TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday, 15 July 2013

Fesyen baju raya 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni aku kalau boleh tak nak pakai baju kurung. Sebabnya nak lain la sikit ekekekeee. Macam tahun-tahun lepas memang aku belasah baju kurung jelar. Paling koman pun aku pakai baju kurung moden. Tapi tahun ni macam nak kelainan la sikit. Antara yang ada terlintas dalam kepala macam nak try jubah dress. Tak pun abaya. Aaaaa ataupun peplum..eekkekekeee..

Paling dekat dengan hati aku berkenan dengan dress jubah. Sopan dan cantik. Tapi syarat utama kena ada butang la kat depan. Senang aku nak menyusukan Hani nanti.

Ni antara fesyen-fesyen baju raya yang aku berkenan. Terima kasih en.Google.


 Cantik kan? sopan je dari OHB.


 Ala-ala princess cut gitu. Hijau zamrud. 


 Haaaa...setakat ni aku paling berkenan dengan fesyen cenggini. Simple dan sopan. Kalau manik banyak-banyak ni aku kurang suka sebab nak basuh kena asing. Kalau simple gini campak je dalam mesin basuh pastu layan katun dengan Hana jap...time nak sidai takdelah nanti buat muka sedey sebab manik dan labuci dah tercabut...haha..Style gini aku dah tunjuk kat hubby. Diluluskan katanyeeee...ekekeke..tema kena kuning atau biru la kot...haha


 Oh peplum...kenapa awak gojes sangat. Tapi susah kan nak pakai peplum ni. Aku dah ada satu kat rumah. Tapi pakai sekali je. huhuu...


 Hoh...hok ni lagi ngancam laa...Hatta Dolmat. RM295..kuikuikui..yang ni boleh dapat kat First Lady seluruh Malaysia..simple je kan...


 Merah mengancam gituuuu...Hatta Dolmat Rm295 jugekkk...huhu


 Waaa...cantek banget..ni kalau dapat sedondon dengan anak-anak best ni. Tapi nak tempah dah lambat!!


Apesal awak cantek sangat? abaya awak pun gojes gile...like!!


Pilihan diatas ni adalah mengikut apa yang sedap mata aku memandang. Mata orang lain aku tak tahu yee. Range rege macam biasa bawah rm200 jelar. Tu termasuk tudung sekali hahahahaa...tudung 2 3 helai...wakakaka..beli kat member tauke tudung dapatlah murah...ekekekee..

Tapi kebiasaannye mungkin akan lebih dari itu...agagagaaa...biasalah pompan kan pantang nampak cantik semua dia nak rembat. Yang penting tak pakai duit hubby nanti dia bising. Kalau pakai duit sendiri takpe ekekekeke...

Aku biasalah kalau beli baju raya tu memang merangkap baju kerja, baju jalan dan baju kenduri kawin. hahahaha..sekali beli je pun jimat katenyeee...

Pape pun paling penting baju raya anak-anak kene carik dulu sebab takut nanti saiz takde kalau beli baju last minute. Beli dah siap je senang.heheh...


**pic kredit to google


Wassalam, EnaMokhtar

Kisah Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah harini dah masuk hari ke enam kita berpuasa. Alhamdulillah belum pernah jejak kaki lagi la ke bazar ramadhan. Insya'Allah aku akan sedaya upaya masak kat rumah. Tengoklah sampai ramadhan ke berapa aku dapat kekalkan prestasi tak membeli kat bazar tu. Hopely boleh mambawa sampai ke hujung ramadhan nanti. Lagipun kalau masak tu dapatlah jimat sikitkan.


Minggu sebelum Ramadhan haritu sempatlah aku siapkan paste bawang merah, garlic dan juga paste sambal. Senang nanti nak masak tak payah la nak kena potong potong bawang bagai kannn.. Sambal paste tu aku siap-siap perasakan sekali. Masak macam nak masak sambal tumis tu haaa. Lepas tu sejukkan. Agak-agak dah sejuk tu masuk dalam tupperware dan simpan dalam peti ais. Rasanya ramai isteri-isteri buat macam tu kan. Salah satu cara untuk memudahkan kerja memasak. Sambal paste ni agak-agak kalu nak masak kari ke, nak masak asam pedas ke boleh la guna. Tak perlu dah nak blander cili. Masuk je dalam kuali dan masak pun tak lama sebab paste sambal tu dah masak. Pastu boleh kalau nak tambah bahan-bahan lain. Senang kerja.


Alhamdullilah juga sepanjang bulan ramadhan ni aku dah dapat tempahan kuih raya dari rakan-rakan se-office. Maybe aku akan start buat sekitar dua minggu sebelum syawal nanti. Kalau buat awal-awal ni macam tak fresh pulak kan. Lagipun tempahan tu Insya'Allah aku mampu buat la. Semoga Allah beri aku kelapangan dan kesihatan yang baik untuk laksanakan semua tu.


Menjadi seorang ibu dengan anak kecik ni agak membataskan aku untuk beribadah di Masjid. Tak dapat nak join hubby terawih kat masjid. Jadi kita terawih kat rumah jelar. Nak bagi Hana diam senang je. Tukar je channel 613. Memang dia akan duduk diam dan tak kacau sesiapa termasuk adik dia. Nak bagi lagi diam bagi la koko crunch atau honey star ke bagi dia kunyah-kunyah sikit. Confirm kusyuk budak tu..haha. Dulu masa sebelum ada anak memang rajin terawih dengan hubby kat masjid walaupun masa tu tengah sarat mengandung 7 bulan. Tapi tupun tunggu time hubby kerja pagi atau time cuti dia jelar sebab dia kan kerja shift. Alhamdulillah seronok sangat. Tapi bila dah ada anak ni kena la berkorban sikit. Lagipun perkara sunat kan. Kalau mampu kita buat, kalau tak mampu kita buat la amalan lain yang kita boleh buat. Cumanya terawih ni satu-satunya solat sunat yang hanya terdapat pada Ramadhan kan. Tu yang kena kejar ganjaran dan pahalanya.


Anyway,


Kisah ramadhan aku sama macam tahun-tahun lepas. Balik keje, rehat-rehat jap pastu baru sinsing lengan nak bersilat kat dapur pulak. Masak simple-simple je. Janji sedap dan mengenyangkan. Yang penting aku kalau nak berbuka tu wajib kena ada nasi. Sebab aku kan menyusukan Hani lagi jadi  wajib kena makan nasi kalau tak memang lembik. Waktu sahur pun gitu jugak kena makan nasi. So far sahur tak pernah miss lagi.Lauk sahur pun sama macam lauk berbuka sebab panaskan balik lauk pauk yang ada. Cuma ada penambahan telur dadar jelar...kekekekeke...


Korang punya ramadhan macam mana? berbuka jangan berlebih lebihan sangat. Jangan sampai mambazir sudah ye..


Take care semua..:)



Wassalam, EnaMokhtar

Saturday, 13 July 2013

Aquaria 2013

Assalamualaikum w.b.t
 
Rentetan dari cerita ke Zoo tu aku dah niat nak bawak Hana dan mak aku sekali gi Aquaria. Saje bawak dorang tengok ikan pulak. Aku dan hubby dah pernah pergi sini jadi macam tak kisah sangat la. Tapi sebab Hana pun sibuk nak tengok fish katenye....jadi kita bawakla. Kebetulan mak aku pun masa tu kan tidur rumah aku seminggu sebab hubby training kat Penang kan, alang-alang nak hantar mak aku balik tu meh la kita bawak gi Aquaria sekali. Bagi dia seronok sikit sebab seminggu dok rumah aku terperap je kat rumah...hahaha...sian kat mak aku...huhu


Bertolak dari rumah lebih kurang dalam kol 10pagi gitu. Sampai dalam kol 11lebih la jugak. Hari Ahad kan pepaham sudah la KL kalau weekend cemana. Tapi kira cepatla jugak sebab hubby ikut highway Mex.


Aku sampai-sampai je ngam-ngam parking kat depan lift nak naik ke atas. Senang tak payah jalan jauh-jauh heheheee...masuk lift ok clear, bila keluar je dari lift humang aiiii orang kemain ramai lagi. Pasrah jelar sebab dah tau weeknd kan. So, hubby pun terus la gi kat kaunter Aquaria tu kena beratur. Masa nak bayo pun kena tunjuk mykad dan mykid jugak ye.


 Sila telengkan kepala anda...wakakakaka...aku tak reti nak rotate camne. Pepandailah korang nak tengok....kikikiii


 Ni jadual makan untuk para ikan kat Aquaria. Paling best sekali time kat Aquatheatre. 

 Ikan pirana. Biasa je aku tengok..hehe goreng pun sodap nih..


 Belut elektrik. Besar giler !!


 Oh My Daughters.


Soh buat peace dia bantai hi 5 je...

 Yang dalam kaca tu jenis-jenis kumbang. Geli !!


 Itu butterfly !! 


 Cicak Tokek. Besar gini agak-agak ada cecah Rm1juta tak..huhu


 Tengok tu..Crowded juga la orang masa ni. Tapi mostly foreigner.


 Balang ajaib...hehe..kalau nak tau pokok yang ada dalam balang kaca tu diambil dari sungai Amazon tau...haaaaaa...gitu..


 Ibu : Hana, ni ikan masin namanye...
Hana :  Haaaaaa?
Ibu : akakakkaaaa


Ikan Arapaima ni pun import dari Amazon jugak. Besar sangat !!

 1st to 3rd generation.


 One happy family...Alhamdulillah...


Yeah !! Its feeding time...ramai sangat orang masa ni..siap duduk betul-betul cermin tu..

 Ada dua orang diver masa ni.. Tengok tu budak-budak penuh duduk kat depan cermin ni..


 Kat dalam tunnel takde orang sangat sebab semua pun serbu kat Aquatheatre nun..


 Shark!!


Hani masa dalam keta kemain nyenyak tido dalam car seat. Masuk Aquaria terus terjaga. Tapi tetap mainten cun. Elok senyap je dia. Gud anak ibu !! 

 Happy je mak aku dapat tengok ikan beso-beso gini..hehe..sayang mak !!


 Bergambo dengan diver pulak


 Hana excited sangat tengok orang tu berenang dalam air


 Ibu !! kura-kura besarnya......(hmmmmm)


 Obor-obor. Cantik dan comel tapi boleh membawa maut kalau terkena bisa dia


Shark fin anyone?? hehe

 Cantik pulak gambar ni


Ibu !! ni kuda laut. Aik heran juga aku cemana Hana boleh tau ni kuda laut ni...muskil jap..

Next hunting kita pergi Petrosains pulak ye Hana. Insya'Allah kalau ada rezeki.



Wassalam, EnaMokhtar