TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 10 July 2012

Next Year??

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bulan 3 tahun depan..(Insya'Allah) Hana Humaira akan dapat adik. Due date dijangka 3/3/13..cantik juga angka tu..masa Hana dulu..aku macam budget nak tarikh 10/10/10..tapi bersalin pada 14/10/10..4 hari terbabas dari tarikh yang aku aim tu....Tapi itu pun sebenarnya aku bersalin awal 1 weeks dari due date. Ada hati nak bersalin 10/10/10..kehkeh..

Masa mula-mula tu,memang badan dah rasa lain macam tapi macam iye tak iye jelar walaupun cik P dah lewat 4 hari..So, hari Ahad 1july minta En.Saiful belikan pregnancy test kit..mula-mula En.Saiful tak nak sebab malu kononnnn...lepas kena ceramah pastu last-last kena pulak ayat membawa diri aku macam ni "Takpela biar la ibu beli sendiri esok"..terus cair hati mamat tu..terus cakap "alaaaa...buat ayat sedey la pulak ibu kau Hana oii"..haha..Petang tu En.Saiful keluar beli..Pastu kemain excited suruh test cecepat..Lepas solat maghrib aku pun mulakan la operasi..Tak tunggu lama pun..Lepas je titiskan urine terus naik 2 line..tapi line no 2 tu macam kabur sikit la..Dalam hati kemain suka sangat. Lepas tu tunjuk la test kit tu kat En.Saiful dia pulak buat-buat tanya kat aku "hah ada ke?" macam nak merajuk la jugak kan..(ntah hapehape) tapi cecepat la En.Saiful pujuk esok kite gi klinik ye....

2hb Isnin, pergi buat pengesahan kat Klinik Sariah di Nilai. Doktor Sariah ada pulak pagi tu..Tiga-tiga masuk bilik Doktor sebab nak check dada Hana sekali. Batuk kahak kat dalam. Lepas check kasi Neb sedas..Meraung la budak kecik tu..Aku tukang peluk,En.Saiful tukang pegang Neb,Sorang staff kat situ tolong borak2 dengan Hana. Itu pun kemain kuat kudrat buat kecik tu nak lepaskan diri. Endup sedut neb sambil airmata meleleh sambil mata pun lalok nak tidur..haha.

Selesai je hal Hana. Aku pula Doktor nak scan. Alhamdulillah sarung dah nampak tapi kecik sangat dan tak berapa clear sebab air kencing takde. Tapi everything was ok. Means that i'am officially declared as a preggy mommy..Subhana'Allah!! Alhamdulillah !! Happy!! . Cuma nak tunggu next week la kot baru buat buku merah.

Alhamdulillah..usia kandungan sekarang baru je masuk 7 weeks. Sorry la pada yang kata aku over..tapi macam excited la nak share dengan kengkawan. cuma FIL je belum diberitahu. Tunggu la nak masuk 3bulan nanti baru bagitau..Motif?? sebab nak bagi surperis kat FIL sebab lately dorang macam stress sket nak uruskan wedding BIL aku Nov ni..macam-macam nak kena handle. Almaklum anak bongsu lelaki (kesayangan). Jadi plan tu macam kaw-kaw nak all out masa kenduri tu nanti. ceh..(overpulakakuni)..haha

Anyway tolong doakan saya selamat menjalani proses kehamilan kali kedua ni dengan baik..Dan dapat melahirkan dengan baik juga. Doakan juga saya tak perlu melalui proses melahirkan yang ngeri tu seperti sebelum ini. Boleh baca pada tajuk Kenangan itu dan Kenangan itu part II ... 

Pada yang sedang berusaha untuk mendapatkan atau menambahkan zuriat, jangan putus asa. Cuba , cuba dan terus cuba ok? Insya'Allah setiap kepahitan itu Allah akan gantikan dengan kemanisan yang kita sendiri tidak terjangka. Tidak semestinya apa yang kita inginkan itu akan kita dapat dalam jangka waktu yang kita minta kan? terus la berusaha kerana setaip usaha itu jika berjaya kita mendapatkan hasilnya..tidak terperi dan tergambar dengan kata-kata kemanisannya nanti. Jadi yang paling penting dalam setiap apa yang kita inginkan kat dunia ni kecil mahupun besar.. perlu ada.. D.U.I.T..

D= DOA
U=Usaha
I= Ikhtiar
T-Tawakal

Jangan lupa doakan saya yeee....peace!!


Wassalam, EnaMokhtar

2 comments:

  1. alhmdlh .. tahniah ea. seronoknya dgr org nk dpt baby. yana blm ada rezeki lg. doa kn yana jgk ek.. moga kamu sihat sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana...tq...saya doakan kamu cepat2 dapat baby ye..try la minum susu kambing dengan kurma..mana tau menjadi kan..semoga dipermudahkan segala urusan yana eaaa..:)

      Delete