TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday 14 December 2011

Menyesal+terkilan

Assalamualaikum w.b.t

Semasa on the way ke office pagi tadi saya seperti biasa melalui jalan yang sama untuk ke office. Perlu jalan ikut short cut untuk ke jalan besar. Dari jauh saya dah nampak seorang wanita berbaju uniform hitam dan bertudung kuning sedang berjalan kaki dengan anak perempuannya*anggapan saya. Umur dalam lingkungan 2 ke 3 tahun macam tu. Masa tu baru pukul 7.25 pagi. Jalan yang saya lalu tu agak sunyi . Kiri dan kanan dipenuhi dengan semak samun dan belukar kecil. Sebelah tangan menjinjing beg dan sebelah tangan lagi memimpin tangan anaknya. Dalam hati terdetik "eh, dari mana pulak akak ni datang, tak pernah nampak pulak ada orang jalan kaki guna jalan ni. Lagi-lagi perempuan". Dan-dan tu juga saya terdetik nak tumpangkan mereka sampai ke jalan besar*sekurang-kurangnya. Jarak nak ke jalan besar lebih kurang 1.5km.

Tapi, bila je saya lalu sebelah mereka, kaki saya kaku dan tidak terasa hendak tekan brek. Dalam hati meronta-ronta nak tolong tumpangkan mereka, memandangkan keadaan jalan yang begitu. Tetapi tidak tahu kenapa saya tidak berhenti. Bila saya tengok cermin pandang belakang anak perempuannya itu sedang menangis tidak mahu dipimpin dan nampak macam dah penat berjalan kaki. Kesian sangat.

Tapi saya tidak tahu kenapa saya serba salah nak berenti, dan kaki terus je tekan pedal minyak perlahan berlalu macam tu sahaja. Macam-macam yang terlintas dalam fikiran saya masa tu. Sebab sepanjang 3tahun saya guna jalan tu pergi dan balik kerja, tidak pernah pula saya nampak kelibat wanita itu. Dan sepanjang jalan itu cuma ada 1 buah rumah je. Di tengah-tengah belukar kecil. Geram dengan diri sendiri kenapa la saya tak nak tumpangkan mereka sebab dari jauh saya dah niat nak berhenti. Tapi tak tahu kenapa kaki tak nak tekan brek. Korang faham tak?

Lepas je saya keluar dari jalan besar saya asik teringat kat wanita tu. Kenapa la saya tak berhenti tumpangkan je mereka tu kan. Adui serba salah saya. Sampai ke saat ini saya teringatkan mereka. Nampak macam wanita tu hendak hantar anaknya ke rumah pengasuh sebab bawa beg baju, dan budak perempuan tu pula nampak macam baru bangun tidur je sebab pakai baju tidur lagi. Rambut nampak serabai*wah detail gitu. Alahai kenapa la saya melintas sebelah mereka begitu sahaja. Kan bagus saya tumpangkan mereka. Mintak-mintak saya jumpa mereka lagi pagi esok, boleh la saya balas perasaan terkilan ni.

Tapi dalam hati tu terbit rasa bersyukur sebab saya dapat pandu kereta yang selesa. Ada pendingin hawa. Dapat berteduh dari hujan dan panas. Berbanding dengan orang yang terpaksa menunngu bas untuk kemana-mana. Kadang kalau saya lalu depan bus stop rasa kesian dengan mereka yang tengah menunggu bas tu sebab saya pun pernah melalui zaman itu.

Alhamdulillah ada hikmah juga kenapa saya terserempak dengan wanita itu pagi tadi. Harap-harap lepas ni kalau nak tolong, saya mesti teruskan saja niat tu. Jangan teragak-agak. Tapi tengok la keadaan jugakan. Kalau nak tolong, tolong wanita atau kanak-kanak sahaja. Kalau nampak macam  mencurigakan, tak payah la offer diri. Zaman sekanag ni yang bukan-bukan je boleh berlaku kan?



Wassalam,
EnaMokhtar