TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 20 June 2013

Shopping,Baju Raya dan Qada puasa

Assalamualaikum w.b.t


Dalam pada sibuk-sibuk mencari baju raya tu korang dah setel ke qada puasa? hhehee..aku ada lagi 3 hari nak qada. Aritu sempat posa 3 hari je. Isnin sampai rabu. Insya'Allah isnin depan sambung la qada yang 3 hari tu lagi.

Anyway,

Korang dah ada ke tema baju raya tahun ni? Jangan kata aku hover sebab kalau korang nak tempah baju sekarang rasanye ramai tailor yang dah closed order kot. Aku tahun ni macam tahun-tahun lepas la. Takde nak tempah-tempah baju bagai. Kita beli je baju dah siap senang. Lagipun saiz aku ni memang senang nak cari. Kalau tak XS,S atau M la saiznye. Bergantung jenis kain pulak. Tahun ni tema colour adalah kuning lembut.


Dan gaji hujung bulan ni adalah sikit sebanyak peruntukkan untuk carik baju anak-anak dulu. Shopping mungkin kat GM klang atau Kenanga KL. Beli borong. Sebab aku nak carik dulu baju bajan jalan macam baju,seluar atau skirt. Lagipun anak dah dua ni kan budget tu memang kena pandai la dan yang penting excited kena lebih sebab raya dengan orang baru tahun ni. Seronoknyaaaa....!!


Lagipun kan kalau beli borong ni untung sebab rege murah dari beli sehelai sehelai tu ha. Kualiti pun bagus-bagus. Tang tu memang aku cerewet la sikit sebab nak bagi anak-anak selesa kan. Jangan kate sebab nak beli baju murah tapi kualiti hancus pulak kan. Lagi satu aku biasa kalau beli baju budak suka sangat beli kat Parkson Alamanda. Pegi time keje. Huii best je. Orang tak ramai. Yang tu tunggu peruntukan dari en.Hubby la pulak. Nak kena tunggu ada sale dulu baru boleh terjah. Lagi satu spot shopping yang aku suka pegi adalah Sogo. Pun pergi time ada sale dan time keje...agagagaaa...


Disebabkan raya tahun ni adalah turn beraya kat rumah mak aku, so tahun ni macam meriah la sikit kot sebab mak aku ajak balik Melaka. Kat Melaka tu ada la adik beradik mak aku yang menetap kat sana. Atuk and nenek dah lama meninggal. Tu yang kalau time raya Mak aku suka berkumpul kat rumah kakak dia which is Mak Ndak aku la. Pastu ada 2 lagi pakcik aku which is yang sulung and yang second. Tu yang tahun ni macam bestnye la dapat jumpa ramai-ramai dengan sepupu-sepupu aku nanti kan. Macam tahun-tahun lepas pun memang tak sempat nak beraya dengan dorang sebab Hubby keje kan. So,raya mana yang sempat jelaaa...huhu

Ok,

Since Ramadhan pun dah tinggal lagi 19hari kot la gitu. Aku pun ada la nak berniaga kuih raya. Ada la 2 3 jenis kuih raya, coklat dan juga popia bersira. Nanti-nantila aku upload pic yea..

Untuk pengetahuan korang sekarang ni bos tengah takde,so tu yang aku syok ni dok menaip panjang lebar. Takde orang yang kacau kan.....hehehe..



Wassalam, EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment