TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 20 June 2013

Shopping,Baju Raya dan Qada puasa

Assalamualaikum w.b.t


Dalam pada sibuk-sibuk mencari baju raya tu korang dah setel ke qada puasa? hhehee..aku ada lagi 3 hari nak qada. Aritu sempat posa 3 hari je. Isnin sampai rabu. Insya'Allah isnin depan sambung la qada yang 3 hari tu lagi.

Anyway,

Korang dah ada ke tema baju raya tahun ni? Jangan kata aku hover sebab kalau korang nak tempah baju sekarang rasanye ramai tailor yang dah closed order kot. Aku tahun ni macam tahun-tahun lepas la. Takde nak tempah-tempah baju bagai. Kita beli je baju dah siap senang. Lagipun saiz aku ni memang senang nak cari. Kalau tak XS,S atau M la saiznye. Bergantung jenis kain pulak. Tahun ni tema colour adalah kuning lembut.


Dan gaji hujung bulan ni adalah sikit sebanyak peruntukkan untuk carik baju anak-anak dulu. Shopping mungkin kat GM klang atau Kenanga KL. Beli borong. Sebab aku nak carik dulu baju bajan jalan macam baju,seluar atau skirt. Lagipun anak dah dua ni kan budget tu memang kena pandai la dan yang penting excited kena lebih sebab raya dengan orang baru tahun ni. Seronoknyaaaa....!!


Lagipun kan kalau beli borong ni untung sebab rege murah dari beli sehelai sehelai tu ha. Kualiti pun bagus-bagus. Tang tu memang aku cerewet la sikit sebab nak bagi anak-anak selesa kan. Jangan kate sebab nak beli baju murah tapi kualiti hancus pulak kan. Lagi satu aku biasa kalau beli baju budak suka sangat beli kat Parkson Alamanda. Pegi time keje. Huii best je. Orang tak ramai. Yang tu tunggu peruntukan dari en.Hubby la pulak. Nak kena tunggu ada sale dulu baru boleh terjah. Lagi satu spot shopping yang aku suka pegi adalah Sogo. Pun pergi time ada sale dan time keje...agagagaaa...


Disebabkan raya tahun ni adalah turn beraya kat rumah mak aku, so tahun ni macam meriah la sikit kot sebab mak aku ajak balik Melaka. Kat Melaka tu ada la adik beradik mak aku yang menetap kat sana. Atuk and nenek dah lama meninggal. Tu yang kalau time raya Mak aku suka berkumpul kat rumah kakak dia which is Mak Ndak aku la. Pastu ada 2 lagi pakcik aku which is yang sulung and yang second. Tu yang tahun ni macam bestnye la dapat jumpa ramai-ramai dengan sepupu-sepupu aku nanti kan. Macam tahun-tahun lepas pun memang tak sempat nak beraya dengan dorang sebab Hubby keje kan. So,raya mana yang sempat jelaaa...huhu

Ok,

Since Ramadhan pun dah tinggal lagi 19hari kot la gitu. Aku pun ada la nak berniaga kuih raya. Ada la 2 3 jenis kuih raya, coklat dan juga popia bersira. Nanti-nantila aku upload pic yea..

Untuk pengetahuan korang sekarang ni bos tengah takde,so tu yang aku syok ni dok menaip panjang lebar. Takde orang yang kacau kan.....hehehe..



Wassalam, EnaMokhtar

Tuesday, 11 June 2013

New task

Assalamualaikum w.b.t


Hadoi..sejak dah dapat task baru ni lama pulak tak jenguk blog. Kahsian blog..


Anyway aku sihat je..anak-anak? pun sihat Alhamdulillah. Biasalah rutin harian bila dah ada dua anak ni kann..membusy jeee.. Ditambah pulak aku dah start sikit-sikit la buat task baru kat opish nih. Still dalam unit yang sama. Cumanya dulu aku jaga system. Tapi kali neh aku kena jaga manager pulak. Dah susah la sikit nak jalan-jalan carik makan kat blog kengkawan sebab bilik bos betul-betul belakang aku. Monitor pulak memang menghadap bilik dia. Jadi kalau nak surf tenet tu kena memolek la sikit. Time bos takde kat bilik baru la boleh ber-tenet...kikikii..Sebenarnya dia tak kisah pun tapi yelar kita ni kan orang bawahan dia kenalah jaga sikittt...kuikuikuiii...


Bos aku ni baru je kena transfer dari Airport Kuching. 14 tahun jaga Airport Kuching ni laaa baru first time keluar berhijrah dari kuching katanye. Jauh dari family. Kesian...tapi demi tugas dan amanah kenalah akur dengan arahan orang atasan.


Harap-harap aku boleh la handle task baru neh. Sebab dah 8 tahun keje jaga system. So, dah biasa sangat berdikari sendiri buat report segala. Yang Enginner tau aku kena submit kat dorang je segala report montly ke, report daily ke, report tut tut tut ke bila dah sampai datenya..uihhh banyak betul report. Kalau jaga system buat keje pun ikut suka hati bila kan. Tapi kalau dengan orang ni mungkin akan lebih extra prepared sebab anytime je dia panggil untuk buat surat ke,buat memo ke, dan yang sewaktu dengannya lah.


Ni pun bos tengah takde tu yang aku amik kesempatan jengah belog kejap. Pasni kalau ada entry baru tu maknanya bos aku takde la tu yeee...ikikiiiiiii


Take care ye korang semua........


Wassalam, EnaMokhtar

Friday, 31 May 2013

Hospital Columbia

Assalamualaikum w.b.t


Pekabar semua..lamanya tak hupdate yekkk...hehehe..biasalah kalau time rajin datang kemain berderet-deret entry. Kalau time malas, habuk je la yang ada..kuikuiiii


Anyway,


Lately aku banyak terima email bertanya mengenai kos rawatan bersalin di Hospital Columbia. Ada juga yang bertanya pasal kos rawatan bersalin kat Klinik Sariah Nilai.


Ok,


Untuk pencerahan semua, aku bersalin di Hospital Columbia menggunakan panel Hubby. Jadi semua kos ditanggung oleh Malaysia Airports. Kepada yang berminat nak tahu apa-apa maklumat mengenai bersalin di Hospital Columbia Seremban boleh hubungi no ni. 06-603 3988. So korang boleh la nak tanya pasal Doktor ke, pasal kos ke, sebab aku pun aritu banyak no hal nak kena settle dengan hospital tu yang tak menyempat nak tanya berapa kos bersalin normal and etc..etc..Harap korang call sendiri dan tanya baru puas hati kannnn..


Ok,


Untuk Klinik Sariah pulak, aku hanya buat check up je kat sana. Klinik tu bukan Klinik bersalin yeeee...Klinik Sariah tu hanya klinik biasa je...theheheheteheee..


Tu jelar kot. Insya'Allah kalau ada masa terluang nanti aku up entry kaw-kaw pasal Hospital Columbia ye..Korang pulak janganlah assume Hospital tu hebat sesangat pulak kan. Aku pilih Hospital tu sebab PERTAMA Hospital tu panel, jadi semua bil syarikat tanggung. KEDUA sebab ada doktor perempuan islam (Doktor Intan). Untuk rawatan pesakit lain aku tak tau la. Untuk bilik wad pulak yang aku stay tu single room rm200. Bagi aku cukup selesa la. Sebab privasi kan.

Insya'Allah kalau ada masa aku akan buat review secara details pasal kos bersalin Hospital Columbia yee. Nak kena pergi Hospital jugak nih...hahaha



Wassalam,
EnaMokhtar