TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Saturday 13 July 2013

Aquaria 2013

Assalamualaikum w.b.t
 
Rentetan dari cerita ke Zoo tu aku dah niat nak bawak Hana dan mak aku sekali gi Aquaria. Saje bawak dorang tengok ikan pulak. Aku dan hubby dah pernah pergi sini jadi macam tak kisah sangat la. Tapi sebab Hana pun sibuk nak tengok fish katenye....jadi kita bawakla. Kebetulan mak aku pun masa tu kan tidur rumah aku seminggu sebab hubby training kat Penang kan, alang-alang nak hantar mak aku balik tu meh la kita bawak gi Aquaria sekali. Bagi dia seronok sikit sebab seminggu dok rumah aku terperap je kat rumah...hahaha...sian kat mak aku...huhu


Bertolak dari rumah lebih kurang dalam kol 10pagi gitu. Sampai dalam kol 11lebih la jugak. Hari Ahad kan pepaham sudah la KL kalau weekend cemana. Tapi kira cepatla jugak sebab hubby ikut highway Mex.


Aku sampai-sampai je ngam-ngam parking kat depan lift nak naik ke atas. Senang tak payah jalan jauh-jauh heheheee...masuk lift ok clear, bila keluar je dari lift humang aiiii orang kemain ramai lagi. Pasrah jelar sebab dah tau weeknd kan. So, hubby pun terus la gi kat kaunter Aquaria tu kena beratur. Masa nak bayo pun kena tunjuk mykad dan mykid jugak ye.


 Sila telengkan kepala anda...wakakakaka...aku tak reti nak rotate camne. Pepandailah korang nak tengok....kikikiii


 Ni jadual makan untuk para ikan kat Aquaria. Paling best sekali time kat Aquatheatre. 

 Ikan pirana. Biasa je aku tengok..hehe goreng pun sodap nih..


 Belut elektrik. Besar giler !!


 Oh My Daughters.


Soh buat peace dia bantai hi 5 je...

 Yang dalam kaca tu jenis-jenis kumbang. Geli !!


 Itu butterfly !! 


 Cicak Tokek. Besar gini agak-agak ada cecah Rm1juta tak..huhu


 Tengok tu..Crowded juga la orang masa ni. Tapi mostly foreigner.


 Balang ajaib...hehe..kalau nak tau pokok yang ada dalam balang kaca tu diambil dari sungai Amazon tau...haaaaaa...gitu..


 Ibu : Hana, ni ikan masin namanye...
Hana :  Haaaaaa?
Ibu : akakakkaaaa


Ikan Arapaima ni pun import dari Amazon jugak. Besar sangat !!

 1st to 3rd generation.


 One happy family...Alhamdulillah...


Yeah !! Its feeding time...ramai sangat orang masa ni..siap duduk betul-betul cermin tu..

 Ada dua orang diver masa ni.. Tengok tu budak-budak penuh duduk kat depan cermin ni..


 Kat dalam tunnel takde orang sangat sebab semua pun serbu kat Aquatheatre nun..


 Shark!!


Hani masa dalam keta kemain nyenyak tido dalam car seat. Masuk Aquaria terus terjaga. Tapi tetap mainten cun. Elok senyap je dia. Gud anak ibu !! 

 Happy je mak aku dapat tengok ikan beso-beso gini..hehe..sayang mak !!


 Bergambo dengan diver pulak


 Hana excited sangat tengok orang tu berenang dalam air


 Ibu !! kura-kura besarnya......(hmmmmm)


 Obor-obor. Cantik dan comel tapi boleh membawa maut kalau terkena bisa dia


Shark fin anyone?? hehe

 Cantik pulak gambar ni


Ibu !! ni kuda laut. Aik heran juga aku cemana Hana boleh tau ni kuda laut ni...muskil jap..

Next hunting kita pergi Petrosains pulak ye Hana. Insya'Allah kalau ada rezeki.



Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment