TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 21 June 2012

Musim Jerebu

Assalamualaikum w.b.t

Saya tengah selsema ni. Maybe sebab faktor cuaca sekarang. Tapi kenapa ye kalau orang demam mesti dikaitkan dengan faktor cuaca? *garu tangan*. Cuba kaitkan dengan faktor pemakanan ke, pergaulan ke? takpun faktor awak tu banyak dosa sebab tu mudah dapat sakit *garu pipi*Huhu.Tapi takpe, sakit itu kan penghapus dosa.

Iye, sekarang ni musim jerebu telah melanda Malaysia tercinta. Jadi buat masa ni kurangkan la sikit aktiviti outdoor tu ye. Paling penting minum air masak banyak-banyak. Kalau dapat air masak yang bertapis lagi bagus. Sekarang ni pun En.Saiful over excited beli air mineral berkotak-kotak dan berbotol kat rumah tu sebab nya water filter kami rosak. Tu yang En.Saiful balun beli mineral water selambak macam tu. Takpela biar berhabis duit untuk kesihatan. Sebab once u dah sakit, nak buat ape pun tak boleh. Usah kata sakit kronik macam kat Hospital tu haaa..Cukuplah kalau setakat demam biasa jee..Mesti lemah longlai kan.

Sebab tu la kalau boleh jangan berkira untuk berbelanja ke arah kebaikan macam ni. Tapi jangan pula kata "saya nak berhabis duit untuk maintence healty, tapi tetap jugak kena kanser. Tetap juga dapat sakit buah pinggang dan etc..etc.. macam mane?". Kalau dah gitu anggap saja penyakit tu sebagai penghapus dosa yang lalu. Kalau kita redha dengan sakit yang sedang kita hadapi. Insya'Allah, Allah akan angkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi yang tiada seorang manusia pun tahu mengenainya...

Bercakap pasal jerebu ni. Saya baru plan nak pergi mandi manda kat gold coast Morib. Bawak budak kecik tu main air. Tapi sebab tengok cuaca macam tak berapa baik. Terpaksa la postpone ke tarikh lain. Memang tak prepared apepun. Datang dah terjah macam tu je..Haha.

Anyway, last word dari saya. Jaga diri, Jaga kesihatan, Jaga akhlak. Insya'Allah semoga Allah pelihara kita dari sebarang wabak penyakit yang merbahaya. Buat yang tengah sakit tu. Sila ikut nasihat Doktor. Makan ubat, dan minum air masak banyak2. Supaya dapat memudahkan sistem penghadaman dan nyahtoksin dalam badan....semoga kita sihat-sihat selalu. Maaf sebab entry tiada gambar. Heh.

Last word la sangaatttt..haha.


Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment