TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday, 3 December 2012

Hai....

Assalamualaikum w.b.t


What's up everybody...fuhhh..fuhhh....tiup-tiup sikit blog yang dah berabuk neh..lama sungguh la tak hupdate blog. Mood semakin merudum nak hupdate blog sebab bizi dengan urusan harian. Sepanjang tak hupdate blog neh macam-macam yang berlaku.

Adat la..

Dalam kehidupan duniawi ni...mmm..Tapi yang pasti aku dalam keadaan sihat wal'afiat. Kandungan semakin membesar. Dah masuk 27weeks. Perut pun makin memboyot. Rasenye masa Hana dulu perut aku tak besar macam neh. Nak jalan pun makin berat kaki melangkah. Selera makan masih ditahap yang boleh dimaafkan. Kadang-kadang kalau datang mood nak melantak, memang makan tak hingat dunia. Bila perut dan senak dan susah nak bernafas barulah sedar diri sikit. Tapi time tu dah terlambat sebab perut dah sengkak menunggu untuk proses pembuangan keesokkan hari. HAHAHAH..

Anyway, banyak cerita yang nak dikongsikan. Nanti la aku hupdate satu persatu. Almaklum la mood bercuti masih diawang awangan. Iye, 24hb nov aritu aku balik kampung sempena majlis perkahwinan adik ipar kesayangan. Lepas tu ape lagi cergas la pi ronda-ronda 1 kedah bercuti. Sambil menyelam minum air. Sebab tu aku suka balik kedah sebab sepanjang highway nak ke kedah tu boleh je nak singgah masuk Penang ke,Tambun ke. Bukit Merah ke, Cameron Highland ke, yang penting sediakan je duit perbelanjaan. Tapi sebab time cuti sekolah memang tak la aku terjah tempat-tempat tu semua kennn...tak larat nak menghadap umat manusia yang ramai nehh..Jadi kita jalan-jalan dalam Kedah je dulu. In sha allah bulan 1 akan ada perancangan bercuti sebelum bersalin kate koo..kehkehekeh...

Bila perut dah memboyot ni (walaupun baru 27weeks). Perjalanan jauh selama 6-7 jam adalah sangat tidak selesa. Kena berhenti banyak kali untuk sesi pembuangan air kecil. Pastu ditambah pulak dengan sesi si Tuan Puteri Hana Humaira muntah-muntah dalam kereta. Sebab ape aku pun tak tau. Actually sebelum kitorang keluar rumah lagi dia dah start muntah. Maybe excited nak jumpa mak tok kot. (tetiba).

Tapi Alhamdulillah, Bila lepas muntah-muntah tu aku urut-urut tengkuk dan bahu barula dia ok. Dah tak muntah. Dan masa urut tu memang aku asik sendawa je. Nak membuktikan yang Hana muntah sebab badan dia masuk angin kot...hahaha..

Tapi syukur jugak sebab lepas aku urut dia terus tertido dan bangun 3 jam kemudian bila dah nak sampai tol Alor Setar. Macam tau2 je dah nak sampai rumah Mak Tok..huhu..Dari Nilai lebih kurang pukul 2pm ++ dan sampai ke Alor Setar lebih kurang pukul 11pm++. Sila kira berapa jam atas jalan. Mungkin faktor berhenti banyak kali la lambat sampai kot.huhu...

Ok.

Tu baru kira separuh cerita. Belum kira cerita sepanjang majlis berlangsung. Aktiviti harian kat sana lagi. Panjang lebar ye...Takpela nanti ada masa aku taip panjang-panjang lagi yee..Sebelum tu meh tengok gambo pengantin baru neh....


Berkat usaha gigih aku memasak bermacam resipi. En.Hubby semakin montel. Alhamdulillah...hahaha lariikkkk!!...




Wassalam, EnaMokhtar

Tuesday, 6 November 2012

Bebear oh bebear

Assalamualaikum w.b.t

Almaklumla kalau jadi anak sulong ni..main pun sensorang je...nak gaduh pun dengan anak patung jelar. Kat rumah tu ada la 4 biji patung beruang. Semua tu Pak Ngah dia yang kat Kedah tu yang bagi. Aku memang tak beli la. Sebab dah berazam memang taknak belikan mainan anak patung. Mainan paten lain xpe. Lagipun anak patung beruang tu orang yang nak bagi tak kan kita nak tolak pulak. Jadi terima la dengan senang hati.

Disebabkan semua anak patung tu jenis yang beruang punyer. Jadi melekatla nama bebear kat 4 4 biji anak patung tu. Paten and color pun lebih kurang sama. Jadi senang panggil bebear je semua. Mula-mula dapat tu Hana macam belum pandai nak main. Tapi bila dah start faham ape itu anak patung maka bermula la episod die main dengan bebear je kejenyer. Yelar kalau takde orang yang nak layan die main. Baik die main dengan bebear lagi best kot...hahaha...

Tapi takpe nanti kalau dah dapat adik main dengan adik pulak ye...cian anak ibu sorang ni yeaa...

 Naik car dengan bebear....
 
 
 Bebear lagik...
 
 
Jom bebear...
 
 Peace....
 
 Siap posing lagi yeee....



Layan je anak sorang lagi ni kan...ikutkan ajee....:)



Wassalam, EnaMokhtar

Bila anak start takut hantuuuuu....

Assalamualaikum w.b.t


Ape perasaan korang bila anak korang tunjuk kat langsir tingkap then cakap "ibuuuuu takutttt....ada hantuuuuu....."

Waaa...seram tak??

Ni la yang jadi kat aku malam kelmarin. Kebetulan pulak masa tu Hubby baru je keluar rumah nak pergi keje shift malam. Tinggal aku berdua dengan Hana je kat rumah. Tapi masa tu aku takdela rasa meremang bulu roma atau bulu ketiak..hahaha..Cuma curios je macam mana dia start faham apa itu hantu. Dan kenapa perlu takut hantu. Aku syak mesti dia main hantu-hantu kat taska kot. Tu yang terbawak-bawak sampai kerumah.

Kejadian tu berlaku masa aku tengah baring-baring sambil tengok tv kat living hall. Layan masterchef. Kira awal lagi la kan. Dalam pukul 9 lebih gitu. Biasanya bila aku baring tengok tv, otomatik budak kecik tu pun akan baring sebelah aku sambil main dengan bebear dia laaa..Tu yang tak semena-mena dia rapatkan diri kat aku sambil cakap " ibuuuuu...tatut antuuuu..." mula-mula aku macam tak layan sangat sebab tengah syok tengok tv...akakaka...pastu dia ulang balik cakap macam tu...terus aku pandang dia sambil cakap kuat-kuat "mana hantu" haha..tindakn reflex kooo...pastu die pandang aku macam sengih2 macam tak sengih tapi macam ada muka ketakutan. Ntah aku pun konpius...haha..

Dah la masa tu aku tutup lampu. Cuma bukak lampu bilik je...jadi macam samar-samar jela suasana tu. Bila aku pandang kat langsir tingkap takde pape pun. Pastu bila aku tanya lagi mana hantu? tu yang die siap tunjuk lagi sekali kat langsir tingkap. On the spot aku bangun bukak 1 lampu. Jadi cerah la kan...aku rasa si Hana terbawak bawak la tu. Dia main kat taska kot dengan kawan-kawan die. Sebabnye aku tak rasa pape pun. Kalau betul "benda" tu ada, mesti aku pun ada "rasa" kan? ke sebab lemak aku tebal tu yang tak rasa pape? ekekekekeee....

Lagipun sejak aku duduk rumah tu memang tak pernah lagi ada kejadian aneh. Sebab sebelum pindah rumah tu ustaz dengan ustazah yang duduk, jadi rumah tu memang bersih zahir dan batin. Kitorang pun kalau nak masuk rumah baca Bissmillah 3 x kali lepas tu senyum. Yang ni DMFK yang ajar. heheh semua orang pun tau kot. Bila kita nak masuk rumah kan ada setan bernama nazim yang duduk atas pintu rumah. Setan ni la yang akan ikut kita masuk dalam rumah dan cuba nak ganggu suami isteri atau anak2. Tu yang selalu laki bini bergaduh sebab setan ni la yang punyer angkara.

Lagipun Hubby kalau balik keje petang sampai rumah dalam pukul 9 lebih. kadang nak dekat pukul 10 baru sampai rumah. Memang aku warning masuk baca pape yang patut pastu sila terus masuk bilik air basuh kaki,tangan dan muka baru boleh nak main dengan anak. Bukan ape benda-benda halus macam ni kita tak nampak kan. Lagipun Hubby pergi balik kerja naik moto. Sepanjang jalan tu mesti ada habuk jalan yang melekat. Silap-silap ada "benda" yang ngikut. Nauzubillah...

Berbalik pada cerita Hana tadi. Lepas aku bukak lampu terus dia ngekor je mana aku pegi. Masuk bilik die ngekor,pergi daput die ngekor. Selalu tak macam tu. Biasa dia buat hal die je..tengok tv ke,layan bebear ke..

Lepas je masterchef habis terus aku ajak dia masuk bilik nak tidor. Dalam bilik masa nak tido tu aku tengok die macam tak boleh tido. Pastu aku baca Al-fatihah dengan ayat kursi sambil pok pok bontot die. Lepas berapa minit macam tu baru la die lelap. Aku pun belasah la lelap sekali. Nyenyak sungguh tido malam tu. Terjaga balik pukul 3lebih tukar pampers die. Buat susu sekali. Aku pegi dapur sensorang. Alhamdulillah takde kejadian buruk berlaku...haha..

Jadi conclusion nyer...nothing happen....agaggaaa...Alhamdulillah lepas ni kena extra precousion untuk hal-hal begini. No more main hantu-hantu ye Hana Humaira....


 Wassalam, EnaMokhtar