TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 19 January 2012

Baru nak sihat :)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah....syukur kehadrat Allah s.w.t aku masih diberikan kesempatan untuk melihat dunia. Terasa betapa berharganya erti sebuah kesihatan. Iye kesihatan adalah tersangat berharga melebihi dari segala-galanya. Setelah 1setengah hari aku ditahan diwad terasa sangat penting untuk kita jaga kesihatan tubuh badan sendiri. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Aku masuk Hospital Putrajaya start dari 10.01.2012-11.01.2012. Merasa la tido kat wad gara-gara demam panas+sesak nafas. Dan hampir-hampir juga kena hantar Hospital Seremban naik Ambulans. Hanya sempat baring atas katil dalam ambulans tu tak sampai 5minit. Lepas tu Saiful decide hantar aku naik kereta ke Hospital Putrajaya je. Melepas la nak rasa pengalaman naik ambulans. Kalau tak boleh la aku story mory kat sini. huhu.

Masuk harini dah 3 hari aku kerja. Tapi mood masih ke laut. Kerja jangan cakap la melambak-lambak minta disettlekan. Tapi badan aku ni masih tak kuat lagi nak kerja. Lemah-lemah 1 badan rasa nak pergi spa je. Buat facial sekali baru segar berseri-seri kihkih.

Anyway, ada banyak cerita tertangguh nak dikongsi kat belog ni. Tapi nanti la dulu ye. Mungkin esok aku compile kan sekali cerita 3-4 minggu lepas. Termasuk cerita cuti-cuti Sarawak. Iye aku start demam ngam-ngam balik dari Sarawak. Merasa la kena perli dengan budak-budak kat ofis ni ha.." Tular ko tu tak boleh cuti luar semenanjung. Nak cuti dalam semenanjung je".

Nah gambar sekeping sebagai bukti aku masuk wad..haha..*ada ke orang nak tengok*


Baju tu aku pakai 2 lapis. Lapisan pertama baju Hospital kaler hijau tu. Lapis luar tu aku pakai lengan panjang sebab sejuk nye ya ampuuunnn...



Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday, 4 January 2012

Rindu nyer!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Ya ampun lama gila aku tak update belog. Rindu nyer kat belog aku ni. Kesian belog aku nie. Dekat 2 minggu tak tulis apa-apa. Maaf la ye. Terlalu sibuk dengan kerja,kerja,kerja. Almaklumlah ujung tahun banyak audit kena attend. Report pulak, segala mak nenek nak kena submit kat bos. Masuk tahun baru pulak, Audit lagi untuk projek yang baru submit Dec lepas. Gila punya kerja. Tapi nak buat camne, nama pun makan gaji, selagi boleh bersabar, aku sabar la. Akan ku cuba laksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Kerja tu kan satu ibadah. Yang penting Jumaat ni aku nak pergi cuti-cuti Sarawak. Tolong jangan kacau ketenteraman aku ok. heheh. Balik dari Sarawak nanti aku story mory la kat sini okeh.:)

Banyak entri aku yang tak sempat nak publish. Gambar pun banyak la sesangat. Cerita dari 2 minggu yang lepas. Adik ipar bertunang, Pastu cuti-cuti Penang-Alor Star-Perlis. Ok la, Seronok sangat-sangat dapat luangkan masa bersama orang yang tersayang. Asik kerja je kan. Isnin ke Jumaat kerja. Weekend pulak sibuk dengan hal ehwal bisnes. Bisnes? hehe. Start dari tahun ni akan ada koleksi shawl,dress, jubah, long skirt dan macam-macam lagi dibawah label Hazs Hijabi. Segala rekaan adalah dari idea aku sendiri. Insya'Allah akan dilancarkan tak lama lagi. Tunggu tau. Mungkin dalam bulan 2 gitu. Insya'Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Ok Aku akan cuba update belog sekerap mungin lepas ni. Insya'Allah kalau tak sibuk la.

*Macam la ada orang baca belooog terpinggir aku ni yek*T------T

Wassalam, EnaMokhtar

Thursday, 15 December 2011

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba nak bercerita pasal entri ni. Bukan sebab birthday Abah ataupun Hari Bapa, tapi tak tau la kenapa hati ni sayu setiap kali teringat kat Abah. Bila tengok pakcik guard yang jaga postguard kat Office saya ni, teringat kat Abah. Bila pergi ke Bank nampak ada pakcik guard kat situ, teringat juga kat Abah. Mungkin umur pakcik-pakcik Guard tu lebih kurang sama dengan umur Abah saya.

Sejak dah mendirikan rumah tangga ni, saya jarang pulang ke kampung. Tetapi setiap dua hari akan telefon. Tuntutan urusan seharian mengatasi saya untuk berbuat begitu. Begitu juga dengan komitmen untuk suami dan anak. Lagi-lagi dapat suami yang kerja shift. Weekend kalau jatuh shift kerja pagi atau petang tak dapat lah saya nak berjalan tengok dunia luar. Setakat radius 15km je saya boleh jelajah. Lebih dari tu, saya tak sampai hati nak ajak suami. Sebab kerja shift ni penat dia dua kali ganda kerja orang office hours. Bukan saya tak boleh drive sendiri, tapi suami belum bagi sepenuh kepercayaan untuk saya berbuat begitu.

Berbalik pada Abah saya ni. Umur dah cecah 62tahun. Tapi masih lagi kuat bekerja, tak suka duduk rumah goyang kaki katanya. Sekarang ni pun masih lagi bekerja siang malam. Kesian tengok Abah saya. Tapi tulah orang tua memang begitu. Tak suka duduk depan televisyen layan cerita korea macam anak dia sorang ni ha. Lebih suka kalau buat kerja-kerja luar rumah. Dapat keluarkan peluh.

Siapa yang tak sayang dengan lelaki yang bergelar Ayah, Abah, Bapak ni kan. Tiada. Tapi saya masih kabur apa yang saya harus buat untuk tunjukkan kasih sayang terhadap Abah saya. Sejak kecil saya memang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang terhadap Abah macam peluk ke, cium pipi ke. Tidak Pernah. Kecuali salam dan cium tangan. Iye,saya tidak pandai. Pelik kan?

Tapi saya tak pernah lupa untuk ucap selamat pada Abah setiap kali Hari Jadi atau Hari Bapa. Tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat. Tidak pernah berkata tidak kalau dia perlukan bantuan mengikut kemampuan saya. Tidak pernah berkata tidak kalau dia minta sesuatu. Saya cuba untuk bahagiakan dia. Cuba untuk menjadi anak yang mendengar kata. Dan tidak sampai hati untuk berkata tak boleh kepadanya melainkan kalau saya betul-betul tak boleh. Cukup kah begitu? Bahagiakah Abah saya sekarang ni? adakah ayah saya bangga dapat anak macam saya ni? *nangis.

Semoga saya terus berbakti kepada Abah sehingga akhir hayat saya. Saya sayang Abah saya. Hargailah Ayah kamu sekalian selagi hayatnya masih ada. Iye, dah nama pun lelaki kadang-kadang kita terlepas pandang dengan keperluan dia, perasaan dia sebab kita lebih utamakan ibu kan. Sebab ibu lebih pandai tunjukkan emosi. Itu situasi saya sekarang. Kadang-kadang saya terfikir, ada tak Abah terasa hati dengan sikap saya? sebab bila pandang riak mukanya yang selamba, macam tak kisah apa-apa. Janji anak-anak telefon atau jenguk dia. Erm takpe, lepas ni saya cuba untuk tunjukkan kasih sayang saya pada Abah. Insya'allah.

Jom kita layan lirik lagu ni. Khas untuk Ayah dan Ibu kita.



Abah, Terima kasih diatas segala pengorbananmu. Terima kasih kerana menjadi wali untuk pernikahanku. Terima kasih diatas segala-galanya. Maafkanlah anakmu yang sentiasa khilaf ini. Akanku cuba untuk menjadi anak yang solehah buatmu. Abah, i love u so much

Ya, Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku. Selamatkan mereka dari panas api nerakaMU. Jadikan mereka hambaMu yang soleh dan solehah. Amin.

maaf entri kali ini agak suram sebab saya tengah layan perasaan. Jangan lupa telefon Abah korang ye!!


Wassalam,
EnaMokhtar