TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh yang cantik. Tapi ada apa pada tarikh? ramai pasangan pengantin yang pilih tarikh 11.11.11 untuk melangsungkan hari bahagia mereka. Nombor yang senang nak ingat.

kalau saya tak kawin lagi mungkin saya akan pilih tarikh tu hikss...

Tapi kebetulan pulak kan tarikh dah cantik, hari pun cantik juga tu. Hari Jumaat penuh barokah.

Entry kali ni bukan lah nak cerita pasal tarikh 11.11.11 tu sangat. Tapi bila dengar kebanyakkan stesen radio kupas isu tarikh 11.11.11, rata-rata pemanggil yang share cerita semuanya adalah berkisar tentang tarikh perkahwinan. Iaitu samada menyambut ulang tahun perkahwinan mahupun yang bakal menikah selepas sembahyang Jumaat nanti.

Semua kisah tu mengingatkan saya pasal kisah perkahwinan saya. Iye,saya baru je mendirikan rumah tangga. 12.12.2009 tarikh saya akad nikah. Pilih tarikh tu bukan sebab apa-apa tapi sebab majlis saya terpaksa ditunda atas sebab yang tak dapat dielakkan. Lebih kurang macam masalah teknikal gitu.

Saya dan suami bercinta tak lama. 1 tahun je. Tapi kenal sebagai kawan 3 tahun. Kemudian kami bertunang pada 22.12.2008 setahun lepas tu nikah. Mudah dan cepat. Campur tolak kami dah kenal lebih kurang 6 tahun. Kiranya semua hari bersejarah saya diabadikan pada bulan 12. Sebab cuti sekolah*senyum kambing. Senang orang tua nak menjemput tetamu.

Saya kini masih dalam proses mengenali suami saya. Perangai dan tingkah lakunya jauh berbeza dengan saya. Saya jenis yang cepat marah*dalam proses muhasabah diri tapi cepat pulak sejuk. Suami saya sangat cool. Kadang-kadang saya pelik, suami saya ni normal atau tak HAHA. Yelar kita tengah panas hati dia boleh je gelak kat kita. Lagi la hot kan.

Belum pernah sekali dia marah*yang betul-betul marah la. Contoh kalau saya ajak makan, 10 kali panggil pun buat tak tau je*sebab leka tengok Running Man. Sedepa la muncung saya ni jadinya. Terus bertukar mood nak makan secara berkasih sayang jadi makan sambil pinggan melayang*imiginasi sahaja. Tapi lepas tu menyesal dan insaf bila suami tanya, "Ibu ajak abg makan sebab nak kenyang je ke atau sebab nak dapat pahala. Senyap. End up makan sambil menangis sebab sakit hati dengan diri sendiri yang terlalu emosi. Lebih-lebih lagi kalau tengah bendera merah. Sindrom PMS.

Tapi itulah yang menyebabkan saya semakin hormat dan sayang suami*walaupun adakala terlepas nada tinggi*menyesal. Saya hanya seorang perempuan yang selalu kalah dengan emosi diri sendiri. Kadang kala suami pun tak paham kenapa saya begitu begini. Perkara mudah nak disusahkan. Perkara yang lurus nak dibelit-belitkan. Syaitan memang suka kan kalau tengok suami isteri bergaduh. Biasa kalau saya tengah marah memang suami akan buat lawak sampai la saya ketawa berdekah-dekah walaupun masa tu tengah menangis bagai nak rak sebab beria-ia ajak pergi Tesco suami tak nak HAHA.

Saya selalu tanya diri sendiri apa yang saya nak dalam perkahwinan ini. Kena buat ulangkaji balik. Refresh balik dalam kepala. Selalu saya akan buat begitu bila suami keje malam dan saya berdua dengan Hana. Bila tengok Hana tido, hati akan jadi sayu sebab terkenang perbuatan mungkar saya terhadap suami. Bermasam muka dengan suami kira berdosa tau*Istighfar.

Kini saya redha dengan apa yang ada. Bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah bagi. Suami dan anak adalah rezeki Allah yang maha indah. Setiap hari saya muhasabah diri. Selalu jugak saya tengok gambar-gambar yang menyayat hati macam mangsa kebuluran kat somalia tu supaya saya dapat mendidik hati untuk bersederhana dalam setiap perbuatan dan percakapan.

Nak jadi isteri solehah bukan senang kan. Mohon supaya diberi kekuatan untuk taat kepada suami.

Eh,panjangnya saya melalut ye. Rase macam dah lari tajuk je. hahaha. Entry diatas bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi cuma sekitar apa yang saya alami selama perkahwinan saya yang baru setahun jagung ni. Berdoa supaya saya jadi isteri yang baik dan beroleh keredhaan Allah di akhirat kelak.




Wassalam,
EnaMokhtar

2 comments: