TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday 15 December 2011

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba nak bercerita pasal entri ni. Bukan sebab birthday Abah ataupun Hari Bapa, tapi tak tau la kenapa hati ni sayu setiap kali teringat kat Abah. Bila tengok pakcik guard yang jaga postguard kat Office saya ni, teringat kat Abah. Bila pergi ke Bank nampak ada pakcik guard kat situ, teringat juga kat Abah. Mungkin umur pakcik-pakcik Guard tu lebih kurang sama dengan umur Abah saya.

Sejak dah mendirikan rumah tangga ni, saya jarang pulang ke kampung. Tetapi setiap dua hari akan telefon. Tuntutan urusan seharian mengatasi saya untuk berbuat begitu. Begitu juga dengan komitmen untuk suami dan anak. Lagi-lagi dapat suami yang kerja shift. Weekend kalau jatuh shift kerja pagi atau petang tak dapat lah saya nak berjalan tengok dunia luar. Setakat radius 15km je saya boleh jelajah. Lebih dari tu, saya tak sampai hati nak ajak suami. Sebab kerja shift ni penat dia dua kali ganda kerja orang office hours. Bukan saya tak boleh drive sendiri, tapi suami belum bagi sepenuh kepercayaan untuk saya berbuat begitu.

Berbalik pada Abah saya ni. Umur dah cecah 62tahun. Tapi masih lagi kuat bekerja, tak suka duduk rumah goyang kaki katanya. Sekarang ni pun masih lagi bekerja siang malam. Kesian tengok Abah saya. Tapi tulah orang tua memang begitu. Tak suka duduk depan televisyen layan cerita korea macam anak dia sorang ni ha. Lebih suka kalau buat kerja-kerja luar rumah. Dapat keluarkan peluh.

Siapa yang tak sayang dengan lelaki yang bergelar Ayah, Abah, Bapak ni kan. Tiada. Tapi saya masih kabur apa yang saya harus buat untuk tunjukkan kasih sayang terhadap Abah saya. Sejak kecil saya memang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang terhadap Abah macam peluk ke, cium pipi ke. Tidak Pernah. Kecuali salam dan cium tangan. Iye,saya tidak pandai. Pelik kan?

Tapi saya tak pernah lupa untuk ucap selamat pada Abah setiap kali Hari Jadi atau Hari Bapa. Tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat. Tidak pernah berkata tidak kalau dia perlukan bantuan mengikut kemampuan saya. Tidak pernah berkata tidak kalau dia minta sesuatu. Saya cuba untuk bahagiakan dia. Cuba untuk menjadi anak yang mendengar kata. Dan tidak sampai hati untuk berkata tak boleh kepadanya melainkan kalau saya betul-betul tak boleh. Cukup kah begitu? Bahagiakah Abah saya sekarang ni? adakah ayah saya bangga dapat anak macam saya ni? *nangis.

Semoga saya terus berbakti kepada Abah sehingga akhir hayat saya. Saya sayang Abah saya. Hargailah Ayah kamu sekalian selagi hayatnya masih ada. Iye, dah nama pun lelaki kadang-kadang kita terlepas pandang dengan keperluan dia, perasaan dia sebab kita lebih utamakan ibu kan. Sebab ibu lebih pandai tunjukkan emosi. Itu situasi saya sekarang. Kadang-kadang saya terfikir, ada tak Abah terasa hati dengan sikap saya? sebab bila pandang riak mukanya yang selamba, macam tak kisah apa-apa. Janji anak-anak telefon atau jenguk dia. Erm takpe, lepas ni saya cuba untuk tunjukkan kasih sayang saya pada Abah. Insya'allah.

Jom kita layan lirik lagu ni. Khas untuk Ayah dan Ibu kita.



Abah, Terima kasih diatas segala pengorbananmu. Terima kasih kerana menjadi wali untuk pernikahanku. Terima kasih diatas segala-galanya. Maafkanlah anakmu yang sentiasa khilaf ini. Akanku cuba untuk menjadi anak yang solehah buatmu. Abah, i love u so much

Ya, Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku. Selamatkan mereka dari panas api nerakaMU. Jadikan mereka hambaMu yang soleh dan solehah. Amin.

maaf entri kali ini agak suram sebab saya tengah layan perasaan. Jangan lupa telefon Abah korang ye!!


Wassalam,
EnaMokhtar

Wednesday 14 December 2011

Menyesal+terkilan

Assalamualaikum w.b.t

Semasa on the way ke office pagi tadi saya seperti biasa melalui jalan yang sama untuk ke office. Perlu jalan ikut short cut untuk ke jalan besar. Dari jauh saya dah nampak seorang wanita berbaju uniform hitam dan bertudung kuning sedang berjalan kaki dengan anak perempuannya*anggapan saya. Umur dalam lingkungan 2 ke 3 tahun macam tu. Masa tu baru pukul 7.25 pagi. Jalan yang saya lalu tu agak sunyi . Kiri dan kanan dipenuhi dengan semak samun dan belukar kecil. Sebelah tangan menjinjing beg dan sebelah tangan lagi memimpin tangan anaknya. Dalam hati terdetik "eh, dari mana pulak akak ni datang, tak pernah nampak pulak ada orang jalan kaki guna jalan ni. Lagi-lagi perempuan". Dan-dan tu juga saya terdetik nak tumpangkan mereka sampai ke jalan besar*sekurang-kurangnya. Jarak nak ke jalan besar lebih kurang 1.5km.

Tapi, bila je saya lalu sebelah mereka, kaki saya kaku dan tidak terasa hendak tekan brek. Dalam hati meronta-ronta nak tolong tumpangkan mereka, memandangkan keadaan jalan yang begitu. Tetapi tidak tahu kenapa saya tidak berhenti. Bila saya tengok cermin pandang belakang anak perempuannya itu sedang menangis tidak mahu dipimpin dan nampak macam dah penat berjalan kaki. Kesian sangat.

Tapi saya tidak tahu kenapa saya serba salah nak berenti, dan kaki terus je tekan pedal minyak perlahan berlalu macam tu sahaja. Macam-macam yang terlintas dalam fikiran saya masa tu. Sebab sepanjang 3tahun saya guna jalan tu pergi dan balik kerja, tidak pernah pula saya nampak kelibat wanita itu. Dan sepanjang jalan itu cuma ada 1 buah rumah je. Di tengah-tengah belukar kecil. Geram dengan diri sendiri kenapa la saya tak nak tumpangkan mereka sebab dari jauh saya dah niat nak berhenti. Tapi tak tahu kenapa kaki tak nak tekan brek. Korang faham tak?

Lepas je saya keluar dari jalan besar saya asik teringat kat wanita tu. Kenapa la saya tak berhenti tumpangkan je mereka tu kan. Adui serba salah saya. Sampai ke saat ini saya teringatkan mereka. Nampak macam wanita tu hendak hantar anaknya ke rumah pengasuh sebab bawa beg baju, dan budak perempuan tu pula nampak macam baru bangun tidur je sebab pakai baju tidur lagi. Rambut nampak serabai*wah detail gitu. Alahai kenapa la saya melintas sebelah mereka begitu sahaja. Kan bagus saya tumpangkan mereka. Mintak-mintak saya jumpa mereka lagi pagi esok, boleh la saya balas perasaan terkilan ni.

Tapi dalam hati tu terbit rasa bersyukur sebab saya dapat pandu kereta yang selesa. Ada pendingin hawa. Dapat berteduh dari hujan dan panas. Berbanding dengan orang yang terpaksa menunngu bas untuk kemana-mana. Kadang kalau saya lalu depan bus stop rasa kesian dengan mereka yang tengah menunggu bas tu sebab saya pun pernah melalui zaman itu.

Alhamdulillah ada hikmah juga kenapa saya terserempak dengan wanita itu pagi tadi. Harap-harap lepas ni kalau nak tolong, saya mesti teruskan saja niat tu. Jangan teragak-agak. Tapi tengok la keadaan jugakan. Kalau nak tolong, tolong wanita atau kanak-kanak sahaja. Kalau nampak macam  mencurigakan, tak payah la offer diri. Zaman sekanag ni yang bukan-bukan je boleh berlaku kan?



Wassalam,
EnaMokhtar

Tuesday 13 December 2011

10 Tips menjadi pasangan yang baik

Assalamualaikum w.b.t

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka. Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan. Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Jom kita amalkan 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan. Tips ini saya copy paste dari sebuah majalah. Tapi dah lupa majalah apa sebab tersimpan dalam dalam folder.

Baca, hayati dan amalkan. Semoga dapat memberi pedoman dan kebaikan buat pembaca sekalian.


1)Terima seadanya:  
 Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: 
 Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.


3)Aktiviti bersama: 
 Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: 
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: 
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu:  
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: 
 Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: 
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: 
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: 
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak



Wassalam,
EnaMokhtar

2nd Anniversary

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur ke hadrat mu Ya Rab. 12.12.11 genap 2 tahun perkahwinan ini. Walaupun dalam tempoh yang singkat, pelbagai kesusahan, kesenangan, suka dan duka yang telah dilalui memberi aku 1 pedoman untuk mendidik diri menjadi isteri yang solehah atau sekurang-kurangnya tidak membebankan suami.

Semoga ikatan suci ini menjadi 1 landasan untuk aku melipat gandakan lagi amal ibadatku kerana sesungguhnya setiap insan yang berkahwin itu Allah gandakan ganjaran untuknya. Masya'Allah begitu Allah itu Maha Pemurah. Syukur Allah memberi kesempatan kepadaku untuk mengecapi nikmat perkahwinan.

Masih panjang lagi perjalanan hidup ini. Semoga Engkau beri kekuatan kepadaku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Permudahkanlah segala urusan rumahtanggaku. Kepada suamiku yang tercinta, Saiful Azlee Ali, Love u so much. Tahun depan kita tambah ahli keluarga ye heh. Insya'Allah.


Wassalam, EnaMokhtar

Friday 9 December 2011

Doa 12 pintu jom amalkan!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Berjumpa lagi dengan hari jumaat yang penuh barokah. Bagaimana prestasi kita sepanjang minggu ini? adakah cukup solat lima waktunya dan amalan-amalan lain? bagaimana pula hubungan kita dengan suami dan anak? Adakah suami puas hati dengan layanan kita terhadap dia? pernah tak anda tanya? heee..

Bagaimana pula dengan rakan sekerja dan juga penyelia? Adakah sepanjang minggu ini kita ada buat sesuatu yang kurang senang dihati mereka? Manalah tahu tanpa kita sedar kita ada mengguris hati dan perasaan mereka kan? Moga-moga semua urusan kita sepanjang minggu ini dipenuhi dengan keberkatan Allah s.w.t. Harap-harap buku amalan kita penuh dengan catatan yang baik-baik sahaja. Insya'Allah.

Pagi semalam, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, saya buka siaran radio Sinar Fm. Kebetulan ketika itu slot DMFK. Slot tu memang ada setiap pagi khamis khas untuk DMFK berceramah mengenai pelbagai masalah isu-isu semasa. Siapa pendengar setia sinar fm mesti tahu.

Baiklah saya kongsikan pagi yang penuh barokah ini dengan Doa 12 pintu yang saya copy dari website rasmi DMFK . Boleh la kalau nak print dan tampal di rumah, di meja kerja ataupun partition anda.


Moga kita beroleh kebaikan dari ayat ini. Insya'allah...:)


Wassalam,
EnaMokhtar

Wednesday 7 December 2011

Saya belum ada rumah sendiri

Assalamualaikum w.b.t

Berkira-kira untuk ada rumah sendiri tahun hadapan. Insya'Allah. Bercakap pasal rumah ni, masing-masing ada rumah impian kan? bagi saya sebuah rumah itu bukan terletak pada keluasan dan reka bentuk semata-mata. Kalau diberi pilihan, antara rumah 2 tingkat area masyarakat 1 malaysia dengan rumah setingkat depan surau atau berhampiran masjid dan majoriti melayu, saya akan pilih yang depan surau atau masjid dan majoriti melayu. Tapi sekarang sangat susah mahu cari kawasan rumah begitu di area rumah saya ni. Sebab rata-rata masyarakat disini adalah dari gologan Cina dan India. Bukanlah saya bersikap perkauman tapi saya ni jenis yang selalu fikir kalau nak buat kenduri senang jemput jiran islam kan? ataupun begini; kalau ada jiran melayu islam boleh la saya buat kawan kan. Saya lebih selesa begitu.

