteri, u pun sakit terlantar dah. Rasa belum puas n tak kan lupus kepuasan tu bila bersama u. Kadang kala hiba rasa di hati tenguk u yang masih terlantar dan tak tau apa pun yg berlaku. U kehilangan nikmat dunia. Seekor nyamuk yg menghisap darah u, pun u tak mampu menghalaunya..cmana tak sedih rasa hati I ni. Tapi nyamuk u tak kan terlepas dari I la, jangan kata nyamuk sekor tu jea, keluarga, sedara mara, sahabat handai nyamuk tu pun tak kan terlepas dari I!! Sapa suruh ganggu isteri saya, berani dia isap darah isteri saya aa!


Dear, walaupun sudah setahun usaha I belum berjaya lagi, jangan u marah I yea dan bersabar dear, InsyAllah Tuhan tu lebih mengetahui perancangan Nya. Dan I tak kan tinggalkan u keseorangan n akan terus berusaha dan tetap menyayangi u setiap masa. My love will be with u always..always. "




Sebak.Terharu.Tersentuh.

Bukan senang seorang lelaki nak meluahkan kata-kata begini. Seorang lelaki yang dalam dirinya ada ego sebagai seorang suami,yang dalam dirinya ada ketegasan. Tetapi bila kekasih hati sakit. Sanggup berkorban siang dan malam. Sangat respek. Semoga Allah beri kekuatan kepada En.Abil dan kesembuhan kepada Kak Fauziah.

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada:

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258


Semoga dengan sumbangan dari kalian dapat meringan beban yang ditanggung En.Abil sekeluarga. Mari kita sama-sama doakan semoga Yang Maha Esa mempermudahkan perjalanan En.Abil dan Kak Fauziah...Ameennn..
*lap idung*






Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 21 June 2012

Budak tengah banyak akal....

Assalamualaikum w.b.t


Ehhh..terlebih rajin pulak harini buat enrty..hehe..layan jela ye..:)


Cer tengok budak bertuah ni tengah buat apa..


 Mula-mula kita basuh jari-jari kaki dulu ok...


 Lepas tu tuangkan sedikit air dibahagian tapak kaki pulak..awww...


 Opss..pastikan kesemua jari kaki terkena air. Barula bersih. Ibu basuh tak bersih.


 Owhh..kemudian titiskan pulak air diatas tapak tangan.


 Akhir sekali sapu air rata-rata dibahagian betis kaki. Supaya betis kekal menawan.

Peel dia sekarang suka curah air dalam botol tu kat kaki,tangan,perut. Konon-konon macam sapu losyen gitu. Sampai lencun baju, seluar semua tu la..

Picture ni ayah dia yang snap. Masa ni aku tengah masak kat dapur. Ni kalau aku yang nampak memang akan berlaku rampasan botol air. Lepas tu drama leleh air mata la budak kecik ni. Biasanya kalau aku marah Hana, aku akan cakap.."Hana tak sayang ibu ke?". Nanti dia akan pergi kat aku sambil peluk kaki aku pastu dengan airmata berjujuran sebut " Ibu watttt...(ibu buat)". Lepas tu nanti aku dokong la kan pujuk-pujuk..kiss-kiss tak kan nak buat drama korea pulak dengan aku-aku sekali nangis..haha.

Budak dah banyak akal macam tula kan..Macam-macam peel. Ada yang aku boleh sabar. Sabarlah. Lagipun budak kecil lagi. Belum pandai bercakap sepenuhnya. 

Kadang tu kalau aku balik keje. Masuk je rumah mula la dia buat perangai. En.Saiful ada sekali tu marah dia. Nada agak kuat la jugak sebut nama dia "HANA!!" . Terkejut la budak tu kan. Nangis meraung-raung kauuu. Tak pernah-pernah kena tengking dengan Ayahnya. Kena tengking sebab apa aku dah lupa laa. Last-last aku cakap dengan En.Saiful baik-baik "Awak jangan marah dia..orang je yang boleh marah dia taw..kesian satu hari tak jumpa mak ayah dari pagi sampai petang. Tu dia nak perhatian la tu..." drama betul la.Yelar aku faham kami masing-masing penat. Jadi  masing-masing kena bertolak ansur dalam bab-bab macam ni. Tu baru sorang. Esok kalau ada adik macam mana? *pegang dagu*..


Wassalam, EnaMokhtar

Akhirnya...haha

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak snap pic berdua-duaan macam ni..hehe..

 Hambekk kauuu...gambar besauuu..haha..

Perasan macam tengah couple pulak aih..haha..Ehhhhh..tapi memang kami couple pun..COUPLE HALAL LAGI Tawwww...Haha. 

Bukan apa,sejak dah ada anak ni, jarang sangat dapat ambil pic berdua. Ni pun masa Dinner MA Sepang last Friday. Hana Humaira aku letak kat rumah maklong dia. Minta tolong Maklong nya jagakan kejap. Dinner start dari kol 7.30pm-11pm. Tapi kami datang kol 8.30pm. Punctual kan.Tak kisah la janji dapat setelkan dulu solat Maghrib yang wajib tu haa..pung pang pung pang..gitu gini..majlis setel kol 10pm..otw balik singgah jap mart beli susu Hana. Dutch Lady 1,2,3 perisa madu. Agak mahal juga kalau nak dibanding kat Giant atau Tesco RM23++ 1kg. Kalau kat Giant baru rm21-22. Time sale boleh dapat Rm18 1kg.

Gitu la kan sejak dah ada anak ni. Siap boleh compare mana mahal mana murah. Cuba time bujang dulu, Setakat nak shopping baju dengan kasut rm100-200 sepasang macam tak heran sangat. Tapi bila dah ada komitmen keluarga macam ni. Pandai-pandai la nak budget kan. Bukan nak berkira, tapi selagi tak membazir dan kualiti pun sama, lebih baik kita beli yang murah. Lagipun Hana tak boleh minum susu mahal. Nanti susah nak membuang. Pernah sekali try beli Nan Gold yg dalam kotak tu. Tak ingat berapa gram. Tapi dekat rm60++ la jugak. Naseb la tak sesuai untuk Hana kalau tak kering la poket ibu dan ayah nak belanja susu mahal cenggitu. Haha

Ehhh...macam dah lari tajuk je ni....haha.



Wassalam, EnaMokhtar

Musim Jerebu

Assalamualaikum w.b.t

Saya tengah selsema ni. Maybe sebab faktor cuaca sekarang. Tapi kenapa ye kalau orang demam mesti dikaitkan dengan faktor cuaca? *garu tangan*. Cuba kaitkan dengan faktor pemakanan ke, pergaulan ke? takpun faktor awak tu banyak dosa sebab tu mudah dapat sakit *garu pipi*Huhu.Tapi takpe, sakit itu kan penghapus dosa.

Iye, sekarang ni musim jerebu telah melanda Malaysia tercinta. Jadi buat masa ni kurangkan la sikit aktiviti outdoor tu ye. Paling penting minum air masak banyak-banyak. Kalau dapat air masak yang bertapis lagi bagus. Sekarang ni pun En.Saiful over excited beli air mineral berkotak-kotak dan berbotol kat rumah tu sebab nya water filter kami rosak. Tu yang En.Saiful balun beli mineral water selambak macam tu. Takpela biar berhabis duit untuk kesihatan. Sebab once u dah sakit, nak buat ape pun tak boleh. Usah kata sakit kronik macam kat Hospital tu haaa..Cukuplah kalau setakat demam biasa jee..Mesti lemah longlai kan.

Sebab tu la kalau boleh jangan berkira untuk berbelanja ke arah kebaikan macam ni. Tapi jangan pula kata "saya nak berhabis duit untuk maintence healty, tapi tetap jugak kena kanser. Tetap juga dapat sakit buah pinggang dan etc..etc.. macam mane?". Kalau dah gitu anggap saja penyakit tu sebagai penghapus dosa yang lalu. Kalau kita redha dengan sakit yang sedang kita hadapi. Insya'Allah, Allah akan angkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi yang tiada seorang manusia pun tahu mengenainya...

Bercakap pasal jerebu ni. Saya baru plan nak pergi mandi manda kat gold coast Morib. Bawak budak kecik tu main air. Tapi sebab tengok cuaca macam tak berapa baik. Terpaksa la postpone ke tarikh lain. Memang tak prepared apepun. Datang dah terjah macam tu je..Haha.

Anyway, last word dari saya. Jaga diri, Jaga kesihatan, Jaga akhlak. Insya'Allah semoga Allah pelihara kita dari sebarang wabak penyakit yang merbahaya. Buat yang tengah sakit tu. Sila ikut nasihat Doktor. Makan ubat, dan minum air masak banyak2. Supaya dapat memudahkan sistem penghadaman dan nyahtoksin dalam badan....semoga kita sihat-sihat selalu. Maaf sebab entry tiada gambar. Heh.

Last word la sangaatttt..haha.


Wassalam, EnaMokhtar

Tuesday 19 June 2012

Segmen Cik Purple Tambah Follower Blog

Assalamualaikum w.b.t

Atas kesedaran diri yang tak berapa nak ada follower. Jom le kita reramai join...hehe



Sila terjah ke belog Cik Purple...lagi ramai lagi bagus kan...:)
Opss..jangan lupa tinggalkan komen korang HERE ....Penting supaya cik purple dapat blogwalking belog korang nanti  ;)


 Wassalam, EnaMokhtar

Cik Puan Coach..

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu wishlist saya untuk tahun ini : BEG COACH!!

 


 Kalau pakai abaya padankan dengan beg ni..mesti canteeeekkk 
Pada pandangan aku la..haha

 Jom jalan-jalan window shopping!!
sling ke kat bahu..Sempoii !!

 Kalau pergi ofis pakai beg ni pulak. Padan dengan baju kurung.

Besar beg ni. Boleh simpan botol susu,pampers dan etc..
kira macam 2 in 1 punye beg la..


 Gold..boleh gadai ke??errr...

 
 Plain diluar...Berbelang didalam..


 Wristlet ni kecil..senang nak pegang. Dapat yang macam ni pun ok la..
 

 Yang ini aku sukaaaaaa...


 Yang ini pun saya sukaaaa...


 Sayang...kita nak yang ni boleh?? *kelip-kelip mata*


Coach...coach..coach...

 
Iye saya tau..saya bukan orang kaya nak pakai beg mahal-mahal. Tapi saya naaakkk sangaaattt... Teriiingginnn sangat nak beli..Cuma tular kan harga macam tak berapa nak mampu..Abes kalau sebiji beg dah sampai Rm500-rm600 boleh beli baanyaaakk beg Guess tu kan..haha..


Tapi tak salah pun nak buat wishlist macam ni kan..perempuan biasalah..semua nak yang cantik jee..Kalau ada sesuatu benda yang kita nak beli tapi macam mahal je kann kumpul la setiap bulan sampai cukup jumlah nye. Lain la kalau korang dapat duit terpijak. Boleh la aku tumpang sekali kan,kan,kan..heh.

 Apapun sebelum kita nak mengikut orang baik kita ukur baju dibadan sendiri. Kang sebab mengikut kata hati sangat habis pulak duit gaji.

Bak kata orang la kan..bukan saya kata...Shopping tu treatment terbaik stress bagi orang perempuan. Entry ni keluar pun sebab aku tengah stress la ni haa...Saya nak cuti..Kalau dapat mandi manda dalam private pool kat Grand Lexis Pd kan bessttttt...lalalallaaaa....

Eh..macam dah melalut je nih...takpela layan je yeaaaa...haha



Wassalam, EnaMokhtar

Dinner Malaysia Airport Sepang

Assalamualaikum w.b.t

Bertempat di Nilai Spring Golf dan Club. Peristiwa berlaku Jumaat yang lepas tema Hitam+Putih. Hadir atas undangan dari contractor/bisnes partner dari unit masing-masing. Dinner ni pun untuk meraikan Kontraktor yang banyak memberi sumbangan dan sokongan kepada Malaysia Airports Sepang. Unit aku cuma dapat Dua Table je. Satu Table untuk kontraktor satu table lagi untuk staff. Takda artis undangan. Cuma artis jemputan dari Malaysia Airports Idol je..Nyanyi pun ala-ala je pun. Harap baju je seksi. Hahah..

Makanan memang superb sedap. Ada Lamb Kuzi...terbaeekk!! . Untuk makluman aku duduk satu meja dengan lelaki. Cuma aku sorang je perempuan. Jadi sila bayangkan kalau duduk dengan lelaki time makan. Pergghhh...gila pelahap. Aku rasa meja aku la yang paling cepat habes lauk kot. Hahahah. Tapi takpe sebab tengahari aku dah makan jadi macam tak berapa nak lahap sangat la kan..Hahaha..

Cabutan bertuah memenang banyak. Tapi satu pun tak lekat kat meja kami. Hadiah paling grand, Tv Lcd samsung 46". Kau ada? hahah..Yang itu pun tak sangkut kat meja kami juga. Masing-masing cemas bila time nombor cabutan bertuah dipanggil. Tapiiiiii...lepas tu memasing gigit jari sebab nombor cuma sipi-sipi...haha

Overall ok la.. takde la boring sangat. Cuma terkilan sebab tak dapat tv..haha.




Wassalam, EnaMokhtar

Hectic Life

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua pembaca blog enamokhtar.blogspot.com. Iye,saya tau saya tak ramai reader. Tapi sejak ahad lepas saya perasan ramai yang terjah blog saya untuk review pasal The Cabin Langkawi. Itu pun gara-gara masuk rancangan Safiyya tv9. Well, Saya hanya kongsikan apa yang patut. Lepas ni sila jangan email saya pasal The Cabin lagi yee.. Boleh terus ke laman web mereka disini. 

Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk*sila percaya*. Sampai saya takda masa nak beramah mesra dengan suami tercinta. 

Isnin:
Biasala. Isnin hari yang malap. Kenapa nama isnin? *tepuk dahi* 

Selasa: 
Haaa..yang ini memang la lupa diri jap. Sebenar nya masa ni ada jualan khas untuk staff-staff mab. Jualan barang-barang dari hotel Pan Pac KLIA. Memandangkan dorang nak clearkan semua barang-barang lama dan nak upgrade interior design hotel dorang, maka semua barang-barang dalam hotel nak dilupuskan. 

Dari sekecil-kecil bakul sampah, sampai la sebesar-besar sofa mewah. Yelah kalau standard kerani cabukk macam aku ni nak beli perabot kayu jati yang baru memang tak mampu. Tapi jualan macam ni tetiba aku jadi mampu walaupun dah tengah-tengah bulan ni kan. Mana tak mampu, cuba korang bayangkan set kerusi sofa kayu jati yang padu dan jitu tu (3+2+1) baru je rm30-40. Kalau kat luar punyer rege memang mampu jeling dari jauh je. Hahah. Masih elok dan cantik. Kalau rajin, balik rumah boleh varnishkan balik Kasi lagi vogue gitu. Tu belum kira Foot Massage rm12, Towel rack rm1.20, Ottoman rm2.40. Juling bijik mata aku kejap. Murah sangat2. Kondisi perabot dan barang masih baik dan cantik. Almaklum la barang Hotel, mana jejas sangat kalau nak bandingkan dengan barangan kat rumah kan. Bukan selalu guna pun.

Sebab tular ramai staff mab serbu ke sana. Jangan tak tau, Senior Engineer, Manager pun serbu sekali hahaa. Punye la berebut. Nasib la dapat yang mana elok. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia nangis..hahahaha..

Aku malas nak berebut benda yang dah abes orang rebutkan. Jadi aku ambil benda yang orang tak berapa nak berebut. Total damage cuma RM20.40 je*saja besarkan huruf*. Aku dapat 2 benda je.. iaitu..jeng...jeng..*gambar aku upload nanti-nanti la yee...kuikui*

Rabu:
Aku EL sebab urusan aku untuk angku barang-barang hotel yang aku beli hari selasa tu tak setel lagi. On the way balik dari ambil barang-barang tu semua singgah jap kat mcD. Lapo tahab gaban sebab aku dengan En.Saiful breakfast kuih karipap je dua biji. Sampai rumah dekat pukul 3. Dah siap punggah barang-barang kecik. En.Saiful singgah la pulak rumah opismate kami. Angkut pulak writing table yang kitorang beli tu sebab kereta kami tak muat daa..Kenari muat pulak sebab seat belakang boleh diturunkan. Lepas dah siap semua tu. En.Saiful pulak gi uruskan pasal bisnes kecil-kecilan dia tu haa..*berapa banyak lepas tu daaa*haha

Balik rumah dah petang, badan penat macam tak tidur dua hari. hahaha. Lepas En.Saiful selesai urusan dia kat Seremban, ambil pulak budak kecik tu kat Taska. Malam tu pulak En.Saiful turn kerja malam. Sebab tula takda masa nak bermanja dengan suami tercinta..T_T
 
Khamis :
Masuk balik ofis kerjakan pulak kerja yang pending semalam tuuu..*padan muka siapa suruh EL*. Kerja sampai pukul LIMA. Balik rumah kembali dengan rutin asal..amik Hana, balik rumah masak, kemas rumah apa yang patut supaya tak nampak semak sangat.

Jumaat:
Rutin macam biasa juga pergi ofis dengan badan yang longlai. Dalam hati meronta-ronta nak minta cuti. Kalau dapat mandi pantai kan best. Haaa..tak pun ajak husband shopping handbeg guess baru kat Sacc *mimpi jap*.  


Malam ni ada dinner dengan Kontraktor Malaysia Airports Sepang. Pasal tu nanti update entry lain pulak.


Pasal story aku ni. Aku tau ada orang lagi hectic dari aku..tapi saje nak share kan. Macam ni la selagi kita bernafas. Masa berlalu dengan pantas kan? cuma kita je kena pandai bahagi masa antara urusan duniawi ataupun urusan akhirat..


Hecti ke tak Hectic ke..kau ada?
hahaha..




Wassalam, EnaMokhtar

Thursday 7 June 2012

Tajukkk ape nie???

Assalamualaikum w.b.t

Hello frenz...hamboi..lamanya tak updated blog. Membusy je keje nyer. Tapi harini macam boring sikit sebab keje dah setel awal bulan haritu. Lepas tu pulak minggu ni ramai pulak geng2 gosip aku kat opis ni yang bercuti. Almaklum la memasing bawa anak pergi jenjalan. Time cuti-cuti sekolah ni la nak bawak anak berjalan sakan iye dak?. Yang ade anak belum sekolah sila duduk diam-diam kat opish sebab awak boleh amik cuti anytime & anywhere nak bawak anak pergi bercuti.

Dan disebabkan itu la aku ni haa...memboring tahap gaban kat opish ni..nyaris-nyaris jugakla nak balik awal. Nasib baik akal waras lagi sebab fikir tak berkat pulak rezeki kalau mengulo sampai begitu sekali. Kalau kata nak amik EL takpe la jugak kan. Tu yang aku dok redha je tunggu kat opish ni sampai pukul 5. Nasib baikkkk...hahaha.

Minggu ni punyer story macam takde yang menarik nak dikongsikan memandangkan aku tak bercuti ke mana-mana. Terbaru pun, last week keluar dating dengan En.Saiful pergi tengok wayang cerita MIB 3 kat GSC Alamanda. Berdua je pun. Si Hana Humaira tinggal kat Taska. Pergi hari Rabu, jadi tiket Rm8 je. Jimat kat situ. Tapi tak jimat jugak sebab beli makanan je dah rm22++. Hahaha..

Review pasal MIB 3. Ok la, not bad. Banyak alien-alien baru yang wujud dalam movie kali ni. Cume cerita ni macam tak berapa nak sesuai untuk tontonan budak-budak. Sebab first scene je dah ade babak kissing yang ala-ala extreme gitu. Walaupun yang kissing tu alien, tapi macam yukkss je..hahaha.

Lepas tengok wayang sempat la jugak shopping baju bajan budak kecik tu haa..Shopping kat Parkson. Dapat la rembat 3 helai baju kat Anakku. Kebetulan pergi pun masa tu Parkson ada Sale. Sampai 70% kauuu..hilang ingatan kejap la aku kat sana. Baju Polo budak yang rege rm70-80 boleh dapat dalam rm30-50. Okla kaannnn..Aku pun jarang shopping baju Hana yang memahal gitu. Sekali sekala jela. Untuk baju raya Hana nanti aku ingat nak memborong kat GM Klang je nanti. Baju pun cantik-cantik. Harga pun boleh tawar. Memang dah niat nak beli kat sana je nanti..kihkih..

Anyway weekend ni tak tau ape projek nak buat kot-kot ada yang nak menjemput aku attend makan-makan kat rumah korang silakan jemput...HAHAHA..Insya'Allah saya datang..kehkehkehkeh..*Awwww*.

Sebelum tu jom layan pic budak bertuah ni minum guna cawan..Sekarang tengah kemaruk minum guna cawan...huhu


 Kacau-kacau dulu bagi sebati*walaupun minum air kosong*

 Teguk penuh perasaan betul...

Ermmm..sedap la air ni ibu..

Walaupun baju awak basah lencun dan ibu terpaksa tukar baju berkali2 ibu tak kisah. Walaupun air tumpah atas lantai sampai ibu terpaksa lap berkali-kali ibu pasrah. Dan walaupun ibu terpaksa kutip cawan-cawan yang awak dah pakai tu berpuluh kali ibu tetap gagah. Biar awak belajar macam mana nak gunakan tangan dan kaki awak secara maksimum. Apa pun yang awak buat Hana Humaira..ibu tetap syang sama kamu wahai anak. Tempat ibu lepaskan gian cium bau masyamm kamu tu..sedaaappp...hilang stresssss ibu...haha

sekian entry merapu..haha tu yang tak tau nak bagi tajuk ape..: P


Wassalam, EnaMokhtar