TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Saturday 13 July 2013

Aquaria 2013

Assalamualaikum w.b.t
 
Rentetan dari cerita ke Zoo tu aku dah niat nak bawak Hana dan mak aku sekali gi Aquaria. Saje bawak dorang tengok ikan pulak. Aku dan hubby dah pernah pergi sini jadi macam tak kisah sangat la. Tapi sebab Hana pun sibuk nak tengok fish katenye....jadi kita bawakla. Kebetulan mak aku pun masa tu kan tidur rumah aku seminggu sebab hubby training kat Penang kan, alang-alang nak hantar mak aku balik tu meh la kita bawak gi Aquaria sekali. Bagi dia seronok sikit sebab seminggu dok rumah aku terperap je kat rumah...hahaha...sian kat mak aku...huhu


Bertolak dari rumah lebih kurang dalam kol 10pagi gitu. Sampai dalam kol 11lebih la jugak. Hari Ahad kan pepaham sudah la KL kalau weekend cemana. Tapi kira cepatla jugak sebab hubby ikut highway Mex.


Aku sampai-sampai je ngam-ngam parking kat depan lift nak naik ke atas. Senang tak payah jalan jauh-jauh heheheee...masuk lift ok clear, bila keluar je dari lift humang aiiii orang kemain ramai lagi. Pasrah jelar sebab dah tau weeknd kan. So, hubby pun terus la gi kat kaunter Aquaria tu kena beratur. Masa nak bayo pun kena tunjuk mykad dan mykid jugak ye.


 Sila telengkan kepala anda...wakakakaka...aku tak reti nak rotate camne. Pepandailah korang nak tengok....kikikiii


 Ni jadual makan untuk para ikan kat Aquaria. Paling best sekali time kat Aquatheatre. 

 Ikan pirana. Biasa je aku tengok..hehe goreng pun sodap nih..


 Belut elektrik. Besar giler !!


 Oh My Daughters.


Soh buat peace dia bantai hi 5 je...

 Yang dalam kaca tu jenis-jenis kumbang. Geli !!


 Itu butterfly !! 


 Cicak Tokek. Besar gini agak-agak ada cecah Rm1juta tak..huhu


 Tengok tu..Crowded juga la orang masa ni. Tapi mostly foreigner.


 Balang ajaib...hehe..kalau nak tau pokok yang ada dalam balang kaca tu diambil dari sungai Amazon tau...haaaaaa...gitu..


 Ibu : Hana, ni ikan masin namanye...
Hana :  Haaaaaa?
Ibu : akakakkaaaa


Ikan Arapaima ni pun import dari Amazon jugak. Besar sangat !!

 1st to 3rd generation.


 One happy family...Alhamdulillah...


Yeah !! Its feeding time...ramai sangat orang masa ni..siap duduk betul-betul cermin tu..

 Ada dua orang diver masa ni.. Tengok tu budak-budak penuh duduk kat depan cermin ni..


 Kat dalam tunnel takde orang sangat sebab semua pun serbu kat Aquatheatre nun..


 Shark!!


Hani masa dalam keta kemain nyenyak tido dalam car seat. Masuk Aquaria terus terjaga. Tapi tetap mainten cun. Elok senyap je dia. Gud anak ibu !! 

 Happy je mak aku dapat tengok ikan beso-beso gini..hehe..sayang mak !!


 Bergambo dengan diver pulak


 Hana excited sangat tengok orang tu berenang dalam air


 Ibu !! kura-kura besarnya......(hmmmmm)


 Obor-obor. Cantik dan comel tapi boleh membawa maut kalau terkena bisa dia


Shark fin anyone?? hehe

 Cantik pulak gambar ni


Ibu !! ni kuda laut. Aik heran juga aku cemana Hana boleh tau ni kuda laut ni...muskil jap..

Next hunting kita pergi Petrosains pulak ye Hana. Insya'Allah kalau ada rezeki.



Wassalam, EnaMokhtar

Zoo Negara 2013

Assalamualaikum w.b.t

Cerita dah lama dalam draft cuma tak sempat nak masukkan gambar dan post. So layan jelar yeee..kikikikii

Cerita ni masa bulan 5 ritu. Ni si Hana la punya pembawaan sibuk nak tengok Elepen katanye. Mula-mula tu ingat nak bawak dia pegi Aquaria sebab masa tu cuaca tengah panas jadi kalau pegi Aquaria sejuk la sikit kannn...Last-last aku decide kite pegi Zoo jelar dulu. Aquaria tu tunggu ibu gaji bulan depan pulak yeee...kikiki...Lagipun kebetulan aku balik rumah mak aku kat Subang nun. Dah dekat sangat nak pergi Zoo. Ikut MRR2 je. Kalau dari Sungai Buloh tu terus jelar.

Aku hangkut mak aku sekali. Tiket masuk untuk dewasa RM30 sila tunjuk mykad kalau takde maykad rm50 yee kengkawan. Mahal? memang la. Dah tu kalau tiket murah gajah,zirafah,singa tu nak makan ape? Kanak-kanak bawah 3 tahun free tapi kena tunjuk mykid jugakss yeee...

Keluar dari rumah mak aku lebih kurang lepas zohor. Sebab masa tu aku dah siap-siap pakai tudung mekap bagai sekali azan pun berkumandang. Tanggal balik tudung solat zuhur siap-siap nanti senang tak kelam kabut nak carik surau pulau kat Zoo tu haaa...hehehe

Pung pang pung pang....sampai sana pun dekat kol 3 jugak laa sebab jem kat mrr2. Masa keluar dari parking tu kan punyala panas Masya'Allah terik dan bahang. Oleh itu cecepat la kitorang larik dari parking tu menuju ke main entrance. Fuh...sejuk sikit laaa dah masuk ada depan main entrance tu kan.

 Bergambar depan main entrance memang wajib...kikikiii...


 Kita naik tren yee..sebab nak jalan kaki jauuuuhhhhh sesangat dengan bawak si kecik tu lagi. Jadi meh la membayor sorang Rm3..kikikikii


Mekasih hubby bawak kami ke sini


Bila masuk sini akan ada bau hanyir yang agak kuat jugak sebab dalam tu ada ular, katak dan cicak..mak aku la geli je tengok ulor..haha


Hani menten je dok dalam stroller. Gud anak ibu !!


Pit stop jap. Bagi Hani susu


Budak kecik ni baik je dok dalam stroller. Urk tak erk pun tak. Sumbat susu pun diam je. Baik anak ibu senang nak bawak jalan tempat lain pasni...heheheh..


Lepas dah penat pusing satu Zoo, moh le kita duduk rehat jap. Tu popcorn satu bekas tu Rm5 kooo...mahal!! tapi beli jugak wakakakaa...


Habis satu botol mineral besar tu kena balun dengan 3 orang punye tekak. Panas oooo...agagagaaa


Akhirnya Hana berjaya jugak jumpa dengan En.Elepen...


Lepas tengok Zirafah moh le kita balik. Masa ni memasing pun dah berpeluh-peluh berlenggas. Panas memang sampai ke petang.

So far ok best kalau bawak anak-anak gi Zoo sebab boleh tunjuk animal kat anak-anak secara live. Dapat pulak si Hana tengah banyak tanya. Macam-macam pulak dia nak tanya kannn...Tapi nasihat aku kalau nak bawak anak-anak better beli siap jajan kat luar. Beli kat stesen minyak lagi murah. Yelar sambil jalan dalam Zoo tu mesti budak-budak nak ngunyah-ngunyah kannn..Air pun bawak dari rumah je tapi bawak la lebih sikit. Jangan macam aku bawak 1 botol mineral share 3 orang. Maunye memasing teguk air macam tak jumpa air sebulan...wakakakaaa...

Lagi satu kalau korang rajin bawak la payung ke topi ke sebab panas kan. Nak beli memang ada je jual kat kedai-kedai souvenier dalam Zoo tu tapi mahal. Topi yang Hana pakai tu beli Rm7. Mahal tapi beli jugak !! hahahaa,,,keje nak komplen je kan aku ni....huhuu


Anyway,


Last aku pergi Zoo masa lepas baru kawin awal tahun 2010 gitu. Pergi ramai-ramai dengan family kak ipar. Masa tu biasa je tapi masa aku pergi ni memang dorang tengah renovate. Nak tambah lagi kandang-kandang binatang yang sedia ada. Bagus gak kan legi banyak binatang lagi seronok !!

Pasni Insya'Allah ada rezeki lebih kita ajak Ayah gi Aquaria pulak yeee....kikikiki





 Wassalam, EnaMokhtar