TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 11 January 2013

Jagalah tutur kata walau dimana anda berada......

Assalamualaikum w.b.t

Nak share la sikit pengalaman mengandung kali neh. Untuk anak yang kedua ni Insya'Allah Hana akan ada teman main masak-masak. Bukan main pistol-pistol macam yang aku harapkan. Yelar kalau dah pertama gugirl anak kedua pasti kita nak jantina berlainan kan? tapi tu semua kuasa Allah yang menentukan. Kita tak punya kuasa apa-apa untuk menentukan jantina anak. Melainkan ko memang gi kat doktor nak anak sekian-sekian. Then ko kena la buat rawatan. Bayar ribu-ribu. Sekarang ni kalau nak anak kembar pun doktor boleh buat. Tapi tu semua atas kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua. Kalau jadi..jadi...kalau tak jadi...maknanya rezeki bukan milik ko.

Tapi disebabkan harapan nak dapatkan anak lelaki untuk pregnancy kali ni tinggi. Mula-mula tu masa tau gender ialah pompan memang ada rasa frust sikit dalam hati aku ni. Tapi dalam masa yang sama istighfar banyak-banyak. Redha dan bersyukur tak tekira.  Lagipun kejadian penciptaan manusia adalah yang paling hebat. Mana taknye. Hanya dengan setitis air mani. Maka terbentuk lah tulang belulang yang kemudiannya disaluti oleh daging. Maha hebat ciptaan Allah.

Cumanya bila ada orang yang tau aku mengandung anak kedua ni pun pompan. Maka adalah ayat kurang cerdik keluar dari seorang perempuan (juga) orang yang aku hormati (dari belah hubby)  berkata " Apa la hang ni pompan lagi ka?  (ayat ni tuju kat hubby) itu ayat no 1 dia. Kemudian keluar lagi ayat no. 2 "payah kalau takda anak lelaki nanti takda pewaris" (yang ni tuju kat aku).

Aku dengar pun mula-mula macam ehh....ape kena dengan pompan ni? dalam hati memang panas menggelegak. Rasa kalau ada cili kat depan aku kompom dah ku cili-cilikan mulutnya itu. Tapi disebabkan masa tu mak mentua aku pun ada kat situ. Jadi aku balas balik dengan ayat yang "manis".."Eh...sapa kate takda pewaris? anak-anak tu sumanya waris..lagipun baru anak no. 2 next baby kita try pulak dapat anak lelaki". Dengan nada yang agak tegas dan lantang tapi sambil-sambil tu cakap sambil gelak-gelak laa.. means suasana tu tak mati kat situ. Masih dalam mood yg baik laaa... dan "orang itu " pun senyap gitu je....mungkin dia dah sedar yang dia tersalah cakap.

Bagi aku bila dia cakap macam tu menunjukkan yang dia tu kurang ilmu pengetahuan agama. Kurang ilmu menghormati orang lain. Tidak tahu menyusun kata-kata supaya ayat yang dilontarkan tidak mengguris perasaan hati. Tidak tahu erti untuk mensyukuri nikmat pemberian yang Maha esa. Iye aku tahu dia punya 3 orang anak. Seorang anak lelaki. Hanya seorang. Tapi itulah yang dibangga-banggakan. Andai kata suatu hari nanti Allah menjemput anak lelaki kesayangan dia tu terlebih dulu dari dia. Tidakkah dia berfikir yang dia sudah kehilangan waris?? maksudnya anak lelaki?

Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah. Lelaki atau perempuan tarafnya tetap sama sebagai manusia. Yang membezakan adalah imannya. Akhlak. Ilmu. Seramai mana anak kita tapi kalau kita tak terapkan dengan pengisian rohani maka tak guna jugakan? setakat ilmu disekolah jelar. Tapi kat rumah tak dipraktikkan langsung sunnah-sunnah nabi untuk mengangkat keluarga menjadi keluarga sakinah. Tidak diterapkan anak-anak dengan akhlak dan peribadi yang baik. Macam mana nak jadi contoh?

Sejak aku sah preggy lagi aku dah berdoa..Ya, Allah kau tiupkanlah roh yang baik kepada janin dalam rahim ku ini. Jadikanlah dia anak lelaki seandainya itu yang terbaik.."

Tapi bila scan dan doktor kata baby girl itu kan dah tandanya anak lelaki buat masa ni bukan yang terbaik untuk kami sekeluarga....Ape pun yang berlaku aku tetap bersyukur dikurnikan rezeki anak. Tak macam orang lain yang terpaksa tunggu bertahun-tahun nak dapat anak.

Oleh Sebab tulah bila kita nak berkata-kata (peringatan untuk diri sendiri juga) lebih-lebih lagi hal-hal yang sensitif sangat perlu untuk difikirkan . Walaupun dalam keadaan gurau senda. TAK SEMUA ORANG BOLEH TERIMA GURAUAN YEEE..cukup sekadar diam dan tak perlu kata apa-apa. Tapi kalau dah terlepas kata tu. Cepat-cepat la cover balik dengan ayat yang manis dan kalau perlu mintak maaf segera!! tidak kira la dalam situasi apa pun..

Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Tapi tiba-tiba teringat tu yang aku post kat sini. Sebenarnya aku takdela amik hati dengan kata-kata "orang itu". Sampai ke harini hubungan kami masih baik. Biasala adat bersaudara. Kadang-kadang kita terlepas bicara dan perbuatan. Sama juga macam aku.

Dan tekad aku kali ni cuma nak besarkan anak-anak dengan cara hidup yang sederhana dan penuh keislaman. Tak perlu beli baju mahal-mahal yang berjenama (tapi kalau tengah sale rugi kalau tak beli...haha). Tak perlu beli kasut mahal-mahal yang konon bertaraf antarabangsa. Tak perlu bagi makan di restoran yang kadang-kadang lidah pun sukar nak sebut. Cukuplah bagi ku pendididkan bertaraf alim ulama pada anak-anak. Cukuplah bagiku beri anak-anak pakaian yang murah-murah tapi elok menutup aurat dan cukuplah bagiku memberi makan dari sumber yang halal lagi toyyibban.

Terima kasih pada "orang itu" sebab menyedarkan aku. Betapa aku bersyukur sebab diberi nikmat yang maha banyakkkkk...tak terhitung setakat 29tahun aku hidup ni. Yang penting aku bahagia dengan suami dan anak. Paling penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.

Tak kirala kat mana pun kita berada dan dalam apa jua situasi pun kita kena jaga tutur kata. Biarlah orang kata kita ni berat mulut. Dari kita berkata sesuatu yang menyakitkan. Melainkan kita dengan orang yang betul-betul kenal siapa kita. Dan faham maksud bila kita berbicara. Maksudnya kalau kita bergurau dia tau kata-kata kita tu sekadar gurauan. Kalau kita serius, dia tahu kita memang tengah serius. Jadi dengan siapa pun kita berada kena jaga tingkah laku, jaga pertuturan, jaga adap. Jangan main belasah je...


Entry sekadar luahan hati.......salam jumaat semua

Baru perasan harini jumaat. Sebab semalam aku kan cuti. So, rasa macam harini hari isnin pulopp...ekekeke....




EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment