TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 18 October 2012

Keinginan ketika mengandung

Assalamualaikum w.b.t

So far, takdela yang mengarut-ngarut. Kalau mengidam makanan pun yang biasa-biasa je.Cuma kan keinginan aku sekarang ni adalah nak pergi holiday!!. Takpun kalau dapat pergi spa secara tajaan. Haha.

Pergi rehat-rehat sambil badan dibelai manja. Dapat urut-urut kaki yang kejung ni haaa.. Yelar aku kan preggy, takan nak mintak urut satu badan. Bahaya!! Jadi sebab sedar diri awak tu membawa perut. Jadi aku terbayang la kalau dapat buat facial ke, buat medicure ke, pedicure ke. Alahai syok nyer!!

Walaupun tukang urut sejati iaitu En.Saiful sedia memberi khidmat, ekekekee...Tapi kalau dapat dari yang memang pakar dalam bab urut-urut ni kan lagi best. Tadah je body. Pandai-pandai la dorang buat kerja.

Tapi kat area Nilai@Sepang ni ada ke tempat macam tu yea..Yang sediakan kemudahan untuk ibu-ibu mengandung. Maksud aku bukan la Bidan. Tapi khidmat kat spa laaa...sape tau sila roger aku yeee..hehehe..

Kalau dapat mandi kat pantai ni mesti best kan. Aku plan bulan 11 ni masa balik kampung kenduri adik ipar aku tu nanti. On the way balik Nilai tu nak la singgah mana-mana tempat percutian tapi bila memikirkan yang time tu adalah time cuti sekolah, aku terpaksalah melupakan hasrat nak holiday. Confirm semua tempat percutian pilihan akan penuh dan sesak punyer...huhu..Paling tidak pun sampai ujung tahun ni laa... Paling cun nak pergi holiday adalah bulan 1 2013. Larat lagi nak berjalan time tu sebelum bersalin kahkah. Time tu budak dah start sekolah jadi mana-mana tempat percutian tak la crowded kan. Bijak tak aku..hahaha..

Banyak no angan-angan. Dalam masa terdekat ni memang tak boleh nak holiday sangat sebab cuti tahun aku tinggal ciput. Kang nak amik cuti balik kampung bulan depan. Paling koman pun amik cuti 3 hari...huhuu...belen tinggal laagi 3 hari..tensen je aku tengok cuti aku ni taww..huhu

Ehhhh...macam dah melalut jerk. Ok. layan la yeee...babai...agagagaaa...



Wassalam, EnaMokhtar

Potty Training untuk Hana

Assalamualaikum w.b.t

Semalam jalan-jalan kat blog kak aini . Baca pasal kisah dia potty training kan anak dia. Terus aku teringat yang Hana pun sekarang ni kalau nak kencing mesti cakap "ibu..Hana cinggg..." pastu dia bukak seluar sendiri. Padahal memang tengah pakai pampers tu. Lagi satu, sekarang ni Hana kalau nak uuk uuk macam dia suka berdiri then kepit kaki sambil teran. Jadi stool susah nak keluar. Pernah sekali sampai menangis berpeluh teran. Tapi sebab dia suka kepit tu yang stool susah nak keluar. Sekarang ni Ayah die pulak rajin bawak ke toilet. Means bukan uuk uukk kat pampers la. Uuk uuk kat toilet lagi cepat prosesnye.

Macam petang semalam aku amik Hana kat Taska, tengok dia macam baru lepas menangis. Pastu teacher kat situ cakap "Kesian Hana nak uuk uuk tapi keras. Sampai nangis-nangis peluh-peluh nak meneran. Kesian sangat". Macam seksa sangat nak berak. Pastu balik rumah terus Ayahnya bawak masuk toilet. Cangkuk je terus keluar stool dia tanpa perlu teran...senang dan tak menyakitkan....Hahaha..sory la ye cite kotor sikit.

so,

Bertitik tolak dari situ. Aku rasa memang dah patut start train dia kalau nak kencing bawak ke toilet. Kalau nak uuk uuk pun kena bawak pi toilet. Cume tular nak mulakan secara serius tu bila la agaknye yee...Bukan ape, aku ni bab-bab nak kena monitor secara berkala ni memang fail...hehe..yelar kalau kata nak train Hana kencing kat toilet mesti sejam sekali kena ajar dia kencing kat toilet walaupun budak tu tak rasa nak kencing kan..huhu..paling tidak pun setengah jam sekali..sebab aku ni kadang-kadang pelupa orang nye..

Tapi...

Sebab aku dah baca entry kat blog kak aini terus rasa macam. Kena start juga la.. Sebab tips yang dia bagi pun macam revelen jee..so, aku share tips tu kat sini k..selamat mencuba!!


1. Bilakah masa yang sesuai untuk bermula? Ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. - Dalam umur 2-3 tahun

2. Jangan memaksa kerana si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak.

3. Gunakan pendekatan psikologi - contohnya puji si kecil bila dia berjaya membuang air di bilik air.

4. Perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. - Agak-agak tengok dia kaku semacam ke, dah mencangkung ke.. angkatlah terus ke toilet. hehe.

5. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. - Sentiasa bertanya perlu ke toilet ke? - setiap 10 minit (contoh)

6. Janganlah terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan - Betul. ada yang ambil masa tak sampai seminggu, ada yang berbulan-bulan. Yang penting kena banyak bersabar!

7. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula. - Seronok la budak tu. hehe

8. Tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. - Haha.. ini memang susah nak dielakkan.

9. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.

10. Elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin.

11. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda.

Apa-apa pun aku ingat nak start tak pakaikan Hana pampers weekend ni la. Nak tengok dia boleh terima ke tidak. Balik ni kang ingat nak cari panty untuk dia. Cari yang corak comel-comel gitu biar die teruja..haha..jadi ke? tawakal jelaaa...agagagaaa...

Kepada ibu bapa yang sedang mempotty Trainingkan anak tu boleh la share pengalaman korang mana tau ada tips atau petua yang berkesan untuk dikongsi...:)


Wassalam, EnaMokhtar