Situasi saya sekarang ni, saya sangat susah nak dengar azan secara live. Tak sama la dengan yang dalam tv. Tidak sama sekali. Saya tak kisah kalau dikategorikan sebagai kolot. Tapi itu lah saya. Kawasan perumahan saya ni tidak ada surau. Tapaknya memang ada disediakan pemaju. Tapi jemaah islamnya terlalu sedikit. Sebelah kiri saya cina, sebelah kanan pula India. Depan rumah juga India. Dalam lorong rumah saya tu hanya saya dan sebuah lagi keluarga melayu.

Ok sudah. Stop.

Saya suka rumah semi-D ataupun corner lot setingkat. Bukan saya tak minat 2 tingkat tapi mengambil cerita dari kakak-kakak saya yang berkediaman sebegini, saya rasa saya tak serajin mereka. Perlu bersih dan kemaskan tingkat bawah dulu, kemudian naik tingkat atas, kerjakan pulak bilik dan tandas di tingkat atas. Rumah sewa saya sekarang, teres setingkat pun hanya weekend sahaja saya larat nak kemas, inikan pulak rumah 2 tingkat oh saya tidak serajin dan segagah itu nak kerjakan bilik dan tandas atas bawah. Tu belum kira segala habuk-habuk yang melekat di perabot. Hah, tangga lagi nak mop. Kalau dapat kat saya mau nangis haha. Tapi orang kata kalau kita benci sesuatu, itulah yang kita dapat kan? haha.

Design rumah sekarang ni cantik-cantik sungguh la. Harganya pun cantik sampai tercekik.

Cantik kan. Enstek Sepang rm450k. Design moden dan dinamik. *pic go gurl


Saya suka semi-d yang ada laman luas macam ni. Nanti boleh cucuk tanam macam-macam kat depan, belakang dan sebelah rumah. Anak-anak nak main pun selamat. Main kat laman rumah je kihkih.

kredit to go gurl


kredit to go gurl

Tak salah ada impiankan? Tapi haruslah selarikan impian dengan usaha dan doa secara istiqamah. Ini ialah saya. Apa yang saya mahu dalam hidup saya. Macam juga awak, awak dan awak tu. Semoga Allah makbulkan doa saya. Semoga saya bertemu dengan rumah idaman. Insya'Allah. Dan saya selalu ingat begini;
 

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216. 



Dari cerita rumah membawa kepada  maksud ayat Al-Quran diatas. Iye saya suka kaitkan begitu supaya saya tidak terlalu cintakan dunia. Rumah kat syurga lagi cantik sehingga tidak terjangkau akal fikiran. Dan saya selalu ingat begini;


Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.


Usaha tangga kejayaan!!





Wassalam,
EnaMokhtar

Layankan aje !!

Assalamualaikum w.b.t

Kalau dah namanya anak dara. Ciri-ciri mengemas tu memang terserlah. Pantang ibu masuk dapur. Habis semua periuk belang nak dipunggahnya. Pantang Ibu pegang penyapu, dia pun nak juga. Nak tak nak ibu layankan aje.

Beria betul



 Steady lagi ni


 Ok ibu, Hana surrender. Menyapu sambil duduk boleh?

Sayang la anak ibu sorang ni...*cium banyak-banyak.


Wassalam, EnaMokhtar

The Cabin Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama sebenarnya ke Langkawi. Sementara tengah ingat ni saya nak kongsi la. Ewah, Orang lain pergi oversea tak heran pun haha. Baiklah,The Cabin Langkawi terletak di Pantai Cenang, The Cabin baru je dibuka sekitar 3 tahun lepas kalau saya tak silap la. Rate Rm150 semalam. Ada mini frigde, kettle, hot shower, astro, sejadah, 32' lcd tv*nak juga. Berbaloi-baloi. Sangat selesa.

Fasiliti kat sini pun banyak. The Cabin ni terletak betul-betul depan jalan besar kat Pantai Cenang tu. Lebih kurang 40minit perjalanan dari Jeti Kuah dan 10minit dari Airport. Memandangkan saya bertolak dari rumah mertua kat Alor Setar, jadi naik feri je la. Jimat sikit. Kata percutian mengejut. Jadi amik mana yang mudah sudah.

Ikutkan kalau dari Alor Setar nak ke Jeti Kuala Muda Kedah cuma 10minit. Tapi kami pilih untuk naik feri dari Jeti Kuala Perlis. Jauh sikit dalam 30minit perjalanan dari Alor Setar ke Jeti Kuala Perlis. Tapi di Jeti Kuala Perlis lebih selesa dan tak terlalu crowded. Feri disana pun space antara seat agak luas berbanding Feri di Kuala Muda Kedah. Keselesaan si kecil perlu diutamakan. Rate untuk letak kereta di Jeti Kuala Perlis hanya RM10 per day. Parking berbumbung.


1 shot depan registration room. Iye, sila kenyit mata kalau berada didepan bilik ini.


Depan pintu tu adalah toilet. Bersih. Puas hati.


Hana paling syok landing atas tilam empuk jenama king koil. 
Almaklum kat rumah kami pakai king kong je.

Saya suka dengan interior designnya. Cantik dan moden. Bilik pun sederhana besar. Sesuai la untuk 2 dewasa + 1 anak. Kalau 2 dewasa + 5 anak, kena pasang khemah kat luar. Tapi yang bestnya The Cabin is connecting room. Kat tengah tu ada pintu yang boleh sambung ke bilik sebelah. Boleh la kalau nak sewa dua bilik sebelah menyebelah. Masuk bilik sebelah kanan, keluar bilik sebelah kiri.eh?

Keluar bilik, jalan kaki sikit akan nampak berderet kedai jualan. Baju, beg, kasut, spa, restauran. Pendek kata, dekat dengan kemudahan. Sebelah kanan ada Underwater world yang ala-ala tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas. Sebelah kiri pulak bersusun chalet dan resort. Pilih je mana nak. Yang penting ongkosnya.

Kalau nak ke Pantai Cenang tu, nak jalan kaki pun boleh, tapi sebab kami ni agak-agak pelancong yang takut sesat padalah dalam negara sendiri, kami naik kereta je. Takde la lengguh kaki menapak walaupun jarak tak sampai 50meter. Sambil-sambil dalam kereta tu, sebelah tangan pegang karipap lebihan dari sarapan pagi. Tengah sedap mengunyah, sedar-sedar dah sampai Pantai. Terus cakap kat Saiful, Eh dekat je Pantai ye ingat jauh la td kuikui.


 First time hana pijak pasir pantai. Ibu pulak yang over.


Mak budak yang terlebih excited.


Bye bye Langkawi.

Boleh la klik sini untuk keterangan lanjut mengenai The Cabin ye.


Wassalam, EnaMokhtar

Monday 5 December 2011

AirAsia vs MAHB

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua. Maaf la ye lama tak ada entri baru. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri baru saya. Macam la saya ni ramai follower or reader ye. Iye anggap jelar saya syok sendiri ye. Ini kan belog saya hehe. Lama betul tak jenguk blog. Sibuk mengalahkan menteri je saya ni.

ok.

Entri diatas macam gempak je ye. Kan saya pernah cerita yang saya bekerja di syarikat GLC kan? Ok saya memang kerja di Malaysia Airports Sepang. Kira salah satu dari entiti MAHB la. Tapi kitorang yang dok kat sepang ni kira penjana utama pendapatan MAHB sebab ada KLIA/LCCT/SEPANG CIRCUIT(SIC). Korang faham kan? kihkih

Tak tahu la ye korang aware atau tau pasal isu ni. Tapi sejak dua menjak ni, memang hangat la isu ni kat opis kitorang. Kecewa juga dengan kenyataan bos besar AA di tweeter/fb. Oppss.. Tapi ada cerita disebalik cerita sebenar yang memang orang luar tak tahu.

Kami wargakerja Malaysia Airports menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Bashir. I really hope thing will get smooth soon. Hope too Tan Sri will settle down this matter carefully. Make it win-win situation. Thanks Tan Sri for the new CA. Its a new year present for us. May Allah bless you.*macam la Tan Sri baca blog aku..hukhuk.

Apa pun korang jangan la tak naik AA pulak lepas tax naik ye..ok aku paste kat sini mana-mana Lapangan terbang yang terlibat dengan kenaikan cukai penerbangan ni ye..


Terserah pada korang untuk menilai nya..





Wassalam, EnaMokhtar