TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday 8 January 2014

Al-Kisah Tadika Hana

Assalamualaikum w.b.t


Start tengah tahun 2013 hingga bulan November 2013 aku dah survey beberapa Tadika Islam area Salak Tinggi dan Nilai. Ciri-ciri utama yang aku nak untuk sekolahkan Hana adalah

1- Tadika Islam
2- Tadika Islam+English Learning
3- Ada disediakan day care

Dan antara tadika tersebut adalah:

Tadika Pasti : Area Usim, Nilai. Sangat suka dengan tadika ni sebab memang dia utamakan pelajaran islam untuk anak-anak kecil. Bayaran yuran bulanan pun murah. Registration fee pun murah. Tapi sayang takda day care. So, aku nak kena fikir pulak nak carri transportation untuk Hana. Kena pulak kira-kira budget kat situ.

Tadika Islam Mifthaul Ulum : Area Nilai. Tadika ni ok, ada day care, Registration fee tak berapa mahal sgt tapi almost rm1k la jugak. Teacher pun ada yang dari cikgu KAFA. Teacher ada 6 orang. Untuk bahasa English ada sorang cikgu India mengajar. Dekat jugak dengan area rumah aku. Monthly Rm310 termasuk day care dengan kelas mengaji petang. Ok sangat.

Tadika Little Caliphs Enstek : Pun Ok jugak. Teacher semua dari UIA dan USIM. Fully speaking in English bila dalam class. Ada arabic class, Siap dengan day care sekali. Monthly pun ok la Rm350. still in budget. One way jugak aku nak ke office so sangat strategik la.



Antara ketiga-tiga Tadika ni yang paling aku suka adalah Little Caliphs Enstek sebab ciri-ciri yang dah aku nyatakan tu. So, dengan senang hati aku pun siap-siap la call teacher kat situ kate kompom nak daftarkan Hana by end of Dec and etc etc lah...

Tapi nak dijadikan cerita, aku dengan hubby pun memang dah plan nak registerkan Hana hujung-hujung bulan 12 gitu. Sebab pada fikiran kami setakat budak umur 4 tahun je rasa takda masalah kot nak daftar lambat-lambat. Bukannya nak sekolahkan asrama. gituuuuu..

So, dengan penuh keyakinan yang jitu dan excited-nye maka tibalah hari kami nak pergi register. Tapiiii...sebelum register call lagik sekali sebab takot nanti takda orang pulak nak layan bila kami datang. Sekali call cakap nak datang register bla..bla...bla...Teacher yang angkat call tu jawab yang class untuk 4 tahun dah full. Huaaaaa.....siap merayu cakap selit sorang je lagi student tak boleh ke teacher...dengan lemah lembutnya teacher tu cakap yang dia memang dah banyak tolak permohonan sebelum ni sebab takut nanti kalau ramai sangat student, teacher tak boleh handle.

Jadi dengan hati yang remuk rendam aku redha jela. Takda rezeki katenye. Insya'Allah next year kita cuba lagi yee..So disebabkan masa pun dah suntuk aku pilih la Tadika Islam Mifthaul Ulum. Cecepat call tanya ada tempat kosong lagi tak. Alhamdulillah ada..fuhh legaaa...hehe

 Alhamdulillah Hana pun dah 4hari sekolah kat situ. Serasi nampaknya. Hari pertama pergi sekolah siaplah teacher amik jemput dekat kereta siap bawakan beg bagai. Teacher India tu speaking London dengan Hana. Nganga jela anak aku tu. Macam blurr.. Padahal kalau kat rumah siap ber-dad-dad ber-mom-mom bagai. Tu semua penangan cite katun channel 613. hahaha..

Setiap kali aku amik memang aku akan tanya dia macam-macam. Pasal cikgu,pasal kawan-kawan,pasal belajar ape harini, seronok ke tak. Alhamdulillah ok. Walaupun kadang-kadang ada cerita kawan cubit pipi lah, kawan rebut buku lah, cikgu garang lah tapi bila lama-lama aku tanya lagi sekali Hana suka sekolah ke tak. kompiden jawab Hana sayang sekolah. Hana sayang buku. Ok la tu.

Pasal cikgu garang tu aku agak yang maybe cikgu dia tegur something kot. Tu yang dia merajuk tu. Sebabnya kalau kat rumah bila aku tegur dia jangan tarik tangan adik kuat-kuat nanti adik sakit pun habis dia bentaknya aku balik" Hana taknak kawan dengan ibu, Ibu marah Hana"!! Guane????

Budak tengah nak membesar gitulah gaya dia nak ekspresikan emosi dia. Jadi aku takdelah marah balik. Biasanya bila dia gitu, aku akan buat tak tahu je. Biar dia lepaskan perasaan. Bila dah cool down baru datang balik dekat dia peluk,cium, cakap ulang-ulang " Ibu sayang kakak Hana, Ibu tak marah Hana, Nanti adik sakit kalau Hana tarik tangan adik kuat-kuat. Kesian adik kecik lagi, Hana sayang adik tak??. Haaaa gituuu lepas tu nanti dia cakaplah sayaannnggg... siap peluk cium adik..huuuuu

Bila difikir-fikirkan kadang perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran. Ada satu ketika aku lepuk jugak kaki tangan dia tu sebagai peringatan. Tapi takde la kuat mana. Lepuk-lepuk manja gituuuu...hahaha Itu belum lagi kira bawak berjalan kat shopping komplek. Perghhh urut dada kate koooo...Dengan perangai tak takot orangnye..huuuuuuu...

Ehhh...dah melalut pulak..oklah..enjoy la gambo-gambo Hana pakai uniform sekolah ni haaa...
Semoga Hana jadi anak solehah berjaya dunia akhirat.. Amiiinn..!!









Wassalam, EnaMokhtar

2 comments: