TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 3 January 2013

Check up 32weeks: Klinik Sariah Nilai

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi aku gi check up sekali lagi kat Klinik Sariah. Check up+cucuk kancing gigi sekali. Aaaa...scan lagi sekali sebab nak tau kedudukan kepala baby.

Overall semua ok. Masa cucuk tak sakit pun. Macam kena gigit dengan semut je..hehe..tapi masa scan tu yang buat aku risau sikit. Sebabnya sekarang aku baru masuk 32weeks. Tapi bila scan doktor kata baby besar. Dah cecah 2.3kg. Kat skrin tunjuk 35weeks punya perkembangan baby...Waaaa...seriau pulak aku dengar doktor cakap baby awak ni besar. Tapi takpe, next checkp up 17 jan 2013. Doktor nak scan lagi sekali. Nak tengok saiz baby lagik sekali. Pastu kepala baby still kat atas. Tapi takpe, awal lagi baby akan sentiasa berpusing kat dalam ni haa...

Erm..ape lagi yeee....tekanan darah..ok..berat naik 0.9gram..last week masa checkp up kat Columbia berat 60kg. Tap tadi timbang kat Klinik Sariah berat 60.9kgs. So, okla...

Gender pun dah tau masa check up kat Columbia haritu. Baru tadi ni hubby tanya bila nak shopping. Aku ni kalau datang time rajin aku. Anytime pun boleh je nak shopping. Tapi sebab sekarang ni macam malas sikit nak keluar jenjalan so, shopping tu nanti-nanti la kot..hehe..alar, untuk baby kedua ni tak perlu nak beli banyak sangat sebab barang-barang Hana pun masih ada yang tak pakai lagi so boleh je nak ulang pakai kat adik dia nanti. Barang-barang tu macam set ketip kuku+sikat, tilam , stroller, semua pun elok lagi. Tapi bab stroller tu mybe aku nak tukar lain la kot sebab nak beli yang kecik sikit. Dah survey-survey rege yang mampu milik. In Shaa Allah kalau ada rezeki boleh la beli baru. Pastu ingat stoller tu aku nak letgo jela. Stroller Anakku. Pakai pun jarang-jarang. Cume sekarang ni tinggal nak beli baju bajan jelar. Bab yang ni syok kan kalau shopping. Mau tak hinggat dunia aku shopping nanti haha....

So far kesihatan aku ok. Takde demam-dema dah lagi. Mual dan loya pun dah hilang dibawa angin...haha Alhamdulillah. Cumenya bila dah makin sarat ni. pinggang akan mula rasa sakit dan lengguh. Itu perkara biasa bagi ibu mengandung. Ni baru anak no. 2 kalau esok2 ada rezeki anak ketiga dan seterusnya mau la sakit pinggang cemana la nanti ye dak?

Ok,

Setakat ni la dulu aku membebel..nanti ada masa aku cite lain plak ye..




Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday, 2 January 2013

Selamat Tahun Baru Masihi 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tak sangka kan kejap sangat masa berlalu. Sekarang dah masuk 2013. Macam biasa la azam tahun lepas ada yang tak tercapai akan di carry fowardkan ke tahun ini...hahaha...

Erm...

Sepanjang tahun 2012 dah beberapa kali jugak perkara atau kenangan yang tak berapa nak best untuk dikenang tapi itu semua boleh dijadikan pengajaran dan tauladan sebagai pegangan hidup pada tahun 2013.

Dan yang paling penting tahun 2013 adalah tahun yang sangat membahagiakan sebab tak lama lagi kami sekeluarga akan dapat orang baru. In shaa Allah....semoga Allah permudahkan segala urusanku..

Ok,

Tahun 2013 ni juga aku akan start buat bisnes megenai kesihatan. Iye, memandangkan sepanjang tahun 2012 kesihatan aku agak merudum..demam selalu sampai masuk wad. Yang ni belaku sebelum aku pregnent yee...Jadi atas kesedaran itu, aku decide nak try la jual produk-produk kesihatan yang bersumber kan bahan-bahan asli. Mungkin jugak akan ada produk kecantikkan. Iyela, kalau dah namanye pompan kannnnn...tak sah kalau taknak cantik...untuk siap? of course la untuk hubby tersayang kan...

In Shaa Allah jugak nanti akan ada jamu buatan tangan hasil dari turun temurun keluarga aku. Kan aku pernah stori sebelum ni, mak aku ada buat jamu sendiri kan? dan keberkesanan jamu mak aku tu memang terbukti sudah. Sampai sekarang pun orang masih tercari-cari jamu mak aku tu. Tapi sebab mak aku tak berapa nak larat buat sensorang jadi nye jamu tu sudah tidak dipasarkan lagi..Tapi In Shaa Allah kalau takde aral melintang, lepas habis pantang nanti aku nak start pasarkan balik jamu mak aku tu dalam bentuk yang komersial laa...Dalma bentuk kapsul. Jadi senang nak telan kannn...

Sebabnye sebelum ni pun jamu mak aku tu kena rebus dulu baru boleh minum. Tu yang pahitnye..tak tahan...Takpe semua tu dalam perancangan laaa..In Shaa Allah...semoga Allah permudahkan urusan aku nanti..Ameen..Oh yee..jamu ni sesuai untuk dimakan oleh kaum adam dan kaum hawa..

Ok,

Kepada silent readers yang rajin terjah blog aku ni. Terima kasih la sangat..Jangan segan-segan jadi follower aku...In Shaa Allah kalau ada masa lapang aku terjah blog korang ehhhh...sekarang ni pun aku rajin blogwalking tapi cuma tak sempat nak drop komen...baca pun sepintas lalu jee..Ada masa boleh la aku drop komen blog korang yee...

Pape pun yang berlaku pada tahun lepas jadikan lah ia sebagai satu panduan dan tauladan dalam meneruskan kehidupan disepanjang tahun 2013 ni. Aku doakan korang semua sihat selalu..ok?

Till then...babai...:)



Wassalam, EnaMokhtar

Monday, 31 December 2012

Check up 30weeks di Columbia Seremban: Gynea Doc.Intan

Assalamualaikum w.b.t

Entry tidak bergambar dan agak panjang. Digalakkan untuk sediakan popcorn ketika membaca baru la feel..ekekekee...

layannnnnn...


Ok,fisrt sekali....sebelum korang nak pegi mana-mana Hospital untuk bersalin/check up (check up biasanye untuk 30weeks ke atas) dokumen yang perlu dibawak adalah :

i- Surat refer doktor dari klinik.
ii- Surat GL (kalau guna panel hospital laa..)
iii- Buku merah/ buku check up.
iv- i/c

Yang ni prosedur biasa bila nak pegi check up kat Hospital ye..tapi kalau dah nak bersalin biasa tak payah dah surat refer doktor. Ini biasa untuk kes kecemasan la..macam aku dulu..bawak gl je bersalin kat Putrajaya. Hospital still terima lagi. Kebetulan waktu tu ada katil kosong jadi aku terus kena admit walaupun baru bukak 1cm.

Ok. sekarang aku cerita pasal Hospital Columbia Asia Seramban. Sebab apa aku pilih Hospital ni korang boleh la baca entry aku yang INI...

Aku buat appointment lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh checkp up. Bila dah confirm appointment baru boleh jumpa doktor.

Check up adalah pada 28/12/2012 hari Jumaat. Lebih kurang 30weeks++ masa ni. Sekarang aku dah 31weeks yee...Gerak dari ofis (klia) lebih kurang pukul 2.30pm sampai sana dlm kol 3.00++ pm la..Kalau nak diikutkan dari rumah aku Nilai-Seremban lebih kurang 30min je. Nilai-Hos.Putrajaya dalam 20min. Nilai-Bangi (An-nur) dalam 30min++ juga. Jadi perjalanan tu takdela beza jauh sangat kaaann..hehe

Columbia Asia ni terletak di kawasan seremban 2. Bangunan dia betul2 lepas Tesco Seremban 2. Jalan depan sikit akan nampak bangunan pentadbiran Columbia blah kiri. Hospital dia belah kanan yee..Kitorang parking betul-betul depan Hospital. Parking kat dalam Hospital agak terhad tapi kalau korang nak parking kat luar pun boleh...

Masuk je kat dalam terus ke kaunter pendaftran. Serahkan segala dokumen yang diperlukan seperti diatas. Tapi nanti penjaga kaunter akan tanya nak jumpe doktor siapa? pastu di akan check kita dah buat appointment ke belum. Jadi penting untuk buat appointment sebelum jumpa doktor yeee..

Ok,bila dah setel urusan kat kaunter, dia akan bagi 1 buku appointment dan kita perlu tunggu sehingga nama dipanggil oleh nurse yang jaga bahagian kaunter klinik pulak. Kena jalan kedalam sikit laa...Tunggu dalm 10min gitu baru nama dipanggil. Pastu nanti nurse kat kaunter tu tanya la kat aku first time datang ke..nak bersalin kat sini atau nak buat check up sahaja..bla,bla...pastu aku cakap yang memang nak bersalin kat situ.

Ok, dah siap urusan kat kaunter klinik terus jeee aku kena tunggu kat depan pintu bilik doktor. Urusan kat kaunter klinik dalam 5min jee..Tak sampai 5min aku duduk tunggu kat depan pintu bilik doktor Intan. Terus jee nurse bagitau yang Doktor ada emergency orang nak bersalin katenye..So,kena tggu dalam 45min -1jam yeee...haha..Tapi aku redha jelar sebab doktor kalau dah ramai patient memang gitu laa..Jadi sementara tunngu tu aku dok round la dalam kawasan hospital..

Kawasan hospital ok. Sedap mata memandang. Bersih,selesa, kawasan lobi pun agak luas. Kat setiap ruang menunggu ada tv. Jadi tak boring kot. Cuma yang tak best caef dia la..macam takde ape sangat la. Mungkin sebab dah petang kot. Masa tu pun dekat kol 4 kot...hehe..tapi tu tak penting laa..

Suasana masa aku pergi tu macam biasa la kat mana-mana Hospital pun..orang ramai jee..tapi takde la crowded sangat still selesa lagi. Ruang menunggu pun selesa. Cuma ruang menunggu kat depan bilik doktor tu je yang agak terhad. Tapi takpe, kalau tak selesa tunggu kat situ, boleh je nak duduk kat ruang menuggu depan kaunter klinik. Kat situ pun ada disediakan kerusi.



Ok.

Bila dah hampir 1 jam menunggu tu. Doktor pun masuk la balik bilik die. Dan aku adalah orang ketiga yang dipanggil. Masa tu dah pukul 4 lebih. Jadi anggaran masa dari aku sampi pukul 3++pm dengan urusan kaunter sampai la menunggu doktor lebih kurang 2 jam juga. Itu pun sebab doktor ada emergency. Kalau tak, mungkin dalam 1 jam dah setel kot. Bagi aku tu perkara biasala...Lagi pun first time gi situ kaannn...

Jadi masuk2 je dalam bilik. Doktor Intan dah siap2 bagi salam dan hulur tangan nak bersalam. First impression aku pasal dia. Dia baik. Lemah lembut. Penerangan pun sangat details. Dia tanya aku pasal deliver sebelum ni. Aku stori la dari A-Z. Lepas tu masa scan pun dia terangkan sangat details pasal baby. Scan 4D. So, nampak la rupa paras baby macam mana. kedudukan uri, Tali pusat, lepas tu keadaan baby, air ketuban, yang penting gender baby sudah diketahui...hehe..ok pasni dah boleh shopping!!! hahaaaa...

Doktor cakap semua ok dan cantik. Means aku takde pape problem. Kepala baby still kat atas. Tapi doktor kata takpe, sebab awal lagi. Baby akan sentiasa tukar position kepala. Yang penting ibu sihat dan takde pape problem. Melainkan kalau dah dekat 37/38 weeks baby still breech then waktu tu memang boleh membahayakan ibu dan baby. Silap-silap operate. Haaa...yang tu aku taknak. Dah cakap siap-siap dengan doktor untuk kelahiran kali ni aku taknak amik epidural dan nak bersalin normal macam sebelum ni. Doktor Intan just cakap Insya'Allah boleh sebab awak takde pape problem semua cantik je saya tengok masa scan tadi..

Duduk dalam bilik Doktor lebih kurang 30min la juga sebab first time datang checkp up kat dia jadi banyak la juga penerangan dia bagi. Sambil borak-borak. Ghupe-ghupernye dia kenal dengan doktor Sariah. Klinik temapat aku checkp up sebelum ni...Last sebelum balik dia tanya aku nak checkp up kat Sariah balik atau check up kat dia je memandangkan aku takde pape problem jadi lepas bincang dengan Hubby. Kitorang decide check up kat Klinik Sariah je sampai la next appointment 1Feb 2013 kat Doktor Intan balik.

Jadi kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan keadaan service Hospital Columbia. Nurse pun sangat friendly. Ada budak office aku kate kat Columbia ramai nurse India. Mula-mula mcm cuak la jugak kan. Tapi bila dah pergi sendiri takde la teruk sangat. Sama ramai je pun dengan nurse melayu. So,Insya'Allah kalau takde aral melintang dengan izin Allah s.w.t aku dan hubby dah decide nak bersalin di Hospital Columbia je..

Aku kongsikan ape yang so far aku lalui je..orang lain aku tak tau. Terpulang pada pandangan masing-masing ye..review ni pun xdela membantu sangat. Tapi boleh la kot pada sapa-sapa yang tengah nak mencari hospital bersalin menggunakan gynea perempuan Islam.

Ok,

Bab bil pulak disebabkan aku pakai GL hubby, maka aku takde la keluar sesen pun yeee..Datang lenggang kangkung je pun...ekekekek...Tapi sebelum balik tu aku kena sain bil la..charge kena dalam rm68 gitu..jumpa doktor dan scan 4d jee...Ok la kot. Sebab tempat lain aku tak tau rate cemaner..

Untuk Charge bersalin aku tak sempat nak tanya. Next check up nanti aku tanya k..



Wassalam, EnaMokhtar