TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 22 May 2012

Bila mak budak outing-PBAKL

Assalamualaikum w.b.t

Maaf ye entry terperam..heeee..layan...

Sebenarnya dah plan lama dengan akak-akak opis aku nak ke PBAKL. Siap update status kt fb*over kauu* haha. Mengalahkan nak bercuti ke Bandung, tak pun Guangzhou...Ehhhh..

Ok.

Harus pergi waktu orang bekerja. Ambil cuti siap-siap. Hari isnin 30.04.2012. Mintak pengesahan bos masing-masing barulah betul caranya. Tapi kalau bos tak sain pun, memang dah ada Plan B. Kita amil EL ramai-ramai..haha..Sebab dah plan awal tu yang memasing ekcited sangattt...*mata pandang atas*

Tempat berjumpa ialah di Stesen Komputer Nilai. Almaklum masing-masing duk taman jauh-jauh tu yang gerak sendiri-sendiri. Yang penting mesti sampai stesen pukul 8.00am. Yang sampai awal adalah kak su. Pukul 7.30am dah sampai. Sangat awal ok. Tu dia cakap lepas hantar anak sekolah terus ke sini. Siap habis baca suratkhabar lagi!!. tunggu yang lain-lain tak sampai. Tu yang dia ajak akak cleaner kat situ main dam aji...*ok itu tipu* haha. Pergi berempat. Yang paling lambat sampai adalah aku. kihkih.

Turun je kat Stesen Putra, terus jalan laju-laju cari sarapan dulu yee..Abis,dah la keluar rumah macam nak keluar ke opis,tak sempat nak sarapan okey...Dalam tren dah rasa lapaaarrrr yang amatt..*masing-masing pegang perut*..Jalan punyer jalan..jumpa la McD. Masing-masing jakun makan sarapan kat McD sebab tak pernah sarapan pagi kat McD. Sangat overrr..hahaha..

Ketua lanun..ehh ketua rombongan..adalah kak sikin. Almaklum laa memasing dah lama tak masuk key el guna pengangkutan awam. Bab-bab tempat makan, kami mengekor je kak syekin..:)

Plan asal nak pergi masa orang tengah bekerja ingatkan takde la ramai bersesak-sesak. Tapiiiii...silap yeee...ramai tetap ramai. Yang ramai nye adalah rombongan budak sekolah. Sangat crowded okeh!! Masa mula-mula sampai tak rasa ramai sangat la..tapi bila dalam sejam ke dua jam dalam PWTC tu, terus rasa macam rimas sebab nak jalan pun kena senggol senggolan cubit-cubitan gituuu...*Ehhhhh* haha..Tapi bila dah ramai sangat budak sekolah dalam tu,otomatik rasa macam kami-kami ni pun budak sekolah*verangan*

Aku, Kak Sikin, Kak su dan Kak Liza.


 Beg-beg tu semua hasil tangkapan kitorang..last-last balik semua mengadu tangan lengguh sebab kiri kanan pegang beg. penuh!! kalah budak sekolah kauuu...harhahraharrr...


 Zizan la ni yang ajak bergambo..bukan akak yang nak...lariikkk!!


Aku banyak beli buku masakan je pun. Nak baca novel memang bukan kegemaran aku. Borang jugak Majalah Solusi. Buku-buku agama. buat baca-baca time santai. 

Secara keseluruhan outing pada julung kali ni kira berjaya la. Sebab first En.Saiful izikan. Kagum la juga sebab Hubby bagi keizinan. Biasanya susah dia nak bagi bini die kuar sendiri. Second, sebab berjaya beli buku-buku yang aku cari walaupun kaki macam nak tercabut berjalan dari sau booth ke satu booth dengan orang sesak dan padat huuu. Thirth, sebab aku berjaya sampai rumah on time seperti yang telah aku janji dengan En.Saiful. Aku janji dengan En.Saiful nak balik dalam pukul 3 atau 4.Sampai rumah pun dalam waktu gitu jugak la. 

Balik tu sempat lagi aku masak siap-siap sebelum amik Hana kat Taska. Lagipun En.Saiful keje petang so, lepas amik Hana, Patah balik rumah kemas-kemas ape yang patut. Bila Hubby balik tengok rumah bersih,cantek + dah siap makan malam. Jadi, Insya'Allah lepas ni kalau nak keluar lagi lulus la kot.. haha.



Wassalam, EnaMokhtar

Wakaf untuk Pusat Tahsin Al-Quran Sg. Merab Kajang

Assalamualaikum w.b.t

Saje aku post kat sini walaupun kat Fb pun aku dah updated. Kepada sesiapa yang berminat nak wakafkan sebahagian harta, boleh la pm aku ke, email ke, tak pun kol je.. nak no tepon? pm la ye...add la dulu kat Fb..



Bukan ape, kalau kita wakafkan harta, Insya'Allah pahala berterusan untuk kita sampai kiamat nanti selagi mana Pusat Tahsin tu digunakan...:)

Aku pun ni pun bukan dapat upah pape. Ikhlas tolong Ustazah Nawiyah. Ustazah ni memang setiap jumaat buat kelas kat surau Mahb. Kelas Al-Quran. Sekarang ni kitorang tengah dah proses nak hafal Yassin pulak. Ada yang dah sampai 3 Mubin pun. Ada pulak yang 1 mubin pun tak lepas-lepas lagi*aku la tuuuu*. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua untuk hafal yassin dah dapat sama-sama join majlis khatam dan hafal Al-Quran pada 15julai nanti.. Ameeeennnn ya Rabbal Alamin...x 100..

Ehhh...lupa pulak, untuk wakaf ni. 1 unit bersamaan 1 kaki. Berharga Rm30 saje. Terpulang nak wakaf untuk siapa. Samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita beramal k..peace!! : )

Wassalam, EnaMokhtar

Marhaban ya Rejab

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Bulan Rejab kembali menjenggah kita, umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku ada lagi 6 hari nak ganti puasa. Lepas tu boleh la puasa sunat pulak kan. Moga-moga sempat la betemu Sya'ban dan Ramadhan Insya'allah. Terlalu banyak urusan duniawi yang belum selesai.

Kalau la dalam masa terdekat ni ajal menjemput aku. Bersedia kah aku? memang aku tak sedia sebab aku manusia yang banyak khilaf dan dosa cuma perlu redha dengan ketentuan tuhan. Mengharapkan belas kasihan dan keredhaan dari yang Maha Pengasih. Semoga Allah ampunkan segala dosa dan kesalahanku.

Dan kepada pemegang amanahku, harap dapat selesaikan segala urusan bila aku dah takda nanti. huhuhu..
yelar hidup mati kita tak tahu bila kan. Sebab tu kena mulakan langkah untuk bersedia. Ehhhh...sory la ye, pai-pagi dan post entry sayu...Ehh..tapi kan korang dah letak penama ke untuk KWSP?? Aku belum buat lagi..waaaaa....

Ok,ok......setop...

Pagi-pagi ni kena semangat la Pn.Ena oiii...positif..positif....Alahai sebenarnya start dari semalam aku macam lemau je nak buat kerja sebab kerja yang melambak-lambak ni haa...tak tahu nak start dari mana. waaaa..

tolong......

sekian entry bercampur aduk..sebab tuan die pun tengah weng,weng,,,,,,huuuuuuu...


 Wassalam, EnaMokhtar