TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 18 January 2013

Matta Fair 2013 kembali lagi...!!

Assalamualaikum w.b.t


Kepada yang tertunggu-tunggu  Matta Fair ni boleh la tick kat calender cecepat. Takut nanti telupa. Pada yang tengah mencari offer-offer yang terbaik dari pelbagai agensi boleh yang terjah sini. Tiap-tiap tahun pun memang mendapat sambutan yang panas dari rakyat Malaysia.

Walaupun lama lagi tapiiii....jangan disia-siakan peluang yang ada. Time ni la nak carik pakej-pakej percutian dengan rege yang terbaik!! Dan pelbagai lagi tawaran istimewa.....


Date : 15 March 2013 - 17 March 2013
Venue : Tun Razak Hall 1,2,3, 4 and Pelantaran Putra, Legar Putra PWTC




 Sila tick kat calender masing-masing ye.....aku maybe tak pegi la kot sebab masa ni masih dalam pantang daaaaa....huhu..tapi mana tau kan...time tu dah sihat betul mau aku pun terjah jugak...kikikikiiiiiiii..



Wassalam, EnaMokhtar

Hana Mcstuffin

Assalamualaikum w.b.t

Beli kat Zeemart. Murah je 1 set rm12 kot. Tak hingat laaaa...Sekarang ni memang dia tengah angau dengan kartun Doc Mcstuffin channel 613. Takpe ibu bagi can kat awak tengok kartun sampai umur 3 tahun je. Pastu Ibu nak terminate astro. No more cartoon channel. Kalau nak tengok kartun, tengok je kartun kat tv alhijrah ke tv9 ke. Kat situ kartun molek sikit. Ala-ala islamik sikit. Kartun pun ada kaitan dengan sejarah nabi.


Aku pun dah sound hubby soh terminate je astro. Kita tuka unifi je. Tenet dapat, tv pun dapat. Senang. Hubby macam berat hati je nak terminate astro. Almaklumla banyak channel fav die kat c tu...huhuhu...Aku ni pun bukan hantu tv sangat. Kadang tengok tv pun sebab nak tengok berita jee...Nak tau perkembangan semasa. Biasa aku layan tv9 punye berita. Lebih banyak paparkan isu semasa berbanding politik. Kalau channel lain, tak habis-habis hentam orang tu, hentam orang ni. Semua salah. Banyak nooo hal politik dari isu semasa.


Lagi satu aku paling layan kalau tengok channel masak-masak. Selalu layan channel 727. High Defination. Terang sikit aku nak tengok. Kalau gambo kek tu kan macam..hamboiiii...sedapnye kauuu...kalau tengok daging kena grill atas pan..macam iskkkk....sedapnye...pastu nanti hubby cakap la...buuu.... kita buat macam tu nak?...hahhaaa...lagi-lagi la die tu suka noooo main bako-bako...Ayam,daging,kambing kalau nak soh grill memang aku passing kat dia jee...Kompom jadik, sedap menjilat jari. Resepi biasanye dia google je...hahaaa..ehhhh...ok,ok...



Korang tengok la peel si Hana ni yeee...layan jelar tuan puteri kesayangan kami ni haaaa...


 Masuk je kereta tak sempat nak start enjin dah selamat dibukanye plastik mainan tu...


  Perut ibu la yang jadi sasaran dulu...


 Kalau nak jadi doktor kena belajar rajin-rajin ye Hana...



 Khusyuknye dieeee...

Ibu Ayah sayang Hana banyak...banyak.....!!


Wassalam, EnaMokhtar

Check up 33weeks 6 day...

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah appointment aku dengan Doktor Sariah.

Kebetulan pulak semalam aku tak sihat. Sakit tekak+batuk sikit+sakit pala sikit+selsema. Terusla dapat mc...hahaha

Ok,

Pasal check up semalam. Alhamdulillah semuanya ok. Kepala baby pun dah kat bawah. Jantung pun berdegup secara normal. Doktor kata adik baby sihat wal'afiat. Syukurrr.....

Berat naik yeeee kawan-kawan. last check up 2 minggu lepas 60.9kg. Semalam timbang jadi 62.2kg. Tekanan darah normal 100/60. Hb pun normal. Alhamdulillah semua ok dan sihat. Cume tula..mak dia je yang tengah tak sihat ni. Hidung masih srot sret dari semalam. Tapi kurang la sikit tak macam semalam...

Semalam memang aku rest je kat rumah. Dapat mc tu balik rumah terus tido. Hubby pun bantai tido jugak sebab dia baru balik keje malam. Hana kitorang hantar kat nursery sebab masing-masing tak larat nak jaga. Yelar dengan aku nye yang demam. Hubby plak baru balik keje malam. Kang kesian dengan Hana takde sapa nak tengokkan dia. Jadi sebelum ke klinik hantar Hana ke nursery dulu pastu baru gi klinik. Balik klinik masing-masing carik bantal....hohoho...

Sedar-sedar je aku celik mata tengok jam dah kol 12tghri. Kepala ringan la sikit lepas tido. Aku tak makan ubat pun. Walaupun doktor ade bagi ubat demam+selsema. Aku cuma minum pati delima 2 sudu besar. Pastu hisap strepsil sebiji. Bangun tu rase lega la sikit. Tekak pun dah tak perit. Pastu baru ade hati nak kemas rumah, sapu lantai. Rase segar sikit bila tengok rumah dah bersih.

Gitula kalau dah bila dah jadi mak-mak ni. Tak boleh tengok rumah bersepah. Mesti rase lain jeee...Pandangan tu rase semak je bila tengok rumah tak berkemas kan..

Anyway next check up adalah dengan Doktor Intan di Columbia Asia Seremban. Bagi yang bertanya tentang caj bersalin kat Columbia tu...nanti tunggu aku punye entry pasal tu ye. Insya'Allah next check up ni 1Feb 2013.

Pape nanti aku cerita k..Till then...take care!!


Wassalam, EnaMokhtar