TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 22 May 2012

Wakaf untuk Pusat Tahsin Al-Quran Sg. Merab Kajang

Assalamualaikum w.b.t

Saje aku post kat sini walaupun kat Fb pun aku dah updated. Kepada sesiapa yang berminat nak wakafkan sebahagian harta, boleh la pm aku ke, email ke, tak pun kol je.. nak no tepon? pm la ye...add la dulu kat Fb..



Bukan ape, kalau kita wakafkan harta, Insya'Allah pahala berterusan untuk kita sampai kiamat nanti selagi mana Pusat Tahsin tu digunakan...:)

Aku pun ni pun bukan dapat upah pape. Ikhlas tolong Ustazah Nawiyah. Ustazah ni memang setiap jumaat buat kelas kat surau Mahb. Kelas Al-Quran. Sekarang ni kitorang tengah dah proses nak hafal Yassin pulak. Ada yang dah sampai 3 Mubin pun. Ada pulak yang 1 mubin pun tak lepas-lepas lagi*aku la tuuuu*. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua untuk hafal yassin dah dapat sama-sama join majlis khatam dan hafal Al-Quran pada 15julai nanti.. Ameeeennnn ya Rabbal Alamin...x 100..

Ehhh...lupa pulak, untuk wakaf ni. 1 unit bersamaan 1 kaki. Berharga Rm30 saje. Terpulang nak wakaf untuk siapa. Samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita beramal k..peace!! : )

Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment