TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Tuesday, 8 May 2012

Pameran Dinosur-Pusat Sains Negara

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama teringin sangaaattt nak pergi Pusat Sains. Masa sekolah dulu tak pernah pulak buat rombongan ke sini.

Mula-mula rasa macam taknak pergi sebenarnya sebab pagi tu En.Saiful baru je balik dari keje malam. Macam kesian pulak nak ajak dia. Tapi bila aku tanya "Abg nak pergi ke tak Pusat Sains?. Die balas balik "Ikut awak la..Abg boleh jee yang penting awak support tol dengan minyak. Terus rasa macam kagum kejap. Hahaha.

Disebabkan dah dapat green light apa lagi. Prepared barang Hana mana yang patut. Pampers,susu,etc etc..mandi-mandi,siap-siap,kemas rumah sikit-sikit. Siap!! gerak dari rumah lebih kurang pukul 10.40am gitu. Singgah pulak rumah Kakak ipar aku amik anak-anak buah Saiful. Sebab petang sebelum tu aku ada cakap dengan budak-budak tu nak pergi Pusat Sains. Budak-budak kan, seronok la kalau bawak ke tempat-tempat macam tu.






Muka budak happy nak pergi tengok En.Dino...

Harga Tiket. Macam mahal laa..sebab tahun lepas rm10 jee..huhu

 En.Hubby yang makin semangat!! haha

 Dedulu tak pernah main benda ni.Jadi join la sekali yee...

 Interprem jap..

 Tinggal tulang je..tahun lepas ada T-rex besar+dua ekor Dino yang leher panjang tu haa..Agaknya Dino tu dah patah leher kot...huhu

 Hana kusyuk tengok budak-budak...

 Kalau kat rumah ada macam ni kan best...boleh ibu tumpang sekaki..haha

 Budak boleh main sampai muntah kat sini..

 Sila lompat atas key board....

 Dah start la tuu..lintuk-lintuk badan makna nya nak main lari-lari la tu..

Sila bayar rm 3 ringgit kalau nak berposing dengan saya...huh!!

 Terbaru!! Model ubat gigi..haha

 Bunyi je lebih...

 Rilek je makcik ni tengok Dino..Budak-budak baya die yang masuk semua takut..merengek2..
bagus anak ibu!!

 Hana pandang sini!!

 T-rex ni ada bunyi roaaarrr!!.. Si Hana tu roaaaarrr kan balik T-rex tu..langung tak takut..

 Bird!! Tu tunjuk atas sebab ada burumg besar gantung kat siling

 Berebut 2 beradik ni nak naik benda alah ni..Bukan nye best pun..
(tak best sebab aku tak boleh naik...haha)

 Nak main jugak..layankan aje..

 Pandangan atas

Hana jeles la tu..Ibu ayah huggg..

Aku bagi rate 5/6 untuk bawak anak-anak datang ke pusat sains nih..macam-macam benda ada. Sangat interaktif. Berinformasi dan boleh belajar benda-benda baru. Kompom anak-anak korang akan suka. Sampai tak tau nak main yang mana 1.

Kat kawasan luar Pusat sains tu ada kolam mandi. Kot-kot lepas lawatan korang nak mandi manda boleh la gi situ. Besar juga. Taman dia luas. Aku tak pergi sebab dah penat tahap gaban. Dengan Hana dah start cranky sebab time tido die mase tu. So keluar dari Pusat Sains lebih kurang pukul 3 gitu. Sampai rumah 2 2 beranak tu fengsan sampai ke petang. Aku pulak tak boleh tido. Kena masak untuk makan malam. Nak makan kat luar dah tak lalu !!

Pameran Dinosur ni last sampai 31 julai. Lama lagi....Jadi tick la kat kalendar memasing yer...




Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday, 4 April 2012

Naset engagement

Assalamualaikum w.b.t

Amaran!! ini entry teperam lama la sangat..Harap tak mengganggu..huuuu

Naset ni adik ipar aku. Adik lelaki Hubby aku yang paling bongsu dalam 4 beradik. Majlis berlangsung pada 25 Dec 2011. Rombongan hantaran lelaki bertolak pukul 9.30pagi dari Alor Star ke Kulim. Seumur hidup aku tak pernah jejak kaki kat Kulim. Macam bandar-bandar yg lain juga. Kulim lengkap dengan segala prasarana. Cuma tak lah macam kat KL ni ha. Tersangatla jauh berbeza.

Dari Alor Star ke Kulim ambil masa 1jam 30minit. Yang ni campur berhenti rehat kat RNR Gurun. Beli roti dengan air milo kotak sebab kat rumah tak sempat nak sarapan. Kalau orang Kedah sarapan tu adalah menyorok. Kemudian berhenti lagi kat Plaza Tol Sungai Dua. Sebab tunggu konvoi kereta yang keciciran kat belakang. Ada 5 biji kereta yang ikut. Lepak kat situ lebih kurang 30minit jugalah.

Sampai rumah pihak perempuan lebih kurang pukul 11pagi gitu. Cuaca masa tu pun ok, cerah dan sedikit panas. Kalau hujan susah pula kan. Nak angkut 5 dulang hantaran lagi. Kira ok la cuaca masa tu. Lepas je sesi bincang-bincang adalah sesi makan time pula. Nasi campur dengan lauk yang superb sedap*Gambar lupa nak ambil sebab masing-masing sibuk makan*. Ada lauk ikan masin masak sambal. Sangat sedap menjilat jari. Dessert pula dihidangkan dengan tapai pulut yang sangat heaven. Adalah 3 ke 4 bungkus aku makan haha.

Hana Humaira macam biasalah bila jumpa dengan budak-budak dia pun naik daun sama. Nak suap nasi pun payah. Padahal lapar*aku tau sebab time makan dia waktu tu*. Bila start je tantrum dia aku pun bertukar la kan jadi satria baja hitam haha. Hubby aku kasi dukung sama itu budak tecik, togel semua baju bajan dia. Mintak izin tuan rumah tumpang toilet. Lepas mandikan Hana salin pampers semua terus family kami mintak izin nak balik ke Alor Star.

Masuk je dalam kereta. Terus aku bagi susu sebotol kat Hana*tu pun tak habis*. Tapi tetap merengek nak ngempeng dengan aku. Tak sampai 10minit nenen terus lelap sampai la ke destinasi seterusnya iaitu Penang. Iye aku,hubby+kirah (anak buah hubby) singgah ke Penang. Sebab dari Kulim nak ke Alor Star akan tempuh Penang. Jadi sesambil menyelam minum air la kami 1 kereta. Lain-lain kereta tak join sama sebab bawak balasan hantaran belah perempuan.

Let's picture talks!!

Budak yang tengah melasak. Dalam kereta dah tak boleh duduk diam..huhu


 Sambil menunggu tu kita bergambaran dulu yehhh..


 Dah sampai jom masuk...


 Ramiai juga jemputan nya. Siap pasang khemah..Time aku tunang dulu takde khemah tapi ramai juga. Padat la juga bilik aku tu dengan member sekolah..*eh tetiba* haha


 Baju oren tu tengah buat ape..??

Cerita pasal Penang akan bersambung kemudian ok...:)

Wassalam, EnaMokhtar

Hana Humaira is 1years+5m

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah keje-keje banyak yang dah settle boleh la layan perasaan jap. Tetiba je teringat kat anak dara tu. Ntah tengah buat apa la agaknya kat nursery tu. Rindu kat Hana!!

Jom layan gambar Hana.

 Gigit jangan tak gigit!!

 Hello!! aaaaaa..

 Suka sgt tengok tv dekat-dekat

 Time demam-mintak la ape je ibu bagi janji sihat cepat.



 On the way to Alamanda-suara die sorg je dlm kereta nyanyi..

 latest pic-mkn spegeti!!

 Jangan muntah ye..!!

Wassalam, EnaMokhtar