TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday 6 November 2012

Bila anak start takut hantuuuuu....

Assalamualaikum w.b.t


Ape perasaan korang bila anak korang tunjuk kat langsir tingkap then cakap "ibuuuuu takutttt....ada hantuuuuu....."

Waaa...seram tak??

Ni la yang jadi kat aku malam kelmarin. Kebetulan pulak masa tu Hubby baru je keluar rumah nak pergi keje shift malam. Tinggal aku berdua dengan Hana je kat rumah. Tapi masa tu aku takdela rasa meremang bulu roma atau bulu ketiak..hahaha..Cuma curios je macam mana dia start faham apa itu hantu. Dan kenapa perlu takut hantu. Aku syak mesti dia main hantu-hantu kat taska kot. Tu yang terbawak-bawak sampai kerumah.

Kejadian tu berlaku masa aku tengah baring-baring sambil tengok tv kat living hall. Layan masterchef. Kira awal lagi la kan. Dalam pukul 9 lebih gitu. Biasanya bila aku baring tengok tv, otomatik budak kecik tu pun akan baring sebelah aku sambil main dengan bebear dia laaa..Tu yang tak semena-mena dia rapatkan diri kat aku sambil cakap " ibuuuuu...tatut antuuuu..." mula-mula aku macam tak layan sangat sebab tengah syok tengok tv...akakaka...pastu dia ulang balik cakap macam tu...terus aku pandang dia sambil cakap kuat-kuat "mana hantu" haha..tindakn reflex kooo...pastu die pandang aku macam sengih2 macam tak sengih tapi macam ada muka ketakutan. Ntah aku pun konpius...haha..

Dah la masa tu aku tutup lampu. Cuma bukak lampu bilik je...jadi macam samar-samar jela suasana tu. Bila aku pandang kat langsir tingkap takde pape pun. Pastu bila aku tanya lagi mana hantu? tu yang die siap tunjuk lagi sekali kat langsir tingkap. On the spot aku bangun bukak 1 lampu. Jadi cerah la kan...aku rasa si Hana terbawak bawak la tu. Dia main kat taska kot dengan kawan-kawan die. Sebabnye aku tak rasa pape pun. Kalau betul "benda" tu ada, mesti aku pun ada "rasa" kan? ke sebab lemak aku tebal tu yang tak rasa pape? ekekekekeee....

Lagipun sejak aku duduk rumah tu memang tak pernah lagi ada kejadian aneh. Sebab sebelum pindah rumah tu ustaz dengan ustazah yang duduk, jadi rumah tu memang bersih zahir dan batin. Kitorang pun kalau nak masuk rumah baca Bissmillah 3 x kali lepas tu senyum. Yang ni DMFK yang ajar. heheh semua orang pun tau kot. Bila kita nak masuk rumah kan ada setan bernama nazim yang duduk atas pintu rumah. Setan ni la yang akan ikut kita masuk dalam rumah dan cuba nak ganggu suami isteri atau anak2. Tu yang selalu laki bini bergaduh sebab setan ni la yang punyer angkara.

Lagipun Hubby kalau balik keje petang sampai rumah dalam pukul 9 lebih. kadang nak dekat pukul 10 baru sampai rumah. Memang aku warning masuk baca pape yang patut pastu sila terus masuk bilik air basuh kaki,tangan dan muka baru boleh nak main dengan anak. Bukan ape benda-benda halus macam ni kita tak nampak kan. Lagipun Hubby pergi balik kerja naik moto. Sepanjang jalan tu mesti ada habuk jalan yang melekat. Silap-silap ada "benda" yang ngikut. Nauzubillah...

Berbalik pada cerita Hana tadi. Lepas aku bukak lampu terus dia ngekor je mana aku pegi. Masuk bilik die ngekor,pergi daput die ngekor. Selalu tak macam tu. Biasa dia buat hal die je..tengok tv ke,layan bebear ke..

Lepas je masterchef habis terus aku ajak dia masuk bilik nak tidor. Dalam bilik masa nak tido tu aku tengok die macam tak boleh tido. Pastu aku baca Al-fatihah dengan ayat kursi sambil pok pok bontot die. Lepas berapa minit macam tu baru la die lelap. Aku pun belasah la lelap sekali. Nyenyak sungguh tido malam tu. Terjaga balik pukul 3lebih tukar pampers die. Buat susu sekali. Aku pegi dapur sensorang. Alhamdulillah takde kejadian buruk berlaku...haha..

Jadi conclusion nyer...nothing happen....agaggaaa...Alhamdulillah lepas ni kena extra precousion untuk hal-hal begini. No more main hantu-hantu ye Hana Humaira....


 Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment