TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 30 August 2012

esok cuti merdeka!!

Assalamualaikum w.b.t

Cuti lagik ...ingat esok aku nak buat mee kari kasi jamu budak-budak opis shift En.Saiful. Esok dorang kena keje pagi...jadi tengah hari tu lepas solat jumaat boleh la dorang lari jap datang rumah aku untuk makan. Tapi tak tau la jadi ke tak..perancangannya begitu la...dan memandangkan mee kari menu paling senang, tu jelar menu yang terfikir setakat ini..haha..nak masak nasi berlauk memang tak la kan...akak masak sorang tak larat nak masak banyak2..takdela banyak mana pun...untuk 7 orang makan je pun...tapi mee kari ok la kot...korang ada idea lain ke? kalau ada menu yang simple2 tapi best boleh la komen yeee...

Sabtu ni plak aku dah set dengan geng2 gosip aku kat opish sebelah nak datang beraya rumah dorang semua. Sesapa yang dok area kawasan nilai ke, kawasan salak tinggi ke, boleh la roger nanti aku singgah rumah korang pulak kan,kan,kan....huhuu...yelar nama pun raya...masa ni la kita nak berkenal kenalan antara satu sama lain..kan,kan,kan...kuikuikuiii....

Nama je cuti merdeka tapi dalam hati sikit pun tak ada semangat kemerdekaan. Hape punyer rakyat la aku ni. Bukan ape, perasaan nak menyambut raya tu lebih dari nak menyambut merdeka. Kat jalan raya pun aku tengok takde gantung bendera pun. Kalau dulu,masuk je bulan ogos macam2 jenis perhiasan kat kereta boleh tengok kat jalan raya. ada yang letak bendera gedabak kat bonet depan...lepas tu letak bendera yang kecik kecik tu kat atas bumbung kereta. Meriah sangat.

Tu tak kira dengan macam-macam peraduan yang kompeni-kompeni besar anjurkan. Hadiah pulak ratus-ratus ribu..Ingat tak dulu Petronas ada buat peraduan stiker yang tampal kat kereta tu? Kena isi minyak dalam rm20 gitula..sapa yang spotted secara rawak dia dapat hadiah wang tunai. Tu yang paling aku ingat la..sebab Saiful pun tampal kat cermin belakang kereta Kancil die..haha. Lepas tu iklan merdeka pulak macam2 kat tv...tapi sekarang ni rasanya iklan drama raya memanjang kat tv tu haaa..tu belum kira yang astro ulang tayang lagi tuu..

Lagi satu slogan merdeka tahun ni tak mencerminkan kemerdekaan langsung!! janji ditepati? huhu...maaf la kalau ada yang terasa kan... tapi pendapat aku sebagai rakyat Malaysia macam tak kena la dengan kemerdekaan Malaysia yang bebas dari jajahan negara luar selama 55 tahun ni..buat la slogan yang ala-ala patriotik sikit kannn..tahun-tahun lepas slogan semua best..tahun je ni macam ehhh..lari jauh laa..ni pendapat aku yee...abaikan je kalau ada yang tak setuju....ok? :)

Apa-apa pun aku nak ucap juga  :

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN.. 

semoga Malaysia lebih makmur dan ekonomi rakyat semakin meningkat dan semoga rakyat malaysia terhindar dari segala becana dan malapetaka macam kat negara-negara luar tu..dan sama-sama la kita berdoa supaya maksiat yang semakin berleluasa sekarang ni terhindar jauh dari bumi Malaysia..takut bila memikirkan yang sebenarnya kita masih dijajah dengan pengaruh negara luar. Yang tengah hit sekarang ni hiburan yang menjolok mata dari korea..

Tepuk dada tanya iman!! :) peace!!


Wassalam, EnaMokhtar

Check up 13weeks

Assalamualaikum w.b.t

Kite skip cerita pasal raya yeeee......:)

Sepatutnya 26/8 kena buat tapi aku datang 27/8 hari isnin. Biasala check up kat Klinik Sariah Nilai. Sebab ape aku tak check up kat KK? sebab...takde sebab kot..haha..kali ni malas pulak nak gi check up kat KK. Nanti bila aku dah terbuka pintu hati nak buat kat KK aku register la ye dak? ikut suka hati aku laa..huhu..

So far Alhamdulillah...perkembangan memberangsangkan..berat naik setengah kilo je sepanjang sebulan..berat sebelum preggy adalah 52kg. Berat last month 52.5kg. Terbaru dapat 53 kg..ok la tu dari tak naik langsung..itu doktor yang cakap la kan..nak diikutkan masa Hana dulu berat masa sebelum bersalin adalah 61kg..tapi aku berjaya juga turun samapi 50kg masa pantang. Lepas tu paling berat aku pernah naik 55kg itu pun melantak kemain lagi sebab selera makan meluap luap tak tahu sebab apa...haha. syukur sebab aku ni jenis yang senang nak naik dan senang nak turun.

Masa check up tu pun aku mengadu dengan Doktor yang aku alahan teruk lepas tu sakit kat sini sakitkat situ...kuikui..lepas tu terus dapat mc..hahahaa...aku tak minta pun tapi memang pagi tu aku rasa meloya semacam. Masa tengah tunggu turn tu..alahai tekak ni kalau tadah baldi dah muntah kot..tu pun aku tahan je..dengan kepala berdenyut-denyut..huhu..

Tekanan darah normal. 100/70..next check up 27/9...kita tengok jela kondisi aku masa tu macam mana. Harap-harap sihat wal'afiat. Lepas tu kan yang paling aku tak sabar adalah nak tahu gender baby. Dah 3 4 orang kata anak lelaki kot. Sebab aku mabuk teruk..muka pun alaahai selekeh semacam. Tapi aku tak heran dengan kata-kata orang semua tu. Yang penting masa scan nanti kite eksited nak tahu...gerangan jantina kat dalam rahim ni haaa... tepat ke tak tepat ke...yang penting tawakal jelar...janji anak sihat dan cukup sifat..lelaki ke perempuan ke kami redha je....:)

ok breifing nak start kang sambung membebel balik k...story pasal raya plak..kikiiikiki...


Wassalam, EnaMokhtar