TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 4 October 2012

Excited+Nebesss

Assalamualaikum w.b.t

14/10/12....iye Hana Humaira kesayangan ibu dan ayah nak masuk 2 tahun dahhhh...cepat nye besar anak ibu yee..huhu...

Plan asal ingat nak buat makan-makan la sikit untuk sambut besday dia nanti. Tapi aku lebey suka kalau mention kenduri kesyukuran Hana sempena 2 tahun. Bunyi macam islamik la sikit kan...Lagipun aku memang buat sekali dengan kenduri tahlil arwah atok and nenek yang dah meninggal. Sebab lately aku selalu mimpi pasal dorang. Mimpi yang elok. Alhamdulillah. Dah alang-alang aku nak buat makan-makan Hana. Sekalikan la hadiah untuk mereka-mereka yang telah tiada. Rindu nye dengan arwah atuk belah mak aku sebab dia baik. Walaupun garang...hmmmm

Ada lagi lebey kurang 9 hari je lagi. Eksited sangat tapi dalam masa yang sama nebes takut ada yang terkurang sana sini. So far persediaan dah hampir 60%. Takdela deko-deko bagai buat simple-simple je. Jajan semua dah siap beli. Beli yang biasa-biasa je pun nyeeee...akakakaa..

Bab makanan aku order je sebab memang tak la aku nak masak-masak ni kan. Kalau ikut hati memang aku nak masak. Tapi kalau ikut badan aku pikir lapanploh kali dulu laaaa baru masak...ekekeke...tak larat nak masak sensorg kat dapur nun haaa...dapur dah la cinonet jek. Mak aku memang dah offer diri nak masak-masak ni kan. Tapi aku taknak la menyusahkan sesiapa. Sendiri punya majlis, sendiri kena settle.

Abah aku pulak offer nak sponsor sate..wahhhh...Alhamdulillah..murah rezeki abah aku..kehkeh..pucut dicita ulam mendatang. Jemputan pun tak la ramai mana. Maximum aku budget dalam 50org je. Tetamu untuk orang-orang terdekat je. Kang kalau jemput yang jauh-jauh kalau tak dapat datang buat rugi je kann..Jadi kita rapatkan yang mana terdekat la..senang...Lagipun buat kecik-kecik je..nak panggil ramai-ramai rumah aku kecikkkk..maluuuu nanti ada yang tak dapat tempat duduk..kehkehkeh..

Adik badik aku semua aku jemput sebab nak buat kenduri tahlil sekali kaannn..

Ermmm..pastu makanan pulak aku tak yah nak pikir dah sebab semua dah siap order tinggal nak tunggu hari majlis berlangsung tu je nanti. Harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku..Ameeennnnn...

Goodies pun dah siap beli. Takde nak tempah-tempah bagai beli yang dah siap je pun. Ala beli pun tak banyak. Untuk kanak-kanak je pun. Dalam 25 beg je punn. Orang tua tak perlu. Kalau nak jugak tunggu aku buat kenduri kawin Hana pulak nanti yeee...ekekekekeee...

Okeh.

Semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Tapi biasa la kan kalau fisrt time nak buat majlis "besar" ni. Mesti ada terkurang sana sini. So, aku redha jela...Yang paling penting masa majlis tu nanti Hana sihat dan cergas. Biar la die happy sikit sebab ramai orang datang nak raikan dia nanti..


Menung ape tu sayang ibu...
   

 Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment