TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday, 9 May 2012

Kelas Cupcake

Assalamualaikum w.b.t

Sangat best!! Rasa rugi pulak tak pergi belajar awal-awal dulu.

Almaklumlah lepas projek Hazs Hijabi aku tak menjadi atas faktor-faktor yang tertentu,aku jadi redha la kan. Nak buat macam mana, rezeki aku bukan kat situ. Mungkin ada kat tempat lain. Walaupun aku minat bidang tu,tapi kalau dah bertimpa-timpa halangan. Aku jadi pasrah dan redha. Insya'Allah aku akan usaha kan juga sampai jadi projek Hazs Hijabi aku tu.

Dalam pada tu, aku ambil inisiatif untuk belajar benda baru. Mungkin bagi sesetengah orang macam tak heran sangat dengan cupcake ni kan. Tapi aku rasa macam best pulak bila tengok orang deko cupcake dengan decoration yang cantik dan comel. Disebabkan faktor ingin tahu itulah aku masuk kelas deco dengan kak June ni haa..

Tarikh kejadian adalah pada hari Ahad 6/4/12.*details gitu*. Lokasi pun tak jauh dengan rumah aku. Lepas dapat keizinan dari En.Saiful, pagi tu aku siapkan lauk dan nasi untuk 2 beranak tu. Kemas rumah,sidai baju, Mandikan Hana siap-siap. Legaaaa..bila kerja-kerja rumah dah siap. Baru la boleh keluar rumah dengan senang hati. Tinggal la 2 beranak tu kat rumah.

Kelas start pukul 10am-5pm. Aku sampai ngam-ngam pukul 10am kot. Sebenarnya kelas dibuat dirumah kak June. Jadi parking tu macam terhad la kan. Takkan nak parking kat depan rumah orang kot. Pusing punye pusing,adala space untuk sebiji kereta dekat kawasan lapang. Parking la jauh sikit janji tak kacau laluan orang kan. Yang penting semangat tu kena ada..ewahhh..haha.

Ok.

Masuk-masuk je rumah, Kak June sambut. Ramah sangat macam dah kenal lama. Selain dapat belajar benda baru, dapat juga menambah kenalan baru. Total yang datang join kelas kak June ni semuanya 5orang. Meriah ok. Paling jauh adalah ina. Sanggup drive sorang-sorang dari melaka semata-mata nak belajar. Salute sama itu lady.. dan Bayangkan bila masing-masing first time belajar buat kek. Riuh rendah rumah kak June dengan suara kitorng.

Oklah tak nak membebel banyak. Jom layan gambar !!

 Pukul gula dengan butter sampai sebati dan kembang.

 Dah siap tu masukan dalam cup

Letak separuh cup je yeeee...

 Fresh from oven. Makan panas-panas sedap kauuu..dalam hati cakap " nak lagi..nak lagi.."...haha

 Belajar untuk kenal jenis-jenis nozel..

 Yang ni cara-cara nak buat fondant. Seronok!! macam main tanah liat pulakk youuu...haha

 Hasil kerja tangan aku..First time ni..comot..tapi insya'Allah boleh improve lagi next time...:)

 Seee..Kagum kejap tengok lady bird dengan Bee yang aku buat ni..
i impress you!! *mata pandang atas* kuikui..

 Deco untuk fondant..

 Deco untuk buttercream..

 Kak June yang pakai baju merah dan bertudung hitam...

Dalam la bawak balik 30 biji cupcake seorang. Bila bawak balik rumah ingatkan dapatlah pujian dari En.Hubby tersayang tapi...macam takde perasaan je bila tengok hasil tangan aku.. Bila aku suapkan cupcake deco dengan ganache+stoberi bukan main luas lagi nganga mulut. Ceit!! Tapi lepas tu senyum la. Mungkin dia tak pandai nak memuji secara zahir. Puji secara batin je laaaa...ehhhhhh...haha.

Ok.

Thanks to kak June sedap Cupcake atas tunjuk ajar dan petua sepanjang kelas aritu. Insya'Allah lepas ni aku nak teruskan pulak belajar kek kawin. Yelar,adik ipar aku si Naset tu nak kawin tahun ni..boleh la aku buatkan kek kawin dengan kek hantaran untuk dia nanti. Sambil-sambil tu boleh la start buat bisnes kek. Mana tau rezeki aku kat sini pulak kan..hheheee..




Wassalam, EnaMokhtar

2 comments:

  1. kak su boleh tgk dalam entry kek coklat kukus eggless yee...

    ReplyDelete