TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 17 May 2013

Hani Nadira 3month

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..20hb ni bersamaan hari isnin genaplah Hani Nadira 3bulan. Malam tadi tak boleh tido. Kesian Hani asik terjaga je sebab selsema. Pagi tadi lepas aku mandikan Hani, masa nak pakaikan baju Hani asik bersin je. Meleleh hingusnya. Selsema tu maybe jangkit dari Kakak Hana kot sebab dia pun baru je baik dari selsema. Sampai sengau suara. Now kakak getting better la. Cuma batuk je belum hilang lagi.

Antara gambar yang ada. Banyak sebenarnya gambar dia tapi dalam lappy kat rumah. So,layan jelar yang ni dulu yee..


 Ni masa on the way balik kg. Alor Setar seminggu sebelum aku naik keje. Sedap je Hani tido.


 Kat rumah Mak tok..


 Ni on the way balik Nilai pulak. Kebetulan sehari sebelum aku nak balik Nilai tu aku beli la stroller and car seat baru untuk si Hani. Murah je. Ni kira rasmi car seat baru la ni. Sepanjang jalan tido elok je dalam car seat tu. Guddd anak ibu...eheheee..


 Tutup sikit mulut tu adik oiiii...

Setakat ni Hani ok je. Tak banyak ragam la. Kalau lepas minum susu tu aku letak je depan tv elok je dia diam. Kadang-kadang sampai tertidur sendiri. Tak payah nak dodoi ke hapa. Magic la pulak. Kalau time Hana dulu. Memang takdelah dia nak tido sendiri. Kalau didodoi pun tido dalam 15minit pastu bangun balik. Dah aku kena sua nenen kat dia sampai dia tido balik. Penat jugak. Sampai sakit pinggang kadang tu. Tak cukup belah kanan, tukar pulak belah kiri. Sangat mencabar !!.

Tapi,

Alhamdulillah si adik ni memang lain perangainya. Tak banyak ragam. Senang nak jaga. Time tido pun senang je. Kalau lepas dia kenyang tu memang dia dah tak merenggek atau meragam la. Kadang kalau lama takde orang kat sebelah dia, dia akan bising jugak laa..masa tu aku suruh la Hana main dengan adik. Nanti cecepat dia pegi kat adik. Cakap-cakap dengan adik ajak main. Kadang dicium dipeluk adiknya. Sweet sangat. Kadang siap cakap "Adik jangan nangis ibu tengah masak tuuu". Bijak bercakap si kakak tu. Sayang dua-dua anak ibu..

Cepat je masa berlalu. Macam tak caya aku ibu ber-anak 2.heh....


Wassalam,
EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment