TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday, 28 October 2013

Matlamat

Assalamualaikum w.b.t

Setiap orang punya matlamat dalam hidup kan? macam tu jugak aku. Aku tak kan selamanye bekerja sampai ke tua (kes luahan hati aku kat pesbuk la nehhh...haha). Maybe mungkin ada orang akan kate aku bodoh dan gila sebab nak berenti kerja. Memang aku selesa dengan kerja sekarang. Setaraf dengan kelayakan yang aku ada. Bos pun sangat baik dan sporting. Rakan sekerja sangat cool dan best. Walaupun kadang-kadang ada yang menyakitkan hati tapi kalau dah nama bekerja dengan manusia terimalah dengan hati yang terbuka dan aku sentiasa positif dengan setiap kritikan dan cabaran dalam alam pekerjaan. KERJA ITU IBADAH. Itu point aku setiap kali rasa stress dengan kerja.

Setimpal dengan kerja yang aku buat. Gaji yang aku dapat pun setimpal (buat masa sekarang)
 tapi selaras dengan budget 2014 (tiba-tiba), rasanya makin tinggilah sara hidup lepas ni. Memang lah bantuan sara diri dari kerajaan tu ada peruntukkan tapi aku dan hubby tak termasuk dalam bantuan tu. Dengan kadar dan kos sara diri yang tinggi rasanye gaji 5k (bukan gaji aku dan bukan gaji hubby aku errr....) pun belum tentu ko dapat survive. Tu baru ada 2 anak. Perancangan aku Insya'Allah paling sikit nak 4 orang. Guane?? haha..nak kena revise balik plan ni dengan Hubby..(Ehhh..haha)

Berbalik dengan matlamat hidup aku ni. Aku agak aku akan berenti kerja jugak suatu hari nanti. Insya'Allah mungkin dalam 4 ke 5 tahun lagi kot? Allah Maha Merancang kan..Aku ada alasan sendiri kenapa nak berenti kerja dan jangan ditanya kenapa. Lantak ape orang nak kata. Plan aku, so sukati aku..boleh gitu? hamboiii ayat kasaq nooooo....haha..Maksud aku setiap orang ada alasan kenapa perlu begitu dan begini. Nak buat itu kena ada perancangan. Kalau A tak jadi kita standby dengan Plan B. Kalau tak menjadi plan B backup dengan plan C pulak. Kalau gagal jugak, masuk bilik nangis la 2 3 hari buat-buat kecewa sebab plan semua tak menjadi..huhu..TAWAKAL...aku pegang teguh pada yang satu itu.




Kalau nak diikutkan banyak sangat matlamat hidup aku nak capai..Nak sambung study, nak beli rumah, nak beli tanah, nak beli Estima (eh??), nak beli handbeg MK (ehh lagi...??), nak pegi bercuti kat London,Paris,New york (gitewww...), clearkan hutang piutang keliling pingang. Kasik setel semua urusan dunia yang pada aku memang tak akan habes selagi nadi berdenyut. Jadi pada aku matlamat yang paling penting adalah tumpuan aku untuk besarkan anak-anak. Sebagai seorang ibu yang beranak 2 (baru 2 so jangan bongkak bak kate kakak aku yg ada 5 orang anak,1girl 4boys..huahua)..

Iyelah aku tau orang lain pun ada anak tak kecoh pun macam kau . Tapi ape yang aku lalui sekarang ni buat aku terfikir takan lah selamanye aku nak bagi orang lain besarkan anak-anak aku? Pagi-pagi buta seawal pukul 5.30 aku dah kena bangun. Siapkan ape yang patot. Bubur si Hani, mandikan dia. Tu belum lagi berperang nak ajak si Kakak mandi. Siap berdrama korea okeh..!! huahuaaaa..tiap-tiap pagi aku akan kelam kelibut siapkan budak-budak. Kalau time Hubby ada memang syukur Alhamdulillah dia banyak bantu dan aku pulak banyak komplen (bila hormon pompan datang..haha) maaf ye hubby I lap U..haha terima kasih sebab banyak sangat tolong buat kerja rumah. Setiap hari kena hantar Hani ke nursery. Pukul 7.30 dah pacak kat depan pagar nursery...(mungkin ada orang yang lebih awal dari itu)

Tiap kali nak pas Hani kat teacher dia aku ada rasa bersalah, sebab start Hani 3 bulan dah hantar dia nursery. Memang ini perkara yang sama kot bagi setiap ibu yang bekerja. Setiap hari hantar anak ke pengasuh atau nursery. Tu belum yang anak demam tapi kita terpaksa jugak hantar anak ke nursery sebab cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Setiap kali bila Hani demam ke selsema ke batuk ke aku akan blame diri sendiri sebab dah tau kan bila kita hantar anak ke Nursery memang mudah dapat jangkitan lagi-lagi bila Hani ada medical history yang agak kurang masa dia lahir. So, Hani agak sentitif dan memang mudah kena jangkitan kalau terdedah dengan penyakit atau cuaca sejuk. So, isunya maybe sebab HANI....Sedey kadang bila fikir. Ape yang anak aku makan kat nursery, ada tak teacher buat tak elok dengan anak aku. Walaupun hakikatnya teacher kat nursery tu ok dan baik. Tapi biasalah mak-mak selalu fikir bukan-bukan (ke aku sorang je fikir macam ni??)...huhuhuhuuu TAWAKAL..masih pegangan aku dalam perkara ni. Setiap kali lepas solat tak culas aku doa untuk anak-anak. Dilindungi dari keburukan dunia. Dilindungi dari kejahatan dan kezaliman makhluk samada nyata atau tersembunyi...Sebak rasa bila fikir pasal anak-anak.

Disebabkan aku dah target nak berenti kerje kesekian-sekian tahun. Jadinya aku dah ada beberapa perancangan yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kebergantungan aku 200% hanya pada Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Niat aku cuma satu. Nak besarkan anak-anak dengan cara aku sendiri. Nak carik seberapa banyak pahala dan keredhaan Illahi. Bukanlah sekarang ni tak boleh nak dapat pahala dan ganjaran tapi sebenarnya lebih kepada kepuasan diri. Insya'Allah yang lain-lain Allah akan beri ganjaran dan bukakan jalan. Dan sekiranya aku ditakdirkan berenti kerja nanti, tentang keperluan diri sendiri tu aku masih boleh nak beli apa-apa yang aku rasa berkenan dan pada dasarnya pembelian itu bukan satu pembaziran (sebab aku dah ada plan B,C,D,E and so on..hehe). Bak kata sorang ustaz ni lebih kurang gini la ayat dia.


 " Setiap barang yang awak beli itu kat akhirat nanti Allah akan tanya setiap kegunaannya nanti. Jadi jangan membazir. Selagi boleh pakai. pakai. Rasulullah pun kalau baju koyak dia jahit sendiri dan takda nak beli baru. Sebab itu kita kena ikut contoh Nabi S.A.W. JANGAN MEMBAZIR......"

Boleh gitewwww .............??


Dan secara otomatiknye aku terus cancel nak beli Estima (tunggu anak 5 baru beli..sebab itu keperluan kahkah), dan say bye-bye tu handbeg MK and ofkos terminate London,Paris,New York...terus tukar Mekah dan Madinah...(nangis...)..Rumah dan tanah masih dalam list sebab itu keperluan..(boleh..??)

Oh My.....

Panjangnye aku tulis yeee....harap korang tak bosan. But, yes it is...dalam 4 ke 5 ke 6 tahun (ehh..??) aku plan nak resign dari kerja sekarang...Insya'Allah kalau tertulis nyawa aku panjang..thats what i plan..kalau umur tak panjang semoga Allah permudahkan urusan aku yang sekarang ni...May Allah bless me and my family..


Pada ibu-ibu berkerjaya tu janganlah nak hentam aku pulak lepas baca entri ini. Sebab aku ada alasan aku sendiri kenapa. Kalau korang rasa kita orang perempuan perlu bekerja sebagai jaminan kalau jadi apa-apa. Silakan. takda sapa nak marah aihhh..(sebenarnye aku pun fikir macam tu dulu...huhu)...but, as for me..segala-galanye kita serah pada Allah. Yang penting kena ada usaha. Maksud aku kalau nak berenti kerja please do something yang boleh jana income atleast kita tak bebankan suami disamping itu bila kita buat something takdelah kita boring kan duduk rumah (itu plan B..haha) dan ofkos anak-anak sentiasa ada depan mata..makan,tido,mandi anak-anak kita jaga..gituwwww...

Memang kalau nak difikirkan duduk rumah ko lagi penat dan kerja rumah tak kan pernah abes...!! well,thats true..agreed with that..tapi aku rasakan (my opinion)..masa aku pantang ritukan aku rasa macam bahagianya la duduk rumah..memang kerja rumah takan pernah abes tapi kita as a mother kena pandai lah bagi masa..yang paling heaven sebab dapat berkepit dengan anak..spend time dengan anak-anak. Dua bulan cuti bersalin rasa macam terlalu sekejap..!! tu yang bila nak hantar Hani for the first time ke nursery, air mata jangan cakaplah...sedey sangat..!!



Ok...Thats it....


Terpulang masing-masing punya pandangan. Ini matlamat hidup aku..Agak carca marba sikit kan..pening korang baca..haha...but In the end..Allah je Maha mengetahui isi hati aku..Sekian.





Take care semua !! :) :) :)

2 comments:

  1. bak kata menteri .. nak mengajar rakyat berjimat.. kikikik dlm hidup mesti ada matlamat. semoga awk dpt capai matlamat awk dgn jayanya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat sangat kan Yana..hehe..Tq Yana...:)

      Delete