TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 3 December 2012

Tempat persinggahan wajib.....

Assalamualaikum w.b.t

Sejak pertama kali aku kesini. Aku dah rasa macam jatuh hati laa kat tempat neh. Sebab sesuai dengan jiwa aku kot. Sebab tu balik kampung kali ni aku ajak En.Hubby singgah sini lagi..Alah mana lagi kalau bukan Tanjung Dawai...kahkahkah...Emo betul aku....kikikiki...

Masa nak ke sini aku ajak kakak ipar aku sekali. Boleh dia cakap Tanjung Dawai takde pape pun. Cinonet je tempat dia. Ingat besar bangunan nye..citttt!! berani dia kutuk Tanjung Dawai aku yeee...hahahaha...Dia kutuk tu sebab dia ajak aku pegi Padang Besar. Lepas tu ajak masuk Wang Kelian sekali. Aku taknak sebab masa tu pun dah dekat pukul 10.30pagi. Baru nak ajak ke Padang Besar. Perjalanan je dah 1jam. Tu belum tunggu dia anak beranak nak bersiap. Sampai sana kompom panas menyengat. Tambah-tambah plak time cuti sekolah kompom lagik sekali orang ramai. Dengan kenduri kawin yang bersepah. Mesti berbas-bas la makcik-makcik singgah kat Padang Besar. no..no..no...

Ekekekekee...Lagipun Padang Besar tempat dia luas. Dan aku memang takde motip nak membeli belah apepun kat Padang Besar. Jadi dikhuatiri duit akan mengalir lagi banyak sebab shopping tanpa arah tujuan....hahaha...Alasan!!

Sebenarnya aku ke Tanjung Dawai sebab nak beli sotong kering dan etc... Weiii...jangan gelak pulak tawww...sotong kering dia sedap tau. Bersih. Berkualiti. Jauh beza dari sotong kering Wang Kelian mahupun Padang besar. Tapi sebab lain adalah kerana Nasi Goreng Udang terbaeeekkk aku pernah makan setakat ni adalah kat Tanjung Dawai ni haaa...Sedap hingga mejilat jari...hahaha

Setelah habis memborong segala yang diperlukan. Barulah kita turun untuk makan!! korang layan jela gambo mak buyong tengah membaham ni yee..En.Hubby pun dah tak boleh nak cakap ape. Dia layan je fe'el bini kesayangan dia ni haaaa...kikikikii


Gambo udang closed up takde. Gambo udang dah kena kopek je ada..ekekeke.. 
 
 
  Peace!! Hana hirup sup je pun..
 
 

Selera betol hirup sup yee..
 
 

Wassalam, EnaMokhtar

1 comment:

  1. tak prnh smpai kat sana lg ... ^^

    ** nmpk sedap udang tue .. perut tgh lapar :)

    ReplyDelete