TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday, 19 June 2012

Hectic Life

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua pembaca blog enamokhtar.blogspot.com. Iye,saya tau saya tak ramai reader. Tapi sejak ahad lepas saya perasan ramai yang terjah blog saya untuk review pasal The Cabin Langkawi. Itu pun gara-gara masuk rancangan Safiyya tv9. Well, Saya hanya kongsikan apa yang patut. Lepas ni sila jangan email saya pasal The Cabin lagi yee.. Boleh terus ke laman web mereka disini. 

Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk*sila percaya*. Sampai saya takda masa nak beramah mesra dengan suami tercinta. 

Isnin:
Biasala. Isnin hari yang malap. Kenapa nama isnin? *tepuk dahi* 

Selasa: 
Haaa..yang ini memang la lupa diri jap. Sebenar nya masa ni ada jualan khas untuk staff-staff mab. Jualan barang-barang dari hotel Pan Pac KLIA. Memandangkan dorang nak clearkan semua barang-barang lama dan nak upgrade interior design hotel dorang, maka semua barang-barang dalam hotel nak dilupuskan. 

Dari sekecil-kecil bakul sampah, sampai la sebesar-besar sofa mewah. Yelah kalau standard kerani cabukk macam aku ni nak beli perabot kayu jati yang baru memang tak mampu. Tapi jualan macam ni tetiba aku jadi mampu walaupun dah tengah-tengah bulan ni kan. Mana tak mampu, cuba korang bayangkan set kerusi sofa kayu jati yang padu dan jitu tu (3+2+1) baru je rm30-40. Kalau kat luar punyer rege memang mampu jeling dari jauh je. Hahah. Masih elok dan cantik. Kalau rajin, balik rumah boleh varnishkan balik Kasi lagi vogue gitu. Tu belum kira Foot Massage rm12, Towel rack rm1.20, Ottoman rm2.40. Juling bijik mata aku kejap. Murah sangat2. Kondisi perabot dan barang masih baik dan cantik. Almaklum la barang Hotel, mana jejas sangat kalau nak bandingkan dengan barangan kat rumah kan. Bukan selalu guna pun.

Sebab tular ramai staff mab serbu ke sana. Jangan tak tau, Senior Engineer, Manager pun serbu sekali hahaa. Punye la berebut. Nasib la dapat yang mana elok. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia nangis..hahahaha..

Aku malas nak berebut benda yang dah abes orang rebutkan. Jadi aku ambil benda yang orang tak berapa nak berebut. Total damage cuma RM20.40 je*saja besarkan huruf*. Aku dapat 2 benda je.. iaitu..jeng...jeng..*gambar aku upload nanti-nanti la yee...kuikui*

Rabu:
Aku EL sebab urusan aku untuk angku barang-barang hotel yang aku beli hari selasa tu tak setel lagi. On the way balik dari ambil barang-barang tu semua singgah jap kat mcD. Lapo tahab gaban sebab aku dengan En.Saiful breakfast kuih karipap je dua biji. Sampai rumah dekat pukul 3. Dah siap punggah barang-barang kecik. En.Saiful singgah la pulak rumah opismate kami. Angkut pulak writing table yang kitorang beli tu sebab kereta kami tak muat daa..Kenari muat pulak sebab seat belakang boleh diturunkan. Lepas dah siap semua tu. En.Saiful pulak gi uruskan pasal bisnes kecil-kecilan dia tu haa..*berapa banyak lepas tu daaa*haha

Balik rumah dah petang, badan penat macam tak tidur dua hari. hahaha. Lepas En.Saiful selesai urusan dia kat Seremban, ambil pulak budak kecik tu kat Taska. Malam tu pulak En.Saiful turn kerja malam. Sebab tula takda masa nak bermanja dengan suami tercinta..T_T
 
Khamis :
Masuk balik ofis kerjakan pulak kerja yang pending semalam tuuu..*padan muka siapa suruh EL*. Kerja sampai pukul LIMA. Balik rumah kembali dengan rutin asal..amik Hana, balik rumah masak, kemas rumah apa yang patut supaya tak nampak semak sangat.

Jumaat:
Rutin macam biasa juga pergi ofis dengan badan yang longlai. Dalam hati meronta-ronta nak minta cuti. Kalau dapat mandi pantai kan best. Haaa..tak pun ajak husband shopping handbeg guess baru kat Sacc *mimpi jap*.  


Malam ni ada dinner dengan Kontraktor Malaysia Airports Sepang. Pasal tu nanti update entry lain pulak.


Pasal story aku ni. Aku tau ada orang lagi hectic dari aku..tapi saje nak share kan. Macam ni la selagi kita bernafas. Masa berlalu dengan pantas kan? cuma kita je kena pandai bahagi masa antara urusan duniawi ataupun urusan akhirat..


Hecti ke tak Hectic ke..kau ada?
hahaha..




Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment