TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 16 December 2013

Kek minyak

Assalamualaikum w.b.t


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung  gandum
1sudu teh baking powder
5biji telur
1sudu teh ovalet
1/2 cawan gula
1cawan susu pekat
1cawan minyak
sedikit vanila esen
pelbagai warna masakan.

1-Panaskan pengukus terlebih dahulu.
2- Ayak tepung+ baking powder (ketepikan)
3- dlm mangkuk lain pukul telur+gula+ovalet sampai betul-betul kembang.
4-kemudian masukkan susu dan minyak masak. pastu letak esen vanila sikit dalam setitik dua gitu. kacau sebati guna senduk.
5- kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

bahagi kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna. Kemudian tuang kedalam mangkuk atau loyang selapis demi selapis. Dah siap tu lorek la ikut suka hati kemudian baru kukus. Kukus dalam 1jam menggunakan api sederhana supaya kek tak merekah. Patikan alas dengan kain sebelum ditutup untuk elakkan air menitis atas kek iteww yang boleh menyebabkan kek jadi berlubang...



 Yang ni aku guna mangkuk tau foo faa..

 Hat ni plak guna loyang

 Hasil lepas kukus

Bentuk rupa paras lepas dipotong

Bagi aku ni kek paling senang dalam hidup aku pernah buat. Rasa dia sedap. Tak berapa manis. ada rasa-rasa susu dan yang paling best sekali kek ni lembut,lembab dan gebu..Tak caya korang try ok..??


Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment